Monday, June 30, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 3)

DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Licuala grandis) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Kalangan pembaca blog ini mungkin sudah tahu akan atau ramai tidak tahu petua iaitu bagaimana nak simpan daun palas agar tahan lama untuk ianya disembangkan.  Di perayaan Hari Raya selalunya makanan seperti ketupat ialah satu juadah ‘wajib’ yang mesti ada di pagi raya walaupun menu lain seperti bihun sup, mee kuah, laksa, lontong atau lain-lain turut disediakan. Dilaporkan lazimnya di beberapa negeri sebelah utara seperti Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang juga termasuk pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu iaitu ketupat pulut daun palas menjadi pilihan. Sama ada dimakan bersama rendang, gulai, susu pekat atau begitu sahaja, pastinya siap terhidang di pagi hari raya dan memang tidak dinafikan, di zaman sekarang, daun palas tidaklah semudah diperolehi berbanding 15-20 tahun lalu apatah lagi di musim perayaan. Kini walaupun ia ada dijual di kedai-kedai tetapi stok amat terhad dan sekiranya lambat, pasti kehabisan selain terpaksa bersaing dengan pihak yang menjalankan perniagaan menjual ketupat palas. Selalunya daun palas ini dibeli lebih awal dan disimpan untuk digunakan dua tiga hari menjelang hari raya dimana masalah yang timbul, kerap kali berlaku, daun palas kering, keras serta rosak dan impian untuk menyediakan juadah istimewa itu kepada keluarga pun kecundang. Petua atau cara kekalkan kesegaran daun palas adalah dengan penyimpanan yang betul dimana sebaiknya daun palas akan kekal elastik dan mudah digunakan ketika diperlukan dan kemudian akan menghasilkan kelongsong ketupat sempurna. Penyimpanan dengan cara yang betul, bukan sahaja daun palas itu mampu bertahan lama malah segar berbulan-bulan. Pertama dimana sebaiknya daun palas itu perlu dicuci bersih dan dibuang segala kotoran yang ada, selain itu ketuk-ketukkan daun itu untuk keluarkan habuknya. Digalakkan cuci dengan kaedah menggunakan tuala lembap, tetapi dengan air juga boleh, tetapi perlu sidai atau sangkut daun palas itu supaya air kering. Selepas dicuci, potong semua batang yang keras pada daun palas itu dan pastikan supaya tidak terkoyak, kemudian bungkuskan menggunakan surat khabar atau plastik. Daun palas yang telah dibungkus, boleh disimpan ke dalam peti sejuk dibahagian beku, walau bagaimanapun sekiranya jumlahnya hanya sedikit memadai disimpan di luar pada suhu bilik. Daun palas yang disimpan itu, kadang kala akan bertukar warna daripada hijau kepada coklat, namun rasa asli bagi ketupatnya tetap tidak berubah. Cara ini sangat berguna kepada yang hendak buat persiapan lebih awal dan tidak mahu terburu-buru menjelang hari raya nanti. Tips ini juga memberi kelebihan kepada mereka yang menyimpan daun palas dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan perniagaan ketupat daun palas.


Dalam portal MetroTV dilaporkan kisah  'Uniknya ketupat palas pelbagai inti' yang sesuai di sembangkan kisahnya. Kisah bermula hanya menjual ketupat palas di gerai di bahu jalan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suami terbabit kemalangan dimana Norhashimah Abd Ghani kini berbangga apabila makanan tradisional diusahakannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Produk ketupat palas diusahakannya pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia iaitu pada tahun lalu. Ia bermula dengan hanya menghasilkan ketupat palas lemak manis, produk dijual Norhashimah dan Mohd Faizu kini lebih variasi dengan pilihan ketupat berintikan sambal daging, sambal ikan, jagung dan kacang selain ketupat palas pulut hitam. Kejayaan mencipta pelbagai jenis ketupat berinti oleh pasangan itu mendapat perhatian FAMA apabila pasangan suami isteri itu dipilih menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dulu. Ada pelbagai kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuhi dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional terutama apabila lebih 50 kilogram pulut dimasak untuk membuat ketupat tidak menjadi. Berkat kesabaran dan tidak putus asa serta dorongan Mohd Faizu yang berperanan sebagai pengurus Hulwah Frozen Food serta ahli keluarga, pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM2,000 kepada RM7,000 sebulan. Kemudian dia mendapat perhatian SME Corps, apabila meluluskan geran bernilai RM50,000 untuk pasangan itu membuka kilang di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). Kalau ketupat palas pelbagai inti ini mendapat permintaan pemilik pasar raya yang memiliki gedung terbesar di negara ini, tetapi permintaan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami sedang menunggu kelulusan sijil halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bagi membolehkan produk memenuhi syarat untuk menembusi pasaran luar negara. Apa pun sejak beroperasi di bengkel di KUT, kami berjaya mengeluarkan ketupat palas pelbagai inti antara 3,000 dan 5,000 biji sehari dengan pembungkusan bersih dan memenuhi piawaian pasaran,” katanya yang berterima kasih kepada SME Corps dan YPU kerana menyediakan premis untuk operasi kilang. Dia turut mendapat bantuan MARA untuk mendapatkan fakta nutrisi dan kod bar serta Jabatan Pembangunan Wanita dan mendapat tempahan daripada usahawan di Singapura. Ada sebanyak 20,000 hingga 50,000 biji ketupat disediakan untuk MAHA masa itu dan dia bertekad untuk terus menggunakan daun palas sebagai pembungkus, walaupun pernah dicadangkan MARDI menggunakan plastik khas terutama untuk pasaran antarabangsa selain di pasar raya. Baginya penggunaan daun palas perlu bagi tujuan untuk mengekalkan keaslian ketupat dan pihaknya tidak akan menggunakan bahan lain seperti dicadangkan MARDI dan mengakui ketupat yang disejuk beku dihasilkan mampu bertahan selama enam bulan.


