Wednesday, December 31, 2025

KUCING LALU, TIKUS TAK BERDECIT LAGI

Peribahasa 'KUCING LALU, TIKUS TAK BERDECIT LAGI' adalah satu peribahasa yang di cipta dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Bagi penulis blog agak jarang mendengar akan peribahasa ini di gunakan dalam masyarakat atau untuk kiasan seharian. Memang agak unik mereka mencipta peribahasa ini dengan menggunakan dua jenis haiwan yang berlawanan iaitu Haiwan Kucing yang mana sifat semulajadinya akan memburu tikus dan membunuh atau kemudian memakannya. Apa pun p
epatah 'Kucing lalu, tikus tak berdecit lagi' adalah peribahasa Melayu yang membawa maksud iaitu 'Apabila orang yang ditakuti atau dihormati datang, maka orang yang biasanya bising atau lantang akan senyap' setelah melihatnya. Peribahasa ini dicipta bagi tujuan untuk menggambarkan situasi di mana 'kehadiran seseorang yang mempunyai autoriti akan menyebabkan orang lain terdiam dan berkelakuan baik'. Kiasan ini sangat tepat merujuk kepada situasi dimana orang yang biasanya bising menjadi diam kerana kehadiran orang yang ditakuti atau dihormati datang menghampiri mereka. Ia adalah suatu tanda yang ada kesan positif dan negatifnya tersendiri dalam suatu perkumpuan ramai dan memang berlaku dalam mana-mana majlis rasmi atau majlis tidak rasmi. Dari segi analogi pula dimana kiasan ini adalah ianya berkait daripada hubungan kucing dan tikus diketahui umum di mana lazimnya tikus yang mendengar kehadiran kucing akan mereka berhenti membuat bising kerana rasa takut sebab kucing adalah sejenis haiwan pemangsa (carnivore) yang mampu membunuh tikus. Rasa takut sang tikus ini adalah lumrah alam didalam kitaran kehidupan dunia haiwan. Memang peribahasa ini ada sesekali digunakan yang bertujuan untuk menggambarkan situasi di mana seseorang cuba mengawal keadaan atau apabila seseorang yang berkuasa datang dan menyebabkan orang lain akan rasa gentar atau ketajutan lalu menyenyapkan diri. Apa pun individu yang menyerupai sifat kucing ini lazimny adalah individu yang sangat berkuasa, kaya, ahli politik, ketua yang di geruni atau sesiapa sahaja yang ada 'aura' tersendiri dalam masyarakatnya. Mereka mungkin sebagai Presiden Negara, Sultan, Imam, Ketua Jabatan (Tentera, Polis dsb), Orang Kaya, Ketua Gengster, Ketua Kampong, Orang Gagah dan  sebagainya. Peribahasa ini agak berlawanan dengan dua peribahasa lain berkaitan kucing dan tikus juga iaitu 'Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi' yang maaknanya adalah 'Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati' yang juga benar senarionya. Contoh ayat bagi menjelaskannya seperti 'Para pekerja syarikat itu mula berbual dan bergurau senda di dalam pejabat apabila ketua mereka Encik Nadim dilucutkan jawatannya' sebab sesuai dengan peribahasa 'bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi'. Satu lagi peribahasa sama adalah 'Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi' yang membawa maksud 'orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi' oleh orang kelilingnya.  Artikel pada tengahari ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu lagi peribahasa iaitu 'Kucing lalu, tikus tidak berdecit lagi' sesuai di baca sebagai bahan rujukkan semua.


Haiwan TIKUS
(rat) merupakan haiwan jenis roden merupakan haiwan mamalia yang mempunyai sepasang gigi kacip sebagai ciri utamanya yang digunakan untuk mengerit. Dilaporkan sekitar 40% daripada spesies mamalia adalah daripada kategori roden. Haiwan roden ini terdapat di semua benua kecuali dikawasan sejukbeku seperti di Antartika. Antara spesis roden yang utama ialah tikus, tupai dan landak yang dikategorikan kepada tiga sub-order utama iaitu Myomorpha (mouse-shaped), Sciuromorpha (squirrel-shaped) dan termasuk juga Hystrichomorpha (porcupine-shaped). Tikus adalah spesis daripada sub-order Myomorpha iaitu diletakkan di bawah Famili Muridae. Muridae merupakan kumpulan haiwan yang menjadi spesis dominan disebabkan kebolehan menerima dan mengeksploitasi pelbagai persekitaran dengan bantuan oleh manusia untuk tersebar di serata dunia. Haiwan seperti tikus paling biasa dijumpai yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda seperti kerosakan dengan memakan makanan manusia dan mencemarkannya atau ia merosakkan tanaman dan hasil komoditi di samping boleh menyebarkan penyakit. Terdapat 26 spesies dan 200 subspesies tikus di Malaysia dan dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan habitatnya iaitu tikus yang hidup di hutan rimba, kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Terdapat 3 spesis utama tikus bandar di Malaysia iaitu Tikus Mondok (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus) dan Mencit Rumah (Mus musculus). Ke tiga-tiga spesis tikus yang sering dijumpai di Malaysia ini mempunyai ciriciri morfologi, habitat dan tabiat yang dijelaskan didalam jadual 1 dibawah. Memang penting untuk mengenali spesis tikus ini agar mudah untuk tahu begaimana kaedah terbaik untuk pengawalan.


