Support My Blog

Sunday, April 5, 2026

ISU SUHU PANAS DAN KEMARAU 2026 (Pt 2)

MALAYSIA
kini sedang berdepan dengan gelombang cuaca panas ekstrem dan kurang hujan yang dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau awal April 2026. Fenomena ini ianya dikaitkan dengan kesan El Nino yang menyebabkan suhu meningkat lebih tinggi daripada biasa di kebanyakan negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia. 
El Niño ialah fenomena iklim semula jadi yang berlaku setiap 2 hingga 7 tahun, ditandai dengan peningkatan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik. Ia menyebabkan perubahan cuaca global, sering membawa keadaan panas dan kering ekstrem (kemarau) di Asia Tenggara/Malaysia, serta risiko kebakaran hutan, berbeza dengan La Niña yang membawa hujan lebat. Ketika artikel ini di tulis di Melaka sudah lebih dua bulan tidak ada hujan lebat sejak bulan Febuari lalu di rumah penulis blog di Bandar Melaka. Dilaporkan dimana status cuaca terkini (pada bulan April 2026) dimana suhu maksimum yang direkodkan di beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Padang Terap, Kedah dilaporkan ia telah mencatatkan suhu antara 37°C hingga 40°C iaitu sangat panas kepada kebanyakan penduduk Malaysia untuk bertahan. Ada juga ramalan yang menyatakan suhu boleh mencecah sehingga 42°C di kawasan tertentu seperti di Perlis dalam keadaan ekstrem terutama di beberapa lokasi tertentu. Di laporkan juga dimana kerajaan melalui METMalaysia telah mengeluarkan Tahap Amaran dimana ia telah menyatakan amaran ancaman Gelombang Haba (Tahap 2) bagi kawasan yang mencatatkan suhu sekitar melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut. Pihak berwajib juga laporkan punca utama keadaan ini adalah dari berlakunya gabungan fasa akhir Monsun Timur Laut, fenomena El Nino, dan kurangnya litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke muka bumi. METMalaysia juga keluarkan kenyataan dimana kawasan paling terkesan adalah di kawasan di bahagian utara Semenanjung Malaysia dimana masa ini ia biasanya mengalami impak paling ketara iaitu berlaku di Perlis (Kangar), Kedah (Padang Terap, Langkawi, Kota Setar), Pulau Pinang dan juga Perak (Hulu Perak). Dilaporkan dimana orang ramai perlu waspada untuk berada di luar rumah atau di kawasan kebun-kebun pertanian atau di kawasan riadah. Dalam pada itu pihak berkuasa seperti METMalaysia dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk patuh arahan agar mengrangkan aktiviti luar terutamanya antara jam 11 pagi hingga 4 petang dan juga mengekalkan tahap kekal hidrat dengan meminum air kosong dengan kerap walaupun tidak berasa dahaga. Selain itu orang ramai dan petani dan pesawah di syorkan agar memakai jenis pakaian lebih sesuai seperti jenis pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang. Kalangan pelajar sekolah juga dibenarkan memakai pakaian sukan mengikut pekeliling semasa. Di beritahu juga agr orang ramai berwaspada dengan simptom atau tanda gejala suhu [anas sperti ada tanda-tanda kelesuan haba atau strok haba seperti pening kepala, nadi laju, dan kulit kering yang panas. Perlu mendapatkan rawatan segera jika simptom ini berlaku agar ia tidak menjejaskan aspek kesihatan lebih teruk. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengeai ancaman dan isu suhu panas dan kemarau yag berlaku di Malaysia pada tahun 2026 kali ini untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam beberapa portal tempatan ada di laporkan 'Cuaca Panas Hasil Padi Merosot 60 Peratus' dimana di Alor Setar dilaporkan hasil padi di beberapa kawasan utama negara dilaporkan merosot sehingga 60% susulan faktor cuaca panas melampau mencecah 37 - 40 darjah Celsius sejak dua minggu lalu. Apa pun keadaan tersebut menyebabkan banyak padi yang dituai tidak berisi, selain kekurangan bekalan air akibat kemarau berpanjangan, malah pesawah dijangka terpaksa menangguhkan musim penanaman baharu yang sepatutnya bermula April 2026 ini. Pihak MADA nyatakan kemerosotan itu boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi sehingga mengganggu proses penting dalam pembentukan hasil padi. Suhu ekstrem terutama melebihi 40 darjah Celsius boleh menjejaskan proses pendebungaan sehingga ia akan menyebabkan pengisian padi tidak sempurna. Kesan kemarau turut memberi kesan besar kepada bekalan air apabila sumber utama seperti hujan dan simpanan empangan semakin berkurangan. Dilaporkan ketika ini paras takungan MADA iaitu di Empangan Muda berada pada tahap rendah iaitu 7.64 peratus atau 9,550 ekar kaki berikutan ketiadaan hujan di kawasan tadahan yang mana keadaan ini perlu diberi perhatian serius. Selalunya apabila kemarau, air hujan tiada, air empangan pun berkurang dan ini memberi kesan langsung kepada bekalan air untuk pengairan padi. Bekalan yang ada ketika ini hanya mencukupi untuk dilepaskan ke Loji Rawatan Air (LRA) bagi kegunaan domestik dan industri yang boleh menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke kawasan sawah seperti biasa. Ini berkemungkinan pesawah terpaksa menggunakan kaedah tabur terus kering (TTK) untuk meneruskan penanaman musim satu 2026 yang dijangka bermula April dan kaedah ini dilakukan dengan cara membajak tanah, menabur benih padi dan memadatkan tanah sebelum menunggu hujan atau embun untuk percambahan.


