Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA. Show all posts

Friday, June 27, 2025

SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA (Pt 2)

STATUS PERTANIAN ORGANIK di Malaysia masih belum mencapai tahap yang dinginkan. Ini kerana pertanian organik yang ditakrifkan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia juga menggalakkan dan ia dapat meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah lama memperkenalkan persijilan MyOrganik melalui Jabatan Pertanian didalam melaksanakan teknologi ini di Malaysia. Kaedah ini ianya akan menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input ladang dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh amalan agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian. Konsepnya melalui kaedah holistik semula jadi dimana pertanian organik berusaha menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah degan cara membawa pertanian sebagai satu langkah ke hadapan dengan kaedah menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO) yang mana ia bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah serta memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan amalan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Apa pun prinsip untuk pertanian organik direkabentuk organisasi antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Antaranya adalah penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi dengan cara kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan. Ia juga berkait dengan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Bagi bahan organik apa yang asas diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Dalam pada itu kerajaan menyediakan program dalam menumpukan kepada makanan yang sihat bselaras dengan konsep iaitu ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dimana ian juga selaras dengan perlaksanaan pertanian organik. Artikel dalam blog kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai status perlaksanaan peranian organik untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Di Malaysia dilaporkan dimana status 'tidak sampai satu peratus amal pertanian organik dilaporkan ada tahun 2025' semasa artikel ini di tulis. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Parlimen dimana persijilan myGAP yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik masih sangat rendah. Pihak kementerian bersama pihak swasta dan badan bukan kerajaan kini sudah pun mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan amalan pertanian organik kepada pemain industri tempatan. Dilaporkan ketika ini memang diberi penekanan melalui dua teras dalam usaha ini iaitu yang pertama memperluaskan promosi di peringkat domestik bagi produk premium istimewa seperti hasil organik dan makanan berkhasiat bagi menyokong perkembangan pengeluaran produk seumpamanya di pasaran. Cara kedua adalah dengan meningkatkan penerimagunaan pensijilan standard makanan dalam kalangan pengeluar makan termasuk myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) dan myOrganic iaitu siap dengan setiap bahan organik perlu mendapat kelulusan dua badan ini. Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sebagai menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding yang meminta pihak kementerian menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mempromosikan amalan pertanian organik di negara ini. Dakwa menteri lagi myGAP juga bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik. Isu bagaimana kelulusan myGAP itu satu kes namun di peringkat kementerian juga kerajaan akan terus memantau barangan di pasaran dan orang ramai boleh bawa kepada jabatan untuk mereka periksa kesahihan produk organik itu. Sehingga kini di Malaysia dilaporkan memang masih kurang satu peratus petani sudah amalkan pertanian organik namun dari segi produknya di pasaran sudah banyak yang pihak penjual dakwa ia adalah organik. Ini mungkin termasuk produk organik yang diimport. Dia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan oleh Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mahukah maklumat untuk mengetahui cara untuk pengguna mengenal pasti ketulenan sesuatu produk organik yang terdapat di pasaran.


