Support My Blog

Wednesday, September 10, 2025

MAKANAN IKAN - SATU ULANGKAJI

MAKANAN IKAN
(Fish Food) adalah perkara yang merujuk kepada jenis makanan ikan komersial atau jenis makanan ikan semula jadi yang dimakan atau diberikan kepada haiwan ikan. Apa pun makanan ini ini biasanya ada dalam bentuk dedak pelet iaitu makanan yang mana ia mengandungi beberapa nutrien penting seperti protein, lemak, vitamin dan mineral lain yang penting untuk pembesaran dan kesihatan ikan sama ada jenis ikan air tawar, ikan air masin atau ikan air payau. Antara jenis makanan ikan yang banyak di pasrkan adakah makanan untuk jenis ikan air tawar seperti makanan ikan tilapia, ikan keli, ikan hiasan dan jenis ikan air tawar lain. Kini ada banyak pasaran di Malaysia dijual makanan ikan air payau seperti dalam industri ternakan ikan siakap yang nilainya jutaan ringgi setahun, Ikan siakap merupakan diantara spesis ikan yang di ternak secara komersil dengan permintaan yang tinggi sepanjang tahun di Malaysia. Pemberian makanan yang betul, jumlah yang mencukupi, dan kekerapan yang sesuai adalah penting untuk memastikan ikan mendapat nutrien yang seimbang, proses penghadaman yang baik, dan air yang bersih. Secara umumnya ada beberapa jenis makanan ikan seperti jenis Dedak Pelet dan Jenia bahan Makanan Asli untu diberikan kepada ikan. Makanan Dedak Pelet adalah makanan ikan komersial yang tersedia dalam pelbagai saiz dan formula yang dijual untuk memberikan bahan nutrien yang seimbang untuk pembesaran ikan. Bergantung kepada jenis ikan, habutat ikan, formulasi ikut umur dan faktur lain selalunya ia di jual dengan kualiti makanan ikan tersebut. Antara beberapa produk makanan ikan yang opular di Malaysia termasuk keluaran syarikat Cargill, SP Berkat Agro, Gold Coin Fish, Masterbute Aquafish dan sebagainya. Jenis makanan ikan kedua iaitu bahan Makanan Asli melibatkan ada juga beberapa jenis ikan boleh memakan makanan semula jadi seperti jenis serangga atau tumbuhan akuatik lain yang sesuai di jadikan makanan ikan. Apa yang penting semua jenis makanan ikan ini mestu ada kandungan nutrien seperti Protein yang mana ia sangat penting untuk proses tumbesaran ikan. Makanan ikan juga ada bahan lemak dan serat dalam ia membantu proses pembesaran dan menjadikan pelet mudah dihadam iaitu di cipta mengikut formula khas. Makana ikan perlu ada bahan vitamin dan bahan mineral dimana bahan mikronutrien ini penting untuk kesihatan ikan dan membantu mengurangkan risiko penyakit. Bergantung kepada produk makanan ikan yang diimport atau produk tempatan di mana ia adalah komponen kos industri penternakan ikan yang sangat ketara dalam operasi menternak ikan komersil. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu ulangkaji berkaitan makanan ikan untuk bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam menternak ikan dimana amat peting aktiviti memberi makan ikan dan c
ara dalam pemberian makanan ikan tersebut du lakukan untuk faedah optimum. Sebaiknya sebagai panduan dimana kekerapan dalam memberi dedak ikan disyorkan adalah sebanyak 2-3 kali sehari iaitu dengan masa selang masa 4-5 jam sekali. Apa pun dalam memberikan makanan ikan tersebut dimana kuantiti atau formula dalam memberi makanan mengikut kadar 4 - 7% sahaja daripada berat badan ikan. Ini bermakna jika ikan masih kecal maka jumlah makanan yang di berikan adalah kurang berbanding jika ikan sudah membesar dimana jumlah makanan di berikan adalah banyak. Kalau ikan sudaah capai berat 500 gram seekor makan jumlah makanan perlu di berikan adalah sebanyak 4 - 7 peratus dari beratnya atau sekitar 20 - 35 gram sahaja. Apa pun kaedah memberi makan iakan ada pelbagai cara tetapi paling sering dan mudah serta prak tikal adalah dengan menebarkan makanan di tempat yang sama untuk memastikan semua ikan mendapat makanan yang mencukupi (Sila lihat foto paling atas sekali).Beberapa faktor penting dalam memberi makan ikan adalah dengan cara mempastikan akan aspek Keseimbangan Nutrien dimana penternak perlu mempastikan makanan mengandungi zat yang seimbang untuk tumbesaran ikan yang stabil. PIlih dan beli makanan ikan ikut standard seperti yang di nyatakan pada label pembungkusan. Periksa juga aspek Kualiti Air dalam kolam dimana makanan yang baik tidak akan mengeruhkan air dan aspek ini ia sekali gus memastikan kualiti air akan sentiasa terjaga dengan ada aliran air yang berterusan dan kualiti air selamat untuk pertumbuhan ikan ternakan. Aspek dalam penyimpanan makanan ikan adalah penting sebab perlu menyimpan makanan di kawasan yang kering untuk ianya mengelakkan kerosakan dan gangguan atau serangan perosak sebab mkann ikan juga di sukai oleh haiwan lain seperti semut dan sebagainya. Sebaiknya kadar pemberian makanan ikan bergantung kepada saiz dan berat ikan iaitu dengan anak ikan diberi 6-10% daripada berat badan dan ikan yang lebih besar diberi 2-5%. Ikan perlu diberi makan sekali atau dua kali sehari akan tetapi kekerapan juga bergantung pada spesies ikan dan kuantiti makanan. Dalam kes laon perlu tahun beberapa faktur yang mempengaruhi kadar pemberian makanan ikan. Antaranya adalah saiz dan berat Ikan dimana bagi anak ikan memerlukan lebih banyak makanan relatif kepada berat badan mereka berbanding ikan yang lebih besar. 


