Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG KISAH DAUN PALAS. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG KISAH DAUN PALAS. Show all posts

Tuesday, July 1, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 4)

DAUN PALAS
adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunna diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Bagi penulis blog memang suka membeli dan menikmati makanan tradisional yang banyak di jual di Pantai Timur iaitu Dodol Daun Palas. Media sinarharian.com laporkan bagaimana kisah 'Dodol daun palas masih menjadi pilihan' untuk disembangkan. 
Kisah dari Marang menarik bila dodol yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun palas masih mendapat tempat di hati peminat juadah istimewa hari raya itu. Kampung Batangan yang terletak di Marang, kira-kira 25 kilometer dari Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan penghasilan dodol daun palas dan penduduk di situ menjadikan ia sebagai perusahaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi.  Seorang daripada pembuat dodol daun palas di Kampung Batangan, Rojini Razak, 46, berkata rasa lemak manis dodol yang dicampur dengan aroma daun palas yang telah disalai atau dilayur menjadikan makanan tersebut sering dicari terutama pada Ramadan dan Aidilfitri. Kalau dahulu ada lebih kurang 15 orang yang buat dodol daun palas di kampung ini. Namun sekarang hanya tinggal dalam enam orang sahaja. Antara puncanya adalah kemahiran membuat dodol tersebut yang tidak diwarisi kepada generasi seterusnya. Jadi apabila pembuat dodol meninggal, anak-anak mereka tidak dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan. Bagi Rojini yang mewarisi perusahaan dodol daun palas daripada arwah ibunya, Esah Mamat sejak 2014 berkata bagi menjaga kualiti dan rasa dodol, proses memasak dan mengacau makanan itu kebiasaannya memakan masa hingga lapan jam. Dodol yang dimasak secara tradisional menggunakan kayu arang juga lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus. Ada juga beberapa penduduk yang beli mesin membuat dodol tetapi tidak berapa lama kemudian terpaksa menjual mesin itu semula kerana pelanggan enggan memakan dodol yang dihasilkan daripada mesin. Selain itu katanya, daun palas yang digunakan untuk membungkus dodol juga perlu dilap sehingga betul-betul bersih dan kering bagi mengelakkan dodol cepat berkulat.  Rojini yang menjalankan perusahaan tersebut bersama suami, Mazlan Abdullah, 52, hanya memasak satu kawah dodol sebanyak dua kali seminggu memandangkan perlu juga mengambil masa untuk mencari dan menyalai daun palas serta membungkus dodol. Setiap kawah boleh menghasilkan sebanyak 4,000 unit bungkusan dodol daun palas yang kebanyakannya akan dibeli oleh peniaga, bukan sahaja untuk pasaran di sekitar Terengganu malah di negeri luar seperti Pahang dan Kedah. Ibu kepada enam anak itu berkata setiap unit bungkusan dodol dijual pada harga 18 sen seunit dan beliau meraih pendapatan kira-kira RM2,400 sebulan. Dia juga setakat ini telah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit dodol daun palas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dodol ini kita memang buat sepanjang tahun walaupun bukan pada musim perayaan. Bila raya mungkin perlu buat banyak lagi kerana permintaan meningkat. Kalau hari biasa kita akan masak lapan kawah dodol sebulan tetapi untuk hari raya perlu tambah satu atau dua kawah lagi. Rojini berkata beliau kini sedang melatih kemahiran membuat dodol daun palas kepada anak sulungnya Nurul Fazlin Syahira, 26, supaya makanan tradisi tersebut tidak pupus ditelan arus kemodenan sekali gus terus diwarisi ahli keluarganya.
 