Dalam bhnews.com dilaporkan jika 'Tak menang tangan siapkan 17,000 tempahan ketupat palas' dimana ibarat rezeki datang bergolek, dua beranak dari Kampung Kubang Palas, dekat Banggu, di sini, tak menang tangan menyiapkan 17,000 ketupat palas yang ditempah pelanggan sempena Aidilfitri. Bagi pengusaha Rahimah Oma (62) dan anaknya, Tuan Norliza Tuan Abdullah (40) kini menyiapkan sekurang-kurangnya 1,000 biji ketupat palas setiap hari sejak lima hari lalu untuk memenuhi tempahan pelanggan termasuk dari luar Kelantan. Disebabkan sambutan tinggi itu, Rahimah terpaksa menutup tempahan pada minggu kedua Ramadan mengambil kira kekangan yang ada, sekali gus mengelak risiko tempahan tidak dapat disiapkan menjelang Aidilfitri. Dia akan memulakan proses membuat ketupat palas seawal jam 7 pagi dengan merendam sekurang-kurangnya 20 kilogram (kg) beras pulut yang kemudian dikukus secara berperingkat. Ketika memproses ketupat palas, saya perlu 'mengarong' (mengadun) pulut bersama santan dan ia agak memenatkan kerana sentiasa perlu dikacau menggunakan senduk kayu supaya adunan menjadi lebih sebati. Kebiasaannya proses menyediakan ketupat ini berakhir sehingga lewat malam dengan membungkus pulut ke dalam daun palas. Ibu kepada sembilan anak ini berkata, dia membuat lima jenis ketupat iaitu serunding daging yang dijual pada harga RM1 sebiji, manakala bagi ketupat manis, lemak, manis kacang dan pulut hitam dijual 80 sen sebiji. Meskipun berdepan kenaikan harga barangan, saya tetap mengekalkan harga asal kerana tidak mahu membebankan pelanggan kerana kebanyakan mereka pelanggan tetap sejak dari dulu lagi. Cabaran paling besar adalah mencari daun palas dan ada kalanya ia sukar diperoleh, namun dia tetap berusaha meneruskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan sejak lebih 30 tahun lalu itu. Selalunya daun palas mula dikumpulkan pada pertengahan Ramadan bagi mengelakkan pucuk palas menjadi kering, sekali gus menyukarkan saya untuk membentuk kelongsong tiga segi. Kebiasaannya daun palas ini dicari di kawasan hutan berhampiran rumah dan pucuk palas muda serta lebar daripada pokok yang segar menjadi pilihan. Jika tidak cukup, saya terpaksa membeli daun palas ini daripada penduduk kampung sekitar. Ketika negara berdepan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, dia tetap menerima tempahan sehingga 21,000 biji ketupat palas sempena Aidilfiri. Ini kerana pada waktu itu ramai anak perantau tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung masing-masing dan mungkin ketupat palas dijadikan juadah Aidilfitri sebagai cara mengubati rindu pada keluarga dimana selalunya dia akan menyiapkan sehingga 1,000 biji ketupat palas sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

Sunday, June 29, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 2)

DAUN PALAS
adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Licuala grandis) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Sembang kisah '
Saudagar palas utara' yang berada di Padang Terap, Kedah menarik kisahnya. Kegunaan daun palas untuk bungkusan ketupat di kawasan utara bagaikan satu kemestian tetapi pokok palas sukar diperoleh kerana tumbuh liar dalam hutan. Bagaimanapun bagi Mohd Isa (35) dari Kampung Pong Manis, Mukim Tekai Kanan sudah menjadi pembekal utama daun palas di kawasan utara berikutan pohon itu tumbuh di kawasan kebun getahnya seluas lima hektar. Dakwanya dimana pokok palas atau nama santifiknya Licuala grandis hanya tumbuh beberapa pokok saja di kebun getahnya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya tetapi semakin banyak terutama selepas bapanya dulu menabur biji buah pokok itu di sekitar kebun dan ia tumbuh dengan banyak antara pokok getah yang kini dianggarkan terdapat ribuan pokok palas di kebun ini. Apa yang menariknya pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi asalkan berada di kawasan lembap seperti di kebun getah. Kini setiap kali hari raya dia membekalkan 10,000 pucuk daun palas di negeri ini termasuk Perlis dan Pulau Pinang yang kerjanya juga seorang penoreh getah. KAlau setiap pucuk daun palas itu dijual antara 80 sen hingga RM1 bergantung kepada saiz dimana daun palas yang lebih dikenali sebagai daun palas minyak itu ada kelebihan yang tersendiri iaitu lebih lebar, nipis, mudah dibentuk selain tidak mudah pecah menjadikannya sentiasa mendapat sambutan. Katanya kalau dulu ia dijual murah tidak sampai 40 sen sepucuk namun sejak enam tahun lalu harganya naik berikutan pokoknya semakin sukar ditemui. Dia bersyukur kerana bapa saya meluaskan tanaman ini di kebun getah kami, malah ia menjadi pendapatan sampingan saya terutama Aidilfitri. Selalunya pada musim perayaan ini dia berhenti menoreh getah bagi memberi tumpuan mengambil daun palas. Katanya pendapatan sebagai penoreh getah hanya cukup makan iaitu kira-kira RM500 sebulan, dengan adanya bekalan daun palas dapatlah saya dan keluarga menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya dengan lebih meriah. Selain musim perayaan dia turut menerima tempahan bagi membekalkan daun itu dengan tempahan melebihi 200 pucuk sehari.


Menarik kisah bagaimana 'Hasan mencari rezeki dengan daun palas' yang sesuai di kongsikan faktanya. Media laporkan jika di Kuantan setiap kali ketibaan Ramadan memberi rezeki tambahan kepada Hasan iaitu seorang lelaki yang mencari daun palas sebagai usaha untuk menambah tambahan memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembuat ketupat. Dia mencari daun palas bukan mudah kerana pokok ini hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya iaitu selalunya daun palas kini ia semakin sukar ditemui di kawasan tepi hutan. Dia perlu untuk berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dimana pada setiap hari dia akan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk memperoleh sekitar 500 hingga 800 pucuk palas jenis Palas Minyak. Walau pun ramai masyarakat kata dimana mereka beranggapan mudah namun hakikatnya sangat memenatkan diman dia terpaksa memikul daun palas dengan berjalan untuk membawanya keluar dari hutan. Memeng ada risiko dicucuk duri palas yang sangat tajam serta habuk daun palas yang boleh menjadikan tubuh kita gatal dan ancaman haiwan liar dan serangga. Daun palas minyak yang diperoleh kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya dengan harga RM25 untuk 100 batang pucuk palas. Apa pun selain pelanggan tempatan sekitar Kuantan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Melaka. Kalangan pelanggan sekitar Kuantan kini akan dihantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar negeri akan di poskan tanpa mengenakan caj tambahan jika kuantitinya banyak. Daun palas yang dijual dilaporkan yang ia boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi serta terdedah dengan cahaya matahari.


Portal lain laporkan dimana 'Rezeki asnaf, ibu tunggal ambil upah tempahan ketupat palas' di Tanah Merah, Kelantan wajar dicontohi. Media laporkan dimana para penduduk Kampung Bukit Gading, Tanah Merah akan menyiapkan lebih satu juta tempahan ketupat palas setiap kali tiba sambutan Hari Raya. Ada seramai 25 penduduk terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal menerima upah untuk menyiapkan tempahan berkenaan. Mereka yang mengambil upah membungkus ketupat palas ini dibayar secara harian dan jumlah ketupat yang dibungkus bergantung kepada kepantasan dan kecepatan setiap individu. Tempahan ketupat palas sejuk beku ini mula dibuka pada awal Januari lalu dan sebanyak 5,000 hingga 6,000 biji ketupat disiapkan sehari. Ketika memasuki Ramadan maka proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari disebabkan ketupat palas sejuk beku ini akan dihantar kepada setiap ejen di seluruh negara. Selalunya seawal jam 5 pagi selepas bersahur maka segala kelengkapan untuk memproses ketupat dilakukan termasuk memesin kelapa dan merendam beras pulut sebelum ianya dikukus. Setelah semuanya siap, proses membungkus ketupat dilakukan seawal jam 7 pagi sehingga 2 petang. Proses agak sukar sepanjang menyiapkan ketupat palas ialah mengarun pulut supaya ia masak serata selain proses membungkusnya yang mengambil masa lama. Biasanya untuk mendapatkan bekalan daun palas dia akan mengupah penduduk kampung untuk mencari di kawasan hutan berdekatan. Bagi memenuhi selera perantau, saya menyediakan lapan jenis ketupat palas iaitu lemak, manis, kacang, jagung, pulut hitam, serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan. Kini mereka memang tidak menang tangan menerima tempahan dan dijangka lebih sejuta biji ketupat palas sejuk beku akan dihantar kepada pelanggan, tidak termasuk tempahan untuk rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri saban tahun. 