Aspek j
enis atau spesis ikan perlu di ketahui sebab setiap spesies ikan mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza. Ada jenis ikan yang makan di permukaan air, di bahagian tengah air dan ada ikan yang makan di dasar kolam. Aspek kekerapan juga penting sebab kebanyakan ikan boleh makan sekali atau dua kali sehari sahaja bergantung kepada kuantiti makanan yang diberikan. Perlu periksa juga akan Suhu Air dimana disebabkan suhu air juga ia boleh mempengaruhi kadar metabolisme ikan  dimana ciri ini seterusnya boleh mempengaruhi kadar pemberian jumlah atau kuantiti makanan. Penternak ikan perlu tahu mengira di mana sebagai contoh cara kira kadar pemberian makanan (yang berdasarkan fakta berat ikan) dimana bagi jenis ikan kecil (kurang dari 2 inci) di berikan sebanyak 6 -10% daripada berat badannya sementara bagi ikan bersaiz sederhana (ikan bersaiz 2 - 6 inci) perlu diberikan sebanyak 3-6% daripada berat badannya. Kemudian memberi makanan ikan bagi jenis ikan yang bersaiz Ikan Besar saiz ukuran (lebih dari 6 inci) maka ia perlu diberikan makan sekitar 2% daripada berat badannya. Ada cara mengira kadar pemberian makanan ikan iaitu dengan menimbang semua ikan bertujuan untuk tujuan mendapatkan jumlah berat. Kemudian di tentukan kadarnya iaitu yang berdasarkan saiz ikan (contohnya sekitar 2% untuk ikan besar). Kemudian di darabkan jumlah berat ikan tersebut dengan kadar tersebut untuk mendapatkan jumlah makanan yang perlu di beli atau disediakan untuk diberikan makanan ikan yang di ternak. Kemudian di bahagikan jumlah makanan tersebut kepada dua hidangan (iaitu satu bahagian unruk di berikan pada waktu pagi dan bakinya satu bahagian ditabur untuk waktu petang) jika memberi makan dua kali sehari. Apa pun sebagai petua tambahan iaitu pastikn jangan beri makan ikan dengan berlebihan sebab jika terlalu banyak makanan boleh menyebabkan ikan menjadi gemuk dan mencemarkan kualiti air dengan signifikan. Perlu di perhatikan juga akan faktur dimana jika ikan dikolam kelihatan tidak aktif selepas makan itu tandanya mungkin sudah berlaku kes memberi makan terlalu banyak. Seterusny adalah menyenai kos dengan cara melilih jenama makanan ikan yang tepat da sesuai mengut bajet dan jadual pengeluaran kelak. Ini kreana peru sangat pasti akan jenis makanan, bajet, kesesuaian makanan yang di berikan kepada ikan sesuai dengan saiz dan jenis ikan di ternak untuk tingkatkan nilai ekonomi.