Menarik artikel dalam bharian.com bertajuk '
Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan' untuk disembangkan dan di analisa. Pihak komuniti pertanian organik boleh membantu jamin kelangsungan bekalan bahan makanan di Malaysia. Krisis rantaian bekalan melanda dunia mula memberi impak kepada negara. Pengguna melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam dan sayur-sayuran. Harga bahan makanan seperti ayam juga melambung tinggi kesan krisis inflasi disebabkan keadaan krisis seperti pandemik COVID-19 dahulu. Kes ini selalunya akan berikan peluang dan rahmat di sebalik sesuatu musibah. Salah satu daripadanya ramai dalam kalangan yang memupuk hobi baharu iaitu menanam sayur-sayuran secara organik di kediaman masing-masing. Dilaporkan ada yang memulakannya bagi tujuan memanfaatkan masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di terusnkan sebagai salah satu hobi menguntungkan sehingga kini. Ada pula pihak komuniti yang menjadikannya sebagai pelampiasan untuk mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan mental yang di hadapi mereka. Dilaporkan tidak kurang juga mula menanam secara organik untuk penjagaan kesihatan lebih baik dimana bahan makanan ditanam sendiri pasti bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka ini hanya menggunakan bahan diperoleh secara organik sebagai baja, terutama daripada sisa domestik rumah sendiri seperti air basuhan ikan, lebihan makanan dan kulit telur. Cara ini bukan sahaja menjanjikan kesihatan lebih baik menerusi sayur-sayuran lebih segar dan mempunyai rasa asli yang lazat, malah dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli bahan makanan. Ini sudah tentu sangat membantu ketika negara terbelenggu krisis inflasi. Memang menarik jika ada pula meneruskan hobi pertanian organik ini yang terus berkembang pula sebagai kemahiran. Memang rugi jika kemahiran ini tidak digunakan, dipertingkat dan disebar luas untuk mengatasi isu bekalan bahan makanan masa kini. Sesuatu mekanisme tertentu perlu dirancang pihak berkenaan bagi mengambil manfaat perkara ini. Bagi tujuan didalam menggalakkan lebih ramai menyertai kegiatan pertanian organik, mungkin kursus jangka pendek boleh dianjurkan secara fleksibel bagi mendedahkan mereka kepada kegiatan ini. Ramai berminat dalam kerja ini namun ada yang tidak tahu bagaimana memulakannya. Walau pun ada banyak kursus seumpamanya dianjurkan pihak Jabatan Pertanian sebagai contoh dilaporkan ia lebih berfokus kepada mereka yang ingin melakukannya dalam skala besar dan menjadikan sumber pendapatan.

 
Apa pun 'aktiviti pertanian organik bermula dari rumah' boleh menjadi ikhtiar bagi mengatasi isu bekalan bahan makanan dengan memperluaskannya ke peringkat komuniti. Pemimpin kawasan setempat contohnya boleh berbincang untuk membuat perancangan jenis tanaman bahan makanan yang boleh mereka hasilkan di rumah masing-masing supaya lebih banyak jenis hasil pertanian organik dapat dikeluarkan. Kalangan mereka kemudian dapat pula bertukar hasil aktiviti pertanian ini sesama jiran tetangga dimana cara ini akan mengukuhkan ikatan silaturahim dalam sesebuah komuniti tanpa mengira status, agama atau bangsa. Bagi meneruskan kerjasama setiap ahli komuniti untuk melaksanakan pertanian organik ini, mereka dapat berkongsi buah fikiran, perspektif, kreativiti serta praktis terbaik bagi memastikan kejayaan berkat usaha mereka ini. Ini akan dapat melupakan tekanan kerja dan kehidupan apabila melihat hasil penanaman ini. Mereka juga dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta tidak perlu lagi merasa keseorangan. Pertanian organik sebagai sebuah komuniti dimana mereka tentu mempunyai pengaruh lebih kuat bagi mendapatkan bantuan daripada pihak seperti Jabatan Pertanian khususnya dalam mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan biji benih, baja, tanah, sistem pengairan dan pelbagai lagi. Aktiviti pertanian organik yang dimulakan sebagai hobi ketika PKP boleh diperkembangkan ke peringkat komuniti dan ia seterusnya dapat serba sedikit mengatasi isu kekurangan bahan makanan dan seterusnya menjamin kelangsungan bekalan bahan makanan bagi komuniti setempat pada masa hadapan. Perlu disatukan komuniti setempat melalui hasil yang bebas racun kimia, tanah subur, pokok yang sihat serta menjamin persekitaran yang bersih. Komuniti pertanian organik ini juga akan memulihkan keadaan sosial dan kelestarian ekologi di kawasan setempat melalui hubungan sesama manusia serta alam sekitar. Malaysia dilihat masih tidak boleh mengawal ekonomi dan rantaian bekalan global dan biar pihak lebih pakar melakukannya. Apa pun semua boleh mengawal kehidupan dengan berusaha dan mengambil tindakan kerana perubahan hanya berlaku menerusi tindakan, bukannya alasan.


