RACUN TUBA dihasilkan daripada sejenis tumbuhan iaitu Pokok Akar Tuba (Derris elliptica) iaitu sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu. Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Artikel subuh kali ini penulis blog ingin sembang dan berkongsi maklumat dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ancaman racun tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk '9 individu guna arus elektrik, tuba tangkap ikan didenda' yang berkaitan dengan industri ikan air tawar di Pahang. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain dimana mereka dilihat ada menunjukkan ikan yang ditangkap pada program menangkap ikan di zon larangan perikanan dan pelepasan benih ikan bersama komuniti di Sungai Kuala Serau, Kuala Lipis, Pahang. Jabatan Perikanan (DOF) sudah mengambil tindakan terhadap sembilan individu yang menangkap ikan dengan cara menggunakan tuba dan arus elektrik di beberapa sungai utama di negeri ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Dilaporkan ada enam kes kesalahan itu di kawasan pedalaman Jerantut, Maran, Pekan dan Bera yang terkenal dengan pelbagai jenis ikan sungai berkualiti tinggi. Dalam tempoh berkenaan pihak DOF mengesan empat kesalahan menangkap ikan menggunakan arus elektrik di Sungai Liang, Jerantut; Empangan Besar, Kampung Paya Ladang di Maran serta di Sungai Pahang, masing-masing di Pekan dan Maran. Selain itu ada dua kes lagi menggunakan tuba atau elektrik di Sungai Bohor Bahru, Bera dan Sungai Gitar, Jerantut. Dilaporkan dimana individu ini akan didakwa di mahkamah mengikut Peraturan Perikanan Sungai 1991 Negeri Pahang dan nilai keseluruhan kompaun dikenakan sebanyak RM6,500 sementara peralatan digunakan untuk menangkap ikan dirampas. Kes penggunaan tuba dan arus elektrik dimana ia boleh menyebabkan ikan pelbagai saiz dan jenis mati. Jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan kepupusan hidupan air. Kami memandang serius aktiviti menangkap ikan menggunakan tuba dan arus elektrik dan operasi akan terus dilakukan secara berjadual. Semua orang diminta ambil tindakan dan bekerjasama dengan kalangan masyarakat lokal terutama penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai supaya segera melaporkan kepada jabatan itu jika mengesan kegiatan sedemikian supaya sama-sama dapat memelihara kehidupan marin di sungai di negeri ini.
Heboh di Jempul Negeri Sembilan dengan berita dalam hmetro.com bertajuk 'Sungai jadi hitam akibat racun tuba' yang wajar disembangkan juga. Dilaporkan dimana aktiviti menuba ikan dipercayai menjadi punca kematian mendadak pelbagai spesis ikan selain menyebabkan sungai di sebuah ladang di Bahau dimana airnya dilihat ia bertukar menjadi hitam. Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan dimana hasil siasatan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Pilah, telah mendapati air sungai itu berwarna hitam di bahagian hilir dan pasukan penyiasat JAS turut mendapati air sungai berbau busuk seperti najis kumbahan. Pihak JAS turut mengambil dua set sampel air sungai berwarna hitam dan ikan mati untuk dihantar ke makmal Jabatan Kimia bagi tujuan analisa. Apa pun di laporkan berdasarkan pemerhatian di lapangan dimana ada juga kemungkinan pencemaran di hilir anak sungai itu berpunca aktiviti menuba ikan. Pihak JAS masih menunggu keputusan ujian analisa sampel air sungai yang dihantar ke makmal. JAS juga merujuk kejadian itu kepada agensi berkaitan antaranya Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi mengenal pasti punca kejadian. JAS juga akan meneruskan pemantauan ke premis berhampiran lokasi bagi memastikan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.