Media lain dan bernama laporkan 'Ada 15 kawasan di Semenanjung pada status cuaca panas tahap 1 dan 2 - Lapor MetMalaysia' dimana ada foto keadaan tanah sawah yang kering dan merekah akibat cuaca panas di Padang Terap, Kedah sebagai rujukkan. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 - 40 darjah Celsius.  MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah. Apa pun amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan). Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Menurut jabatan itu dimana tema berkenaan menekankan kepentingan teknologi dan usaha pemantauan meteorologi yang tepat serta terkini dalam melindungi kehidupan dan alam sekitar untuk generasi akan datang dimana melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan yang lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim. MetMalaysia turut meraikan Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WHO), satu pencapaian yang mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada kerjasama global demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian bumi.
 

Bernama juga laporkan 'Padi tak menjadi akibat panas melampau dakwa Pesawah' dimana kesan cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lepas. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan dakwa kesan fenomena cuaca panas ketika ini menjadikan pengeluaran padi tidak memberangsangkan dan berkurangan. Kajian dapati hasil padi pada tahun ini dijangkakan pada kadar 62% dan cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu menyebabkan pengeluaran tidak memberangsangkan. Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis. Dilaporkan akibat cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20-30% peratus berbanding musim lepas. Pesawah Mohd Farid mendakwa dia yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah turut terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering. Dakwanya padi jadi ringan, jadi hampa (kosong), suhu ekstrem sangat dan kita ingat panas biasa-biasa sampai ada yang dah buang air 20 hari sebelum mengerat (menuai). Tiba-tiba suhu panas sangat mengakibatkan pokok (padi) cepat kering dan buah padi kurang berisi beras dan bukan salah siapa pun, ada yang menjadi sampai tujuh dan lapan tan per hektar. Cumanya ada silap percaturan mengakibatkan bendang cepat kering sehingga pokok terbantut dan menjejaskan pokok padi yang tengah bunting ketika itu. Kesan fenomena El Nino yang melanda ketika ini mengakibatkan hasil tuaiannya turut menyusut dan tinggal kira-kira lima tan metrik per hektar berbanding tujuh tan metrik per hektar sebelum ini. Pesawah di sini yakin dimana selagi ada jaminan daripada pihak MADA kata tiga empangan mencukupi untuk pengairan musim depan, kami tak risau sangatlah untuk tanaman semula nanti. Cuma kami kena lebih peka pada ramalan cuaca agar tak lepas (buang air dari petak sawah) air awal-awal dan ikut jadual penanaman yang ditetapkan MADA. Bagi seorang lagi pesawah Jamil nyatakan Kedah memang memerlukan cuaca panas musim ini bagi menstabilkan tanah untuk rawatan tanah jerlus tapi bukanlah cuaca yang terlampau panas sehingga menjejaskan hasil petani dan situasi ini di luar jangkaan. Dia yang mengusahakan lebih 35 hektar sawah juga terkesan apabila purata hasil diperoleh sekitar enam tan mektrik per hektar berbanding sebelum ini sebanyak tujuh tan metrik per hektar. Padinya pun hasil tidak padat dimana bila panas kuat kesannya padi menjadi kering dan tidak ada isi berbanding musim lepas dimana biasanya dia boleh dapat tujuh tan metrik lebih akan tetapi sekarang ini dalam enam tan metrik per hektar saja. Dakwanya bukan sahaja pokok jadi kering malah sawah ditimpa penyakit seperti bena perang dan serangan makhluk perosak lain, tapi masih dapat dikawal dan dia telah anggarkan 30 peratus hasil tuaian terjejas akibat cuaca panas ini. bagi petani dari Kampung Balik Bukit bernama Aziz Mat, 82 pula dia yang mengusahakan kira-kira lapan hektar sawah turut kehilangan hasil kerana hanya lima hektar sawahnya mengeluarkan hasil susulan kemarau. Kerugiannya anggaran dalam RM20,000 sebab banyak petak (sawah) tak ada isi, jadi hampa, panas sangat sampai tangkal kecut dan patah, kira dalam sembilan relong (tiga hektar) saya tak dapat apa-apa hasil seperti yang lain dapat. Air dan segala infrastruktur semua cukup dan kini yang menjadi punca ialah cuaca panas melampau, bukan kelemahan siapa-siapa. Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4 petang dan hasil semakan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Pokok Sena mencatatkan 37 darjah Celsius iaitu pada tahap gelombang haba iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 


