Support My Blog

Sunday, May 3, 2026

BETIK OH BETIK !!! (PART 2)

BUAH BETIK
 (Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihasilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2025 adalah dilaporkan seluas 2,234 hektar dengan hasil sebanyak 48,009 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (987 hektar menghasilkan sebanyak 24,875 mt) diikuti di Pahang (296 ha) dan di Sabah (268 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang mana ia telah  menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Saya ada menulis puluhan artikel mengenai betik dan papaya dimana MARDI pada tahun 1987 ada perkenalkan varieti Betik Eksotika, Betik Eksotika II. Selain itu saya menulis dalam blog ini ada terdapat betik lain seperti Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Sitiawan, Betik Batu Arang, dan Betik Hawaiian Sunrise Solo yang masing-masing mempunyai ciri yang menarik dan unik dan dikomersilkan. Apa pun kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 pokok anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite. Artikel pada subuh kali ini penulis kupas dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan fakta industri betik popular di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pokok dan buah betik muda mempunyai 'Getah' atau 'Papain' iaitu sejenis enzim proteolitik (enzim pemecah protein) yang didapati secara semula jadi dalam buah betik, terutamanya pada betik muda dan getahnya. Ia sering digelar sebagai 'enzim pencernaan' kerana fungsinya yang sangat berkesan. Papain Betik dapat membantu memecahkan protein kompleks kepada asid amino yang lebih ringkas dengan memudahkan proses penghadaman dan juga ia penyerapan nutrien oleh tubuh. Ada perbezaan diantara buah betik muda dengan buah betik masak dimana dikaji kandungan papain adalah paling tinggi dalam betik muda atau dalam betik yang mentah berbanding betik yang sudah masak. Papain di laporkan ia membantu dalam proses penyembuhan luka sebab sifatnya membantu dalam merawat jangkitan kulit, luka dan keradangan. Papain juga ia membantu melancarkan sistem pencernaan dan baik untuk usus serta sebagai bahan 'anti-inflamasi' yang membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Papain digunakan dalam industri makanan secara komersil sebagai enzim pelembut daging, pembuatan gula-gula getah dan bahan dalam ubat gigi. Apa pun papain adalah enzim semula jadi dalam betik yang sangat berguna untuk penghadaman dan kesihatan kulit. C
ara-cara mengutip atau mengambil getah papain daripada buah betik bermula dengan proses pemilihan Buah Betik Muda atau Mentah di pokok dimana berumur umur kira-kira 2-3 bulan selepas berbunga serta masih berkulit hijau kerana selalu kandungan getahnya paling tinggi. Biarkan buah kekal di pokok (jangan petik) dan di cederakan kulit jikaunya makan getah akan keluar mengalir untuk di kutip. Cara Teknik Torehan adalah dengan melakukan 'Toreh Kulit' menggunakan pisau tidak berkarat (stainless steel) atau alat tajam untuk menoreh kulit buah betik secara memanjang (dari atas ke bawah). Sebaiknya kedalaman torehan ini 1 - 2 mm sahaja dan jangan terlalu dalam supaya buah tidak rosak atau tidak busuk. Masa sesuai torehan adalah pada waktu awal pagi dan getah putih (lateks) akan keluar dan mengalir. Kutip getah tersebut menggunakan bekas kaca atau plastik yang bersih. Apa pun penulis blog tahu jika aktiviti torehan boleh diulang pada bahagian buah yang berbeza setiap 3-7 hari sekali. Getah papain ini perlu di proses (Pengeringan) di bawah matahari atau dalam oven suhu rendah untuk menghasilkan serbuk papain mentah dan bila kering sesuai disimpan didalam bekas kedap udara. Kegunaan Papain Betik yang popular adalah ia di gunakan untuk melembutkan daging yang dimasak dengan menyapu getah atau parutan betik muda pada daging. Papain juga di laporkan ia membantu mengurangkan bengkak dan radang (papase) dan akan membuang sel kulit mati. (ada produk jenama SASA dari Korea). Getah betik dilaporkan ia juga boleh menyebabkan kegatalan kulit pada sesetengah individu dan rasanya sangat pahit.