Dalam kes lain di laporkan dimana '
Dua agropreneur muda buka kebun sayur dalam pasaraya' wajar di sembangkan juga. Kisah di Kuala umpur diana Ketua Pengarah Pertanian telah melawat cawangan jualan Glyde Sdn. Bhd. di Publika, Mount Kiara. Dilaporkan hasil kolaborasi 2 orang agroprenuer muda berwawasan tinggi, Adnan Teh dan Shoma Tsubota telah berjaya mengusahakan 1,200 meter persegi sistem pertanian menegak (vertical farming) di Strand Mall, Kota Damansara dan mengusahakan Ladang Melon di TKPM Serdang, Selangor dengan menggunakan IOT. Berkonsepkan program pendidikan, memberi kesedaran dan khidmat masyarakat (education, awareness and outreach programme), syarikat ini berjaya menonjolkan kepentingan menghasilkan tanaman makanan yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik, mesra alam sekitar dan tidak menggunapakai racun perosak sintetik dengan menggunakan model indoor vertical farming secara hidroponik. Antara produk yang dipasarkan oleh pihak syarikat di cawangan premium ini adalah sayur Kale, melon dan pelbagai jus buah dan sayuran segar. Kini dengan bimbingan Jabatan Pertanian, syarikat ini telah berjaya mendapat pensijilan myGAP Pesticide Free dan merupakan penerima Insentif Pertanian Mampan. Ketua Pengarah Pertanian turut meninjau produk buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaraya tersebut. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK..APA STATUSNYA...
ADAKAH BERTAMBAH...BIL LADANGNYA...
PERSIJILAN ADA... SYARATNYA PUN SAMA...
MEMBACA ARTIKEL...INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).
Posted from::
Taman Desaru Utama,
BBandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Thursday, June 26, 2025

SEMBANG STATUS PERTANIAN ORGANIK MALAYSIA (Pt 1)

STATUS PERTANIAN ORGANIK
di Malaysia masih belum mencapai tahap yang dinginkan. Ini kerana pertanian organik yang ditakrifkan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia juga menggalakkan dan ia dapat meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah lama memperkenalkan persijilan MyOrganik melalui Jabatan Pertanian didalam melaksanakan teknologi ini di Malaysia. Kaedah ini ianya akan menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input ladang dengan mengambil kira keadaan persekitaran yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh amalan agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian. Konsepnya melalui kaedah holistik semula jadi dimana pertanian organik berusaha menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah degan cara membawa pertanian sebagai satu langkah ke hadapan dengan kaedah menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO) yang mana ia bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah serta memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan amalan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Apa pun prinsip untuk pertanian organik direkabentuk organisasi antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Antaranya adalah penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi dengan cara kerja yang serasi dengan kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan. Ia juga berkait dengan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ledakan alga, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Bagi bahan organik apa yang asas diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Dalam pada itu kerajaan menyediakan program dalam menumpukan kepada makanan yang sihat bselaras dengan konsep iaitu ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dimana ian juga selaras dengan perlaksanaan pertanian organik. Artikel dalam blog kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis mengenai status perlaksanaan peranian organik untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Bagi penulis blog yang sudah menulis puluhan artikel mengenai pertanian organik dimana ia boleh di baca dengan pautan (Sila klik disini), (SIla klik disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak lagi wajar membincangkan isu ini. Apa pun memang p
ertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia akan tetapi sambutan terhadapnya agak suram sejak akhir ini.Isu dan status pertanian organik ini turun naik atau tenggelam timbul mengikut keadaan dan ia pernah hangat diutarakan bermula pada sekitar tahun 2001. Apa pun sehinggakan pernah diberi bajet atau peruntukan khas telah disediakan oleh pihak kerajaan khusus kepada petani organik pada Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) dan dalam beberapa RMK lagi. Mungkin minat orang ramai atau pengguna terhadap produk-produk organik di Malaysia masih belum mencapai tahap yang di harapkan. Mungkin juga isu kurang kesedaran dan mungkin ia disebabkan oleh tiada kesinambungan terhadap inisiatif dair semua pihak juga. Bagi penulis plog dimana pertanian organik kelihatan semakin hambar sahaja saban tahun kecuali jika ada kempen berkaitan dengannya di lakukan. Hanya beberapa orang petani sahaja yang konsisten dan dia yang betul-betul berminat dengan tahap fanatik yang meneruskan pertanian organik. Penulis blog menyemak juga jika isu pertanian organik kurang di tekankan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) dan ia sebaliknya fokus diberikan kepada pensijilan MyGAP dan kemudian beberapa konsep pertanian lain. Apa pun dilihat dimana tahap kesedaran oleh kalangan masyarakat terhadap produk organik semakin meningkat setiap tahun di Malaysia terutama di kawasan bandar yang ada penggunanya. Jika dahulu banyak produk organik adalah sinonim untuk pesakit kanser sahaja akan tetapi pada masaini dilaporkan apabila ada kesedaran bagi pengguna terhadap faktor keselamatan pemakanan serta gaya hidup sihat ia dilihat semakin menjadi perhatian ramai.