Dalam NSTP di laporkan kisah menarik bertajuk '
Ketupat palas jantung hatiku laris menjelang Aidiladha' untuk disembangkan juga. Bagi nenek bernama Ruslina Abdul Rahman (60) membuat ketupat palas jantung adalah kemahiran yang dia punya. Selalunya apabila menjelang Aidiladha yang berbaki dua minggu lagi, pengusaha ketupat palas jantung hatiku tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Nama di berikan adalah 'Ketupat jantung hatiku' yang mana ia diusahakan sejak 40 tahun lalu itu sentiasa akan mendapat sambutan apabila tampil dalam bentuk yang berbeza berbanding ketupat palas lain. Dakwanya sejak beberapa minggu lalu dia yang dibantu anaknya memang mereka sibuk menyiapkan tempahan pelanggan dari pelbagai daerah termasuk luar Kelantan. Ada empat jenis ketupat dihasilkannya iaitu ketupat lemak, manis, pulut hitam dan serunding dengan harga serendah RM1 sebiji sehingga RM1.40 sebiji. Tambahnya lagi walau pun bentuk ketupat yang diberi nama jantung hatiku ini adalah idea daripada arwah ibu sejak 40 tahun lalu dan sehingga kini saya hanya membuat ketupat bentuk ini sahaja. Resepi sama sebagaimana ketupat lain dan menggunakan daun palas yang sama, cuma yang mampu bagi membezakan adalah bentuk sahaja. Kini disebabkan bentuk yang berbeza, ketupat ini sentiasa mendapat sambutan sehingga ke Lembah Klang yang tinggal di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu. Dia menerima tempahan sehingga lebih 3,000 biji dan menyifatkan sambutan menggalakkan setiap kali perayaan sama ada Aidiladha mahupun Aidilfitri. Apa pun dia tidak mempunyai pekerja dan hanya anak saya sahaja yang membantu setiap hari dan akan buat mengikut kemampuan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, Johor.

Saturday, June 28, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 1)

DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Menarik dalam hmetro.com kisah bertajuk 'Rezeki pencari daun palas' oleh pengusaha Mat Kawi yang menjadikan pokok palas yang terdapat di kawasan hutan Jerangau sebagai punca pendapatan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi pengemar setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha namun untuk mendapatkan daun palas ini bukanlah suatu yang mudah kerana pokok berkenaan hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya. Bagi Mat Kawi Lah dimana setiap kali tiba Ramadan dia akan masuk ke hutan untuk mendapatkan daun palas kerana mampu mendatangkan rezeki tambahan kepadanya dan keluarga. Dia setiap pagi iaitu dibantu anaknya Mohd Firdaus akan masuk ke kawasan hutan untuk mendapatkan daun palas sebelum dijual kepada pembuat ketupat. Daun palas kini sukar ditemui di kawasan tepi hutan dan kebanyakannya tumbuh jauh di dalam hutan berpaya. Mereka berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dan terus mencarinya kerana pokok palas ini tidak tumbuh secara berkelompok di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Setiap hari dia akan mengambil masa lima hingga tujuh jam untuk memdapatkan antara 500 hingga 800 pokok palas dimana kadang-kadang hampa juga apabila hanya menjumpai pokok palas tua kerana daun palas sudah tua, sangat keras dan tidak sesuai untuk dijadikan 'daun' ketupat. Selalunya dia hanya ambil pucuk palas dan dalam satu pokok palas itu hanya ada satu atau dua pucuk sahaja dan bayangkan untuk dapat satu guni berapa pokok perlu dicari. Dia tidak menafikan ramai beranggapan mudah untuk mendapatkan pokok palas ini namun hakikatnya banyak cabaran. Mereka terpaksa memikul berguni-guni daun palas untuk dibawa keluar dari hutan dengan hanya berjalan kaki dimana ini berdepan risiko tercucuk duri palas yang sangat tajam dan terkena habuk daun palas yang boleh menyebabkan tubuh menjadi gatal. Daun palas yang mereka diperolehinya itu kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya sebanyak RM25 untuk 100 batang pokok palas. Selain pelanggan tempatan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang. Pelanggan sekitar Terengganu saya akan hantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar saya poskan tanpa mengenakan sedikit caj tambahan. Daun palas yang dijual itu boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi dan tidak didedahkan dengan cahaya matahari. Rezeki daun palas ini dapat dia tambah perbelanjaan dapur dan membeli pakaian raya untuk anak-anak dimana isterinya juga pembuat ketupat dimana sebatang daun palas boleh menghasilkan antara 20 hingga 25 biji ketupat. Setiap hari dia hanya menerima tempahan kira-kira empat hingga enam kilogram ketupat setiap hari. Setiap satu kilogram beras pulut mampu menghasilkan kira-kira 50 biji ketupat dan saya jual RM 0.60 sebiji kepada pelanggan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang hari raya nanti (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sebelum membungkus ketupat, daun palas mesti dibuka setiap helai dan dilap dengan kain bersih sebelum dijemur. Santan segar dan beras pulut yang dikukus lembut perlu diadun sebati bagi membangkitkan keenakan ketupat palas menjadi lemak bermasin.


