Support My Blog

Friday, June 27, 2025

SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA (Pt 2)

STATUS PERTANIAN ORGANIK di Malaysia masih belum mencapai tahap yang dinginkan. Ini kerana pertanian organik yang ditakrifkan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia juga menggalakkan dan ia dapat meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah lama memperkenalkan persijilan MyOrganik melalui Jabatan Pertanian didalam melaksanakan teknologi ini di Malaysia. Kaedah ini ianya akan menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input ladang dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh amalan agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian. Konsepnya melalui kaedah holistik semula jadi dimana pertanian organik berusaha menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah degan cara membawa pertanian sebagai satu langkah ke hadapan dengan kaedah menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO) yang mana ia bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah serta memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan amalan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Apa pun prinsip untuk pertanian organik direkabentuk organisasi antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Antaranya adalah penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi dengan cara kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan. Ia juga berkait dengan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Bagi bahan organik apa yang asas diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Dalam pada itu kerajaan menyediakan program dalam menumpukan kepada makanan yang sihat bselaras dengan konsep iaitu ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dimana ian juga selaras dengan perlaksanaan pertanian organik. Artikel dalam blog kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai status perlaksanaan peranian organik untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Di Malaysia dilaporkan dimana status 'tidak sampai satu peratus amal pertanian organik dilaporkan ada tahun 2025' semasa artikel ini di tulis. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Parlimen dimana persijilan myGAP yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik masih sangat rendah. Pihak kementerian bersama pihak swasta dan badan bukan kerajaan kini sudah pun mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan amalan pertanian organik kepada pemain industri tempatan. Dilaporkan ketika ini memang diberi penekanan melalui dua teras dalam usaha ini iaitu yang pertama memperluaskan promosi di peringkat domestik bagi produk premium istimewa seperti hasil organik dan makanan berkhasiat bagi menyokong perkembangan pengeluaran produk seumpamanya di pasaran. Cara kedua adalah dengan meningkatkan penerimagunaan pensijilan standard makanan dalam kalangan pengeluar makan termasuk myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) dan myOrganic iaitu siap dengan setiap bahan organik perlu mendapat kelulusan dua badan ini. Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sebagai menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding yang meminta pihak kementerian menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mempromosikan amalan pertanian organik di negara ini. Dakwa menteri lagi myGAP juga bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik. Isu bagaimana kelulusan myGAP itu satu kes namun di peringkat kementerian juga kerajaan akan terus memantau barangan di pasaran dan orang ramai boleh bawa kepada jabatan untuk mereka periksa kesahihan produk organik itu. Sehingga kini di Malaysia dilaporkan memang masih kurang satu peratus petani sudah amalkan pertanian organik namun dari segi produknya di pasaran sudah banyak yang pihak penjual dakwa ia adalah organik. Ini mungkin termasuk produk organik yang diimport. Dia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan oleh Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mahukah maklumat untuk mengetahui cara untuk pengguna mengenal pasti ketulenan sesuatu produk organik yang terdapat di pasaran.


Menarik artikel dalam bharian.com bertajuk '
Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan' untuk disembangkan dan di analisa. Pihak komuniti pertanian organik boleh membantu jamin kelangsungan bekalan bahan makanan di Malaysia. Krisis rantaian bekalan melanda dunia mula memberi impak kepada negara. Pengguna melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam dan sayur-sayuran. Harga bahan makanan seperti ayam juga melambung tinggi kesan krisis inflasi disebabkan keadaan krisis seperti pandemik COVID-19 dahulu. Kes ini selalunya akan berikan peluang dan rahmat di sebalik sesuatu musibah. Salah satu daripadanya ramai dalam kalangan yang memupuk hobi baharu iaitu menanam sayur-sayuran secara organik di kediaman masing-masing. Dilaporkan ada yang memulakannya bagi tujuan memanfaatkan masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di terusnkan sebagai salah satu hobi menguntungkan sehingga kini. Ada pula pihak komuniti yang menjadikannya sebagai pelampiasan untuk mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan mental yang di hadapi mereka. Dilaporkan tidak kurang juga mula menanam secara organik untuk penjagaan kesihatan lebih baik dimana bahan makanan ditanam sendiri pasti bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka ini hanya menggunakan bahan diperoleh secara organik sebagai baja, terutama daripada sisa domestik rumah sendiri seperti air basuhan ikan, lebihan makanan dan kulit telur. Cara ini bukan sahaja menjanjikan kesihatan lebih baik menerusi sayur-sayuran lebih segar dan mempunyai rasa asli yang lazat, malah dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli bahan makanan. Ini sudah tentu sangat membantu ketika negara terbelenggu krisis inflasi. Memang menarik jika ada pula meneruskan hobi pertanian organik ini yang terus berkembang pula sebagai kemahiran. Memang rugi jika kemahiran ini tidak digunakan, dipertingkat dan disebar luas untuk mengatasi isu bekalan bahan makanan masa kini. Sesuatu mekanisme tertentu perlu dirancang pihak berkenaan bagi mengambil manfaat perkara ini. Bagi tujuan didalam menggalakkan lebih ramai menyertai kegiatan pertanian organik, mungkin kursus jangka pendek boleh dianjurkan secara fleksibel bagi mendedahkan mereka kepada kegiatan ini. Ramai berminat dalam kerja ini namun ada yang tidak tahu bagaimana memulakannya. Walau pun ada banyak kursus seumpamanya dianjurkan pihak Jabatan Pertanian sebagai contoh dilaporkan ia lebih berfokus kepada mereka yang ingin melakukannya dalam skala besar dan menjadikan sumber pendapatan.

