Support My Blog

Thursday, April 30, 2026

GAMBIR - APA DIA?


GAMBIR
(Uncaria gambir) ialah ekstrak getah daripada daun dan ranting pokok gambir yang dikeringkan dimana ia dilihat berbentuk gumpalan coklat dan berasa sangat unik. Ia secara tradisional digunakan dalam campuran sirih, merawat cirit-birit, sakit tekak serta untuk merawat luka. Ia juga terkenal sebagai bahan tradisional untuk tenaga batin lelaki. Pokok Gambir pula ia 
adalah sejenis tanaman kategori herba dari keluarga RUBIACEAE (jenis tanaman bergetah) yang dilaporkan ianya tumbuh liar tetapi kini ada ditanam banyak di Indonesia dan sedikit sangat (atau tiada) ditanam Malaysia. Di Johor terdapat satu bandar dekat kampung saya iaitu Bandar Bukit Gambir yang dahulu pernah ditanam banyak dengan tanaman gambir di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar untuk pasaran ekspot. Kini tinggal nama sahaja yang tinggal dan semasa saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar dan Daerah Ledang tidak pernah melaporkan keujudan tanaman gambir di Bukit Gambir. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat berkaitan tanaman gambir tersebut dan kisah gambir Sarawak yang selalu disebut-sebut sebagai 'ubat' untuk kegunaan lelaki. Membaca berdasarkan beberapa rujukan dibeberapa majallah dan pemerhatian semasa membuat lawatan belajar di Indonesia dahulu maka maklumat ini dii tulis. Gambir adalah sejenis getah (plant latex) yang dihasilkan daripada ekstrak perasan daun dan dahan pokok gambir yang di kumpulkan. Dari segi amalnan agronomi dimana penanaman gambir untuk tujuan komersil sesuai ditanam dikawasan rendah sehingga kawasan lereng-lereng bukit atau gunung yang mempunyai saliran baik serta pancaran matahari mencukupi. Tanaman gambir mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk oval yang licin berwarna hijau. Bunganya berbentuk majmuk dengan warna merah muda atau hijau seperti mahkota. Bahagian yang dituai adalah daun dan dahan yang akan diproses untuk menghasilkan getah gambir. Gambir mengandungi banyak katekin (Catechin) iaitu kadar sebanyak 51%, flavanoids (terutama gambirin), bahan unsur penyamak (22.5%) dan beberapa jenis alkoloid seperti gambirtanin. Gambir secara tradisional digunakan untuk makan sirih semenjak 2000 tahun dulu di Indonesia, Papua New Guinea dan di India. Semasa penulis blog melawat negara Myanmar pada 2009 juga mendapati orang lelaki di Myanmar adatnya mereka suka makan sirih dengan pelbagai bahan menyirih termasuk gambir agaknya!. Hampir setiap penjuru pekan di Yangoon dan lokasi lain yang di kunjungi dilihat ada kedai kecil atau troli yang menjual sirih dan bahan ramuannya. Kegunaan lain gambir diketahui ia adalah untuk dibuat ubat, bahan cat dan perwarna pakaian. Merujuk tajuk diatas dilaporkan Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat’s claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak. Apa pun dilaporkan keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi. Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Artikel pada subuh Ramadan 1417 Hijrah ini dari Bilik 1514, Hotel Opero, Southernkey City, Johor Bahru, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu mengenai apakan dia pokok gambir dan fakta penting untuk bahan rujukkan kepada pembaca blog semua.


