Support My Blog

Tuesday, June 17, 2025

SEMBANG PASAL RACUN TUBA (PART 1)

RACUN TUBA
dihasilkan daripada sejenis tumbuhan iaitu Pokok Akar Tuba (Derris elliptica) iaitu sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sunda), jenu, jelun, tungkul (Jawa), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu. Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Artikel subuh kali ini penulis blog ingin sembang dan berkongsi maklumat dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ancaman racun tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.



Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang mana dibahagian batangnya adalah berkayu. Keupayaan memanjat pokok tuba penulis blog dapati ia mampu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m pada tumbuhan lain seperti pokok getah atau pokok tumpangan lain. Ranting-ranting tuba yang tua selalu berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai (Sila anda lihat foto disebelah). Penelitian juga mendapati bahagian tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu dan mudah kenal kepada mereka yang pernah menggunakan atau mendapatkan bahagian akar tuba. Umumya tanaman tuba mempunyai bunga yang mana ia terkumpul dalam kumpulan yang panjang tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba penulis lihat berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta mempunyai antara 1-2 bijibenih. Pembiaka tuba ini berkemungkian daripada biji benih yang hanyt semasa air hujan dkelokasi baru untuk tumbuh selain daripada melalui akarnya dilokasi sama.


Kajian saintifik yang penulis rujuk mendapati dimana racun berwarna putih apabila terkena air ini atau racun derrids hampir tidak terlarut dalam air. Apabila kita ambil akar tuba segar dan ketuk dengan kayu sehingga kulitnya lumat kemudian diperah dalam air, maka larutan putih akan keluar dimana ia digunakan iaitu secara tradisional sebagai racun atau tuba ikan air tawar. Racun tuba ini kurang berkesan pada air payau dan tidak ada maklumat keberkesanannya dalam air masin. Cara untuk sesiapa yang menggunakannya adalah dengan menggunakan akar yang biasanya digali dan dipotong serta dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari). Akar ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan seperti susu berwarna putih atau dikenali sebagai air tuba. Campuran air tuba dengan kepingan akar ini kemudian dilarutkan pada sungai air tawar berarus sedikit yang hendak dituba. Keperluan air beraurs membolehkan racun tuba ini akan membukkan ikan disepanjang anak sungai sehinga beberapa puloh meter bagi sungai kecil. Kalau sungainya kecil maka sebaiknya akar tuba ditumbuk terus di tengah-tengah sungai yang hendak kita tuba. Ikan-ikan yang terkena racun tuba akan mabuk akan timbul dimana ini memudahkan ikan untuk di tangkap (Sila lihat foto sebelah). Setelah beberapa jam sehingga sampai beberapa hari (Bergantung kepada arus dalam sungai) maka keadaan sungai akan pulih kembali daripada kesan racun tuba dan ikan yang mabuk tadi akan cergas semula. Bagaimana pun ada juga ikan yang teru mati sama ada ia terapong diatas permukaan air atau tenggelah dibawah dasar air. Ikan mati atau mabuk yang terapong ini akan hanyut bergantung kepada kederasan arus sungai dan jumlah kepekatan racun tuba.


Dalam portal hmetro.com yang bertajuk 'Racun tuba juga boleh mudaratkan manusia' wajar disembangkan. Kisah dari Alor Setar dimana orang ramai diingatkan berhenti menuba udang galah di Sungai Kedah kerana dikhuatiri menjejaskan sumber perikanan serta memudaratkan kesihatan manusia.  Pejabat Perikanan Negeri Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius aduan yang diterima berkaitan kegiatan menuba udang galah di sekitar sungai berkenaan sejak kebelakangan ini. Kegiatan terbabit berlaku dari kawasan Bukit Pinang hingga ke kawasan Anak Bukit dan Kubang Sepat di daerah Kubang Pasu. Selalunya kegiatan menuba ini bukan sahaja memusnahkan sumber perikanan malah dikhuatiri kesan racun yang digunakan boleh mendatangkan mudarat kesihatan kepada masyarakat. Apa pun cara-cara mengenali udang galah yang diracun adalah melalui pengamatan kepada rupa bentuk mata udang itu mengecut atau pecah akibat kesan racun yang dituang ke dalam sungai. Pejabat perikanan akan menjalankan operasi penguatkuasaan segera bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dan tidak membawa kemudaratan. Kegiatan menuba adalah kesalahan mengikut Kaedah-kaedah Perikanan (Perikanan Sungai) 1990 dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Orang ramai diharap dapat memberi kerjasama dengan memantau dan melaporkan kejadian tuba udang yang berlaku ke pejabat perikanan terdekat. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yamh sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
RACUN TUBA... ADA IA DI GUNAKAN...
DI PERAH PATINYA... PUTIH KELIHATAN...
MASUKAN DALAM SUNGAI..CARI IKAN...
CARA INI...DI LARANG JAB. PERIKANAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...