Haiwan 
KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai sejenis haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis catus dipercayai ianya merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Bagi penulis blog mendapati dimana ciri dan sifat kucing merangkumi penampilan fizikal seperti bulu yang sihat dan berkilat, serta tingkah laku seperti mendengkur, menjilat, dan menunjukkan perut sebagai tanda kepercayaan dan kasih sayang. Mereka juga mempunyai sifat seperti aktif, ingin tahu, dan pemalu, serta cenderung hidup secara teritorial. Bulu kucing yang sihat mempunyai bulu yang berkilau, bersih dan tidak bergumpal. Bulu yang kembang tiba-tiba atau kelihatan seperti berus botol menandakan ketakutan atau agresif. Ciri badan kucing semasa ia berjalan dengan cara digitigrad (berjalan di atas jari kaki) dan menggunakan gaya berjalan perentakan untuk ketenangan di mana kedua-dua kaki pada satu sisi bergerak serentak sebelum kaki pada sisi lain. Selalunya di lihat iaitu tanda kesihatan kucing di nilai dari ciri bulu yang sihat adalah petunjuk kesihatan yang baik. Kulit yang kering dan kemerahan serta bulu yang gugur boleh menjadi tanda penyakit. Cara kucing bereaksi dalam komunikasi melalui perbuatan sepertu Mendengkur (Purring) iaitu haiwan kucing sering mendengkur sebagai tanda gembira dan selesa. Bila kucing menunjukkan perut ini menunjukkan perut adalah tanda kepercayaan dan ingin perhatian. Jika kucing menggerakkan ekor dimana gerakan ekor mungkin menunjukkan rasa tidak senang, bukan hanya gembira. Paling mudah mendengar kucing 'mengeong' iaitu bunyi mengeong boleh mempunyai pelbagai makna bergantung pada apa dia konteksnya. Dalam bersosial dan beremosi umumnya haiwan kucing kebanyakannya adalah ia mempunyai sifat ramah dan setia dan boleh bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain. Apa pun ciri kucing sebagau 'penyayang' akan di tunjukkan kasih sayangnya melalui menggesekkan badan dan tidur berdekatan dengan tuannya yang juga merupakan tanda kepercayaan. Kucing umumnya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta bersigat teritorial dimana kucing jantan dilihat ia cenderung menandakan wilayahnya dengan cara dalam ia semburkan air kencing sebagai tanda. Kebiasaan haiwan kucing adalah ia aktif pada waktu senja dan fajar (Haiwan Jenis Nokturnal). Kucing sering tidur siang dan boleh tidur berdekatan dengan tuannya sebagai tanda kepercayaan. Cara kucing membersihkan diri dengan menjilat tubuhnya sendiri untuk membersihkan diri.


Berkemungkinan peribahasa ini kurang relavan dengan kisah menarik dari China dimana '
Robot haiwan AI peneman emosi' yang dilaporkan portal AFP untuk dikongsikan. Kisah dari Beijing dimana di sebuah pusat beli-belah di Beijing, Zhang Yachun merungut secara senyap-senyap kepada 'orang kepercayaan' terdekatnya iaitu 'robot gebu' kecerdasan buatan (AI) yang menenangkan dan selau dapat mengingatkannya bahawa dia tidak bersendirian. Zhang (19 tahun) lama melawan kebimbangan mengenai sekolah dan kerja dan bergelut untuk menjalin persahabatan yang mendalam dengan orang lain. Apa pun sejak dia membeli BooBoo iaitu sejenis 'haiwan peliharaan pintar' yang mana ia menggunakan teknologi AI untuk berinteraksi dengan manusia mwndakwa kehidupannya menjadi lebih mudah. Dia kini rasa  mempunyai seseorang untuk berkongsi masa gembira dengannya yang tinggal di flat yang dia kongsi bersama ibu bapanya dan seekor itik peliharaan sebenar. Di seluruh China, semakin ramai orang beralih kepada AI untuk memerangi pengasingan sosial apabila teknologi itu menjadi lebih matang dan diterima secara meluas. Ia adalah lembut, berbulu dan menyerupai tikus belanda, BooBoo dihasilkan oleh Hangzhou Genmoor Technology dan dijual pada harga sehingga 1,400 yuan (kira-kira RM861). Robot ini dibangunkan dengan mengambil kira keperluan sosial kanak-kanak, syarikat itu sudah menjual kira-kira 1,000 unit 'haiwan AI' itu sejak Mei 2024, menurut pengurus produk syarikat bernama Adam Duan. Ketika keluar berjalan-jalan Zhang selalu membawa 'temannya' itu yang dinamakannya sebagai Aluo di dalam beg silangnya, berbisik kepada 'haiwan' sebesar bola ragbi itu. Apa pun dilaporkan robot itu memainkan peranan yang sama seperti rakan manusia yang membuatkan sesiapa akan berasa anda adalah seseorang yang diperlukan. Pasaran global untuk "robot sosial" seperti BooBoo dijangka berkembang dengan faktor tujuh hingga AS$42.5 bilion (kira-kira RM159 bilion) menjelang 2033, menurut firma perunding IMARC Group, dengan Asia sudah mendominasi sektor itu. Bagi Guo Zichen pula dapati jika haiwan peliharaan pintar boleh membantunya apabila dia tidak dapat bermain dengan anaknya. Kini dia dan ahli keluarga kurang meluangkan masa bersama anak-anak yang mempunyai anjing robotik yang dijual di kedai utama syarikat teknologi Weilan di bandar timur Nanjing. Lepas membeli satu unit (haiwan peliharaan AI) untuk anak saya boleh membantu dia belajar dan perkara lain. Robot  Anjing AI keluaran Weilan itu dipanggil "BabyAlpha", dijual antara 8,000 dan 26,000 yuan (antara kira-kira RM4,860 dan kira-kira 15,800), dan syarikat itu sekitar 70 peratus pembeli adalah keluarga yang mempunyai anak kecil. Tetapi Guo ragu-ragu anak anjing elektronik itu boleh membawa kegembiraan seperti anjing sebenar. Perbezaan terbesar ialah anjing betul mempunyai jiwa manakala anjing robotik (BabyAlpha) kelihatan berbeza dengan cara yang tidak dapat dijelaskan dimana secara keseluruhannya dirasakan ia tidak sama dengan yang sebenar. Peribahasa 'kucing lalu, tikus tak berdecit lagi' di nilai masih relevan sehingga sekarang penggunaanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
KUCING LALU...TIKUS KETAKUTAN....
APA TIDAKNYA...IA TAKUT DIMAKAN...
PEMBESAR LALU...SEMUA TERDIAM...
RASA HORMAT...MAJLIS DI MULAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Jamadilawal 1447H).
Posted on
Last Day Year 2025....31.12.2025

Tuesday, December 30, 2025

IKAN SEPAT RONGGENG - APA DIA?