Menarik di laporkan dalam hmetro.com dimana 'Ketupat palas Mak Cik Nab popular' dimana ketupat palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisional yang mudah didapati pada kebiasaannya di bulan Ramadan dan Syawal khususnya di Terengganu. Ketupat ini sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati. Bagi Zainab Awang (61) pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatkan daun palas bagi menghasilkan juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangkan ia punca pencariannya sekeluarga sejak 18 tahun lalu. Dia yang selalu  mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilkan ketupat kegemaran ramai itu. Dia pada mulanya memang tidak pandai mrmbuat ketupat dan cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tidak pandai buat. Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik. Apa pun awalnya tidak ramai orang suka makan akan tetapi lama-kelamaan ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan dan hinggakan ada yang menempahnya untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada yang menempahnya untuk dibawa ke Arab Saudi. Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari. Bulan puasa selalunya seawal pagi selepas waktu sahur akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilkan sehingga 375 biji ketupat. Dia akan sediakan santan sebelum di'arong' (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi. Menyedari persaingan daripada pembuat ketupat palas yang lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal menjual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan. Dia tidak akan mengambil untung lebih pun..boleh makan anak-beranak pun dah syukur sangat...sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga.


Kisah bagaimana 'Daun palas sumber rezeki Ramadan OKU' juga sesuai di kongsikan kisahnya. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana kedatangan Syawal memberi idea kepada seorang orang kurang upaya (OKU) untuk meraih pendapatan dengan menjual daun palas. 
Bagi Muhammad Azamirudin (26) dari Bandar Puteri Jaya berkata, idea itu tercetus apabila memikirkan kepayahan orang ramai mendapatkan daun palas bagi menghasilkan ketupat. Biarpun menggunakan kerusi roda sepenuh masa namun dengan bantuan rakan niaga serta sahabat yang sentiasa menyokong membuatkan dia makin bersemangat untuk meneruskan jualan daun palas. Apa pun dakwanya dimana permintaan juga tinggi menyebabkan stok perlu sentiasa ditambah dari masa ke masa dimana dia akan menjual daun palas di hadapan rumahnya. Dia yang juga merupakan Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tidak boleh memandu namun menggunakan khidmat rakan yang diupah untuk mengambil stok atau menghantar daun palas kepada pelanggan. Kalau sebelum ini dia pernah jual ikan laga kali ini jual daun palas pula sebab tahu memang ada ramai yang perlukannya. Selain jual kepada kawan-kawan terdekat di rumah, saya juga iklankan melalui media sosial. Pelanggan yang dekat saya akan hantar ke rumah tetapi jika jauh saya akan pos atau tumpang khidmat pemandu lain yang diupah. Kini dia memperoleh keuntungan kira-kira 30 hingga 40 sen bagi setiap satu kaki daun palas yang diambil di beberapa kawasan dalam dan luar daerah. Biarpun hanya berkerusi roda namun ia tidak menghalang Muhammad Azamirudin memberi khidmat kepada masyarakat. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).

Monday, June 30, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 3)

DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Licuala grandis) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Kalangan pembaca blog ini mungkin sudah tahu akan atau ramai tidak tahu petua iaitu bagaimana nak simpan daun palas agar tahan lama untuk ianya disembangkan.  Di perayaan Hari Raya selalunya makanan seperti ketupat ialah satu juadah ‘wajib’ yang mesti ada di pagi raya walaupun menu lain seperti bihun sup, mee kuah, laksa, lontong atau lain-lain turut disediakan. Dilaporkan lazimnya di beberapa negeri sebelah utara seperti Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang juga termasuk pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu iaitu ketupat pulut daun palas menjadi pilihan. Sama ada dimakan bersama rendang, gulai, susu pekat atau begitu sahaja, pastinya siap terhidang di pagi hari raya dan memang tidak dinafikan, di zaman sekarang, daun palas tidaklah semudah diperolehi berbanding 15-20 tahun lalu apatah lagi di musim perayaan. Kini walaupun ia ada dijual di kedai-kedai tetapi stok amat terhad dan sekiranya lambat, pasti kehabisan selain terpaksa bersaing dengan pihak yang menjalankan perniagaan menjual ketupat palas. Selalunya daun palas ini dibeli lebih awal dan disimpan untuk digunakan dua tiga hari menjelang hari raya dimana masalah yang timbul, kerap kali berlaku, daun palas kering, keras serta rosak dan impian untuk menyediakan juadah istimewa itu kepada keluarga pun kecundang. Petua atau cara kekalkan kesegaran daun palas adalah dengan penyimpanan yang betul dimana sebaiknya daun palas akan kekal elastik dan mudah digunakan ketika diperlukan dan kemudian akan menghasilkan kelongsong ketupat sempurna. Penyimpanan dengan cara yang betul, bukan sahaja daun palas itu mampu bertahan lama malah segar berbulan-bulan. Pertama dimana sebaiknya daun palas itu perlu dicuci bersih dan dibuang segala kotoran yang ada, selain itu ketuk-ketukkan daun itu untuk keluarkan habuknya. Digalakkan cuci dengan kaedah menggunakan tuala lembap, tetapi dengan air juga boleh, tetapi perlu sidai atau sangkut daun palas itu supaya air kering. Selepas dicuci, potong semua batang yang keras pada daun palas itu dan pastikan supaya tidak terkoyak, kemudian bungkuskan menggunakan surat khabar atau plastik. Daun palas yang telah dibungkus, boleh disimpan ke dalam peti sejuk dibahagian beku, walau bagaimanapun sekiranya jumlahnya hanya sedikit memadai disimpan di luar pada suhu bilik. Daun palas yang disimpan itu, kadang kala akan bertukar warna daripada hijau kepada coklat, namun rasa asli bagi ketupatnya tetap tidak berubah. Cara ini sangat berguna kepada yang hendak buat persiapan lebih awal dan tidak mahu terburu-buru menjelang hari raya nanti. Tips ini juga memberi kelebihan kepada mereka yang menyimpan daun palas dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan perniagaan ketupat daun palas.


Dalam portal MetroTV dilaporkan kisah  'Uniknya ketupat palas pelbagai inti' yang sesuai di sembangkan kisahnya. Kisah bermula hanya menjual ketupat palas di gerai di bahu jalan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suami terbabit kemalangan dimana Norhashimah Abd Ghani kini berbangga apabila makanan tradisional diusahakannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Produk ketupat palas diusahakannya pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia iaitu pada tahun lalu. Ia bermula dengan hanya menghasilkan ketupat palas lemak manis, produk dijual Norhashimah dan Mohd Faizu kini lebih variasi dengan pilihan ketupat berintikan sambal daging, sambal ikan, jagung dan kacang selain ketupat palas pulut hitam. Kejayaan mencipta pelbagai jenis ketupat berinti oleh pasangan itu mendapat perhatian FAMA apabila pasangan suami isteri itu dipilih menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dulu. Ada pelbagai kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuhi dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional terutama apabila lebih 50 kilogram pulut dimasak untuk membuat ketupat tidak menjadi. Berkat kesabaran dan tidak putus asa serta dorongan Mohd Faizu yang berperanan sebagai pengurus Hulwah Frozen Food serta ahli keluarga, pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM2,000 kepada RM7,000 sebulan. Kemudian dia mendapat perhatian SME Corps, apabila meluluskan geran bernilai RM50,000 untuk pasangan itu membuka kilang di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). Kalau ketupat palas pelbagai inti ini mendapat permintaan pemilik pasar raya yang memiliki gedung terbesar di negara ini, tetapi permintaan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami sedang menunggu kelulusan sijil halal dan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bagi membolehkan produk memenuhi syarat untuk menembusi pasaran luar negara. Apa pun sejak beroperasi di bengkel di KUT, kami berjaya mengeluarkan ketupat palas pelbagai inti antara 3,000 dan 5,000 biji sehari dengan pembungkusan bersih dan memenuhi piawaian pasaran,” katanya yang berterima kasih kepada SME Corps dan YPU kerana menyediakan premis untuk operasi kilang. Dia turut mendapat bantuan MARA untuk mendapatkan fakta nutrisi dan kod bar serta Jabatan Pembangunan Wanita dan mendapat tempahan daripada usahawan di Singapura. Ada sebanyak 20,000 hingga 50,000 biji ketupat disediakan untuk MAHA masa itu dan dia bertekad untuk terus menggunakan daun palas sebagai pembungkus, walaupun pernah dicadangkan MARDI menggunakan plastik khas terutama untuk pasaran antarabangsa selain di pasar raya. Baginya penggunaan daun palas perlu bagi tujuan untuk mengekalkan keaslian ketupat dan pihaknya tidak akan menggunakan bahan lain seperti dicadangkan MARDI dan mengakui ketupat yang disejuk beku dihasilkan mampu bertahan selama enam bulan.