Pada penulis blog dimana dilihat tahap k
esedaran ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna bertukar pola pemakanan mereka iaitu ada yang sudah pun beralih kepada sumber makanan yang berkualiti dan sihat seperti sayuran dan buah-buahan organik yang ada logo organik. Kalangan pengguna juga semakin sedar akan isu-isu keburukan hasil pertanian konvensional dan komersial sedia ada di jual yang mungkin ia dicemari atau dihasilkan dengan menggunakan racun dan baja kimia atau bahan sintetik yang berlebihan oleh petani. Apa pun selalunya produk pertanian organik atau bebas baja dan racun kimia semakin mendapat tempat dan permintaan dari kalangan penggemar organik serta pengguna khusus yang faham mengenainya walau pun ada dakwaan ia selalu di jual dengan harga lebih tinggi daripada produk bukan organik. Sudah banyak usaha kerajaan bagi mempromosikan pertanian organik melalui akredetasi pensijilan sejak tahun 2003 sehingga kini (melalui persijilan MyOrganik) dimana selalunya selepas kempen ia akan turut disambut baik oleh petani dan pengusaha ladang. Bagaimana pun selepas kesan kempen itu berkurang dan tidak terdapat kesinambungan belakan produk organik di pasaran maka pengguna akan upa kembali tentangnya. Apa pun secara teorinya dimana pengguna dilihat mereka sanggup bertukar dari produk pertanian konvensional kepada produk pertanian yang bebas bahan kimia di Malaysia. Penelitian ini turut ianya boleh membuatkan fenomena kewujudan restoran makanan organik dan beberapa buah pengilang produk berasaskan sumber makanan organikyang semakin  meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada masa jika beberapa produk bertaraf produk pertanian organik mendapat tempat di kalangan pengusaha dan peruncit dengan wujudnya kedai-kedai khas mahupun seksyen khas organik yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Aeon Big dan Giant Big terutaa di kawasan penduduk pesat dan padat serta pengguna mempunyai kuasa membeli yang kukuh. Kalau rajin boleh google dimana sudah ada kedai khas organik juga semakin banyak dibangunkan seperti BMS Organik, Justlife dan lain-lain lagi. Status terkini dimana aktiviti penjualan produk organik secara online juga kelihatan semakin bertambah.


Sebenarnya 
walaupun permintaan dari pengguna semakin meningkat, harga organik masih kekal tinggi berbanding konvensional. Masalah yang sering timbul sehingga kini adalah perbezaan harga produk organik yang boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding konvensional. Isu ini ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengeluaran produk organik dari dalam pasaran dan negara yang lebih fokus kepada pengeluaran secara konvensional dimana hasilnya lebih cepat dan banyak dan petani dilaporkan akan lebih untung. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan ada pengeluar dan pengusaha mengambil kesempatan dengan memalsukan logo sijil organik semata-mata untuk mendapatkan harga premium. Isu seperti aktiviti pemantauan dari segi pensijilan juga sering ianya akan dipersoalkan sehinggakan banyak produk organik disalahguna oleh pengusaha bukan organik. Kadar permintaan produk ini yang semakin meningkat dari pengguna juga menyebabkan ia tidak dapat dipenuhi diperingkat nasional dimana isu ini dilihat ia boleh menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport produk organik dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. Tinjauan penulis blog di beberapa pasaraya ternama yang ada menjua produk organik import ia sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan harga produk organik. Akibatnya maka akan hanya ada golongan pengguna yang berkemampuan lebih cenderung untuk mendapatkan produk organik import ini berbanding produk organik tempatan. Masih ada isu seperti isu bagaimanakah untuk menstabilkan harga produk organik di Malaysia agar semua masyarakat boleh menikmati produk organik dengan stabil. Mungkin perlu di atur beberapa strategi atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan harga produk organik agar rakyat biasa yang mula sedar potensi khasiat organik serta lebih berupaya membelinya. Apa pun penulis blog fikir jika salah satu cara yang mungkin boleh diambilkira adalah dengan meningkatkan pengeluaran organik diperingkat nasional dengan kuantiti dan kualiti terjamin. Secara teorinya jika jumlah pengeluaran memenuhi atau melebihi permintaan maka akhirnya secara tidak langsung harga barangan produk organin ini akan dapat dikawal. Cara ini mungkin boleh diaplikasi kepada produk organik dimana kerajaan boleh menggalakkan petani untuk beralih kepada kaedah penanaman dalam pertanian organik.