Produk Gambir dilaporkan ia berasal atau di hasilkan daripada pokok gambir ialah sejenis herba daripada keluarga Rubiaceae yang tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia (Sila lihat foto disebelah). Ia dihasilkan melalui proses rebusan daun dan ranting dimana ia kemudian akan mengeluarkan getahnya dan ia dikeringkan menjadi ketulan mampat berwarna coklat untuk di jual dan di jadikan pelbagai produk. Gambir Sarawak pula ia adalah sejenis produk atau bahan ubat yang sangat popular di Malaysia dimana produk ini ia sering digunakan secara sapuan untuk tujuan tenaga batin lelaki akan tetapi penggunaannya perlu berhati-hati kerana boleh menyebabkan rasa pijar atau terbakar pada kulit pengguna dan perlu waspada. Secara umumnya dimana khasiat dan kegunaan gambir secara tradisional: adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan mulut dan tekak, bantu melegakan sakit tekak, serak dan menjaga kesihatan mulut. Ia juga digunakan dalam dunia perubatan seperti dalam merawat cirit-birit, jangkitan kulit dan luka. Gambir merupakan bahan yang mengandungi tiinggi antioksidan dari jenis katekin. Apa pun kegunaan dalam bidang industri dimana gambirn selalu ia digunakan sebagai agen penyamak kulit (tanning agent) dan bahan pewarna semulajadi dimana ia sangat popular sekitar abad ke-19 apabila produk gambir bersama lada hitam adalah komoditi eksport utama di Johor di bawah sistem Kangcu sehingga ada pekan di kampong saya iaitu Bukit Gambir. Apa pun s
ecara ringkas, gambir adalah hasil hutan tradisional yang kaya dengan bahan tanin dan digunakan dalam perubatan tradisional serta industri. Gambir juga ia merujuk kepada ekstrak daripada daun dan ranting pokok gambir (Uncaria gambir) yang mempunyai pelbagai kegunaan tradisional dan industri. Ada juga adat budaya berkait dengan gambir iaitu digunakan semasa mengunyah sirih dimana sejak dulu secara  tradisional, gambir digunakan sebagai salah satu bahan wajib dalam adat memakan sirih dalam masyarakat Melayu. Bagaimana pun terkini gambir dijadikan produk iovasi seperti menghasilkan produk kosmetik, minuman kesihatan, dan bahan pengawet makanan.


Mengenali pokok dan buah gambir dimana pokoknya adalah berbatang lembut dimana ada jenis yang menjalar atau 
memanjat  dengan cabang yang memanjang dan mendatar. Bentuk batang bersegi empat terutama batang muda dan ada duri-duri yang melengkung seperti kait. Ia dilapor mempunyai jenis daun tunggal dengan susunan bertentangan bentuknya bujur tirus lebar yang dan pangkalnya membundar atau bentuk jantung, hujungnya meruncing, permukaan tidak berbulu (licin) serta bertangkai daun pendek. Buah gambir berupa 'Buah Kapsul' dengan dua ruang dangan ukuran panjang 14-18 mm dan didalambya ada banyak biji kecil, bersayap, dan bertangkai hingga 20 mm (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan pokok gambir dahulu ia ada di tanam di Malaysia (Johor) dan di Indonesia (Sumatra, Jawa, Bali, Kalimantan dan Maluku) untuk pasaran eksport sejak kurun ke 17 lagi. Dilaporkan dimana pokok gambir liar kerap didapati di kawasan hutan sekunder dimana ia tidak tumbuh di kawasan tanah yang kering dan ia juga tidak tahan dengan kawan basah atau lembap. Ia boleh tumbuh dengan baik hingga ketinggian 200 m dengan iklim yang panas. Proses untuk dapatkan gambir dengan mengekstrak air panas dari daun dan ranting tanaman gambir yang dimendapkan dan kemudian dicetak dan dikeringkan sebagai produk mentah gambir yang di nakaman 'betel bite' atau 'plan masala'. Dilaporkan hampir 95% hasil gambir dalam kedua bentuk tersebut masa itu. Bentuk cetakan biasanya silinder iaity ia dilihat seakan menyerupai Gula Merah. Warnanya coklat kehitaman atau kekuningan. Gambir yang siap ini biasanya dikirim dalam kemasan 50 kg. masa itu. Kegunaan utama gambir dulu adalah sebagai komponen menyirih yang sudah dikenal masyarakat kepulauan Nusantara sejak 2.500 tahun yang lalu sebagai satu budaya. Dilsporkan dimana gambir merangsang keluarnya getah hempedu sehingga membantu melancarkan proses pencernaan pengguna. Fungsi lain adalah sebagai pelbagai campuran mengubati sakit seperti merawat luka akibat terbakar, sakit kepala, cirit birit, busng sir berdarah dan ulser mulut serta merawat sakit kuli. Gambir digunakan juga sebagai bahan penyamak kulit dan bahan pewarna dalam industri tekstil. Kemudian gambir ada digunakan dalam industri membuat papan lapis dan papan partikel sebagai bahan perekat. Bagaimana pun kini sudah ada banyak pelekat moden dalam industri ini dan kepentingan gambir semakin kurang relevan. Gambir mengandungi bahan seperti Flavanoid dan katekin sehingga 51% kandungannya serta bahan lain seperti alkoloid dan juga gambitanin. 