Dalam bhnews.com dilaporkan jika 'Tak menang tangan siapkan 17,000 tempahan ketupat palas' dimana ibarat rezeki datang bergolek, dua beranak dari Kampung Kubang Palas, dekat Banggu, di sini, tak menang tangan menyiapkan 17,000 ketupat palas yang ditempah pelanggan sempena Aidilfitri. Bagi pengusaha Rahimah Oma (62) dan anaknya, Tuan Norliza Tuan Abdullah (40) kini menyiapkan sekurang-kurangnya 1,000 biji ketupat palas setiap hari sejak lima hari lalu untuk memenuhi tempahan pelanggan termasuk dari luar Kelantan. Disebabkan sambutan tinggi itu, Rahimah terpaksa menutup tempahan pada minggu kedua Ramadan mengambil kira kekangan yang ada, sekali gus mengelak risiko tempahan tidak dapat disiapkan menjelang Aidilfitri. Dia akan memulakan proses membuat ketupat palas seawal jam 7 pagi dengan merendam sekurang-kurangnya 20 kilogram (kg) beras pulut yang kemudian dikukus secara berperingkat. Ketika memproses ketupat palas, saya perlu 'mengarong' (mengadun) pulut bersama santan dan ia agak memenatkan kerana sentiasa perlu dikacau menggunakan senduk kayu supaya adunan menjadi lebih sebati. Kebiasaannya proses menyediakan ketupat ini berakhir sehingga lewat malam dengan membungkus pulut ke dalam daun palas. Ibu kepada sembilan anak ini berkata, dia membuat lima jenis ketupat iaitu serunding daging yang dijual pada harga RM1 sebiji, manakala bagi ketupat manis, lemak, manis kacang dan pulut hitam dijual 80 sen sebiji. Meskipun berdepan kenaikan harga barangan, saya tetap mengekalkan harga asal kerana tidak mahu membebankan pelanggan kerana kebanyakan mereka pelanggan tetap sejak dari dulu lagi. Cabaran paling besar adalah mencari daun palas dan ada kalanya ia sukar diperoleh, namun dia tetap berusaha meneruskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan sejak lebih 30 tahun lalu itu. Selalunya daun palas mula dikumpulkan pada pertengahan Ramadan bagi mengelakkan pucuk palas menjadi kering, sekali gus menyukarkan saya untuk membentuk kelongsong tiga segi. Kebiasaannya daun palas ini dicari di kawasan hutan berhampiran rumah dan pucuk palas muda serta lebar daripada pokok yang segar menjadi pilihan. Jika tidak cukup, saya terpaksa membeli daun palas ini daripada penduduk kampung sekitar. Ketika negara berdepan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, dia tetap menerima tempahan sehingga 21,000 biji ketupat palas sempena Aidilfiri. Ini kerana pada waktu itu ramai anak perantau tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung masing-masing dan mungkin ketupat palas dijadikan juadah Aidilfitri sebagai cara mengubati rindu pada keluarga dimana selalunya dia akan menyiapkan sehingga 1,000 biji ketupat palas sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

Sunday, June 29, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 2)

