KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.
Menarik di kupas akan Anatomi Kucing terutama jenis kucing domestik dimana ia sama saiznya dengan baka jenis lain daripada genus Felis dan biasanya mempunyai berat antara 4 dan 5 kg. Walau bagaimanapun selalunya ada sesetengah baka seperti Maine Coon kadang-kadang boleh melebihi 11 kg. Dalam pada itu ada jenis kucing yang sangat kecil iaitu kurang daripada 2 kg dan rekod dunia untuk kucing terbesar ialah seberat 21 kg. Kucing dewasa kecil yang pernah direkodkan secara rasmi mempunyai berat sekitar 1 kg dan jenis kucing liar cenderung menjadi lebih ringan sebab cara mereka hidup perlu memburu makanan yang lebih terbatas di habitatnya berbanding kucing rumah yang gemuk kerana makanan banyak. Di laporkan lazimnya secara purata kucing jantan dewasa yang liar mempunyai berat 4 kg dan purata berat kucing betina yang liar ialah 3 kg dimana purata bagi ketinggian sekitar 23-25 cm dan purata panjang kepala/tubuh 46 cm (kucing jantan lebih besar daripada betina) dengan ekor secara purata panjangnya adalah 30 cm. Kucing mempunyai tujuh vertebra serviks seperti hampir semua mamalia dimana ada 13 vertebra toraks (manusia mempunyai 12) serta 7 unit vertebra lumbar (manusia mempunyai lima). Kucing juga ada 3 vertebra sakrum seperti kebanyakan mamalia (manusia mempunyai 5 unit. Tengkorak kucing adalah bersifat luar biasa antara mamalia dimana ia mempunyai soket mata sangat besar dan rahangnya memang ia kuat dan khusus. Dalam rahang kucing terdapat barisan gigi yang disesuaikan untuk membunuh mangsa dan mengoyak daging. Kucing juga ada keupayaan untuk mencengkam mangsanya dengan mengigit mangsanya dileher sehingga mangsa mati dengan dua gigi taring panjang.
Kucing mempunyai keupayaan memakan mangsanya dengaan membunuhnya mengigit di antara dua vertebra mangsa dan memutuskan saraf tunjang yang menyebabkan lumpuh tidak dapat dipulihkan dan kematian (Sila lihat foto disebelah). Berbanding dengan keluarga kucing lain dimana jenis kucing domestik mempunyai gigi taring berjarak sempit yang merupakan satu lagi adaptasi kepada mangsa pilihan kucing seperti jenis tikus kecil iaitu ia mempunyai tulang kecil. Apa pun ciri premolar dan molar pertama pada pasangan karnasial pada setiap sisi mulut membolehkan gigi kucing lakukan pemotongan daging kepada kepingan kecil dengan cekap seakan ia seperti sepasang alat gunting. Apa pun ciri ini adalah penting dalam kucing dapatkan pemakanan kerana gigi geraham kecil kucing tidak boleh mengunyah makanan dengan berkesan. Aka jenis kucing dimana sebahagian besarnya tidak mampu untuk mengunyah. Walaupun haiwan kucing cenderung untuk mempunyai gigi yang lebih baik daripada kebanyakan manusia akan tetapi berlaku kes kerosakan gigi yang biasanya kurang mungkin kerana lapisan pelindung yang tebal enamel. Dilaporkan juga dimana air liur kucing adalah bersifat iakurang merosakkan dan juga kurang mengekalkan sisa makanan di antara gigi. Sebaiknya diet kucing dengan kebanyakan makannya adalah ia tidak mengandungi tinggi gula tetapi giginya boleh rosaak sebab boleh berlaku kehilangan gigi disebabkan jangkitan.
Bagaimana kucing berjalan atau bergerak wajar di kongsikan faktanya. Pergerakan haiwan kucing adalah sama seperti anjing iaitu secara 'Digitigrad'. Kucing berjalan terus pada 4 kakinya iaitu dengan tulang-tulang kaki mereka membentuk bahagian bawah kaki yang boleh dilihat. Kucing ada ciri untuk mampu berjalan sangat tepat dimanakebanyakan kucing mamang akan meletakkan setiap bekas tapak kaki belakang (hampir) secara langsung dalam cetak hadapan. Kucing memang unik kerana semasa berjalan amat SENYAP walau pun tempat tersabut akan mengeluarkan bunyi jika di pijak. Semasa berjalan kucing akan mempastikan memilih laluan betul bagi mengurangkan bunyi dan trek akan kelihatan. Kucing akan melalui landasan yang pasti untuk kaki belakangnya apabila mereka mengemudi di laluan atau kawasan yang kasar. Memang unik dimana tidak seperti kebanyakan mamalia iaitu apabila kucing berjalan mka ia akan menggunakan gaya berjalan 'berrentak iaitu akan bergerak kedua-dua kaki pada sebelah badan sebelum kaki di sisi lain. Ciri berjalan seperti ini dilihat kucing adalah sama haiwan unta dan zirafah berjalan. Kuku kucing adalah tajam iaitu ia sama seperti hampir semua ahli Felidae dan uniknya kukunya boleh ditarik balik masuk kedalam. Dalam kedudukan normal dan santai selalunya kuku kucing dilihaat ia bersarung dengan kulit dan bulu di sekitar pad kakinya. Ini membuatkan kuku tetap akan tajam disimpan dimana ia akan mencegah kes kuku kehausan kerana bersentuhan dengan tanah dan ketajaman ini akan membolehkan mudah tangkap mangsanya. Kuku kucing pada kaki hadapan biasanya lebih tajam daripada yang di kaki belakang. Kucing sebenarya ia boleh melakukan mencakar daripada satu atau lebih kaki. Kucing boleh terus mencakar semasa memburu atau mempertahankan diri (ketika bergaduh). Kuku kucing juga di gunakan untuk tujuan seperti mendaki, menguli atau untuk berikan daya tarikan tambahan pada permukaan tanah atau tapak yang lembut. Kebanyakan kucing mempunyai lima kuku pada kaki depannya dan empat pada kaki belakangnya. Kuku depan kelima adalah proksimal terhadap kuku-kuku lain dimana ia seakan unjuran yang kelihatan seperti 'jari keenam'. Ada sesetengah baka kucing terdedah kepada polidaktili (jari kaki tambahan dan kuku). Kucing dapat bertahan dengan suhu agak tinggi berbanding dengan manusia umumnya mula berasa tidak selesa apabila suhu kulit pas kira-kira 38 °C akan tetapi kucing tidak masih menunjukkan rasa tidak selesa sehingga kulit mereka mencapai sekitar 52 °C dan boleh bertahan dengan suhu sehingga 56 °C sahaja jika mempunyai akses kepada air. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..