SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.
Artikel dalam hmetro.com agak panjang bertajuk 'Ligat promosi sambal belacan' yang wajar di kongsikan kisahnya. Apa pun di laporkan ketika ramai wanita seusianya sibuk menjual barangan kosmetik, minuman kurus, alat solek, busana indah mahupun tudung pelbagai rekaan, Ruzaimah Badron, 29, ligat mempromosikan sambal belacan. Agak janggal kerana wanita berasal daripada Kempas, Johor Bahru (JB) ini masih muda dan cantik orangnya. Jangan salah faham. Penulis bukan bermaksud orang yang menjual sambal belacan harus berumur dan berwajah ala kadar, tetapi realiti menunjukkan perniagaan sebegini lazimnya dimonopoli pengusaha berpengalaman dari kampung atau mereka yang sudah hampir ke pertengahan usia. Apabila persoalan ini ditujukan kepada Ruzaimah, dia hanya tersenyum manis. Baginya, usia tidak menjadi soal dalam memilih jenis perniagaan asalkan ada kebolehan, keyakinan dan kesungguhan untuk berjaya. Dia yang menyandang gelaran ibu tunggal sejak awal tahun ini mengakui memang minat berniaga sejak zaman persekolahan. Biarpun sekadar menjual gula-gula dan keropok, asalkan usahanya menguntungkan, dia sudah seronok. Sejak dulu kerja saya memang berniaga. Pernah juga saya cuba bekerja sambilan dengan orang selepas tamat sekolah, tetapi kebanyakan peluang yang datang tidak memberi kepuasan pada diri. Dia yang berkahwin pada umur 19 tahun dan membuat keputusan berniaga dengan lebih serius dan terus mencuba pelbagai jenis perniagaan dan mula sedar memang meminati bidang pemasaran. Dia beranikan diri menceburi beberapa perniagaan, termasuk menjadi stokis produk dan membuka kedai serbaneka untuk jenama pengeluar produk popular di Kuala Lumpur. Lima tahun berjauhan dengan suami dan keluarga, saya akhirnya mengambil keputusan menutup kedai dan kembali ke pangkuan keluarga dengan sediakan pelan perancangan perniagaan baru. Ruzaimah sebaliknya bersyukur kerana kepulangannya ke JB diiringi rezeki lebih besar dan bermakna. Sekian lama menanti zuriat, dia dikurniakan seorang anak angkat yang kini sudah pun berusia lima tahun. Pernah juga kena kejar dengan anggota majlis perbandaran, tetapi semangat berniaga tidak pernah hilang. Saya juga pernah tular kerana menjual roti pelangi. Ramai yang menempah dari seluruh negara, namun akhirnya saya terpaksa tutup kerana tempahan sukar dikendalikan, selain terdapat masalah tertentu. Bermulanya episod sambal belacan kata Ruzaimah, adalah dari hobinya yang suka memasak dan menjamu orang. Kebetulan dalam keluarga pula memang semua adik-beradiknya mempunyai perniagaan sendiri. Mereka sekeluarga bukanlah orang senang dimana dakwanya mungkin lebih tepat dikategorikan sebagai miskin bandar. Kakak menjual jamu buatannya sendiri, ada juga wangian dan banyak lagi. Semuanya berusaha gigih untuk membantu ekonomi keluarga. Jadi, saya mula mencari jalan untuk turut memiliki perniagaan sendiri. Pada satu hari dia dan rakan merancang majlis jamuan. Selain menu utama, saya juga bawa sambal belacan. Selepas kawan merasainya, mereka mula menempah. Mungkin kerana saya menggabungkan tiga gaya masakan dari Indonesia, Thailand dan Jawa, mereka kata rasa sambal belacan itu unik serta sedap. Dia menerima tempahan demi tempahan setiap minggu dinamakan resipi ini sebagai Sambal Belacan Tumbuk dan mula mengusahakan perniagaan dengan bantuan ibu. Sambal belacan dihasilkan memang unik kerana mempunyai tekstur dan rasa yang seimbang dimana selepas versi limau kasturi laris dijual, dia menghasilkan pula sambal belacan tempoyak dan pelam muda. Kini setelah hampir setahun dalam pasaran, saya begitu teruja kerana berjaya mendapat tempat di hati ramai pelanggan seluruh negara termasuk dari Singapura. Saya juga sudah mempunyai 200 ejen pesan hantar (drop ship) di seluruh negara. Dia anggap ini adalah rezeki selepas bangkit daripada masa lalu. Perceraian dengan bekas suami memberi tamparan buat diri, namun mustahil untuk terus mengalah dalam hidup. Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya melakukan yang terbaik dalam hidup. Saya punya anak yang masih kecil dan ibu untuk ditanggung. Jadi, ada eloknya jika saya terus fokus kepada perniagaan.