 
Apa pun 'aktiviti pertanian organik bermula dari rumah' boleh menjadi ikhtiar bagi mengatasi isu bekalan bahan makanan dengan memperluaskannya ke peringkat komuniti. Pemimpin kawasan setempat contohnya boleh berbincang untuk membuat perancangan jenis tanaman bahan makanan yang boleh mereka hasilkan di rumah masing-masing supaya lebih banyak jenis hasil pertanian organik dapat dikeluarkan. Kalangan mereka kemudian dapat pula bertukar hasil aktiviti pertanian ini sesama jiran tetangga dimana cara ini akan mengukuhkan ikatan silaturahim dalam sesebuah komuniti tanpa mengira status, agama atau bangsa. Bagi meneruskan kerjasama setiap ahli komuniti untuk melaksanakan pertanian organik ini, mereka dapat berkongsi buah fikiran, perspektif, kreativiti serta praktis terbaik bagi memastikan kejayaan berkat usaha mereka ini. Ini akan dapat melupakan tekanan kerja dan kehidupan apabila melihat hasil penanaman ini. Mereka juga dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta tidak perlu lagi merasa keseorangan. Pertanian organik sebagai sebuah komuniti dimana mereka tentu mempunyai pengaruh lebih kuat bagi mendapatkan bantuan daripada pihak seperti Jabatan Pertanian khususnya dalam mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan biji benih, baja, tanah, sistem pengairan dan pelbagai lagi. Aktiviti pertanian organik yang dimulakan sebagai hobi ketika PKP boleh diperkembangkan ke peringkat komuniti dan ia seterusnya dapat serba sedikit mengatasi isu kekurangan bahan makanan dan seterusnya menjamin kelangsungan bekalan bahan makanan bagi komuniti setempat pada masa hadapan. Perlu disatukan komuniti setempat melalui hasil yang bebas racun kimia, tanah subur, pokok yang sihat serta menjamin persekitaran yang bersih. Komuniti pertanian organik ini juga akan memulihkan keadaan sosial dan kelestarian ekologi di kawasan setempat melalui hubungan sesama manusia serta alam sekitar. Malaysia dilihat masih tidak boleh mengawal ekonomi dan rantaian bekalan global dan biar pihak lebih pakar melakukannya. Apa pun semua boleh mengawal kehidupan dengan berusaha dan mengambil tindakan kerana perubahan hanya berlaku menerusi tindakan, bukannya alasan.


Dalam kes lain di laporkan dimana '
Dua agropreneur muda buka kebun sayur dalam pasaraya' wajar di sembangkan juga. Kisah di Kuala umpur diana Ketua Pengarah Pertanian telah melawat cawangan jualan Glyde Sdn. Bhd. di Publika, Mount Kiara. Dilaporkan hasil kolaborasi 2 orang agroprenuer muda berwawasan tinggi, Adnan Teh dan Shoma Tsubota telah berjaya mengusahakan 1,200 meter persegi sistem pertanian menegak (vertical farming) di Strand Mall, Kota Damansara dan mengusahakan Ladang Melon di TKPM Serdang, Selangor dengan menggunakan IOT. Berkonsepkan program pendidikan, memberi kesedaran dan khidmat masyarakat (education, awareness and outreach programme), syarikat ini berjaya menonjolkan kepentingan menghasilkan tanaman makanan yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik, mesra alam sekitar dan tidak menggunapakai racun perosak sintetik dengan menggunakan model indoor vertical farming secara hidroponik. Antara produk yang dipasarkan oleh pihak syarikat di cawangan premium ini adalah sayur Kale, melon dan pelbagai jus buah dan sayuran segar. Kini dengan bimbingan Jabatan Pertanian, syarikat ini telah berjaya mendapat pensijilan myGAP Pesticide Free dan merupakan penerima Insentif Pertanian Mampan. Ketua Pengarah Pertanian turut meninjau produk buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaraya tersebut. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK..APA STATUSNYA...
ADAKAH BERTAMBAH...BIL LADANGNYA...
PERSIJILAN ADA... SYARATNYA PUN SAMA...
MEMBACA ARTIKEL...INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).
Posted from::
Taman Desaru Utama,
BBandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...