TANAMAN PISANG TANDUK (Musa spp) dari keluarga Musaceae merupakan satu jenis pisang yang semakin popular dikalangan petani yang minat dengan tanaman pisang di Malaysia. Pisang Tanduk agak berbeza dengan Pisang Lang daripada segi saiz dan bilangan biji buah dimana anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Umumnya pisang tanduk adalah merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya seperti tanduk kerbau atau bentuk tanduk lembu menyebabkan ia diberi nama 'Pisang Tanduk'. Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang amat sedap digoreng atau dibuat makanan ringan iaitu kerepek pisang dan juga dibuat pengat pisang. Kawasan utama penanaman pisang tanduk di Malaysia adalah di Johor, Melaka, Pahang dan Selangor dimana ada ramai populasi orang Jawa kerana difahamkan masyarakat keturunan Jawa memang suka menanam jenis pisang ini. Pisang ini dijual dengan harga paling mahal dipasaran domestik kerana ia adalah ekslusif dibanding dengan beberapa jenis pisang lain kerana ia sukar diperolehi dan saiz buanya yang besar. Penelitian penulis mendapati sebiji pisang tanduk yang besar saiznya mencecah RM10.00 - RM14.00 satu bergantung kepada lokasi jualan dan tahap kesegaran pisang tersebut. Di kedai buah-buahan pisang tanduk digantung seiring dengan oisang-pisang lain. Terdapat banyak jenis pisang lain yang ditanam oleh petani sebagai 'Pisang Makan Segar' dan juga jenis 'Pisang untuk diproses'. Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang Berangan, Pisang Cavendish dan Pisang Rastali. Pisang yang biasa di masak atau diproses pula adalah seperti pisang Nangka, Pisang Raja, Pisang Lang, Pisang Relong, Pisang Tanduk, Pisang Nipah dan Pisang Awak . Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai jenis-jenis pisang (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam tinjauan penulis blog kini semakin ramai petani yang menanam pisang tanduk walau pun sukar mendapatkan anakbenihnya. Bagaimana pub terkini sudah ada pembekal sulur anakbenih pisang tanduk kultur tisu dengan membuat tempahan khas dari pihak nurseri. Artikel pada malam Rabu setelah menonton Perlawanan Bolasepak Asia Cup antara Malaysia dengan Vietnam (Malaysia menang semula 4 - 0 semenjak 11 tahun lalu) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan kisah mengenai pisang tanduk bagi tujuan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Resepi Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam adalah idaman semua orang. Bagi penulis blog makan goreng pisang yang panas, rangup dan lemak manis masa minum petang adalah satu nikmat. Apa pun ada rahsia salah satu cara bancuhan bagi tepung untuk dapat salutan goreng pisang yang gerenti rangup. Rahsia asas adalah tentang jenis tepung yang paling utama iaitu Tepung Beras dan ada beberapa bahan lain yang akan buatkan salutan tepung kita tu rangup dan tahan lama. Bahan disediakan adalah terdiri daripada 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung jagung, 3 sudu besar tepung gandum, 1 biji telur, 2-3 titik pewarna kuning, 2-3 sk garam, 1 sudu kecil gula, 2 sudu kecil air kapur, 1 - 2 sudu besar majerin panas atau ¼ cawan minyak masak panas, air secukupnya, buah pisang tanduk matang secukupnya, minyak untuk menggoreng serta 1½ sudu besar bijan (pilihan). Cara Memasak adalah dengan mengupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian (Pisang Abu atau Pisang Awak). Untuk pisang tanduk adalah disyorkan agar memotong menyerong. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan). Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul. Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga). Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air. Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati. Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati. Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng. Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan. Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Bagi penulis blog dimana buah Pisang Tanduk walaupun boleh dimakan segar tetapi fungsi utamanya ialah pembuatan kerepek pisang dalam pelbagai perisa mengikut kegemaran pasaran dan pengguna. Pada hakikat, pasaran domestik dan eksport untuk pisang makan segar adalah jauh lebih besar daripada pisang untuk kegunaan industri hiliran tetapi memandangkan permintaan yang makin meningkat terhadap kerepek pisang dan juga kerepek ubi, pisang Tanduk turut mendapat perhatian berat oleh pengusaha tanaman yang amnya juga pengusaha industri proses kerepek pisang ataupun mereka yang terlibat secara tidak langsung dengan industri tersebut iaitu sebagai pembekal kontrak pisang Tanduk. Di antara semua jenis pisang di pasaran domestik, dilaporkan bahawa pisang Tanduk mendapat harga ladang paling tinggi iaitu di antara RM2.00 – RM2.50/kg. Pada paras harga ini, kos pengeluaran kerepek pisang menjadi tinggi jika dibandingkan dengan kerepek ubi. Ini kerana harga ladang untuk ubi segar hanya di sekitar RM0.60/kg sebelum ini. Justeru itu, satu kilogram kerepek pisang terpaksa dijual pada harga RM12.00 sedangkan satu kilogram kerepek ubi hanya RM5.00. Harga yang jauh lebih kompetitif ini menjadikan kerepek ubi lebih digemari di pasaran. Dalam pada itu selalunya keadaan ini tidak lagi ia menimbulkan masalah permintaan terhadap pisang Tanduk, malahan permintaan daripada pengeluar kerepek pisang kelihatan semakin tinggi ekoran pasaran domestik dan Singapura yang kekal tinggi. Permintaan ini selanjutnya merangsang potensi pasaran untuk industri huluan iaitu bidang penanaman jenis pisang ini. Kelebihan utama tanaman pisang Tanduk ialah daya rintangan yang lebih tinggi terhadap pelbagai penyakit tanaman pisang seperti moko, fusarium, sigatoka dan sebagainya. Selain itu ia juga didapati lebih mudah ditanam dan dijaga. Begitu juga pertumbuhan sulur bagi pokok induk pisang Tanduk jauh lebih rendah berbanding jenis pisang lain sekali gus menurunkan kos operasi ladang dan juga kos pengeluaran.