IKAN SEPAT RONGGENG
(Trichopodus trichopterus) ialah sejenis ikan air tawar popular di Malaysia yang juga dikenali sebag
ai 'Ikan Sepat Padi' dan juga 'Sepat Siam' daripada keluarga Osphronemidae dimana ia adalah ikan sangat di sukai untuk di makan dan juga di jadikan ikan hiasan yang cantik. Ikan ini adalah jenis ikan anabantoidei iaitu spesisi ikan yang mempunyai organ seperti paru-paru dan mampu untuk bernafas di udara. Di Malaysia dimana ikan sepat ini amat digemari sebagai hidangan lazat atau ikan hiasan akuarium dimana ia terkenal kerana mempunyai corak 'ronggeng atau ada berbintik biru atau bintik perak yang selalu memikat. Apa pun bagi penulis blog yang pernah memelihara spesis ika sepat yang bercorak bintik kebiruan dulu sangat menarik diletakkan didalam akuarium dan hidup agak lama. Antara keunikan ikan ini dimana Ikan Sepat Ronggeng adalah jenis ikan iaitu 'bubble nester' atau biasa kita lihat ia jenis ikan pembuat sarang buih seperti kebanyakan spesies lain di dalam keluarga Osphronemidae juga. Ciri dimana pada kebiasaannya ia akan menghasilkan buih dan akan kumpulkan di celah-celan daun atau diatas permukaan kolam berlaku apabila tiba musim mengawan. Kemudian ikan sepat ini akan melepaskan telurnya di situ dan akan di senyawakan oleh ikan sepat jantan dimana seterusnya ikan ini akan melindungi semua telurnya sehingga menetas. Pelikny bagi penulis blog dimana ikan Sepat Ronggeng ini walaupun kecil tapi sangat berani dan dominan dalam wilayah jajahannya atau dalam habitat liarnya. Boleh di lihat akan ikan ini tidak akan lari walau pun di ganggu oleh pemangsanya seperti jenis Ikan Selat ( ,saya pernah tengok selamba je dia halau ikan Selat (Notopterus notopterus) atau pemangsa lain yang datang untuk menganggunya. Artikel pata petang Isnin ini dalan blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai apa dia Ikan Sepat Ronggeng sebagai bahan rujukan teknikal untuk kegunaan pembaca blog semua.


Dalam usaha mengenali 
Ikan Sepat Ronggeng dimana ia sebenarnya adalah satu spesies utama akan tetapi ia dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti Sepat Biru, Sepat Mutiara (jika dilihat coraknya ada bintik putih), Sepat Siam, Sepat Benua, Sepat Kedah dan juga Sepat Ronggeng iaitu dengan varian warna-warna menarik hasil pembiakan terpilih untuk pasaran ikan hiasan akan tetapi spesies aslinya ialah satu spesies lasak yang popular dan tersebar luas di Malaysia. Beberapa jenis atau varian Ikan Sepat Ronggeng yang sering ditemui adalah yang pertama Jenis Ikan Sepat Ronggeng Asli (Blue Gourami atau Three-spot Gourami) dimana ia di kelani sebagai ikan spesies aslinya sepat ini dan ia sering mempunyai bintik gelap atau kebiruan, bersifat sangat lasak dan mudah ditemui di habitat perairan tawar. Jenis kedua adalah Ikan Sepat Mutiara (Trichopodus leeri) Patau di panggil sebagai 'Pearl Gourami' yang sangat cantik sebagai ikan hiasan (Sila lihat foto disebelah). Ia juga kadang-kadang dianggap sejenisdengan yanag lain akan tetapi sebenarnya spesies berbeza (Trichopodus leerii), dikenali dengan bintik-bintik mutiara putih di badan dan lebih cantik untuk ikan hiasan. Ketiga adalah jenis Ikan Sepat Siam yang juga dipanggil sebagai Ikan Sepat Benua atau Ikan Sepat Kedah dimana semuanya merujuk kepada spesies yang sama (T. trichopterus). Kini ikan jenis ini yang diperkenalkan dan tersebar luas dibanyak negeri sudah menjadi popular sebagai ikan tempatan dan juga untuk masakan (pekasam).  Varian Warna (Colour Variants): Hasil pembiakan terpilih, terdapat banyak warna moden untuk ikan hiasan seperti Golden Gourami, Albino, Cobalt Blue, dan Marble Gourami, yang semuanya berasal daripada Sepat Ronggeng. Ada laporan menyatakan dimana Ikan Sepat Ronggengatau juga dikenali sebagai 'Sepat Padi' atau 'Three Spot Gourami' ia sebenarnya merujuk kepada satu spesies yang sama namun ia mempunyai pelbagai variasi warna yang dihasilkan melalui pembiakan terpilih (selective breeding) untuk industri ikan hiasan. Mengenali ikan sepat yang ada seperti Jenis Sepat Ronggeng Asli Liar (Wild Type) yang mana ia mempunyai warna kelabu kebiruan atau coklat cair dengan dua bintik hitam yang jelas pada sisi badan (satu di tengah dan satu di pangkal ekor). Jika dikira dengan matanya ia seolah-olah mempunyai tiga bintik hitam. Jenis Ikan Sepat Biru (Blue Gourami) pula adalah variasi yang berwarna biru terang dengan corak bintik hitam yang masih kelihatan. Jenis Ikan  Sepat Emas (Gold/Golden Gourami) adalah variasi yang berwarna kuning keemasan atau oren terang. Bintik hitam pada badan biasanya tidak kelihatan atau sangat pudar pada jenis ini. Jenis Ikan Sepat Opaline (Opaline/Cosby Gourami) adalah variasi yang mempunyai corak 'marbled' atau seperti awan berwarna biru gelap yang bertompok-tompok pada latar belakang biru muda. Jenis Ikan Sepat Platinum (Silver/ Platinum Gourami) adalah variasi yang berwarna putih keperakan atau putih bersih tanpa bintik hitam yang jelas. Akhir sekali adalah jenis Ikan Sepat Lavender (Amethyst Gourami) iaitu ia hasil kacukan antara jenis biru dan emas, memberikan warna ungu atau lavender yang unik pada badan ikan.