Khasiat betik untuk kesihatan memang sudah di ketahui umum akan tetapi ada orang yang tidak suka makan buah betik. Apa pun dilaorkan nilai nutrisi yang terdapat dalam buah ini dianggap mempunyai pelbagai manfaat kesihatan antaranya adlah ia mampu Melegakan keradangan dimana punca keradangan adalah tindak balas imun semula jadi yang direka untuk menangkis penceroboh asing dan melindungi daripada penyakit dan jangkitan. Walau bagaimanapun, keradangan kronik adalah punca kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan banyak lagi dimana kajian mendapati penanda keradangan menurun apabila subjek ujian diberikan betik. Saintis mendapati ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan simptom bagi orang yang mempunyai keadaan tertentu, seperti artritis reumatoid. Walau bagaimanapun, diperhatikan bahawa walaupun kajian lanjut diperlukan. Bahan Papain Betik ia adalah sama dengan jenis enzim lain yang dibuat di pankreas yang membantu tubuh mencerna daging, tetapi tidak seperti enzim lain ia boleh berfungsi walaupun tanpa kehadiran asid. Kemampuannya untuk memecahkan asid amino, enzim betik ini dapat membantu orang yang bergelut dengan asid perut yang rendah yang mungkin tidak dapat bertoleransi untuk memakan daging jenis tertentu. Ia juga boleh menggalakkan penyerapan protein kepada mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang lain. Memakan buah ini juga boleh membantu mencegah sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat menambah cecair ke dalam najis dan memudahkan perkumuhan keluar dari tubuh. Betik akan dapat Menguatkan Darah untuk membantu orang yang mempunyai keadaan perubatan yang disebut trombositopenia atau platelet darah yang rendah. Ini adalah cara atau keadaan perubatan berbahaya yang boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk membentuk bekuan darah dan berpotensi membawa kepada pendarahan dalaman. Buah betik akan bantu dalam Meningkatkan kesihatan jantung dari zat Vitamin C iaitu mikronutrien penting yang berfungsi sebagai bahan antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga melindungi daripada pengoksidaan kolesterol, mengurangkan keupayaan kolesterol untuk membentuk plak di sepanjang dinding arteri. Buah betik sebagai antikanser dari beberapa sebatian yang terdapat pada betik telah ditunjukkan mempunyai kesan anti-kanser yang kuat. Getah papain telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan penyebaran tumor dalam kajian haiwan. Zat vitamin C dan beta-karoten, yang kedua-duanya terdapat dalam betik, dikaitkan dengan risiko penurunan beberapa jenis kanser. Betik baik untu kesihatan mata sebab ia memang mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua flavonoid yang dapat membantu mencegah degenerasi makula, atau kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia. Ia juga akan dapat  membantu menyaring (filter) cahaya biru yang boleh membahayakan retina untuk mengoptimumkan penglihatan walaupun anda semakin berusia. Makan betik Melambatkan penuaan sebab ia mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin A dan flavonoid lain, ia adalah buah yang hebat untuk membantu menjaga kulit yang sihat dan bebas kedutan. Betik juga membantu mengurangkan risiko asma. Bijinya juga mempunyai manfaat pemakanan tersendiri. Ia boleh dimakan walaupun rasanya agak pahit. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat jangkitan parasit, E.coli serta jangkitan virus dan bakteria yang lain.


Sebenarnya pokok betik adalah sumber makanan yang banyak di pelbagaikan jenisnya. Bagi betik muda ia sangat popular dalam masakan Melayu terutamanya untuk hidangan sayur berkuah, tumis atau rendang. Pertama ada Resepi Rendang Betik Muda bila hidangan ini sering menjadi kegemaran kerana rasa lemak dan pedas. Bahan membuatnya adalah betik muda (dihiris atau dipotong dadu), santan, kerisik, cili kisar, serai (diketuk), isi udang atau daging, asam keping, garam dan gula. Cara masak dengan menumis cili kisar dan serai hingga ganti minyak. Masukkan isi udang atau isi daging dan dimasukkan betik muda, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat dan betik empuk dan sedia di nikmati (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Resepi Betik Muda Tumis Ikan Bilis dimana resepi ringkas dan lazat untuk hidangan harian. Bahan diguna adalah buah betik muda (dikupas dan dihiris), ikan bilis (dicuci), bawang putih (dihiris), bawang merah (dihiris), minyak masak. Cara buatnya dengan menumis bawang putih, bawang merah, dan ikan bilis hingga wangi. Masukkan betik muda. Tambah sedikit air dan masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam dan sedia dihidangkan untuk di makan dengan nasi panas. Ketiga ada Resepi Betik Muda Masak Pedas Bersantan yang enak dimana bahan di gunakan adalah buah betik muda, santan, cabai hijau besar, bawang putih, bawang merah, bawang bombay, tomato, cili merah kecil, petai, sotong/udang, gula dan garam. Cara masak dengan menumis bahan kisar atau dihiris. Masukkan petai dan sotongdan seterusnya dimasukkan betik muda dan santan. Masak  sehingga mendidih dan bahan-bahan mesra dan boleh di nikmati dengan nasi putih. Keempat ada Resepi Betik Muda Masak Sayur Lada Hitam dengan bahan disediakan adalh buah betik muda, bawang merah, bawang putih, serai, cili kering (dikisar), daging/ayam, serbuk lada hitam. Cara memasak dengan menumis bahan kisar. Masukkan daging/ayam. Masukkan betik muda dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga empuk dan dihidangkan. Petua sebelum masak, pastikan betik muda dibasuh bersih setelah dipotong untuk menghilangkan getah dab petua bagi mengekalkan kerangupan sebaiknya jangan masak betik terlalu lama supaya ia tidak terlalu lembek. 


Portal sinarharian laporkan 'Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan' apabila seorang bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh tidak pernah menjangkakan tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan. DI PAsir Puteh, Kelantan ada petani Mohamed yang mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi mengisi masa di waktu lapang. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Situasi itu menyebabkan saya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Dia yang bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar. Walaupun sudah berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan dimana dia memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Apa pun jumlah permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial dimana dia menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Dia yang mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat. Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik dan ia tetap memerlukan air yang cukup. Bila ada hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak, pada Februari tahun lalu dia ada berdepan kerugian besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit apabila tanaman ditenggelami air. Pokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh diremajakan semula dimana ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa. Sepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji dan dia bersedia berkongsi kepakaran dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi tanaman pokok betik. 
Artikel ini ditulis dalam tig (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan agar di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK BETIK... DI TANAM DI MALAYSIA..
BANYAK VARIETI...SEKAKI RAMAI SUKA...
BANYAK KHASIAT...ANCAMAN PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM PERKARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...