Support My Blog

Sunday, June 22, 2025

SEMBANG PASAL TAPAI (Part 1)

TAPAI
adalah ialah sejenis makanan atau kuih tradisional yang tidak asing lagi di masa kini dan begitu popular dikalangan masyarakat di Asia Tenggara. Secara saintifik makanan tapai adalah makan terbentuk dari proses penapaian (fermentation) kabohiderat terutama daripada Nasi Pulut dan Ubi Kayu. Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Bagi penulis blog yang memang suka makan tapai mendapati makanan ini memang manis, aroma wangi dan rasa yang enak serta sesuai di jadikan makanan untuk diet. Proses membuat tapai juga merupakan bukan satu perkara yang susah atau terlalu senang sebab ada beberapa proses membuat tapai yang perlu di patuhi untuk mendapatkan kualiti tapai yang baik. Penulis blog dari kecil sudah mengenali dan menikmati makanan tapai di kampung terutama Tapai Ubi Kayu yang di buat oleh ibu masa itu dengan rasa yang enak. Bagaimana pun secara umumnya dimana bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah ubi kayu dan beras pulut serta bahan ragi. Ubi kayu dan beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi sebelum ia dibungkus di dalam daun khas (sama ada gunakan daun pisang, daun getah dan daub lain yang sesuai) dan ia kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa manis dan berair dan menjadi lembut. Apa pun selain makanan tapai ini selalu ia di hidangkan semasa musim perayaan kini sudah banyak pengusaha Tapai Ubi dan Tapai Pulut yang membuat tapai pada tahap komersil dan ada permintaan di pasaran yang sangat bagus. 
Bagi penulis blog sering menikmati tapai pulut dan tapai ubi di benerapa buah restoren atau kedai makan di seluruh negara semasa makan tengahari yang ada diletakkan diatas meja. Selain daripada tapai yang dibungkus dengan daun getah, ada juga tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang, daun hutan dan terkini banyak dikomersilkan didalam bekas plastik sahaja. Apa pun ia mudah dibuat sendiri dirumah asalkan mempunyai bahan yang mencukupi (termasuk ragi) dan pengalaman atau ilmu untuk membuatnya. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah sama ada daripada bahan beras pulut putih atau beras pulut hitam dan pastinya bahan ragi. Beras pulut ini perlu dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian proses yang kritikal adalah apabila nasi pulut yang dicampur dengan ragi ini dibungkus di dalam daun khas (pelbagai jenis daun yang ada didaati disekeliling kampong) dan kemudiannya diperam atau ditapaikan (fermentation process) untuk selama beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam manis. Tapai pulut yang sudah sedia untuk dimakan ini biasanya 'berair' yang amat manis dan melekit. Di Melaka dimana penulis blog selalu jumpa makanan tapai pulut dan agar-agar merah ada dihidangkan dalam majlis jamuan perkahwinan kepada para tetamu. Memang sudah menjadi kegemaran penulis blog untuk ujirasa makanan tapai jika ada dihidangkan didalam majlis perkahwian dimana sahaja. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan kongsikan maklumat mengenai tapai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik mengetahui akan kehebatan kkhasiat makanan tapai sebagai sejenis makanan t
radisional ini yang ada di mana sahaja di Malaysia. Makanan tapai di laporkan ia memang  Kaya dengan sumber probiotik sebab ia adalah fitur utama dalam makanan yang dihasilkan melalui proses fermentasi lain seperti tempe, yogurt atau kimchi. Proses ini menggunakan pelbagai mikroorganisma yang baik dan boleh berfungsi untuk melawan bakteria jahat yang wujud di dalam sistem penghadaman. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan. Kedua memakan tapai akan dapat  Membantu melancarkan sistem penghadaman apabila makanan tradisional ini dikatakan sebagai “superfood” yang sangat bagus untuk sistem penghadaman kita. Proses fermentasi bukan sahaja akan menghasilkan probiotik, malahan juga meningkatkan asid laktik, yang sangat bermanfaat untuk memperbaiki sistem pencernaan dengan membunuh kesemua bakteria jahat dan membenarkan bakteria baik untuk berfungsi dengan lebih baik. Pengambilannya boleh membuang toksik di dalam badan sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Seterusnya makanan tapai juga akan Membantu menguatkan tulang dan gigi dimana di kajia ia akan membantu menguatkan tulang dan gigi ekoran kandungan mineral seperti kalsium dan fosforusnya yang tinggi. Sama seperti produk tenusu yang lain, pengambilannya yang kerap dapat memberi kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Bagi penulis blog pernah di beritahu jika tapai akan Membantu menstabilkan suhu tubuh badan dimana sesiapa yang ada mengalami demam biasa adalah di galakkan agar makan tapai dimana pengambilannya mungkin dapat membantu menstabilkan suhu dalam darah dan kulit anda. Dengan kandungan gula yang tinggi pastinya makanan tapai akan Membantu memberi tenaga kepada tubuh badan dan menjadikan semua bertenaga. Ini kerana ia mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, dan akan mendatangkan kesan yang sama seperti memakan nasi atau makanan berkarbohidrat yang lain. Ia mampu menjadi punca tenaga untuk tubuh badan serta membantu memisahkan protein untuk diberi kepada sel-sel tubuh badan. Selain itu, ia juga sangat membantu dalam menguraikan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan dan ditukarkan menjadi tenaga. Kesannya, tubuh badan kita akan menjadi lebih bertenaga.