Kisah bagaimana 'Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan' sehingga ramai tidak sedar sudah licin nasi sepinggan di makan. Apa pun sambal belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia apabila hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura sudah di sukai ramai. Berbicara tentang sambal belacan sudah kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan. Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap. Di kongsikan akan Resipi Sambal Belacan Goreng dimana sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya. Dilaporkan yang sambal sedap ini sesuai dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Boleh buatnya sendiri di rumah dengan baca resepi membuat Sambal Belacan Goreng. Bahan-bahan yang di perlukan adalah cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan), Cili besar hijau dan merah, buah tomato, Bawang Putih, Bawang Merah atau bawang Holland, Belacan, Limau Kasturi, Garam, Gula, Serbuk perasa, Ikan Bilis, Minyak dan juga sedikit air. Cara penyediaan pertama dengan menggoreng ikan bilis hingga garing dan ia kemudian diketepikan. kemudian di goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan. Goreng sehingga bahan agak layu dan kemudian tutup api. Seterusnya di masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar dan dimasukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi. Boleh di kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur. Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya. Dan akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa dan apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.
Kisah bagaimana 'Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan' sehingga ramai tidak sedar sudah licin nasi sepinggan di makan. Apa pun sambal belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia apabila hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura sudah di sukai ramai. Berbicara tentang sambal belacan sudah kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan. Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap. Di kongsikan akan Resipi Sambal Belacan Goreng dimana sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya. Dilaporkan yang sambal sedap ini sesuai dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Boleh buatnya sendiri di rumah dengan baca resepi membuat Sambal Belacan Goreng. Bahan-bahan yang di perlukan adalah cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan), Cili besar hijau dan merah, buah tomato, Bawang Putih, Bawang Merah atau bawang Holland, Belacan, Limau Kasturi, Garam, Gula, Serbuk perasa, Ikan Bilis, Minyak dan juga sedikit air. Cara penyediaan pertama dengan menggoreng ikan bilis hingga garing dan ia kemudian diketepikan. kemudian di goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan. Goreng sehingga bahan agak layu dan kemudian tutup api. Seterusnya di masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar dan dimasukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi. Boleh di kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur. Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya. Dan akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa dan apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.
Ada selebriti senior dakwa 'Hendak awet muda, makan sambal belacan' iaitu pelakon Mat Sentul. Kalimat 'TORA datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi…' adalah antara bait-bait dari iklan makanan ringan yang terkenal era 80-an yang dilantun pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentul. Apa pun ramai masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja, Mat Sentul membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu berkata keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan untuk melihat kuih-muih kegemarannya. Mat Sentul, 88, yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo, kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 59, di kediaman itu sejak kematian isteri, Jamilah Kasri, 71, pada Disember lepas, turut menghabiskan masa dengan menulis skrip. Dia masih ssihat dimana pada petang ini saya nak pergi bazar nak tengok-tengok apa yang ada.. saya suka makan kuih-muih yang lembut.. Saya pun ada tulis skrip yang saya akan hantar pada orang tengah.. skrip biasa makan masa setahun juga. Katanya kalau hendak petua awet muda maka amalkan makan sambal belacan dan selorohnya cuba tengok orang Melaka semua cantik-cantik sambil disambut ketawa pelawat yang hadir ke rumahnya. Media laporkan demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada Mat Sentol di rumahnya. Selain bantuan bakul makanan, Mat Sentul juga akan menerima bantuan RM500 dari JKM setiap bulan bermula Mei tahun ini. Dilaporkan sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada seniman ini kita amat alu-alukan domana bantuan itu juga bagi menghargai jasa dan sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni. Dilaporkan dimana Mat Sentul masih sihat dan didoakan legenda hebat ini akan terus diberikan kesihatan baik. Peminat ada beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini. Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman. Sejak Januari lalu hingga sekarang, sebanyak RM4 juta diperuntukkan setiap bulan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang turut memaklumkan Mat Sentul adalah antara 11,373 penerima bantuan JKM Johor di Johor Bahru. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENAMBAH SELERA... JUGA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).
SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... JUGA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.