Dalam bharian.com dilaporkan 'Cuaca panas beri kesan kepada penternak' dengan kes penternak bernama  Zubir melakukan rutin harian dengan cara memastikan lembu ternakannya dalam keadaan baik ketika ditemui di Ladang Siantan Green, Kampung Bangi, Selangor menjadi liputan media. Kisah bagaimana Zubir yang menghela nafas panjang sebaik diberitahu oleh pekerjanya mengenai kematian seekor lagi lembunya ketika dia sedang bersiap memulakan aktiviti rutin hariannya seawal jam 7 pagi di ladang fidlotnya di Bangi. Apa pun lembu pedaging yang diternaknya secara fidlot untuk memenuhi permintaan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha dipercayai mati akibat tekanan haba berikutan cuaca panas yang berlaku ketika ini. Kematian terbaharu itu bermakna sudah 20 lembu ternakannya menjadi korban cuaca panas melampau susulan fenomena El Nino yang sedang melanda banyak negara di dunia ketika ini dengan tempoh jangkaan hingga September depan. Cuaca panas melampau ketika ini banyak memberi impak kepada penternak. Kami turut terkesan apabila 20 lembu yang sepatutnya dijual untuk ibadah korban mati sepanjang tempoh tiga bulan lepas. Dia dakwa seekor lembu yang berat biasa anggaran 180 kilogram (kg) hingga 250kg bernilai sekitar RM4,300 dimana kejadian ini bermakna dengan 20 ekor kematian menyebabkan dia sudah telah kerugian hampir RM100,000 yang kandangnya berada di ladang seluas 0.8 hektar yang diusahakannya sejak 2004. Kesan cuaca panas yang berlaku ketika ini turut menjejaskan tumbesaran ternakannya sehingga berat haiwan itu menurun dan tidak dapat dijual pada tempoh yang sepatutnya dimana ini turut menyebabkan kos operasi meningkat apabila terpaksa melanjutkan tempoh ternakan haiwan itu sehingga berat mencapai berat minimum 180kg. Kejadian haiwan apabila stres disebabkan panas maka ia tidak berselera makan dan ini menjejaskan berat badannya. Bagi lembu tempatan biasanya mengambil masa dua minggu untuk menaikkan kembali berat badannya tetapi untuk lembu import yang bersaiz besar ada yang mengambil masa hingga sebulan. Apa pun lagi lama haiwan ini berada di kandang, lagi banyaklah kos yang terpaksa dibelanjakan tambah lagi ketika musim panas ini dimana dia yang mempunyai lapan pekerja manakala haiwan ternakan sebanyak 350 ekor termasuk 50 kerbau. Aktiviti rutin hariannya sebagai pengurus di ladang fidlot itu berubah sejak tiga bulan lepas bagi menyesuaikan dengan peningkatan suhu yang kadang kala mencecah hingga 40 darjah Celsius. Dia hanya memandikan haiwannya sekali sehari pada waktu pagi, tetapi ketika cuaca panas, dia perlu memandikannya sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Selain terpaksa menambah jumlah air minuman di dalam kolam yang disediakan sebanyak 40 hingga 45 liter sehari, dua kali ganda berbanding bukan semasa cuaca panas. Haiwan apabila dalam cuaca panas, akan gelisah, termenung sehingga menyebabkannya tertekan, dehidrasi. Bila lihat keadaan haiwan tidak selesa, kami mula memandikannya dua kali sehari selain memastikan kandang dalam keadaan bersih. Disebabkan kandang yang kotor, memudahkan haiwan terdedah dengan pelbagai penyakit dan berisiko mati dimana kos ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk haiwan ternakan turut meningkat ketika musim panas. Kini kos operasinya akan lebih meningkat apabila ianya membabitkan lembu import yang memerlukan penjagaan lebih rapi seperti baka Limousine Bull dari Australia apabila terpaksa memasang jaring 'garden net' bagi mengurangkan tekanan kepanasan. Direkodkan kesan El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan oleh Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.  