Sembang bagaimana 'Wau daun palas tradisi yang hilang' yang dilaporkan bernama wajar di kongsikan.Ada seorang lelaki warga emas sedang sibuk meraut buluh sebelum dicantum menjadi rangka wau dikenali sebagai Samat Man (73) atai dia lebih mesra dengan nama panggilan Pak Non menggesek biola sambil menyanyikan lagu 'Itik pulang petang' sebagai hiburan dalam menyiapkan 'Wau Helang' iaitu sejenis wau tradisi unik menggunakan daun palas. Dia pernah mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Wau oleh Kraftangan Malaysia pada 2018, Pak Non mula mempelajari teknik membuat wau menggunakan daun palas daripada datuknya ketika berusia belasan tahun. Berdasarkan cerita datuknya dimana dulu masyarakat di Perlis menggunakan daun palas untuk dijadikan wau sebelum penggunaan kertas diperkenalkan. Katanya menurut cerita tok wan, orang dulu-dulu di Perlis guna daun palas untuk membuat wau kerana pada masa itu sukar untuk mendapat kertas, seingat Pak Non kali terakhir melihat pembuat wau guna daun palas sekitar tahun 1970-an. Proses membuat wau palas adalah lebih rumit dan mengambil masa yang agak panjang berbanding wau biasa kerana memerlukan ketelitian bermula daripada proses mengeringkan diikuti dengan proses membentuk, menjahit daun dan melekatkan daun palas pada badan wau iaitu tinggal di Kampung Tok Kaya dekat Kuala Perlis. Menceritakan proses pembuatan wau palas, Pak Non menjelaskan, daun palas yang sesuai digunakan untuk membuat wau adalah 'Palas Jin' atau palas hutan tumbuh berdekatan bukit kerana daunnya lebar berbanding daun palas untuk membuat ketupat. Daun palas perlu dijemur selama dua hari hingga kering dan diseterika bagi mengurangkan kedutan dan membentuk permukaan licin," katanya sambil menjahit kepingan daun palas sebelum dilekatkan ke bahagian sayap wau. Wau palas lebih tahan lasak berbanding wau daripada kertas yang mudah rosak dan koyak apabila terkena air dan daripada pemerhatian Pak Non, daun palas tidak cepat rosak jika terkena air dan wau akan lebih anjal berbanding wau yang dibuat daripada kertas. Daun palas yang dijahit menggunakan benang kapas lebih kemas jika dicantumkan menggunakan getah Rumbia namun bahan tersebut sukar diperolehi pada masa kini. DIa ingin melihat tradisi wau palas dihidupkan semula dan sedia memberi tunjuk ajar jika ada anak muda yang berminat kerana tidak mahu warisan Melayu itu hilang begitu sahaja tanpa generasi pelapis. Bagi Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis yang melawatnya dakwa berdasarkan catatan lisan, orang tua dahulu pernah menghasilkan wau menggunakan daun palas sebelum penggunaan kertas dalam pembuatan barang wau diperkenalkan. Bahan dari alam sekitar dalam penghasilan wau adalah baik dan bahan-bahan itu boleh diinovasi bagi memberi nilai tambah kepada bahagian gantian dalam pembuatan wau tradisional mengikut kesesuaian.


Dalam kes lain bernama laporkan juga jika 'Daun palas minyak laba RM300 sehari !' wajar disembangkan juga. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan dimana bila menjelang ketibaan hari lebaran tidak lama lagi, seorang peniaga buah-buahan yang beralih tumpuan perniagaannya kepada jualan daun palas minyak, kini memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, disebabkan permintaan kepada bahan itu yang cukup tinggi. Bagi Mohd Nasirman (42) nyatakan oleh kerana ramai yang membeli daun palas agak awal sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran kerana risau bekalannya yang terhad, beliau kini boleh menambah pendapatannya RM200 hingga RM300 sehari. DIa yang menjual daun palas itu dengan harga RM18 bagi 100 batang. Kebiasaannya pelanggan saya adalah penduduk sekitar daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang di gerainya di Cabang Tiga Kampung Banggol Petai. Apa pun katanya jenis daun palas minyak itu diperolehi dari dari beberapa pencari daun berkenaan di sekitar Kampung Banggol Petai, Bukit Tuku, Alor Pasir dan Batu Karang, dan beliau menjangka permintaan untuk daun palas itu akan terus melonjak dalam dua atau tiga minggu lagi apabila Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Baginya daun palas minyak menjadi pilihan ramai untuk menyediakan hidangan tradisional ketupat di pagi Hari Raya, kerana apabila dibungkus dengan daun palas, rasanya lebih enak. Proses mendapatkan daun palas minyak yang tumbuh liar di kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah, adakalanya terpaksa berdepan dengan binatang berbisa seperti ular dan tebuan. Pernah di tanya soalan 'Ambil daun palas selalu pokok tak terbantut ke?' daripada rakannya. Dakwanya pokok palas sentiasa akan keluarkan pucuk bila dah matang dan sebaiknya elakkan pokok terbantut sebab daunya kecil dan kurang. Bagi usahawan yang menanam daun palas dimana kalau ada 20 barisan maka dia akan mengambil daun palas mengiku giliran dan meninggalkan yang lain. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).

Friday, June 27, 2025

SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA (Pt 2)

STATUS PERTANIAN ORGANIK di Malaysia masih belum mencapai tahap yang dinginkan. Ini kerana pertanian organik yang ditakrifkan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia juga menggalakkan dan ia dapat meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah lama memperkenalkan persijilan MyOrganik melalui Jabatan Pertanian didalam melaksanakan teknologi ini di Malaysia. Kaedah ini ianya akan menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input ladang dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh amalan agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian. Konsepnya melalui kaedah holistik semula jadi dimana pertanian organik berusaha menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah degan cara membawa pertanian sebagai satu langkah ke hadapan dengan kaedah menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO) yang mana ia bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah serta memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan amalan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Apa pun prinsip untuk pertanian organik direkabentuk organisasi antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Antaranya adalah penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi dengan cara kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan. Ia juga berkait dengan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Bagi bahan organik apa yang asas diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Dalam pada itu kerajaan menyediakan program dalam menumpukan kepada makanan yang sihat bselaras dengan konsep iaitu ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dimana ian juga selaras dengan perlaksanaan pertanian organik. Artikel dalam blog kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai status perlaksanaan peranian organik untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Di Malaysia dilaporkan dimana status 'tidak sampai satu peratus amal pertanian organik dilaporkan ada tahun 2025' semasa artikel ini di tulis. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Parlimen dimana persijilan myGAP yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik masih sangat rendah. Pihak kementerian bersama pihak swasta dan badan bukan kerajaan kini sudah pun mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan amalan pertanian organik kepada pemain industri tempatan. Dilaporkan ketika ini memang diberi penekanan melalui dua teras dalam usaha ini iaitu yang pertama memperluaskan promosi di peringkat domestik bagi produk premium istimewa seperti hasil organik dan makanan berkhasiat bagi menyokong perkembangan pengeluaran produk seumpamanya di pasaran. Cara kedua adalah dengan meningkatkan penerimagunaan pensijilan standard makanan dalam kalangan pengeluar makan termasuk myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) dan myOrganic iaitu siap dengan setiap bahan organik perlu mendapat kelulusan dua badan ini. Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sebagai menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding yang meminta pihak kementerian menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mempromosikan amalan pertanian organik di negara ini. Dakwa menteri lagi myGAP juga bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik. Isu bagaimana kelulusan myGAP itu satu kes namun di peringkat kementerian juga kerajaan akan terus memantau barangan di pasaran dan orang ramai boleh bawa kepada jabatan untuk mereka periksa kesahihan produk organik itu. Sehingga kini di Malaysia dilaporkan memang masih kurang satu peratus petani sudah amalkan pertanian organik namun dari segi produknya di pasaran sudah banyak yang pihak penjual dakwa ia adalah organik. Ini mungkin termasuk produk organik yang diimport. Dia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan oleh Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mahukah maklumat untuk mengetahui cara untuk pengguna mengenal pasti ketulenan sesuatu produk organik yang terdapat di pasaran.