Cara memburu atau memancing ikan sepat memerlukan teknik khusus karena ukuran mulutnya yang kecil dimana selalu habitatnya yang rimbun dengan ada tumbuah liar pada permukaan air. Beberapa cara yang di lakukan oleh pemancing ikan sepet yang pertama adalah dengan Teknik atau Cara PenangkapanTeknik Lubang iaitu menggunakan kayu atau ranting untuk membuka 'lubang' kecil di antara tumbuhan air seperti tumbuhan kangkung air, keladi air  atau kiambang dimana dibiarkan lubang tersebut selama satu hari agar ikan tidak takut sebelum pemancing datang esoknya untuk dapat memancing ikan sepat yang berada di bawah tumbuhan tersebut dengan umpan dan matakali sesuai. Kedua dengan Cara Memancing (Micro Fishing) iaitu dengan menggunakan joran tanago atau joran kecil dengan tali halus sebab ikan sepat sangat peka terhadap gerakan yanag agak kasar berapa di permukaan air dan pemancing kurang bergerak untuk elakkan ikan sepat tidak mahu makan denga ada pergerakan yang bebas. Ketiga memburu ikan sepat ini dengan Cara Menjala atau Memasang Bubu dimana cara ini boleh mendapatkan jumlah hasil tangkapan yang lebih banyak. Bagi menjala sebaikny cari kawasan lapang ada ikan sepat yang cetek airnya dan mudah menarik jalanya keatas. Jenis umpan memancing ikan sepat terbaik adalah umpan semulajadi yang berukuran kecil sesuai dengan mulutnya iaitu gunakan jenis  Lumut Sawah atau Lumut Hijau yang digumpal sedikit diatas mata kail kecil. Pemancing ada yang gunakan telur anak semut (kroto) sebagai jenis umpan yang sangat bagus disambar ikan sepat 
seba warnanya yang terang dan mencolok dan baunya yang disukai ikan tersebut. Ada yang gunakan Cacing Pokok Pisang yang dipotong-potong dan di cocok pada mata kail dimana saiz kecil cacing yang teksturnya lembut di sukai ikan sepat. Bolah mencuba gunakan telur lebah madu atau anak lebah putih yang mana umpan ini sangat berkesan bagi memancih jenis ikan sepat siam. Telur Lebah atau anak lebah sangat sesuai untuk memancing ikan sepat ukuran besar (sepat siam). Bagi menentukan lokasi dan masa memancing di cari perairan tenang seperti rawa, parit sawah dan kolam yang banyak ditumbuhi tanaman air. Apabila sampai lihat akan tanda adanya ikan sepat dimana akan munculnya gelembung kecil atau ikan yang menyembul ke permukaan untuk mengambil oksigen. Waktu terbaik untuk memancing adalah dipagi hari sekitar jam 07:30 pagi sebab masa itu selalunya suhu air belum terlalu panas jadi ia adalah waktu paling aktif bagi ikan untuk mencari makan. Mata kail ukuran terkecil sahaj di gunakan iaitu mata nombor 0.5 - 1.0 sebab mulut ikan sepat menang sangat sempit dan boleh gunakan pelampung kecil agar gerakan semasa umpan dimakan akan terlihat.


Harga ikan sepat ronggeng boleh berbeza bergantung tempat akan tetapi anda boleh jumpa yang sudah dibersihkan atau sudah siap disiang dijual sekitar RM15 - RM18 sebungkus di lokasi tertentu. Antara f
aktor penentu harga ikan sepat ini adalah lokasi (pasar pagi, pasar malam, kedai), musim dan juga sama ada ikan ini masih hidup atau sudah diproses. Berlaian juga dengan harga ikan sepat kering yang ebih mahal tetapi ia tahan lama di simpan. Ikan sepat ada banyak jenis resepi yang boleh di sediakan daripada Resepi Ikan Sepat Ronggeng Masak Lemak Nenas yang popular dengan masaknya disediakan bahan-bahan ikan sepat ronggeng masin (digoreng dulu), santan kelapa, cili padi (di kisar), bawang besar, bawang putih (kisar), minyak, nenas, garam, air panas. Cara memasaknya dengan menumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan air panas, santan, nenas, dan ikan masin dan dimasak hingga mendidih, perasa garam dan di matikan api dimana sudah siap untuk di hidangan dengan nasi panas (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili  juga enak di sediakan dengan gunakan bahan iaitu Ikan sepat masin, bawang merah, bawang besar, cili kering, cili api, ikan bilis, kicap, sos tiram dan minyak. Cara memasaknya dengan menggoreng ikan bilis dan ikan masin garing kemudian diasingkan. Goreng cili kering dan juga bahan-bahan tumbuk atau bahan hiris (cili api dan bawang). Masukkan ikan masin dan ikan bilis, kicap, sos tiram yang dimasak sekejap dimana boleh gunakan lebih cili untuk rasa sambal lebih pedas. Sebagai tip dimana pastikan ikan sepat masin digoreng garing dahulu untuk elak hancur dan sedap dimakan dan untuk rasa lebih autentik maka di tumbuk bahan tumis secara manual dan tumis perlahan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN SEPAT RONGGENG...BANYAK NAMA...
IKAN KECIL... MEMANCING ADA CARANYA...
HARGA MAHAL... SEGAR DAN KERING ADA...
DI MASAK LEMAK NANAS...ENAKNYA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Rejab 1447H).

Monday, December 29, 2025

SENYUM KUCING - APA DIA?