Dari beberapa tinjauan dan laporan di lapangan yang penulisblog lakukan dimana ada isu 
bagaimanakah cara untuk menggalakkan petani berubah kepada pertanian organik di Malaysia. Lapran kajian yang pernah di jelaskan semasa pembentanian seminar pertanian organim menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi petani Malaysia dalam menjalankan pertanian secara organik. Pihak Fakulti Pertanian diUPM dalam kertas pembentangannya pada tahun 2019 telah mendapati iaitu bahawa antara faktor besar yang menyumbang kepada isu pengusaha Malaysia menjalankan ladang organik adalah kesediaan yang tinggi untuk menjaga kualiti makanan dan kesihatan serta minat yang mendalam terhadap keselamatan makanan yang diambil. Perlu ada tahap kesedaran dari pihak petani dimana mereka perlu mentingkatkannya agar mereka sedar akan bahaya penggunaan racun yang berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan dimana kes ini ia tidak kira samada kepada petani itu sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat. Merujuk laporan kes di Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan jumlah ladang yang telah diakredetasi dengan pensijilan MyOrganik adalah sebanyak 230 ladang sehingga pertengahan tahun 2019 diman data ini ia sekaligus menggambarkan potensi besar untuk menarik lebih ramai petani untuk mengusahakan ladang organik. Pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan insentif yang telah disediakan sebelum ini kepada petani yang baharu atau yang akan mengusahakan organik agar kelangsungan industri organik ini dapat diteruskan. APa pun jika sebelum ini pemberian insentif dalam bentuk infrastruktur diberikan kepada petani organik dimana ia mungkin kali ini boleh juga diteruskan atau diberikan dalam bentuk subsidi, keringanan cukai tanah (TOL) dan lain-lain lagi. Kes pemberian insentif ini mampu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha dan seterusnya mengurangkan harga produk organik di pasaran. Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan mempergiatkan pemantauan terhadap produk yang telah diakreditasikan. Faktur lain yang juga amat penting adalah aktiviti pemantuan dimana ia seharusnya dijalankan pada kawalan harga dan produk pertanian yang menggunakan logo MyOrganik. Kawalan berterusan di segenap peringkat (ladang dan pasaran) dapat menghilangkan keraguan orang ramai terhadap produk hasil pertanian organik bagi mengelak eksploitasi dan penyalahgunaan logo. Perlu ada juga usaha lain yang boleh dijalankan bagi mengurangkan impak harga produk organik ke atas pengguna adalah pengguna itu sendiri cuba untuk bercucuk tanam. Walau pun sentiasa ada inisiatif yang dijalankan oleh komuniti dalam agenda mendidik kepada pengguna untuk menghasilkan tanaman makanan sendiri mahupun penghasilan baja dan racun organik sendiri. Ini adalah salah satu langkah bijak yang patut diambil oleh setiap pengguna bagi memastikan makanan yang diambil adalah dijamin bebas racun dan berkualiti. Dalam aspek permakanan dimana selalunya apa yang dimakan dapat mencerminkan kesihatan seseorang dan penting menjaga kesihatan yang bermula dari sumber yang dimakan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga ia berikan manafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK..APA STATUSNYA...
ADAKAH BERTAMBAH...BIL LADANGNYA...
PERSIJILAN ADA... SYARATNYA PUN SAMA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...