Menarik artikel dalam bharian.com bertajuk '
Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan' untuk disembangkan dan di analisa. Pihak komuniti pertanian organik boleh membantu jamin kelangsungan bekalan bahan makanan di Malaysia. Krisis rantaian bekalan melanda dunia mula memberi impak kepada negara. Pengguna melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam dan sayur-sayuran. Harga bahan makanan seperti ayam juga melambung tinggi kesan krisis inflasi disebabkan keadaan krisis seperti pandemik COVID-19 dahulu. Kes ini selalunya akan berikan peluang dan rahmat di sebalik sesuatu musibah. Salah satu daripadanya ramai dalam kalangan yang memupuk hobi baharu iaitu menanam sayur-sayuran secara organik di kediaman masing-masing. Dilaporkan ada yang memulakannya bagi tujuan memanfaatkan masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di terusnkan sebagai salah satu hobi menguntungkan sehingga kini. Ada pula pihak komuniti yang menjadikannya sebagai pelampiasan untuk mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan mental yang di hadapi mereka. Dilaporkan tidak kurang juga mula menanam secara organik untuk penjagaan kesihatan lebih baik dimana bahan makanan ditanam sendiri pasti bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka ini hanya menggunakan bahan diperoleh secara organik sebagai baja, terutama daripada sisa domestik rumah sendiri seperti air basuhan ikan, lebihan makanan dan kulit telur. Cara ini bukan sahaja menjanjikan kesihatan lebih baik menerusi sayur-sayuran lebih segar dan mempunyai rasa asli yang lazat, malah dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli bahan makanan. Ini sudah tentu sangat membantu ketika negara terbelenggu krisis inflasi. Memang menarik jika ada pula meneruskan hobi pertanian organik ini yang terus berkembang pula sebagai kemahiran. Memang rugi jika kemahiran ini tidak digunakan, dipertingkat dan disebar luas untuk mengatasi isu bekalan bahan makanan masa kini. Sesuatu mekanisme tertentu perlu dirancang pihak berkenaan bagi mengambil manfaat perkara ini. Bagi tujuan didalam menggalakkan lebih ramai menyertai kegiatan pertanian organik, mungkin kursus jangka pendek boleh dianjurkan secara fleksibel bagi mendedahkan mereka kepada kegiatan ini. Ramai berminat dalam kerja ini namun ada yang tidak tahu bagaimana memulakannya. Walau pun ada banyak kursus seumpamanya dianjurkan pihak Jabatan Pertanian sebagai contoh dilaporkan ia lebih berfokus kepada mereka yang ingin melakukannya dalam skala besar dan menjadikan sumber pendapatan.

 
Apa pun 'aktiviti pertanian organik bermula dari rumah' boleh menjadi ikhtiar bagi mengatasi isu bekalan bahan makanan dengan memperluaskannya ke peringkat komuniti. Pemimpin kawasan setempat contohnya boleh berbincang untuk membuat perancangan jenis tanaman bahan makanan yang boleh mereka hasilkan di rumah masing-masing supaya lebih banyak jenis hasil pertanian organik dapat dikeluarkan. Kalangan mereka kemudian dapat pula bertukar hasil aktiviti pertanian ini sesama jiran tetangga dimana cara ini akan mengukuhkan ikatan silaturahim dalam sesebuah komuniti tanpa mengira status, agama atau bangsa. Bagi meneruskan kerjasama setiap ahli komuniti untuk melaksanakan pertanian organik ini, mereka dapat berkongsi buah fikiran, perspektif, kreativiti serta praktis terbaik bagi memastikan kejayaan berkat usaha mereka ini. Ini akan dapat melupakan tekanan kerja dan kehidupan apabila melihat hasil penanaman ini. Mereka juga dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta tidak perlu lagi merasa keseorangan. Pertanian organik sebagai sebuah komuniti dimana mereka tentu mempunyai pengaruh lebih kuat bagi mendapatkan bantuan daripada pihak seperti Jabatan Pertanian khususnya dalam mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan biji benih, baja, tanah, sistem pengairan dan pelbagai lagi. Aktiviti pertanian organik yang dimulakan sebagai hobi ketika PKP boleh diperkembangkan ke peringkat komuniti dan ia seterusnya dapat serba sedikit mengatasi isu kekurangan bahan makanan dan seterusnya menjamin kelangsungan bekalan bahan makanan bagi komuniti setempat pada masa hadapan. Perlu disatukan komuniti setempat melalui hasil yang bebas racun kimia, tanah subur, pokok yang sihat serta menjamin persekitaran yang bersih. Komuniti pertanian organik ini juga akan memulihkan keadaan sosial dan kelestarian ekologi di kawasan setempat melalui hubungan sesama manusia serta alam sekitar. Malaysia dilihat masih tidak boleh mengawal ekonomi dan rantaian bekalan global dan biar pihak lebih pakar melakukannya. Apa pun semua boleh mengawal kehidupan dengan berusaha dan mengambil tindakan kerana perubahan hanya berlaku menerusi tindakan, bukannya alasan.


Dalam kes lain di laporkan dimana '
Dua agropreneur muda buka kebun sayur dalam pasaraya' wajar di sembangkan juga. Kisah di Kuala umpur diana Ketua Pengarah Pertanian telah melawat cawangan jualan Glyde Sdn. Bhd. di Publika, Mount Kiara. Dilaporkan hasil kolaborasi 2 orang agroprenuer muda berwawasan tinggi, Adnan Teh dan Shoma Tsubota telah berjaya mengusahakan 1,200 meter persegi sistem pertanian menegak (vertical farming) di Strand Mall, Kota Damansara dan mengusahakan Ladang Melon di TKPM Serdang, Selangor dengan menggunakan IOT. Berkonsepkan program pendidikan, memberi kesedaran dan khidmat masyarakat (education, awareness and outreach programme), syarikat ini berjaya menonjolkan kepentingan menghasilkan tanaman makanan yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik, mesra alam sekitar dan tidak menggunapakai racun perosak sintetik dengan menggunakan model indoor vertical farming secara hidroponik. Antara produk yang dipasarkan oleh pihak syarikat di cawangan premium ini adalah sayur Kale, melon dan pelbagai jus buah dan sayuran segar. Kini dengan bimbingan Jabatan Pertanian, syarikat ini telah berjaya mendapat pensijilan myGAP Pesticide Free dan merupakan penerima Insentif Pertanian Mampan. Ketua Pengarah Pertanian turut meninjau produk buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaraya tersebut. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK..APA STATUSNYA...
ADAKAH BERTAMBAH...BIL LADANGNYA...
PERSIJILAN ADA... SYARATNYA PUN SAMA...
MEMBACA ARTIKEL...INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).
Posted from::
Taman Desaru Utama,
BBandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Thursday, June 26, 2025

SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA (Pt 1)