Peribahasa 'SENYUM KUCING' adalah satu peribahasa yang di cipta dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Peribahasa ini menggunakan haiwan kucing sebagai kiasan dimana ia memberikan makna sebagai 'Senyum yang ada muslihat atau niat jahat atau 'Senyuman yang memang mengandungi muslihat atau helah' yang sesuai diguna dalam budaya masyarakat tempatan. Peribahasa 'Senyum  kucing' bagi penulis blog merupakan sebuah peribahasa yang boleh merujuk kepada maksud peribahasa yang mana ia membawa maksud 'perbuatan licik' atau 'dilakukan sebab ada unsur muslihat' atau merujuk kepada 'bagaimana ekspresi muka kucing' yang kelihatan seperti tersenyum (Sila lihat foto diatas). Kucing boleh menunjukkan emosi gembira melalui dengkuran, ekor yang tegak, atau mengeong dengan nada tinggi. Ekspresi kucing dilihat ia seakan seperti tersenyum boleh berlaku apabila mereka menganalisis bau atau aroma tertentu menggunakan organ khas yang terdapat di lelangit mulut mereka. Keadaan ini berlaku yang membuatkan kucing akan mengerutkan bibir, menyipitkan mata dan sesekali dilihat kucing ini mengangkat kepala. Apa pun mengupas akan maksud peribahasa senyuman yang ada muslihat dimana ia bermaksud atau di kaitkan dengan kiasan 'senyum kucing' secara peribahasa bermaksud seseorang yang mempunyai muslihat tersembunyi di sebalik senyumannya. Ini bermakna jika berjumpa dengan seseorang yang tersenyum tetapi di sebaliknya ada muslihat tertentu memang perlu waspada. Ada pun mungkin senyuman yang tidak jujur sebenarnya boleh di rasai jika pandai menilainya. Berbalik kepada ciri ekspresi kucing ketika berlaku sebagai tanda gembira boleh di lihat pemiliknya. Selalunya kucing yang gembira akan menunjukkan tanda-tanda seperti mendengkur, menegakkan ekornya ke atas dengan rileks atau mengeluarkan bunyi dengan cara 'mengeong' dengan nada yang tinggi. Sesiapa yang meneliti sikap kucing ketika dia menganalisa atau mengesan bau selalunya kucing tersebut mungkin kelihatan seperti juga seakan dia 'tersenyum' juga. Ini berpunca dari kucing yang akan menggunakan organ khas (di panggil sebagai organ Jacobson) di lelangit mulut mereka untuk menganalisis bau yang menarik 9(termasuk makanan di sukai) atau bau busuk. Menganalisa akan karekter kucing dimana kucing ada juga ciri melakukan 'ekspresi berbeza' apabila selalunya proses ini menyebabkan kucing tersebut akan mengerutkan bibir, menyengetkan kepala dan memejaamkan atau menyepetkan matanya dan ini akan ia kelihatan seperti senyuman. Namun begitu aksi ini atau senyuman ini tidak sama dengan cara atau pun aksi senyuman manusia kerana ia bukanlah respons yang berkait atau respon terhadap jenaka atau kata-kata ungkapan kebahagiaan atau jenaka semata-mata. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai satu lagi peribahasa lama yang sering didengar iaitu 'senyum kucing' sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik mencari ilmu mengenai perilaku '
Kucing Tersenyum' bukan sama seperti manusia akan tetapi di laporkan ia boleh berlaku dengan cara kedipan lambat, posisi telinga dan ekor yang rileks serta ada keluar suara atau bunyi dengkuran. Cara kucing senyum boleh di lihat oleh mereka yang memahami akan perilaku haiwan tersebut iaitu melalui mata adalah dengan menutup sebagian atau seluruhnya semasa kucing merasa selesa, gembira, nyaman dan senang hati sementara kedudukan organ ekor akan di naikan keatas atau ia menjulang ke atas juga dimana iani adalah cara ia menandakan kebahagiaan. Meneliti akan matanya dimana jika kucing melakukan tindakan 'kedipan lambat' adalah perbuatan iaitu bentuk kasih sayang dan kepercayaan dari kucing kepada pemiliknya. Berlainan dengan manusia yang organ penting untuk menandaakan senyuman pada bahagian mulit, bibir, pipi dan gerakannya. Dilaporkan bagi haiwan kucing dimana cara kucing peliharaan ini menunjukkan 'senyumannya adalah melalui mata' dimana ia akan berkedip lambat secara perlahan berbanding dengan kedipan normal. Jika di teliti dimana kucing tersenyum akan menutup sebahagian atau seluruh matanya semasa ia merasa santai, gembira dan amat mempercayai tuannya. Memanag pada masa sama ekornya pula akan di naikkan keatas dan bukan kebawah atau cara lain dimana ekornya naik tinggi ke atas dengan posisi rileks dimana ia merupakan tanda kucing gembira. Jika di urut bahagian badan kucig da kemudian ia mengeluarkan bunyi seperti berdengkur menunjukkan ia gembira dan mungkin mukanya tersenyum juga. Apa pun kucing yang manja akan mengeluarkan bunyi manja seperti 'mengeong' dengan lembut. Pakar haiwan mengkaji jika jika suaranya keluar dengan nada tinggi dan di mukanya dilihat seakan ia menyeringai menunjukkan kucing masa itu dalam keadaan sangat bahagia. Teliti juga pada bahagian bibir dan rahang kucing di rumah dimana ia akan mengangkat sudut bibir hingga terlihatan giginya yang terjadi ketika mencium bau menarik atau busuk. Ini bukan senyuman kegembiraan dimana ini akan reaksi atau respons terhadap bau tertentu semasa dia menilai aroma di depannya. Dalam beberapa laproan di nyatakan jika kucing dikenali juga sebagai haiwan peliharaan yang popular kerana ciri sikap dan tingkahlakunya yang amat mengasyikan pemiliknya. Kucing juga dikenal sebagai haiwan yang mempunyai banyak emosi walau pun masih hangat di bincangkan sama ada haiwan kucing boleh tersenyum semasa ia sedang gembira, tengah senanghati atau bahagia. Menurut dari kajian USAToday ada saintis dapati dengan melihat akan perilaku dan pergerakan kucing. Menurut sintis bernama Marci Koski mendapati bahawa kucing memang akan dan boleh  tersenyum. Namun begitu memang kucing tidak tersenyum dengan cara seperti yang dilakukan manusia sebabnya haiwan kucing tidak tersenyum dengan cara menggunakan mulutnya.


Menarik kisah dalam mstar.com bertajuk '
Rupa-rupanya ada cara berbual’ dengan kucing untuk di kongsikan. Kisah dari Uniked Kingdom (UK) melaporkan dimana ada saintis mendapati bahawa kelakuan pemilik untuk mengecilkan mata adalah cara terbaik untuk membina hubungan dengan kucingnya. Dalam satu kajian oleh universiti-universiti di Portsmouth dan Sussex, United Kingdom dimana para penyelidik mendapati bahawa teknik tersebut juga sebenarnya meniru senyuman yang diberikan oleh kucing kepada manusia tetapi dalam bentuk yang tidak mudah di fahami. Kajian ini dilihat ia sekali gus akan menjadikan manusia nampak lebih menarik sebagai ilmu tambahan. Apa pun menurut Profesor Karen McComb dari Sekolah Psikologi di University of Sussex yang menyelia penyelidikan itu dakwa dimana 'Sebagai seorang yang telah mempelajari tingkah laku haiwan dan merupakan pemilik kucing, gembira apabila dapat tunjukkan bahawa kucing dan manusia dapat berkomunikasi dengan cara ini'. Dakwanya lagi dimana ia adalah sesuatu yang telah disyaki oleh banyak pemilik kucing, apabila dapat membuktikannya ia sangat menggembirakan. Kajian ini di lakukan dimana pertama sekali tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji secara eksperimen peranan 'kerdipan mata perlahan' dalam komunikasi antara kucing-manusia. Pemilik kucing memang boleh mencuba sendiri dengan kucing yang ada di rumah atau dengan kucing lain atau kucing liar yang berada atau ditemui di jalanan. Ini adalah kaedah terbaik untuk dapat mewujudkan ikatan dengan kucing. Kaedahnya dengan cara cuba kecilkan mata manusia ke arah kucing seperti sedang senyum santai, kemudian pejamkan mata selama beberapa saat. Pastikan jika akan mendapati kucing ini akan ia bertindak balas dengan cara sama dan anda boleh memulakan satu perbualan. Kaedah mengecilkan mata anda seperti mana yang sering dilakukan oleh kucing dapat mewujudkan komunikasi dua hala. Bagi pasukan penyelidik itu yang diketuai oleh Dr Tasmin Humphrey dan Profesor Karen McComb dakwa dimana para saintis percaya tingkah laku haiwan di University of Sussex dengan mereka melakukan dua eksperimen untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Scientific Reports. Apa pun dilaporkan eksperimen pertama mendedahkan bahawa kucing lebih cenderung melakukan kerdipan mata secara perlahan kepada pemiliknya setelah pemiliknya melakukannya terlebih dahulu, berbanding ketika mereka tidak berinteraksi. Dalam eksperimen kedua pula, yang mana kali ini seorang penyelidik dari pasukan psikologi mendapati bahawa kucing lebih cenderung mendekati tangan orang yang sedia melakukan eksperimen selepas mereka mengenyit mata kepada kucing tersebut berbanding ketika para saintis cuba menggunakan ekspresi neutral. Menurut Dr Humphrey dimana cara memahami secara positif bagaimana kucing dan manusia berinteraksi dapat meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap haiwan itu, meningkatkan kebajikan dan dapat memberitahu kita mengenai kemampuan sosio-kognitif spesies yang kurang dikaji ini. Apa pun dilaporkan yang temuan ini berpotensi digunakan untuk menilai kesejahteraan kucing dalam pelbagai keadaan, termasuk praktis veterinar dan tempat perlindungan yang lebih baik.