DAUN PALAS
adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Licuala grandis) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Sembang kisah '
Saudagar palas utara' yang berada di Padang Terap, Kedah menarik kisahnya. Kegunaan daun palas untuk bungkusan ketupat di kawasan utara bagaikan satu kemestian tetapi pokok palas sukar diperoleh kerana tumbuh liar dalam hutan. Bagaimanapun bagi Mohd Isa (35) dari Kampung Pong Manis, Mukim Tekai Kanan sudah menjadi pembekal utama daun palas di kawasan utara berikutan pohon itu tumbuh di kawasan kebun getahnya seluas lima hektar. Dakwanya dimana pokok palas atau nama santifiknya Licuala grandis hanya tumbuh beberapa pokok saja di kebun getahnya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya tetapi semakin banyak terutama selepas bapanya dulu menabur biji buah pokok itu di sekitar kebun dan ia tumbuh dengan banyak antara pokok getah yang kini dianggarkan terdapat ribuan pokok palas di kebun ini. Apa yang menariknya pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi asalkan berada di kawasan lembap seperti di kebun getah. Kini setiap kali hari raya dia membekalkan 10,000 pucuk daun palas di negeri ini termasuk Perlis dan Pulau Pinang yang kerjanya juga seorang penoreh getah. KAlau setiap pucuk daun palas itu dijual antara 80 sen hingga RM1 bergantung kepada saiz dimana daun palas yang lebih dikenali sebagai daun palas minyak itu ada kelebihan yang tersendiri iaitu lebih lebar, nipis, mudah dibentuk selain tidak mudah pecah menjadikannya sentiasa mendapat sambutan. Katanya kalau dulu ia dijual murah tidak sampai 40 sen sepucuk namun sejak enam tahun lalu harganya naik berikutan pokoknya semakin sukar ditemui. Dia bersyukur kerana bapa saya meluaskan tanaman ini di kebun getah kami, malah ia menjadi pendapatan sampingan saya terutama Aidilfitri. Selalunya pada musim perayaan ini dia berhenti menoreh getah bagi memberi tumpuan mengambil daun palas. Katanya pendapatan sebagai penoreh getah hanya cukup makan iaitu kira-kira RM500 sebulan, dengan adanya bekalan daun palas dapatlah saya dan keluarga menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya dengan lebih meriah. Selain musim perayaan dia turut menerima tempahan bagi membekalkan daun itu dengan tempahan melebihi 200 pucuk sehari.


Menarik kisah bagaimana 'Hasan mencari rezeki dengan daun palas' yang sesuai di kongsikan faktanya. Media laporkan jika di Kuantan setiap kali ketibaan Ramadan memberi rezeki tambahan kepada Hasan iaitu seorang lelaki yang mencari daun palas sebagai usaha untuk menambah tambahan memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembuat ketupat. Dia mencari daun palas bukan mudah kerana pokok ini hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya iaitu selalunya daun palas kini ia semakin sukar ditemui di kawasan tepi hutan. Dia perlu untuk berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dimana pada setiap hari dia akan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk memperoleh sekitar 500 hingga 800 pucuk palas jenis Palas Minyak. Walau pun ramai masyarakat kata dimana mereka beranggapan mudah namun hakikatnya sangat memenatkan diman dia terpaksa memikul daun palas dengan berjalan untuk membawanya keluar dari hutan. Memeng ada risiko dicucuk duri palas yang sangat tajam serta habuk daun palas yang boleh menjadikan tubuh kita gatal dan ancaman haiwan liar dan serangga. Daun palas minyak yang diperoleh kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya dengan harga RM25 untuk 100 batang pucuk palas. Apa pun selain pelanggan tempatan sekitar Kuantan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Melaka. Kalangan pelanggan sekitar Kuantan kini akan dihantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar negeri akan di poskan tanpa mengenakan caj tambahan jika kuantitinya banyak. Daun palas yang dijual dilaporkan yang ia boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi serta terdedah dengan cahaya matahari.