STATUS PERTANIAN ORGANIK
di Malaysia masih belum mencapai tahap yang dinginkan. Ini kerana pertanian organik yang ditakrifkan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia juga menggalakkan dan ia dapat meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah lama memperkenalkan persijilan MyOrganik melalui Jabatan Pertanian didalam melaksanakan teknologi ini di Malaysia. Kaedah ini ianya akan menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input ladang dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh amalan agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian. Konsepnya melalui kaedah holistik semula jadi dimana pertanian organik berusaha menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah degan cara membawa pertanian sebagai satu langkah ke hadapan dengan kaedah menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO) yang mana ia bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah serta memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan amalan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Apa pun prinsip untuk pertanian organik direkabentuk organisasi antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Antaranya adalah penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi dengan cara kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan. Ia juga berkait dengan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Bagi bahan organik apa yang asas diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Dalam pada itu kerajaan menyediakan program dalam menumpukan kepada makanan yang sihat bselaras dengan konsep iaitu ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dimana ian juga selaras dengan perlaksanaan pertanian organik. Artikel dalam blog kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai status perlaksanaan peranian organik untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Bagi penulis blog yang sudah menulis puluhan artikel mengenai pertanian organik dimana ia boleh di baca dengan pautan (Sila klik disini), (SIla klik disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak lagi wajar membincangkan isu ini. Apa pun memang p
ertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia akan tetapi sambutan terhadapnya agak suram sejak akhir ini.Isu dan status pertanian organik ini turun naik atau tenggelam timbul mengikut keadaan dan ia pernah hangat diutarakan bermula pada sekitar tahun 2001. Apa pun sehinggakan pernah diberi bajet atau peruntukan khas telah disediakan oleh pihak kerajaan khusus kepada petani organik pada Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) dan dalam beberapa RMK lagi. Mungkin minat orang ramai atau pengguna terhadap produk-produk organik di Malaysia masih belum mencapai tahap yang di harapkan. Mungkin juga isu kurang kesedaran dan mungkin ia disebabkan oleh tiada kesinambungan terhadap inisiatif dair semua pihak juga. Bagi penulis plog dimana pertanian organik kelihatan semakin hambar sahaja saban tahun kecuali jika ada kempen berkaitan dengannya di lakukan. Hanya beberapa orang petani sahaja yang konsisten dan dia yang betul-betul berminat dengan tahap fanatik yang meneruskan pertanian organik. Penulis blog menyemak juga jika isu pertanian organik kurang di tekankan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) dan ia sebaliknya fokus diberikan kepada pensijilan MyGAP dan kemudian beberapa konsep pertanian lain. Apa pun dilihat dimana tahap kesedaran oleh kalangan masyarakat terhadap produk organik semakin meningkat setiap tahun di Malaysia terutama di kawasan bandar yang ada penggunanya. Jika dahulu banyak produk organik adalah sinonim untuk pesakit kanser sahaja akan tetapi pada masaini dilaporkan apabila ada kesedaran bagi pengguna terhadap faktor keselamatan pemakanan serta gaya hidup sihat ia dilihat semakin menjadi perhatian ramai.


Pada penulis blog dimana dilihat tahap k
esedaran ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna bertukar pola pemakanan mereka iaitu ada yang sudah pun beralih kepada sumber makanan yang berkualiti dan sihat seperti sayuran dan buah-buahan organik yang ada logo organik. Kalangan pengguna juga semakin sedar akan isu-isu keburukan hasil pertanian konvensional dan komersial sedia ada di jual yang mungkin ia dicemari atau dihasilkan dengan menggunakan racun dan baja kimia atau bahan sintetik yang berlebihan oleh petani. Apa pun selalunya produk pertanian organik atau bebas baja dan racun kimia semakin mendapat tempat dan permintaan dari kalangan penggemar organik serta pengguna khusus yang faham mengenainya walau pun ada dakwaan ia selalu di jual dengan harga lebih tinggi daripada produk bukan organik. Sudah banyak usaha kerajaan bagi mempromosikan pertanian organik melalui akredetasi pensijilan sejak tahun 2003 sehingga kini (melalui persijilan MyOrganik) dimana selalunya selepas kempen ia akan turut disambut baik oleh petani dan pengusaha ladang. Bagaimana pun selepas kesan kempen itu berkurang dan tidak terdapat kesinambungan belakan produk organik di pasaran maka pengguna akan upa kembali tentangnya. Apa pun secara teorinya dimana pengguna dilihat mereka sanggup bertukar dari produk pertanian konvensional kepada produk pertanian yang bebas bahan kimia di Malaysia. Penelitian ini turut ianya boleh membuatkan fenomena kewujudan restoran makanan organik dan beberapa buah pengilang produk berasaskan sumber makanan organikyang semakin  meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada masa jika beberapa produk bertaraf produk pertanian organik mendapat tempat di kalangan pengusaha dan peruncit dengan wujudnya kedai-kedai khas mahupun seksyen khas organik yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Aeon Big dan Giant Big terutaa di kawasan penduduk pesat dan padat serta pengguna mempunyai kuasa membeli yang kukuh. Kalau rajin boleh google dimana sudah ada kedai khas organik juga semakin banyak dibangunkan seperti BMS Organik, Justlife dan lain-lain lagi. Status terkini dimana aktiviti penjualan produk organik secara online juga kelihatan semakin bertambah.


Sebenarnya 
walaupun permintaan dari pengguna semakin meningkat, harga organik masih kekal tinggi berbanding konvensional. Masalah yang sering timbul sehingga kini adalah perbezaan harga produk organik yang boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding konvensional. Isu ini ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengeluaran produk organik dari dalam pasaran dan negara yang lebih fokus kepada pengeluaran secara konvensional dimana hasilnya lebih cepat dan banyak dan petani dilaporkan akan lebih untung. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan ada pengeluar dan pengusaha mengambil kesempatan dengan memalsukan logo sijil organik semata-mata untuk mendapatkan harga premium. Isu seperti aktiviti pemantauan dari segi pensijilan juga sering ianya akan dipersoalkan sehinggakan banyak produk organik disalahguna oleh pengusaha bukan organik. Kadar permintaan produk ini yang semakin meningkat dari pengguna juga menyebabkan ia tidak dapat dipenuhi diperingkat nasional dimana isu ini dilihat ia boleh menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport produk organik dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. Tinjauan penulis blog di beberapa pasaraya ternama yang ada menjua produk organik import ia sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan harga produk organik. Akibatnya maka akan hanya ada golongan pengguna yang berkemampuan lebih cenderung untuk mendapatkan produk organik import ini berbanding produk organik tempatan. Masih ada isu seperti isu bagaimanakah untuk menstabilkan harga produk organik di Malaysia agar semua masyarakat boleh menikmati produk organik dengan stabil. Mungkin perlu di atur beberapa strategi atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan harga produk organik agar rakyat biasa yang mula sedar potensi khasiat organik serta lebih berupaya membelinya. Apa pun penulis blog fikir jika salah satu cara yang mungkin boleh diambilkira adalah dengan meningkatkan pengeluaran organik diperingkat nasional dengan kuantiti dan kualiti terjamin. Secara teorinya jika jumlah pengeluaran memenuhi atau melebihi permintaan maka akhirnya secara tidak langsung harga barangan produk organin ini akan dapat dikawal. Cara ini mungkin boleh diaplikasi kepada produk organik dimana kerajaan boleh menggalakkan petani untuk beralih kepada kaedah penanaman dalam pertanian organik.