Dalam portal bharian dilaporkan kes '
Kenaikan makanan ikan hingga 50 peratus jejas industri akuakultur' yang berdasarkan kajian di Gua Musang, Kelantan. Di laporkan akibat kenaikan harga hampir 50 peratus sejak setahun lalu telah memberi kesan kepada pengusaha ikan air tawar di sini apabila penternak terpaksa menghabiskan hampir RM20,000 sebulan untuk membeli makanan ikan. Bagi pengusaha bernama Mat Nawi Hussin (63) dakwa kenaikan itu memberi kesan kepada perniagaannya apabila keuntungan yang diperoleh hanya cukup makan dan tidak mampu menggaji tujuh pekerja. Dia tambah dimana sebab isu kenaikan mula berlaku pada tahun lalu sehingga Oktober tahun 2023 lagi malah difahamkan paras sedia ada akan terus melonjak. Pada tahun 2024 harga bagi satu guni makanan ikan seberat 20 kilogram (kg) adalah RM54 tetapi terbaru dia membelinya pada harga RM95 seguni dan dia memang memerlukan enam guni sehari untuk tujuh buah kolam ikan air tawar miliknya. Kenaikan ini sangat memberi kesan kepada saya sebagai penternak ikan air tawar kerana sebulan dia perlu menghabiskan hampir sebanyak RM20,000 untuk makanan ikan sahaja. Setakat ini dakwanya yang aktiviti penjualan pelbagai jenis ikan seperti patin, tilapia, tongsan dan kelah yang dibela memang hanya sekadar mampu menampung kos pembelian harga makanan dan pengurusan. Mat Nawi berkata, berikutan kos yang semakin meningkat dia kini yang hanya mengusahakan kolam ikan itu dengan bantuan anak dan isteri. Kenaikan kos bahan makanan ikan itu menyebabkan dia tidak lagi mampu untuk menggaji pekerja walaupun setiap hari terdapat permintaan daripada pelanggan. Dia harap kerajaan dapat memberi perhatian berhubung masalah yang dihadapi oleh para penternak ikan terutama isu asas iaitu kenaikan harga bahan makanan dan dedak. Dakwanya jika keadaan ini berterusan maka dia bimbang lebih ramai pengusaha agrotani dalam bidang penternakan haiwan akan gulung tikar. Dia yang selalu akan membeli makan ikan secara pukal dari kilang sudah kehabisan idea mengenai isu ini. Media laporkan dimana masih ada berlaku kenaikan harga makanan ikan dan dedak haiwan ternakan di pasaran tempatan. Dalam kes lain dimana pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan menetapkan pelan hala tuju lima tahun akan datang bagi meningkatkan sektor pertanian dan perladangan, namun begitu isu besar bagi penternak sekarang ini adalah berkaitan dengan harga dedak makanan ikan dilhat ia semakin meningkat. Langkah awal atau untuk jangka masa terdekat ia memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Bagi jangka masa panjang dilaporkan yang peranan serius perlu dimainkan oleh jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan sumber makanan ternakan tidak terjejas. Kajian melaporkan jika isu kenaikan harga tepung ikan yang merupakan sumber utama protein dalam formulasi makanan ikan memberi kesan langsung kepada kos operasi akuakultur. Dianggarkan 40-60% daripada kos pengeluaran ikan adalah daripada makanan ikan. Hampir semua bahan mentah utama dalam makanan ikan seperti tepung ikan, tepung kacang soya dan jagung diimport. Pada 2015, makanan haiwan menyumbang 30% (RM5.6 billion) daripada defisit import agro makanan negara. Penternak banyak menggunakan perut ayam segar yang tidak bersih dan boleh merosakkan alam sekitar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN IKAN... BANYAK JENISNYA...
SEMAKIN MAHAL... SEMUA JENAMA....
KOS MENINGKAT...PENTERNAK DERITA...
ISU PERLU DI BINCANG...DENGAN SEGERA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...