Dalam portal mymetro di laporkan kes '
Hilang kewarasan terpukau jebak penjenayah' untuk di kongsikan dalam artikel ini. Media laporkan berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman ada sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang membabitkan kerugian RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 31 Oktober 2023. Apa pun trend penipuan e-dagang yang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kerugian RM22.39 juta. Apa pun keadaan bertambah teruk pada 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda apabila 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan berikutan lebih ramai orang membeli dalam talian. Ternyata perkembangan teknologi pendigitalan termasuk platform media sosial dilihat mendorong kepada trend peningkatan kes penipuan dalam talian. Sindiket penipuan dalam talian dilihat mula mengambil kesempatan dengan semakin kreatif dalam menjalankan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa hingga mereka mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Antara jenayah pendigitalan selain e-dagang yang cukup sinonim dalam masyarakat kita sehingga ramai menjadi mangsa adalah seperti Parcel Scam, Love Scam serta Macau Scam. Daripada remaja hingga warga emas dan daripada orang biasa sehingga golongan profesional serta berpendidikan tinggi semuanya menjadi mangsa sindiket yang cukup licik ini. Ada terlalu banyak kes yang didedahkan oleh pihak berkuasa membuktikan bilangan mangsa semakin bertambah. Misalnya, dalam satu kejadian di Melaka sebelum ini seorang wanita warga emas berusia 71 tahun kerugian RM18,000 selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam menerusi laman sosial Facebook. Malah, dalam satu lagi kejadian di Seremban pula baru-baru ini, hasrat seorang guru tadika untuk membeli seekor kucing jenis Scottish Fold secara dalam talian tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM69,030. Ironinya masih ramai yang percaya jumlah mangsa yang tertipu dengan penjenayah digital seperti ini lebih ramai berbanding direkodkan oleh pihak berkuasa kerana masih ramai yang takut dan malu untuk tampil membuat laporan. Jadi, kita tidak boleh membiarkan sindiket ini terus bermaharajalela dan mengaut keuntungan secara haram dengan menipu mangsa. Semua kes penipuan yang dilaporkan wajar dijadikan iktibar oleh anggota masyarakat agar tidak masuk jerat sindiket yang cukup licik ini. Ia sangat penting kerana trend peningkatan kes penipuan digital yang semakin membimbangkan membuktikan anggota masyarakat masih alpa dan leka dengan peringatan daripada pihak berkuasa. Walaupun ada peringatan demi peringatan dibuat secara berterusan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai aktiviti kempen kesedaran, namun jika kita tidak ambil serius atau tidak mempedulikan nasihat diberikan maka potensi untuk menjadi mangsa sindiket ini cukup tinggi. Apa pun dilaporkan hanya kesedaran tinggi dalam kalangan anggota masyarakat yang mampu meletakkan titik noktah kepada semua jenis kes penipuan digital yang sedang berlaku di Malaysia. Dilaporkan misalnya, dalam kes Love Scam, cukup mengejutkan apabila begitu mudah wanita tempatan menjadi mangsa lelaki hidung belang yang hanya dikenali melalui media sosial. Persoalan utama adalah mana perginya pertimbangan dan kewarasan ketika kita melakukan transaksi demi transaksi ke akaun penjenayah terbabit? Kenapa begitu sukar untuk menghidu taktik penipuan mereka sehingga habis dipindahkan sejumlah wang yang cukup besar?, Semua perlu berharap wanita tempatan lebih berhati-hati ketika berhubungan dengan individu yang tidak dikenali terutama dalam media sosial. Janganlah cepat sangat tergoda dan termakan pujuk rayu sehingga gelap mata serta mengikut saja kemahuan atau arahan mereka. Ingat, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kalangan anggota masyarakat perlu memberi perhatian serius terhadap jenayah kolar putih ini. Kita perlu ambil tahu taktik atau modus operandi yang sering mereka gunakan untuk menipu mangsa supaya kita dapat elak menjadi mangsa mereka seterusnya. Sebagai contoh untuk Macau Scam apabila penjenayah yang mana mereka akan menyamar sebagai pihak berkuasa akan membuat panggilan kepada mangsa. Antara tipnya adalah, jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali dan jangan biarkan pemanggil sambung talian untuk kita serta jangan hubungi nombor telefon yang diberi oleh pemanggil, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi pihak berkuasa yang terbabit untuk maklumat lanjut. Bagi jenayah jual beli dalam talian pula, jangan mudah percaya dengan tawaran jualan yang kononnya menarik dan istimewa dengan harga yang jauh lebih rendah serta kelihatan cukup tidak lagi ia munasabah. Sebaiknya siasat terlebih dahulu latar belakang penjual dan syarikatnya melalui laman web atau mana-mana platform rasmi yang lain serta testimoni daripada pengguna lain sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagi aktiviti penipuan pelaburan dalam talian pula, jangan terus percaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dalam tempoh masa yang singkat. Sewajarnya kita menyemak terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum membuat pelaburan berkenaan. Jujurnya elakkan pelaburan yang menjanjikan konsep pelaburan mudah, untung besar dan tidak akan rugi. Ini adalah tawaran yang menimbulkan pelbagai persoalan dan kemusykilan. Pilihan kini di tangan semua dimana teknologi pendigitalan sudah menjadi norma baharu dan sebahagian daripada kehidupan harian pada ketika ini, oleh itu kita perlu bijak menilai, memilih dan membuat keputusan supaya tidak menjadi mangsa penipuan digital. Memang scammer tidak perlu 'senyum kucing' dengan bersemuka dalam isu ini.  Semuga tulisan artikel kali ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology. Wasallam...
BENARKAH KUCING...SENYUM JUGA....
IA TIDAK SAMA...DENGAN MANUSIA....
BIJAKNYA MELAYU...ADA PERIBAHASA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 RabiulAakhir 1447H).

