Support My Blog

Tuesday, September 9, 2025

SEMBANG PASAL BATAG KELADI

BATANG KELADI
merupakan sejenis bahagian pokok keladi yang diambil untuk dijadikan sayuran yang agak popular di Malaysia sebagai sayuran tradisional. Batang keladi bagi penulis blog merupakan salah satu masakan kampung yang mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Apa yang lebih menarik apabila batang keladi dibuat masak asam rebus ataupun dicampur dalam masak lemak siput sedut. Namun penulis blog dapati untuk memasak batang keladi ini memerlukan cara yang betul supaya batang keladi yang telah siap dimasak tidak meninggalkan gatal di tekak ketika dimakan. Jika tidak kena gaya masakannya, batang keladi tidak dapat dimakan. Tanaman Keladi (Colocasia esculenta Linn, Schott) ialah sejenis tanaman kontan yang pernah menjadi bahan sumber karbohiderat penting di kawasan tropika. Tumbuhan ini dipercayai natif dan asli di Asia Tenggara dan ia tergolong dalam famili Araceae. Bagaimana pun penanaman keladi dibeberapa negara terus berkurangan disebabkan ramai petani di Malaysia menukar kepada tanaman lain. Banyak jenis keladi terdapat di Negara ini dalam kumpulan keladi boleh dimakan (edible yam) dan keladi tidak boleh dimanan (non-edible yam) seperti keladi hiasan. Di Malaysia keladi ditanam di kawasan tanah gambut dan sedikit pada tanah mineral. Kawasan utama penanaman keladi seperti di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Ubi Keladi berbeza dari segi warna, isi, sama ada warna putih, merah samar atau warna kuning dan batangnya pula dari yang berwarna hijau, coklat keungguan hingga coklat tua. Keladi ialah tanaman kontan yang boleh ditanam secara sendirian dan juga boleh ditanam sebagai tanaman selingan. Dalam pada itu ia sesuai juga dijadikan tanaman selingan dengan getah, kelapa, kelapa sawit, lada hitam dan dusun buah-buahan yang baru saja diusahakan. Jarak dan kepadatan tanaman pokok keladi disesuaikan semasa pokok berkenaan masih di peringkat awal pertumbuhan. Tanaman ini tumbuh 0.4 m - 2 m tinggi dimana ubisinya boleh mencapai hingga 15 cm besarnya bergantung kepada jenis dan amalan agronimu yang dilaksanakan. Anak umbisi didapati tumbuh di sekeliling pangkal umbisi utama dengan bilangannya berbeza-beza. Daunnya lebar berbentuk hati (Heart shape) dengan saiz dan warna bergantung kepada spesisnya. Tanaman Keladi boleh ditanam dalam semua jenis keadaan dan kawasan iaitu dari kawasan tanah rendah bertakung air hinggalah ke kawasan tanah tinggi yang balik salirannya. Selain itu banyak jenis keladi liar dan keladi ornamental yang diusahakan untuk tanaman hiasan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog iaitu "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik pasal batang keladi sebagai bahan rujukkan untuk semua.