Dari beberapa tinjauan dan laporan di lapangan yang penulisblog lakukan dimana ada isu 
bagaimanakah cara untuk menggalakkan petani berubah kepada pertanian organik di Malaysia. Lapran kajian yang pernah di jelaskan semasa pembentanian seminar pertanian organim menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi petani Malaysia dalam menjalankan pertanian secara organik. Pihak Fakulti Pertanian diUPM dalam kertas pembentangannya pada tahun 2019 telah mendapati iaitu bahawa antara faktor besar yang menyumbang kepada isu pengusaha Malaysia menjalankan ladang organik adalah kesediaan yang tinggi untuk menjaga kualiti makanan dan kesihatan serta minat yang mendalam terhadap keselamatan makanan yang diambil. Perlu ada tahap kesedaran dari pihak petani dimana mereka perlu mentingkatkannya agar mereka sedar akan bahaya penggunaan racun yang berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan dimana kes ini ia tidak kira samada kepada petani itu sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat. Merujuk laporan kes di Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan jumlah ladang yang telah diakredetasi dengan pensijilan MyOrganik adalah sebanyak 230 ladang sehingga pertengahan tahun 2019 diman data ini ia sekaligus menggambarkan potensi besar untuk menarik lebih ramai petani untuk mengusahakan ladang organik. Pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan insentif yang telah disediakan sebelum ini kepada petani yang baharu atau yang akan mengusahakan organik agar kelangsungan industri organik ini dapat diteruskan. APa pun jika sebelum ini pemberian insentif dalam bentuk infrastruktur diberikan kepada petani organik dimana ia mungkin kali ini boleh juga diteruskan atau diberikan dalam bentuk subsidi, keringanan cukai tanah (TOL) dan lain-lain lagi. Kes pemberian insentif ini mampu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha dan seterusnya mengurangkan harga produk organik di pasaran. Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan mempergiatkan pemantauan terhadap produk yang telah diakreditasikan. Faktur lain yang juga amat penting adalah aktiviti pemantuan dimana ia seharusnya dijalankan pada kawalan harga dan produk pertanian yang menggunakan logo MyOrganik. Kawalan berterusan di segenap peringkat (ladang dan pasaran) dapat menghilangkan keraguan orang ramai terhadap produk hasil pertanian organik bagi mengelak eksploitasi dan penyalahgunaan logo. Perlu ada juga usaha lain yang boleh dijalankan bagi mengurangkan impak harga produk organik ke atas pengguna adalah pengguna itu sendiri cuba untuk bercucuk tanam. Walau pun sentiasa ada inisiatif yang dijalankan oleh komuniti dalam agenda mendidik kepada pengguna untuk menghasilkan tanaman makanan sendiri mahupun penghasilan baja dan racun organik sendiri. Ini adalah salah satu langkah bijak yang patut diambil oleh setiap pengguna bagi memastikan makanan yang diambil adalah dijamin bebas racun dan berkualiti. Dalam aspek permakanan dimana selalunya apa yang dimakan dapat mencerminkan kesihatan seseorang dan penting menjaga kesihatan yang bermula dari sumber yang dimakan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK..APA STATUSNYA...
ADAKAH BERTAMBAH...BIL LADANGNYA...
PERSIJILAN ADA... SYARATNYA PUN SAMA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).

Wednesday, June 25, 2025

SEMBANG BAJA KITOSAN

BAJA KITOSAN (CHITOSAN)
merupakan sejenis bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Apa yang hendak dinyatakan adalah dimana Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC atau bahan KIMIA sebeliknya merupakan bahan terbaik untuk digunakan petani untuk menyuburkan tanah dan tanaman. Bagaimana baja bertindak adalah berasaskan kepada 5 kaedah untuk diperjelaskan. Pertama baja Chitosan didakwa boleh menjadi Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna. Baja ini juga dikatakan akan meningkatkan daya tahan atau imuniti tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja digunakan. Pada peringkat permulaan biasanya akan dilihat dimana daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak. Yang Kedua dimana baja Chitosan akan membantu dalam proses pembajaan tanah dengan cara membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain pada tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan. Ketiga adalah dimana baja Chitosan menjadi Anti Fungal dengan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) oleh sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan cuba untuk mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang mana ia akan menghalang serangan serangga pada tanaman. Keempat adalah dimana baja Chitosan bertindak sebagai Bio Pesticide Apabila apabila ia dibubuh pada tanah dimana ia akan dapat membantu membentuk persekitaran sesuai bagi tujuan mengaktifkan bakteria pemakan chitin untuk ianya dapat menghapuskan kulat (fungus), telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran (secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur-telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keliling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah. Kelimat dimana baja Chitosan ini menjadi unsur bahan Preservatif Lapisan membran dimana ia didakwa akan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat Ini memberikan buah-buahan terjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid dan semua polifenol dalam semua jenis buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat produk tanaman. Cara ia berfungsi dimana membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang mungkin bocor keluar dimana perkara ini akan menghasilkan buah-buahan selepas ianya menjadi masak. Melalui cara ini lazimnya ia menghalang untuk kulat dari membiak dan menangguhkan buah-buahan daripada ianya masak. Saya ada menulis banyak artikel mengenai baja kitosan dan salam satunya boleh di baca dengan pautan berikut (Sila Klik Disini).  Artikel subuh ini saya sembang dengan mengupas lagi mengenai baja Chitosan dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology'' untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Kajian menunjukkan dimana dalam dunia pertanian dan sains tumbuhan banyak kebaikan dari baja kitosan kepada tumbuhan terutama bagi tanaman makanan yang perlu di sembangkan. sebenarnya baja kitosan atau bajaa chitosan adalah sebatian baja yang diperbuat daripada kulit kerang atau hidupan laut seperti udang, ketam dan sebagainya. Chitosan sangat berkesan mengaktifkan bacteria pemakan chitin dalam tanah . Antara kelebihan baja ini ialah dimana ia mampu melindungi tanaman dari diserang perosak dan penyakit. Ini kerana badan serangga dan kulit telur serangga yang mempunyai banyak chitin akan dimusnahkan oleh bacteria pemakan chitin yang terhasil dari baja ini. Dalam tinjauan penulis blog di seluruh negara dimana ramai pekebun kecil yanhg tidak pernah tahu atau menggunakan baja kitosan berbanding dengan petani komersil yang berkebun dengan berskala komersial. Baja ini didakwa ia baik untuk sayuran dan buah-buahan sebab ia bercirikan 100 % organik dimana di sediakan dari bahan semulajadi dan selamat digunakan. Baja ini dilaporkan mampu untuk membantu tanah dalam proses menyerap nutrien  secara semulajadi dengan cekap dan berkesan. Seterusnya baja kitosan juga mampu menggalakan aktiviti mikrob dalam tanah. Penggunaan baja ini dilaporkan ia boleh mengurangkan sehingga ke 50 % penggunaan baja organik dan baja kimia. Ia juga mampu membantu meningkatkan hingga 30 % hasil tanaman sekiranya digunakan mengikut sukatan yang betul dan penjagaan amalan agronomi terbaik. Baja ini membantu membina ketahanan pokok dari serangan penyakit seperti kulat, virus dan bacteria. petani yang selalu menggunakan baja ini, tiada kesan sampingan akibat bahan kimia akan terjadi. Tumbuhan yang sihat dengan hanya menggunakan baja ini akan mengurangkan tenaga dan juga menjimatkan kos. Dalam beberapa testimoni oleh petani, penjual dan pengedar dilaporkan ada yang katakan 'Kuasa baja kulit udang' ini dilinat ia membantu tanaman berebut untuk mengeluarkan pucuk baru. Bahan asas di gunakan terdiri dari kulit udang, ketam dan kerang kerangan jenis lain yang mana ia mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai 'Chitosan'. Apa pun Chitosan atau 'chitin' ini akan memberikan banyak kebaikan kepada tanaman dimana manfaat chitosan kepada tanaman termasuk ia merupakan baja semulajadi kerana dilaporkan banyak jenis tumbuhan mampu untuk menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria dimana kesannya tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif. Perlu di ketahui jika baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan.