Tinjauan penulis blog di beberapa negeri untuk berteu dengan petani yang menanam pisang tanduk dimana kini dengan adanya daya rintangan penyakit yang lebih tinggi maka kes pengeluaran hasil menjadi lebih terjamin kerana risiko kematian pokok akibat serangan penyakit yang boleh tercetus pada bila-bila masa dapat diminimumkan. Kelebihan ini sering dianggap sebagai pengganti kelemahan pisang Tanduk di aspek berat tandan yang amnya tidak melebihi 15kg iaitu lebih rendah daripada pisang Berangan atau Cavendish yang mampu mencecah 25kg/tandan. Hasil pisang jika dilihat dari segi jumlah berat, maka pisang Tanduk kelihatan tidak dapat menandingi pisang makan segar dalam negara. Keadaan ini disebabkan oleh penghasilan satu sikat atau dua sikat pisang sahaja pada satu tandan pisang Tanduk sehingga jumlah berat berada di lingkungan 5 - 15kg sahaja walaupun ada kala juga terdapat tandan yang lebih berat daripada itu iaitu 16 - 17kg/tandan. Hasil purata pisang Tanduk kebiasaan pada 7 tan/ekar menurut keadaan agro-iklim semasa. Penceburan penanaman pisang Tanduk justeru itu lebih dikaitkan dengan potensi hasil yang lebih terjamin ekoran lebih merintang terhadap serangan penyakit. Aspek ini juga dapat mengurangkan kos semburan racun kulat dalam pencegahan penyakit. Untuk melestarikan pengeluaran hasil pisang Tanduk, kaedah penanaman juga aspek yang perlu diberatkan. Morfologi pisang Tanduk yang tumbuh menegak serta daun berpelepah panjang mudah mengalami ancaman tiupan angin. Oleh yang demikian, zon tiupan angin kencang tidak sesuai diusahakan dengan tanaman ini. Terdapat pengusaha tanaman yang kaedah yang mengamalkan hala penanaman ke arah timur utara kerana didapati tiupan angin monsun ini bermanfaat terhadap pisang Tanduk berbanding angin monsun barat selatan. Isu tiupan angin dapat dimanfaatkan untuk kelestarian pokok adalah satu teknik yang penting supaya pokok-pokok tidak wujud sebagai penentang terhadap tiupan angin sebaliknya disambutnya melalui jarak dan kepadatan pokok yang bersesuaian untuk aliran angin. di perantaraan pokok-pokok. Salah satu kaedah yang diambil oleh pengusaha tanaman berpengalaman supaya memanfaatkan tiupan angin ke atas tanaman pisang Tanduk ialah amalan sistem penanaman dua baris berukuran 3 kaki antara pokok dalam baris dan 4 kaki antara baris, kemudian meluangkan 8 kaki lebar di antara setiap dua baris pisang Tanduk yang ditanam. Dengan cara ini sebanyak 1,100 pokok dapat ditanam dalam kawasan satu ekar. Begitu juga semasa pokok masih kecil, semburan racun serangga untuk mencegah serangan perosak daripada habitat tanah serta semburan racun pencegah ulat makan daun adalah amalan penting dalam melestarikan tumbesaran dan pengeluaran hasil pokok. Amalkan kesihatan pokok dengan cara pencegahan gangguan mikroorganisme tanah terhadap akar pokok serta menjaga kesempurnaan daun bagi memupuk kadar fotosintesis adalah petua yang penting untuk melestarikan pengeluaran hasil. Pisang Tanduk boleh ditanam dengan sulur pokok ataupun anak benih kultur tisu. Sulur pokok mengambil masa 9 bulan untuk menghasilkan tandan pisang yang boleh dituai manakala bahan tanaman kultur tisu hanya memerlukan 7 bulan sahaja. Namun, kos sulur adalah jauh lebih murah berbanding bahan tanaman kultur tisu tetapi sulur daripada pokok sakit tidak harus digunakan kerana ia akan membawa penyakit. Bagi penulis blog pisang Tanduk boleh diusahakan kerana permintaan yang tinggi di sektor pemprosesan kerepek pisang. Jenis makanan ringan ini digemari oleh semua golongan masyarakat berbilang kaum termasuk juga pengguna daripada negara jiran khususnya Singapura. Daya rintangan yang lebih tinggi terhadap penyakit akan menjamin pengeluaran hasil tidak terjejas oleh serangan penyakit. Tambahan tanaman ini kelihatan lebih mudah dijaga selanjutnya menurunkan kos pengeluaran. Kesemua aspek ini adalah kelebihan yang jarang terdapat pada tanaman pisang lain. Bagi golongan pengusaha yang berminat menceburi bidang prosesan kerepek pisang, pisang Tanduk adalah pilihan sesuai untuk diusahakan. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Diharap ia menjadi sumber ilmu kepada pembaca blog anim agro technology kali ini kepada semua. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.