Batang keladi selalu penulis blog beli dan di masak tumis pedas atau masak lemak cili api atau masak pedas asam dimakan dengan nasi panas dan lauk pauk lain. Dalam beberapa kajian ada dilaporkan dimana batang keladi di dakwa ia bermanfaat sebagai sumber serat tinggi untuk pencernaan, serta kaya dengan zat kalium, vitamin C dan sebagai sumber antioksidan yang mana ia membantu aspek seperti bagi kesihatan jantung dan imuniti badan. Ia juga dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan masaalah tekanan darah dalam badan. Apapu juga di laporkan dimana selain iyu ia membantu merawat masalah kulit dan mengurangkan isu keradangan. Apa yang penting dimana batang keladi mudah di dapatkan atau di beli yang sesuai untuk dimasak tettapi ad isu sesekali dimana batang keladi ada masaalah gatal apabila di makan dan perlu tahu cara bagaimana untuk mengelak akan rasa pahit dan kesan sampingan daripada masaalah tertentu. Saya ada menulis menganai isu kegatalan batang keladi yang berpunca dari tidak tepat masa semasa mengambilnya. 
 Apa pun penulis blog ada info memilih batang keladi sesuai untuk dijadikan sayur agar tidak gatal. Kalau memetik batang keldai dikebun sendiri cuba elakkan mengambilnya pada musim hujan kerana pada masa ini kebanyakan komponen atau hasil keladi jika dimakan akan menjadi gatal. Menurut penelitian penulis blog dimana lazimnya pada musim hujan pokok keladi akan berubah menjadi fasa reproduktif (mengeluarkan bunga untuk pembiakan)  dan ini menjadikan batang keladi akan gatal. Sebaliknya jika mengambil batang, umbisi atau sulur keladi pada musim kering atau biasa ia kurang kejadian gatal apabila dimakan kelak. Sila baca tulisan saya dalam artikel di blog ini dengan pautan (Sila klik disini). Mengetahui akan fakta dan manfaat kesihatan batang keladi sesuai di kongsikan dimana ia memang Kaya Serat yang akan yang membantu melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Ia juga memberi Sumber Tenaga iaitu sumber bahan karbohidrat kompleks yang dapat membekalkan tenaga berpanjangan untuk tubuh. Didakwa ia sangat baik bagi Kesihatan Jantung sebab bahan kandungan kalium dalam batang keladi dilapor membantu mengawal tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung. Selain itu khasiatnya dapat Mengawal Gula Darah bila dengan indeks glisemik yang rendah dimanabatang keladi baik untuk pesakit diabetes kerana membantu mengawal paras gula dalam darah tetapi pastikan ia dimasak tanpa gula tambahan. Batang keladi juga mempunyai ciri untuk dapat  Menguatkan Sistem Imuniti sebab didalamnya ada sumber vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu menguatkan sistem imun badan. Kaya dengan bahan Antioksidan dimana batang keladi dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Bsik untuk diambil bagi menjaga Kesihatan Kulit sebab kandungan vitamin E dalam keladi membantu menjaga kesihatan kulit. Ia juga dilaporkan mampu untuk Mengurangkan Keradangan bila bahan vitamin C dan antioksidan dalam keladi mempunyai sifat anti-radang yang baik untuk kesihatan sendi dan mengurangkan bengkak. Penulis blog kongsikan petua yag perlu di ketahui ketika memasak batang keladi. Perkara yang penting semasa memasak sama ada Masak Sepenuhnya dengan mempastikan batang keladi dimasak dengan lebih sempurna dan dikupas dengan teliti. Perlu elakkan keracunan makanan memakan batang keladi sebab batang keladi mentah mengandungi unsur yang boleh menyebabkan kegatalan atau keracunan ringan dan car amasak yang betul sangat penting untuk keselamatan. Batang keladi boleh direbus, ditumis atau dijadikan bahan untuk pelbagai hidangan tradisional seperti asam rebus batang keladi.


Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk '
Keracunan makan gulai keladi' yang berlaku di Kg. Lonek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dilaporkan ada tiga sekeluarga terselamat selepas mengalami muntah, tekak terasa panas, mata menjadi kemerahan dan berair sebaik makan gulai keladi dipercayai beracun. Apa pun ketiga-tiga mereka iaitu Siti Aida (40) anak sulungnya, Nor Shamira (20) dan anak saudara Zulfakar (18) terselamat selepas segera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban kemudiannya. Menceritakan kejadian pada mereka ada mengambil pokok keladi itu di belakang rumahnya di Kampung Lonek, Kepis Hilir sebelum dibersihkan dan lalu dimasak gulai. Sebaik siap masak mereka menghidangkannya untuk makan tengah hari bersama. Secara tiba-tiba kemudian Nor Shamira berlari ke bilik air dan muntah-muntah sebelum memberitahu tekaknya terasa panas. Tidak lama kemudian mereka semua muntah dan mengalami simptom sama. Lebih memeritkan mata mereka menjadi pedih dan kemudian ia bertukar kemerahan selain air liur meleleh. Suaminya yang pulang tidak lama selepas kejadian segera menghantar mereka ke HTAN untuk rawatan lanjut sebelum dia dan anaknya dibenarkan pulang semalam, manakala anak saudaranya masih menerima rawatan di hospital. Doktor memaklumkan simptom dialami mereka mungkin disebabkan termakan keladi liar beracun yang boleh membawa maut sekiranya terlambat menerima rawatan. Berikutan kejadian itu, suami Siti Aida, Jamal balik dan dia memusnahkan semua pokok keladi di belakang rumahnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Dia yang menanam keladi tersebut di belakang rumah sejak enam tahun lalu namun tidak pernah berlaku kejadian seperti itu dan dia percaya ada keladi liar tumbuh berhampiran dan isterinya tidak sengaja datang dan mengambilnya untuk dimasak. Pihak Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali nyatakan pihaknya perlu menjalankan pemeriksaan dan rawatan terperinci sebelum dapat mengesahkan pasti simptom dialami mangsa disebabkan oleh keladi. Hospital mengesahkan ada pokok keladi yang tidak boleh dimakan kerana mengandungi kandungan toksin tinggi yang boleh membahayakan nyawa terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak. Pihak hmetro.com pula laporkan 'Hampir maut termakan gulai keladi beracun' mengenai kes sama. Mereka memakan sayur batang keladi dimana secara tiba-tiba ada yang berlari ke bilik air dan muntah sebelum memberitahu tekaknya terasa panas. Kemudian semua bertiga pula muntah dan ada mengalami simptom sama. Lebih memeritkan mata kami pedih dan bertukar kemerahan selain air liur meleleh. Doktor dihospital memaklumkan simptom dialami mereka berkemungkinan disebabkan termakan keladi liar beracun yang boleh membawa maut sekiranya terlambat menerima rawatan.


Diantara resepi atau kuliner batang keladi yang paling enak dan mudah di sediakan adalah Resepi Batang Keladi Masak Asam untuk di buat rujukkan. Bagi penulis blog cara menyediakan masakan respi ini paling sena dan cepat dimasak sesuai untuk hidangan makan tengahari.Apa pun dipercayai masih ramai kalangan pembaca blog ini yang masih tidak gemar atau merasa fobia memakan batang keladi setelah 'gatal tekak. selepas memakanya.Apa pun kalangan anak-anak muda zaman sekarang terutamanya memang tidak biasa dengan hidangan ini yang dianggap sebagai hidangan kolot dan kampungan. Akan tetapi di percayai setelah memakannya atau berpeluang makan sekali sekala memang enak akan juadah ini dimana tentu tambah menyelerakan jika dimakan dengan ikan pekasam atau lauk paun lain di sediakan. Bahan perlu di sediakan untuk resepi masakan Batang Keladi Masak Asam terdiri dari 1 ikat batang keladi, 50 gm ikan bilis, 15 tangkai cili kering yang perlu dikisar, 8 tangkai daun kesum, 1 gengam asam jawa yang diambil airnya, 1 helai daun kunyit, 7 ulas bawang keci yang perlu dihiris dan digoreng, garam secukupnya serta bahan iaitu 1 mangkuk air. Cara memasaknya dengan menyiang batang keladi dan celur dalam air panas (ia akan buang gatal-gatal yang mungkin ada) dan lembutkannya. Masukkan air dalam periuk dan masukkan cili kisar bersama ikan bilis. Masukkan air asam jawa dan daun kesum dan di biarkan mendidih. Apabila bahan hampir masak kemudian boleh ia di masukkan batang keladi yang dicelur bersama daun kunyit dan juga dimasukkan garam secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan bawang goreng untuk menambah aroma. Matikan api dan sedia untuk di hidangkan di makan dengan nasi panas bersama lauk pauk lain. Semuga artikel ini memberi maklumat yang berguna mengenai batang keladi kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BATANG KELADI.... MUDAH MENCARINYA....
DI PASAR BESAR... PASAR TANI JUGA ADA...
DI MASAK TUMIS.... MASAK LEMAK JUGA....
MEMANG ENAK... MAKANAN SEKELUARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...