Dalam laporan media lain di mana 'Cuaca panas jejas ternakan ikan kolam mati' menjadi ancaman kepada oenternak akuakutur di Gua Musang Kelantan wajar di kongsikan faktanya. Media laporkan ada seorang penternak ikan kolam di Kampung Lepan Jaya dekat sini, mendakwa menanggung kerugian RM15,000 apabila lebih 3,000 ternakan ikan patin mati berikutan cuaca panas sejak dua bulan lalu. Bgi Mat Nawi Hussin, 62, berkata kerugian paling paling ketara bermula Jumaat lalu apabila antara 500 hingga 700 patin mati setiap hari dimana ia dipercayai berpunca daripada bekalan air tidak mencukupi berikutan sumber dari bukit berhampiran untuk disalurkan ke lapan kolam ikan semakin kering dan cuaca panas yang ekstrem dimana keadaan ini menjejaskan pendapatan saya kerana turut mempunyai kira-kira 6,000 ikan kelah yang tinggi harganya. Dia yang menternak 30,000 ikan tilapia, 30,000 ikan krai, 10,000 ikan tongsan dan 6,000 ikan jelawat nyatakan baki kira-kira 5,000 ikan patin dalam sebuah kolamnya berkemungkinan tidak dapat diselamatkan kerana cuaca panas menyebabkan air semakin kering dan suhu semakin panas. Tumpuannya kini ialah menjaga ternakan kelah dengan sebaiknya berikutan ada yang bersaiz hingga lima kilogram dan boleh dijual pada harga RM200 sekilogram. Dia juga perlu bergantung kepada air simpanan dengan mencukupi daripada beberapa sumber lain yang berhampiran walau pun kejdian suhu panas dan kemarau belum tahu bila akan berakhir. Dia ada membeli pam air dan mendapatkan nasihat untuk dapatkan air bawah tanah dimasa akan datang bagi mengatasi kekurangan bekalanan air di musim kemarau. 
Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!!..
ISU SUHU PANAS...KEMARAU PUN ADA...
KESAN EL-NINO...KINI SERIUS MELANDA...
ORANG RAMAI...PELU LEBIH WASPADA...
ANCAM PERTANIAN...DIJELASKAN FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...