Dilaporkan dimana g
ambir mempunyai pelbagai kegunaan merangkumi aspek kesihatan tradisional, industri dan juga untuk produk penjagaan diri. Secara umumnya ia diekstrak daripada daun dan ranting pokok gambir (Uncaria gambir). Pertama kategori Kegunaan Tradisional dan Kesihatan sebagai bahan untuk aktiviti Menginang iaitu budaya tradisinya iaitu produk gambir digunakan sebagai salah satu bahan dalam sirih pinang untuk memberikan rasa kelat dan menguatkan gusi. Ia juga dijadikan sebagai bahan penahan Sakit (Painkiller) diman cara gunakannya adalah secara tradisional untuk merawat sakit gigi dan luka-luka kecil kerana sifat antiseptiknya. Sering dulu ia di gunakan sebagai bahan atasu masalah pencernaan sebab ia akan dapat membantu merawat masalah seperti cirit-birit dan sakit perut kerana kandungan tanin yang tinggi. Kalangan lelaki pula ia digunakan secara tradisional terutamanya jenis Gambir Sarawak yang sering digunakan sebagai agen pengebas luaran untuk membantu melambatkan ejakulasi pramatang. Kedua dalan kegunaan Industri dan komersial dimana ia di jadikan bahan pewarna semulajadi dalam dalam industri tekstil sebagai pewarna semula jadi untuk kain seperti batik. Selain itu dalam industri Penyamakan Kulit dimana bahan kandungan tanin yang tinggi menjadikannya bahan penting untuk menyamak kulit haiwan supaya lebih tahan lama dan lembut. Bagi menghasilkan produk kosmetik dimana ekstrak gambir mula dikaji dan digunakan dalam produk penjagaan wajah kerana kandungan antioksidannya (catechin) yang tinggi untuk melawan radikal bebas. Ketiga adalah pelbagai Kegunaan Lain seperti sebagai bahan antiseptik Luaran iaitu ia digunakan untuk mencuci luka atau merawat jangkitan kulit ringan. Ia juga ada dijadikan sebagai bahan Tambahan Makanan atau Minuman iaitu dengan mencampurkan ekstrak dan serbuk gambir ke dalam minuman kesihatan kerana khasiat antioksidannya. Perlu di ketahui jika penggunaan gambir untuk tujuan perubatan atau seksual harus dilakukan dengan berhati-hati. Penggunaan yang agak berlebihan pada bahagian sensitif boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kulit melecet, gatal atau kekebasan saraf yang berpanjangan. Beberapa maklumat menyatakan harga gambir terutamanya Gambir Sarawak adalah ia berbeza mengikut jenis dan bentuk (blok, serbuk, atau cecair), biasanya dijual antara RM10 hingga RM80+ di Malaysia.  