Sunday, December 28, 2025

IKAN TOMAN - FAKTA PENTING

IKAN TOMAN
(Channa micropeltes) adalah sejenis ikan air tawar dan dikenali sebagai sejenis ikan pemangsa yang sainya agak besar dn menjadi buruan peminatnya. Ikan Toman juga di kenali dengan nama 'Giant Snakehead' dalam bahasa Inggeris disebabkan ada bahagian kepalanya yang berbentuk ular dengan memunyai  barisan gigi tajam. Dilaporkan dimana ikan toman ini apa yang penuis blog pernah memancingnya merupakan antara spesis ikan terbesar dalam keluarganya dan sangat popular di kalangan pemancing dan peminat ikan hiasan predator kerana kekuatannya dan rupanya yang dilihat gagah serta ia hidup di sungai dan tasik di Asia Tenggara. Ada banyak gelaran bagi ikan toman ini diantaranya seperti Ikan Toman Harimau, Giant Snakehead atau Giant Mudfish dimana saiz ukurannya boleh mencapai sangat besar sehingga ada yang mencecah 1.5 meter panjang dan berat sehingga 20 kg. Apa pun habitat ikn toman ini lazimya adalah kawasan seperti di sungai, tasik dan kawasan berpaya di Asia Tenggara dimana ia mampu bertahan di dalam situasiair rendah oksigen dengan menyedut udara terus daripada permukaan air. Apa pun sifat ikan ini sebagai jenis pemangsa ganas dan cekap dengan instinct predator kuat dimana ia juga mempunyai gigi tajam dan rahang kuat untuk menangkap mangsa dengan cekap. Ikan toman dewasa mempunyai warna menarik (ada yang berwarna hijau tua, biru muda, ungu dan bercorak menarik) akan tetapi pada peringkat anak-anaknya berwarna iaitu berbelang jingga. Ada beberapa jenis ikan toman yang boleh di bezakan iaiitu jenis 
Ikan Toman (Giant Snakehead atau Channa micropeltes) ialah spesies ikan pemangsa air tawar terbesar di Malaysia dan merangkumi Asia Tenggara yang paling besar dengan saiznya yang gergasi (boleh capai 1.5m) dimana ia bersifat ganas dengan warna belang harimau. Ikan ini paling sering diburu pemancing kerana tarikan amat kuat. Jenis kedua adalah Jenis Ikan Toman Bunga (Channa marulioides) atau 'Emperor Snakehead' yang berlainan corak berbunga-bunga atau tompokan bulat (bullseye) dengan nama tempatan seperti 'Kerandang', 'Jelai' dan 'Kuang' yang berada dalam kumpulan Ikan Haruan dari spesis lain iaitu dalam keluarga yang sama (Channidae). Perlu di ketahui jika Ikan Haruan (Snakehead) adalah ikan dalam spesis lain dalam keluarga Channidae dengan saiznya lebih kecil dari toman dimana keduanya mempunyai nilai perubatan tradisional (berbeza sedikit khasiat dengan toman) dan warna badan haruan boleh berubah mengikut warna air. Dalam aspek kegunaan dimana ikan toman sangat popular di kalangan pemancing kerana kekuatannya dan di jadikan makanan yang popular. Ikan toman juga di gemari sebahai Ikan Hiasan dimana ia di letakkan dalam akuarium sebagai ikan predator kerana rupanya yang menarik dan mental yang kuat dan menarik sekali pergerakannya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta ikan toman untuk di jadikn bahan rujukkan semua.


Perairan Malaysia yang luas kawasan air tawar mempunyai banyak jenis ikan  air tawar yang sangat melimpah dengan beragam jenisnya. Salah satunya adalah jenis ikan toman yang hebat khasiatnya dan di sukai ramai. Penyebaran ikan toman selalu di jumpai berada di sungai, kawasan berpaya dan tasek dimana ramai tahu jika ia adalah jenis Ikan yang termasuk dalam suku ikan haruan atau ikan gabus yang habitatnta serupa. Ikan ini mempunyai corak dibadan yang unik dengan corak khusus yang berkhasiat yang baik untuk kesitaran dimana harganya juga agak mahal dalam kategoti ikan aor tawar premium. Ikan ini 
tergolong sebagai ikan buas dan predator air tawar disebabkan ia memangsa ikan-ikan lain atau haiwan lain yang hidup di lingkungannya termasuk suka makan katak. Bentuk ikan toman mirip seperti ikan haruan iaitu bercirikan saiz kepala besar dan mulut besar. Selain itu juga memang kelebihannya yang ikan ini memiliki gigi yang runcing dan tajam serta berekor bulat. Ikan toman bisa tumbuh hingga satu meter. Ikan toman jug dijumpai di Asia Tenggara seperti di di Sungai Mekong, Laos, Thailand, Kamboja, Vietnam, Indonesia dan Singapura. Ikan Toman ialah jenis ikan yang berkepala besar dan bermulut besar serta bergigi runcing tajam dengan tubuh bulat panjang seperti torpedo dengan ekor membulat. Ikan dewasa berwarna hitam kebiruan, dengan perut putih atau keputihan. Anak-anaknya berwarna kemerahan, dengan garis hitam dan jingga di sisi tubuhnya. Apa pun ikan toman tergolong dalam spesies predator yang memangsa aneka jenis ikan lainnya, serta haiwan-haiwan lain seperti serangga dan amfibia yang berada di lingkungannya. Ikan ini memiliki kebiasaan ‘mengasuh’ anak-anaknya. Induk ikan sering kali didapati berenang di sekitar kelompok anak-anak toman yang masih kecil-kecil. Meski menjadi predator, ikan toman ternyata boleh dijadikan sebagai koleksi dalam dunia ikan hiasan dalam akuarium berukuran yang besar. Ikan toman di minati penggemarnya sebab ia berkhasiat dengan ada kandungan seperti albumin atau protein yang berfungsi mencegah pembengkakan kerana sel darah yang kehilangan bentuknya. Ia juga mempunyai zat asam amino esensial dan asam lemak esensial yang baik untuk kesihatan dan jug ia banyak zat mineral seperti zink, zat besi, kalium dan kalsium dimana khasiat terkenal didakwa ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka terbuka. Dalam dunia perubatan dilaporkan ikan toman dijadikan sebagai ubat untuk membantu mempertahankan osmotik, proses penyembuhan luka, baik untuk penderita hipoalbuminemia dan menyembuhkan luka selepas pembedahan.