Portal lain laporkan dimana 'Rezeki asnaf, ibu tunggal ambil upah tempahan ketupat palas' di Tanah Merah, Kelantan wajar dicontohi. Media laporkan dimana para penduduk Kampung Bukit Gading, Tanah Merah akan menyiapkan lebih satu juta tempahan ketupat palas setiap kali tiba sambutan Hari Raya. Ada seramai 25 penduduk terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal menerima upah untuk menyiapkan tempahan berkenaan. Mereka yang mengambil upah membungkus ketupat palas ini dibayar secara harian dan jumlah ketupat yang dibungkus bergantung kepada kepantasan dan kecepatan setiap individu. Tempahan ketupat palas sejuk beku ini mula dibuka pada awal Januari lalu dan sebanyak 5,000 hingga 6,000 biji ketupat disiapkan sehari. Ketika memasuki Ramadan maka proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari disebabkan ketupat palas sejuk beku ini akan dihantar kepada setiap ejen di seluruh negara. Selalunya seawal jam 5 pagi selepas bersahur maka segala kelengkapan untuk memproses ketupat dilakukan termasuk memesin kelapa dan merendam beras pulut sebelum ianya dikukus. Setelah semuanya siap, proses membungkus ketupat dilakukan seawal jam 7 pagi sehingga 2 petang. Proses agak sukar sepanjang menyiapkan ketupat palas ialah mengarun pulut supaya ia masak serata selain proses membungkusnya yang mengambil masa lama. Biasanya untuk mendapatkan bekalan daun palas dia akan mengupah penduduk kampung untuk mencari di kawasan hutan berdekatan. Bagi memenuhi selera perantau, saya menyediakan lapan jenis ketupat palas iaitu lemak, manis, kacang, jagung, pulut hitam, serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan. Kini mereka memang tidak menang tangan menerima tempahan dan dijangka lebih sejuta biji ketupat palas sejuk beku akan dihantar kepada pelanggan, tidak termasuk tempahan untuk rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri saban tahun. 


Dalam NSTP di laporkan kisah menarik bertajuk '
Ketupat palas jantung hatiku laris menjelang Aidiladha' untuk disembangkan juga. Bagi nenek bernama Ruslina Abdul Rahman (60) membuat ketupat palas jantung adalah kemahiran yang dia punya. Selalunya apabila menjelang Aidiladha yang berbaki dua minggu lagi, pengusaha ketupat palas jantung hatiku tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Nama di berikan adalah 'Ketupat jantung hatiku' yang mana ia diusahakan sejak 40 tahun lalu itu sentiasa akan mendapat sambutan apabila tampil dalam bentuk yang berbeza berbanding ketupat palas lain. Dakwanya sejak beberapa minggu lalu dia yang dibantu anaknya memang mereka sibuk menyiapkan tempahan pelanggan dari pelbagai daerah termasuk luar Kelantan. Ada empat jenis ketupat dihasilkannya iaitu ketupat lemak, manis, pulut hitam dan serunding dengan harga serendah RM1 sebiji sehingga RM1.40 sebiji. Tambahnya lagi walau pun bentuk ketupat yang diberi nama jantung hatiku ini adalah idea daripada arwah ibu sejak 40 tahun lalu dan sehingga kini saya hanya membuat ketupat bentuk ini sahaja. Resepi sama sebagaimana ketupat lain dan menggunakan daun palas yang sama, cuma yang mampu bagi membezakan adalah bentuk sahaja. Kini disebabkan bentuk yang berbeza, ketupat ini sentiasa mendapat sambutan sehingga ke Lembah Klang yang tinggal di Kampung Bukit Kecik, Melor, Kota Bharu. Dia menerima tempahan sehingga lebih 3,000 biji dan menyifatkan sambutan menggalakkan setiap kali perayaan sama ada Aidiladha mahupun Aidilfitri. Apa pun dia tidak mempunyai pekerja dan hanya anak saya sahaja yang membantu setiap hari dan akan buat mengikut kemampuan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, Johor.

Saturday, June 28, 2025

SEMBANG KISAH DAUN PALAS (PART 1)

DAUN PALAS adalah sejenis daun popular iaitu daripada Pokok Palas (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunnya diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya sembang dengan menulis beberapa artikel mengenai daun papas dan kisahnya dalam blog "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca semua.


