Menarik mengetahui akan kehebatan kkhasiat makanan tapai sebagai sejenis makanan tradisional ini yang ada di mana sahaja di Malaysia. Makanan tapai di laporkan ia memang Kaya dengan sumber probiotik sebab ia adalah fitur utama dalam makanan yang dihasilkan melalui proses fermentasi lain seperti tempe, yogurt atau kimchi. Proses ini menggunakan pelbagai mikroorganisma yang baik dan boleh berfungsi untuk melawan bakteria jahat yang wujud di dalam sistem penghadaman. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan. Kedua memakan tapai akan dapat Membantu melancarkan sistem penghadaman apabila makanan tradisional ini dikatakan sebagai “superfood” yang sangat bagus untuk sistem penghadaman kita. Proses fermentasi bukan sahaja akan menghasilkan probiotik, malahan juga meningkatkan asid laktik, yang sangat bermanfaat untuk memperbaiki sistem pencernaan dengan membunuh kesemua bakteria jahat dan membenarkan bakteria baik untuk berfungsi dengan lebih baik. Pengambilannya boleh membuang toksik di dalam badan sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Seterusnya makanan tapai juga akan Membantu menguatkan tulang dan gigi dimana di kajia ia akan membantu menguatkan tulang dan gigi ekoran kandungan mineral seperti kalsium dan fosforusnya yang tinggi. Sama seperti produk tenusu yang lain, pengambilannya yang kerap dapat memberi kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Bagi penulis blog pernah di beritahu jika tapai akan Membantu menstabilkan suhu tubuh badan dimana sesiapa yang ada mengalami demam biasa adalah di galakkan agar makan tapai dimana pengambilannya mungkin dapat membantu menstabilkan suhu dalam darah dan kulit anda. Dengan kandungan gula yang tinggi pastinya makanan tapai akan Membantu memberi tenaga kepada tubuh badan dan menjadikan semua bertenaga. Ini kerana ia mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, dan akan mendatangkan kesan yang sama seperti memakan nasi atau makanan berkarbohidrat yang lain. Ia mampu menjadi punca tenaga untuk tubuh badan serta membantu memisahkan protein untuk diberi kepada sel-sel tubuh badan. Selain itu, ia juga sangat membantu dalam menguraikan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan dan ditukarkan menjadi tenaga. Kesannya, tubuh badan kita akan menjadi lebih bertenaga.
Para saintis yang sudah membuat kajian mengenai permakanan juga nyatakan jika makan tapai didakwa dapat Membantu memperbaiki sistem neuron dan otot dimana ini disebabkan ia diperbuat melalui proses fermentasi, ia akan menghasilkan thiamin, yang berfungsi untuk membantu memperbaiki sistem neuron serta otot. Disebabkan itu, tubuh badan kita akan berasa lebih cergas. Paling win juga dimana makanan tapai dilaporkan akan Membantu merawat masalah jerawat sebagai satu petua tradisional untuk isu kes merawat masalah jerawat. Ia mampu membantu meneutralkan bahan kandungan toksik yang wujud di dalam pori-pori pada kulit muka anda. Kekotoran ini sebenarnya merupakan punca utama kulit anda sangat mudah dijangkiti masalah jerawat. Jadi, apa salahnya jika anda mula menggantikan snek tidak sihat anda itu dengan tapai? Sudah pasti ia lebih sedap malah lebih sihat. Apa pun dilaporkan makanan tapai juga akan dapat Membantu mengelakkan anemia dimana penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurang sel darah merah yang menjadikan tubuh badan lemah dan tidak bertenaga. Disebabkan itu, pengambilannya yang sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin B seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B12 (cobalamin) dan vitamin B9 (asid folik) yang diperoleh semasa proses fermentasi adalah sangat penting. Vitamin ini sangat membantu dalam menyokong lebih banyak penghasilan sel darah merah sekali gus membantu mengelakkan anemia. Ia didakwa akan dapat Membantu mengelakkan hipertensi iaitu sejenis penyakit ini adalah salah satu daripada penyakit berbahaya yang mampu mendorong kepada penyakit lain seperti strok atau sakit jantung. Disebabkan itu, pengambilannya yang merupakan sumber potasium yang tinggi mampu membantu mengawal tahap tekanan darah dan degupan jantung sekali gus membantu mengelakkan hipertensi. Tapai juga berkhasiat dimana ia Membantu mengekalkan kesihatan kulit kerana ia mempunyai ciri-ciri antiradang yang sangat membantu dalam mengurangkan iritasi pada kulit sekali gus menjadikannya lebih cantik. Kehebatan yang ingin didengar dimana makanan tapai di laporkan dapat Membantu mencegah pembentukan sel kanser sebab ia mengandungi kandungan asid laktik yang dipercayai mampu membantu mencegah pembentukan sel kanser di dalam tubuh badan kita.
Dalam portal hmetro.com di laporkan jika 'Kek tapai ubi keju penerus hidup' bagi seorang usahawan tapai di Selangor. Portal ini laporkan biarpun diuji dengan kematian suami dan disahkan menghidap kanser tiroid, ia tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal untuk meneruskan hidup bagi mencari rezeki. Bagi seorang pengusaha Kek Tapai Ubi Keju, Hazlin Howzin (41) dakwa dia dapat membesarkan anak tunggalnya dengan baik. Dilaporkan sebelum kematian suaminya akibat penyakit buah pinggang dimana dia sudah menggalas tanggungjawab mencari pendapatan keluarga bersendirian. Kemudian selepas arwah disahkan menghidap penyakit buah pinggang tujuh tahun lalu, dua sudah tidak meneruskan perniagaan kedai telefon bimbit secara kecil-kecilan. Kini dia terpaksa memikul tanggungjawab dia dengan mula menjual pelbagai jenis kuih-muih dan bekerja sebagai pemandu di Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA). Sepanjang dia mencari wang dengan berniaga kuih dimana dia berniaga di Jalan Kebun, di Shah Alam. Terkini dia ada membuat kuih dan menghantarnya di kedai iaitu satu resipi kek yang menggunakan bahan tapai ubi dan keju. Kemudian mereka menjual kek itu dan kebanyakan para pelanggannya tinggal di Klang. Semasa bulan Ramadan biasanya dia terpaksa bekerja lebih masa bagi memenuhi pesanan kek yang mencecah 60 biji sehari. Apabila sudah ramai masih mendengar atau tahu mengenai kek tapai keju itu ingin membelinya sebab ia tidak sama seperti kek keju lain namun ditambah dengan rasa tapai. Dia menggunakan tapai ubi kayu segar bagi memastikan kek itu sentiasa sedap, berkualiti dan tahan lama. Tapai itu kemudian akan diadun bersama bahan lain seperti mentega, gula dan tepung sebelum dibakar dan akan dijual dengan harga RM20 bagi kek yang bersaiz tujuh inci. Apa pun selain kek ubi kayu dimana dia juga membuat sambal kentang goreng untuk dijual pada harga RM12 sebotol dan mampu memperoleh lebih RM2,000 sebulan hasil penjualan dua juadah itu. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang setia. Wasallam!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.