Beberapa testimoni mengenai baja chitosan ada di rujuk untuk disembangkan fakta dan kisahnya. Salah satu testimoni bertajuk 'Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat' di tulis oleh portal Impiana.my dan saya tulis semula dimana ia menjelaskan lagi mengenai perkara ini. DIlaporkan diantara ancaman atau penyakit tanaman yang agak sukar untuk di kawal adalah berpunca daru serangan kulat. Kebiasaannya punca serangan kulat ini berlaku adalah disebabkan kurangnya daya ketahanan diri sesuatu tanaman itu. Bila pokok atau tanaman tak kuat, jadi daya ketahanan melawan sebarang penyakit sangat kurang. sedar-sedar tanaman dah di peringkat kritikal. Diantara baja organik yang boleh digunakan untuk memperkuatkan daya tahan tanaman kepada sebarang jenis serangan penyakit adalah melalui penggunaan 'chitosan' atau 'kitosan'. Chitosan diperbuat daripada cangkerang hidupan laut atau dikenali dengan nama Crustaceans seperti kerang kerangan, udang dan ketam. Perlu di ketahui jika bahan krustacea (crustaceans) sebenarnya ia amat baik sebagai sistem pembajaan tanaman di kebun. Suri rumah dan para penggemar makanan laut disyorkan membaca cara terbaik serta menyimpan semua lebihan kulit crustaceans (ketam, udang dan sebagainya) dimana ia boleh diproses sendiri untuk jadikan ia baja Chitosan. Kehebatan baja ini atau khasiat kulit crustaceans atau Chitosan daripada bahan kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan (Chitin). Apa pun baja chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ianya boleh dikatakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan. Caranya ialah, kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman yang sedang tumbuh. Bagi tujuan menghasilkan Baja Chitosan dengan menggunakan kulit udang ia memerlukan campuran iiaitu bahan Natrium hidroksida. Caranya dengan menngumpul semua kulit udang yang telah dikupas dan kemudiannya rebus sampai semuanya bertukar menjadi merah. Perlu dipastikan air dimasukkan secukupnya sehingga ianya menenggelami kesemua bahan kulit ktrstace tersebut. Setelah mendidih maka boleh di tutup api dan biarkan sejuk. Bahan ini ditapis dan ambil air rebusan kulit udang dan masukkan dalam botol. Kemudiaa air rebusan ini boleh diguna untuk disiram pada pokok tetapi perlu dicairkan terlebih dahulu. Kemudian digalakkan untuk mengeringkan kulit krustacea yang telah direbus tadi sehingga ia bertukar menjadi rapuh (Sila lihat foto disebelah). Kulit yang telah kering dikisar sehingga halus dan disimpan dalam bekas yang kering sebelum ia di gunakan kepada tanaman sebagai baja chitosan dalam bentuk pejal.


Menarik merujuk dalam portal hmetro.com bertajuk 'Percepat pencambahan pokok' dengan foto bagaimana rakan yang dikenali iaitu Suhaimi sedang menunjukkan cara penggunaan kitosan yang mudah terhadap semua jenis tanaman termasuk sayuran. Memang ada pelbagai teknologi bagi meningkatkan hasil tanaman pertanian berada di pasaran ketika ini membabitkan produk keluaran tempatan dan luar negara. Teknologi agro tidak hanya tertumpu pada mesin atau peralatan moden industri pertanian semata-mata, tapi juga bahan tambahan seperti baja, racun dan juga pemangkin tumbesaran tanaman atau dipanggil ‘madu’ untuk tumbuhan. Diantara pemangkin tumbesaran tanaman hasil keluaran tempatan yang kini mula mendapat perhatian petani dan juga pengusaha tanaman adalah kitosan. Bahan kitosan adalah polimer organik yang bersifat mudah terurai diekstrak daripada cangkerang atau kulit makanan laut seperti udang dan ketam dihasilkan menggunakan aplikasi bioteknologi moden bertaraf antarabangsa. Kandungan asid amino yang terdapat pada kitosan dapat merangsang hormon pertumbuhan dalam setiap tanaman itu sendiri melalui penyerapan nutrien dari tanah. Ini sekali gus meningkatkan aktiviti sel tanaman dan proses fotosintesis serta didakwa akan meningkatkan sistem daya tahan tanaman berkenaan. Dilaporkan ada pengedar kitosan di Perak iaitu En Suhaime Sulaiman nyatakan dimana diantara faedah produk berkenaan adalah bertindak sebagai antibakteria semula jadi, mempercepatkan percambahan, meningkatkan hasil dan kualiti pertanian selain mesra alam serta haiwan. Baja kitosan bukan baja atau racun untuk tumbuhan tapi ia juga pemangkin tanaman diibaratkan seperti madu untuk tumbuhan kerana mampu mempercepatkan pertumbuhan, mempercepatkan pembungaan dan pembuahan seterusnya mempercepatkan masa tuaian. Ia juga mampu mencegah tanaman daripada serangan pelbagai penyakit dan musuh tanaman seperti penyakit daun, bakteria, hawar, benah hijau, hawar daun jingga dan bercak semasa kempen Program Klinik Pertanian Daerah Batang Padang di Arena Merdeka, Tapah, Perak. Dia dakwa penggunaan pemangkin tumbesaran tanaman itu juga mampu meningkatkan hasil 20 hingga 50 peratus dan senang digunakan dengan hanya perlu disembur pada tanaman sekerap dua minggu sekali dalam nisbah penggunaan yang rendah. Kitosan boleh digunakan bersama baja dan kimia pertanian (racun) tanpa kesan sampingan, namun tidak boleh digunakan bersama bahan efektif mikro kerana ia akan membunuh bahan itu. Penggunaan produk ini juga tidak terhad kepada tanaman tertentu sahaja kerana ia sesuai untuk semua tanaman termasuk sayuran dan boleh digunakan untuk tanaman kecil-kecilan atau perladangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA KITOSAN...JARANG DENGARNYA...
ASAS KRUSTACEA...TANAMAN SUKA...
ADA DIJUAL... BUAT SENDIRI BOLEH JUGA...
BACA ARTIKEL...SUDAH INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Malaysia.
(26 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Desaru, Johor.