Menarik kisah dari portal berita dari Indonesia untuk di kongsikan faktanya bertajuk '
Agar Bernilai Tinggi, Petani Gambir Didorong Manfaatkan Teknologi dan Hilirisasi' menhgenai industri ini. Pihak Kementerian Usaha Mikro, Kecil, dan Menengah (UMKM) mendorong percepatan hilirisasi komoditas gambir (Uncaria gambir Roxb) di Sumatera Barat melalui pemanfaatan teknologi modern untuk produksi. Alasannya dimana kalangan petani gambir masih berada pada posisi nilai tawaran harga yang lemah berpunca dari tata niaga yang tradisional dan bergantung pada pasar India sebagai pembeli utama. Disebabkan faktur tersebut aktiviti seperti pemprosesan atau hilirisasi sangat penting agar gambir tidak hanya menjadi komoditi mentah didagangkan tetapi juga komoditi hasil industri bernilai tinggi. Dilaporkan Indonesia kini  masih menguasai sekitar 80% pasaran gambir dunia dengan pertumbuhan eksport sekitar 16% setahun pada suku tahun 2019 sehingga tahun 2023. Meski pun demikian, sebagian besar produk gambir masih dijual dalam bentuk mentah iaitu sehingga nilai tambah rendah dan harga kerap berfluktuasi. Dilaporkan di Sumatra sebagai provinsi penghasil gambir terbesar di Indonesia kawasan Sumbar dinilai memiliki potensi besar untuk pengembangan produk hilir. Upaya ini memang ia memerlukan dukungan lintas pemangku kepentingan mulai dari pemerintah pusat, pemerintah daerah, asosiasi petani, hingga pengusaha. Sebelumnya, pada Oktober 2024 dilaporkan dimana Kementerian UMKM bersama pemerintah daerah dan kementerian terkait telah melakukan FGD untuk menyepakati rencana aksi hilirisasi gambir. Pasaran produk hiliran masa ini masih menghadapi masaalah di antaranya keterbatasan informasi spesifik yang diperlukan dalam rantaian nilai dimana sebab itu ia perlu dikembangkan akses pasar yang lebih luas tidak hanya bertumpu pada pasar luar negeri, tetapi juga menyasar pasar domestik. Bagi masa depan sebaiknya memetakan klaster industri dalam negeri yang membutuhkan produk hilir gambir serta menyusun skema kebijakan untuk intervensi pasar produk hilir.  Data dari Sistem Informasi Data Tunggal (SIDT) Kementerian UMKM mencatat, sebanyak 16 juta lebih UMKM atau 93% masih berproduksi dengan cara tradisional. Akibatnya, produktivitas mereka 20-30% lebih rendah dibandingkan industri skala menengah maupun besar. Kementerian UMKM telah mengembangkan model Rumah Produksi Bersama (RPB) di 16 provinsi/kabupaten. RPB ini berfungsi mengolah bahan mentah komoditas unggulan daerah menjadi barang setengah jadi maupun barang jadi. Model ini juga sedang kami kembangkan dengan melibatkan kontribusi dari swasta/industri melalui pola business to business. Selain hilirisasi, digitalisasi juga menjadi fokus penting dalam mendukung produktivitas UMKM. "Digitalisasi bukan sekadar pemasaran daring, tetapi juga mencakup pencatatan produksi, manajemen rantai pasok, hingga traceability produk sesuai standar global. Kementerian UMKM berharap forum ini dapat menghasilkan langkah konkret dalam percepatan hilirisasi gambir melalui dukungan teknologi produksi, penguatan rantai nilai pasar domestik dan ekspor, serta sinergi lintas pemangku kepentingan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK GAMBIR... APA BENDA...
MASA DULU..LUAS TANAMNYA...
SEMAKIN PUPUS..ADA DI INDONESIA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1514, Hotel Opero,
Jalan 1-2, Southernkey Key,
Johor BAhru,
Johor,
Malaysia.
(19 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...