Menarik dalam hmetro.com kisah bertajuk 'Rezeki pencari daun palas' oleh pengusaha Mat Kawi yang menjadikan pokok palas yang terdapat di kawasan hutan Jerangau sebagai punca pendapatan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi pengemar setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha namun untuk mendapatkan daun palas ini bukanlah suatu yang mudah kerana pokok berkenaan hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya. Bagi Mat Kawi Lah dimana setiap kali tiba Ramadan dia akan masuk ke hutan untuk mendapatkan daun palas kerana mampu mendatangkan rezeki tambahan kepadanya dan keluarga. Dia setiap pagi iaitu dibantu anaknya Mohd Firdaus akan masuk ke kawasan hutan untuk mendapatkan daun palas sebelum dijual kepada pembuat ketupat. Daun palas kini sukar ditemui di kawasan tepi hutan dan kebanyakannya tumbuh jauh di dalam hutan berpaya. Mereka berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas dan terus mencarinya kerana pokok palas ini tidak tumbuh secara berkelompok di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Setiap hari dia akan mengambil masa lima hingga tujuh jam untuk memdapatkan antara 500 hingga 800 pokok palas dimana kadang-kadang hampa juga apabila hanya menjumpai pokok palas tua kerana daun palas sudah tua, sangat keras dan tidak sesuai untuk dijadikan 'daun' ketupat. Selalunya dia hanya ambil pucuk palas dan dalam satu pokok palas itu hanya ada satu atau dua pucuk sahaja dan bayangkan untuk dapat satu guni berapa pokok perlu dicari. Dia tidak menafikan ramai beranggapan mudah untuk mendapatkan pokok palas ini namun hakikatnya banyak cabaran. Mereka terpaksa memikul berguni-guni daun palas untuk dibawa keluar dari hutan dengan hanya berjalan kaki dimana ini berdepan risiko tercucuk duri palas yang sangat tajam dan terkena habuk daun palas yang boleh menyebabkan tubuh menjadi gatal. Daun palas yang mereka diperolehinya itu kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya sebanyak RM25 untuk 100 batang pokok palas. Selain pelanggan tempatan dimana daun palasnya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang. Pelanggan sekitar Terengganu saya akan hantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar saya poskan tanpa mengenakan sedikit caj tambahan. Daun palas yang dijual itu boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi dan tidak didedahkan dengan cahaya matahari. Rezeki daun palas ini dapat dia tambah perbelanjaan dapur dan membeli pakaian raya untuk anak-anak dimana isterinya juga pembuat ketupat dimana sebatang daun palas boleh menghasilkan antara 20 hingga 25 biji ketupat. Setiap hari dia hanya menerima tempahan kira-kira empat hingga enam kilogram ketupat setiap hari. Setiap satu kilogram beras pulut mampu menghasilkan kira-kira 50 biji ketupat dan saya jual RM 0.60 sebiji kepada pelanggan. Ketupat palas sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang hari raya nanti (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sebelum membungkus ketupat, daun palas mesti dibuka setiap helai dan dilap dengan kain bersih sebelum dijemur. Santan segar dan beras pulut yang dikukus lembut perlu diadun sebati bagi membangkitkan keenakan ketupat palas menjadi lemak bermasin.