Para saintis yang sudah membuat kajian mengenai permakanan juga nyatakan jika makan tapai didakwa dapat Membantu memperbaiki sistem neuron dan otot dimana ini disebabkan ia diperbuat melalui proses fermentasi, ia akan menghasilkan thiamin, yang berfungsi untuk membantu memperbaiki sistem neuron serta otot. Disebabkan itu, tubuh badan kita akan berasa lebih cergas. Paling win juga dimana makanan tapai dilaporkan akan Membantu merawat masalah jerawat sebagai satu petua tradisional untuk isu kes merawat masalah jerawat. Ia mampu membantu meneutralkan bahan kandungan toksik yang wujud di dalam pori-pori pada kulit muka anda. Kekotoran ini sebenarnya merupakan punca utama kulit anda sangat mudah dijangkiti masalah jerawat. Jadi, apa salahnya jika anda mula menggantikan snek tidak sihat anda itu dengan tapai? Sudah pasti ia lebih sedap malah lebih sihat. Apa pun dilaporkan makanan tapai juga akan dapat Membantu mengelakkan anemia dimana penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurang sel darah merah yang menjadikan tubuh badan lemah dan tidak bertenaga. Disebabkan itu, pengambilannya yang sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin B seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B12 (cobalamin) dan vitamin B9 (asid folik) yang diperoleh semasa proses fermentasi adalah sangat penting. Vitamin ini sangat membantu dalam menyokong lebih banyak penghasilan sel darah merah sekali gus membantu mengelakkan anemia. Ia didakwa akan dapat Membantu mengelakkan hipertensi iaitu sejenis penyakit ini adalah salah satu daripada penyakit berbahaya yang mampu mendorong kepada penyakit lain seperti strok atau sakit jantung. Disebabkan itu, pengambilannya yang merupakan sumber potasium yang tinggi mampu membantu mengawal tahap tekanan darah dan degupan jantung sekali gus membantu mengelakkan hipertensi. Tapai juga berkhasiat dimana ia Membantu mengekalkan kesihatan kulit kerana ia mempunyai ciri-ciri antiradang yang sangat membantu dalam mengurangkan iritasi pada kulit sekali gus menjadikannya lebih cantik. Kehebatan yang ingin didengar dimana makanan tapai di laporkan dapat Membantu mencegah pembentukan sel kanser sebab ia mengandungi kandungan asid laktik yang dipercayai mampu membantu mencegah pembentukan sel kanser di dalam tubuh badan kita.


Dalam portal hmetro.com di laporkan jika '
Kek tapai ubi keju penerus hidup' bagi seorang usahawan tapai di Selangor. Portal ini laporkan biarpun diuji dengan kematian suami dan disahkan menghidap kanser tiroid, ia tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal untuk meneruskan hidup bagi mencari rezeki. Bagi seorang pengusaha Kek Tapai Ubi Keju, Hazlin Howzin (41) dakwa dia dapat membesarkan anak tunggalnya dengan baik. Dilaporkan sebelum kematian suaminya akibat penyakit buah pinggang dimana dia sudah menggalas tanggungjawab mencari pendapatan keluarga bersendirian. Kemudian selepas arwah disahkan menghidap penyakit buah pinggang tujuh tahun lalu, dua sudah tidak meneruskan perniagaan kedai telefon bimbit secara kecil-kecilan. Kini dia terpaksa memikul tanggungjawab dia dengan mula menjual pelbagai jenis kuih-muih dan bekerja sebagai pemandu di Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA). Sepanjang dia mencari wang dengan berniaga kuih dimana dia berniaga di Jalan Kebun, di Shah Alam. Terkini dia ada membuat kuih dan menghantarnya di kedai iaitu satu resipi kek yang menggunakan bahan tapai ubi dan keju. Kemudian mereka menjual kek itu dan kebanyakan para pelanggannya tinggal di Klang. Semasa bulan Ramadan biasanya dia terpaksa bekerja lebih masa bagi memenuhi pesanan kek yang mencecah 60 biji sehari. Apabila sudah ramai masih mendengar atau tahu mengenai kek tapai keju itu ingin membelinya sebab ia tidak sama seperti kek keju lain namun ditambah dengan rasa tapai. Dia menggunakan tapai ubi kayu segar bagi memastikan kek itu sentiasa sedap, berkualiti dan tahan lama. Tapai itu kemudian akan diadun bersama bahan lain seperti mentega, gula dan tepung sebelum dibakar dan akan dijual dengan harga RM20 bagi kek yang bersaiz tujuh inci. Apa pun selain kek ubi kayu dimana dia juga membuat sambal kentang goreng untuk dijual pada harga RM12 sebotol dan mampu memperoleh lebih RM2,000 sebulan hasil penjualan dua juadah itu. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang setia. Wasallam!...
MAKANAN TAPAI... BERJENIS ADANYA...
JENIS TAPAI UBI... TAPAI PULUT ADA... 
HARGA MURAH... MEMANG ENAK RASA...
MAKANAN SIHAT... TERINGIN UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(16 Zilhijjah 1446Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...