Sembang bagaimana 'Wau daun palas tradisi yang hilang' yang dilaporkan bernama wajar di kongsikan.Ada seorang lelaki warga emas sedang sibuk meraut buluh sebelum dicantum menjadi rangka wau dikenali sebagai Samat Man (73) atai dia lebih mesra dengan nama panggilan Pak Non menggesek biola sambil menyanyikan lagu 'Itik pulang petang' sebagai hiburan dalam menyiapkan 'Wau Helang' iaitu sejenis wau tradisi unik menggunakan daun palas. Dia pernah mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Wau oleh Kraftangan Malaysia pada 2018, Pak Non mula mempelajari teknik membuat wau menggunakan daun palas daripada datuknya ketika berusia belasan tahun. Berdasarkan cerita datuknya dimana dulu masyarakat di Perlis menggunakan daun palas untuk dijadikan wau sebelum penggunaan kertas diperkenalkan. Katanya menurut cerita tok wan, orang dulu-dulu di Perlis guna daun palas untuk membuat wau kerana pada masa itu sukar untuk mendapat kertas, seingat Pak Non kali terakhir melihat pembuat wau guna daun palas sekitar tahun 1970-an. Proses membuat wau palas adalah lebih rumit dan mengambil masa yang agak panjang berbanding wau biasa kerana memerlukan ketelitian bermula daripada proses mengeringkan diikuti dengan proses membentuk, menjahit daun dan melekatkan daun palas pada badan wau iaitu tinggal di Kampung Tok Kaya dekat Kuala Perlis. Menceritakan proses pembuatan wau palas, Pak Non menjelaskan, daun palas yang sesuai digunakan untuk membuat wau adalah 'Palas Jin' atau palas hutan tumbuh berdekatan bukit kerana daunnya lebar berbanding daun palas untuk membuat ketupat. Daun palas perlu dijemur selama dua hari hingga kering dan diseterika bagi mengurangkan kedutan dan membentuk permukaan licin," katanya sambil menjahit kepingan daun palas sebelum dilekatkan ke bahagian sayap wau. Wau palas lebih tahan lasak berbanding wau daripada kertas yang mudah rosak dan koyak apabila terkena air dan daripada pemerhatian Pak Non, daun palas tidak cepat rosak jika terkena air dan wau akan lebih anjal berbanding wau yang dibuat daripada kertas. Daun palas yang dijahit menggunakan benang kapas lebih kemas jika dicantumkan menggunakan getah Rumbia namun bahan tersebut sukar diperolehi pada masa kini. DIa ingin melihat tradisi wau palas dihidupkan semula dan sedia memberi tunjuk ajar jika ada anak muda yang berminat kerana tidak mahu warisan Melayu itu hilang begitu sahaja tanpa generasi pelapis. Bagi Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis yang melawatnya dakwa berdasarkan catatan lisan, orang tua dahulu pernah menghasilkan wau menggunakan daun palas sebelum penggunaan kertas dalam pembuatan barang wau diperkenalkan. Bahan dari alam sekitar dalam penghasilan wau adalah baik dan bahan-bahan itu boleh diinovasi bagi memberi nilai tambah kepada bahagian gantian dalam pembuatan wau tradisional mengikut kesesuaian.


Dalam kes lain bernama laporkan juga jika 'Daun palas minyak laba RM300 sehari !' wajar disembangkan juga. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan dimana bila menjelang ketibaan hari lebaran tidak lama lagi, seorang peniaga buah-buahan yang beralih tumpuan perniagaannya kepada jualan daun palas minyak, kini memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, disebabkan permintaan kepada bahan itu yang cukup tinggi. Bagi Mohd Nasirman (42) nyatakan oleh kerana ramai yang membeli daun palas agak awal sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran kerana risau bekalannya yang terhad, beliau kini boleh menambah pendapatannya RM200 hingga RM300 sehari. DIa yang menjual daun palas itu dengan harga RM18 bagi 100 batang. Kebiasaannya pelanggan saya adalah penduduk sekitar daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang di gerainya di Cabang Tiga Kampung Banggol Petai. Apa pun katanya jenis daun palas minyak itu diperolehi dari dari beberapa pencari daun berkenaan di sekitar Kampung Banggol Petai, Bukit Tuku, Alor Pasir dan Batu Karang, dan beliau menjangka permintaan untuk daun palas itu akan terus melonjak dalam dua atau tiga minggu lagi apabila Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Baginya daun palas minyak menjadi pilihan ramai untuk menyediakan hidangan tradisional ketupat di pagi Hari Raya, kerana apabila dibungkus dengan daun palas, rasanya lebih enak. Proses mendapatkan daun palas minyak yang tumbuh liar di kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah, adakalanya terpaksa berdepan dengan binatang berbisa seperti ular dan tebuan. Pernah di tanya soalan 'Ambil daun palas selalu pokok tak terbantut ke?' daripada rakannya. Dakwanya pokok palas sentiasa akan keluarkan pucuk bila dah matang dan sebaiknya elakkan pokok terbantut sebab daunya kecil dan kurang. Bagi usahawan yang menanam daun palas dimana kalau ada 20 barisan maka dia akan mengambil daun palas mengiku giliran dan meninggalkan yang lain. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna untuk pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

DAUN PALAS... ADA KEGUNAANNYA...
ANYAMAN KETUPAT...KUIH LAIN JUGA...
SEMAKIN PUPUS... SUSAH MENCARINYA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...