Ada beberapa kaedah atau cara untuk memburu ikan toman dan yang paling di gemari peminatya adalah dengan memancing. Bagi tujua mem
ancing ikan toman ada pelbagi cara tetapi sesuai menggunakan umpan gewang seperti Buzz Bait, Spinner Bait, Popper, Minnow, Soft Frog dan Softbaits terutamanya untuk pancingan ultralight di mana keseimbangan umpan sangat penting untuk menarik ikan toman yang suka serangan mengejut dari sarang ikan ini. Merujuk kepada pengalaman beberapa pemancing toman yang aktif dimana jenis umpan Gewang Populer seperti jeins Buzz Bait (seperti Booyah 7g) mampu untuk menghasilkan bunyi dan riak air yang kuat seterunsya akan memikat ikan toman dari jauh. Jenis spinner bait pula ia sama seperti buzz bait yang mampu untuk menarik perhatian toman dengan kilauan dan getaran. Jenis popper dan pencil Lure pula ia adalaj jenis umpan permukaan yang boleh mencetuskan serangan ganas dari toman yang melompat keluar dari air. Paling disukau pemancing juga umpan katak tiruan atau jeins soft frog and softbaits sebab ia sangat efektif kerana kelihatan seperti mangsa katak yang sebenar di permukaan air apa laagi kalau memancing di kawasan bersemak atau pokok. Ada pemancing suka gunakan umpan gewang jenis minnow and spoon iaitu sejenis umpan bersaiz kecil untuk ultralight juga ia sesuai untuk memancing toman di tempat yang lebih terbuka. Teknik memancing menggunakan gewang ini perlukan kecekapan dan keseimbangan dimana bagi jenis ultralight maka perlu dipastikan gewang sentiasa seimbang dengan set pancingan agar ia boleh digunakan di pelbagai lokasi lain. Ikan toman adalah ikan yang agresif dimana boleh dilemparkan gewang dekat sarang ikan toman seperti dikawasan yang berlumpur atau ada naungan pokok bertujuan untuk dalam cara mencetuskan serangan. Cara menarik gewang juga perlu di pelbagainya dimana perlu di tarik laju atau perlahan seakan umpan itu dilihat sebagai mangsa yang cedera untuk ikan toman lebih tertarik.


Ramai tahu jika dilaporkan yang ikan toman sangat kaya nutrisi seperti albumin (protein tinggi), Omega-3, Omega 6 serta vitamin dan mineral dimana zat ini dapat memberikan khasiat terbaik utama untuk mempercepat penyembuhan luka (pasca-operasi atau masaalah dari diabetes) dan ia didakwa akan memperbaiki jaringan tubuhbadan, menjaga keseimbangan cairan tubuh dan meningkatkan sistem imuniti seseorang. Ikan toman juga didakwa ia juga baik untuk fungsi otak, jantung, tulang dan dilaporkan membantu mengurangkan isu pembengkakan.
Khasiat utama dari ikan toman paling terpercaya apa yang penulis blog tahu adalah ia membantu dalam proses penyembuhan luka dan kemampuannya dalam memulihkan. Ini kerana ada zat iaitu kandungan albumin tinggi dan asid lemak omega mampu membantu memperbaiki tisu rosak, mengurangkan bengkak dan mempercepatkan lagi akan proses penyembuhan dan ia sangat baik sebagi makanan khusua selepas pembedahan atau untuk pesakit diabetes. Ikan toman yang kaya zat ptotin dan albumin dapat membantu dalam proses pembinaan otot dan sel, manakala albumin menjaga tekanan darah dan mengangkut nutrisi seterusnya akan bantu mencegah masalah seperti bengkak dan keletihan.
Zat Omega-3 menyokong fungsi otak dan daya ingatan serta membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan dilaporkan ia menstabilkan tekanan darah. Ia dilaporkan juga akan dapat meningkatkan sistem imunti bila zat Vitamin B6, D dan mineral seperti zink (Zn) akan membantu menguatkan imuniti badan melawan jangkitan patogen penyakit. Apa pun zat fosforan, magnesium dan Vitamin D membantu penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ikan ini yang tinggi Asid amino seperti zat Arginin, Gkysine dan Lucine penting untuk tambah tenaga, pembentukan sel saraf dan proses metabolisme. Ada juga bahan antioksidan yang akan melindungi sel daripada terjadi kerosakan radikal bebas dan membantu melawan bakteria. Secara keseluruhan dilaporkan yang ikan toman adalah makanan berkhasiat tinggi yang disarankan untuk pemulihan dan kesihatan keseluruhan.


Harga ikan toman (snakehead) sangat bervariasi bergantung beberapa sebab antaranya adalah jenis toman (seperti Toman Harimau, Toman India atau Toman Super besar) dimana selalunya ikan toman bersaiz kecil lebih murah berbanding ikan toman besar. Harga juga di tentukan semasa membeli iaitu sama ada ia di gunakan untuk makanan atau untuk hobi sebagai ikan hiasan yang menarik. Harga juga di tentukan oleh faktur lokasi dari masa asal usul ikan toman tersebut sama ia jenis ikan toman tempatan atau ikan toman import. Kajian menunjukkan ikan toman dijual 
dengan harga boleh bermula dari sekitar RM15 (untuk saiz kecil bagi tujuan di makan) sehingga mahalnya mencecah sekitar RM200 - RM600 keatas iaiitu untuk spesis ikan toman agai unik coraknya atau bersaiz besar. Apa pun tinjauan di pasar dan pasar malam atau pasar tani yang di lakukan mendapati anggaran harga mampu ikan toman untuk rakyat biasa di Malaysia iaitu bagi ikan toman untuk di makan adalah diantara RM15 - RM50 bergantung saiz ikan tersebut, kesegarannya dan jenisnya. Ada beberapa jenis ikan toman yang unik dan rare seperti Ikan Toman Harimau yang selalunya adalah untuk ikan hiasan berharga diantara RM95 - RM200 keatas seekor. Terdapat juga jenis ikan toman saiz besar atau Toman gordon atau Toman Diplogramma yang sangat jarang di jumpai di hargakan dengan semurah RM380 seekor sehingga RM650 keatas seekor. Apa pun faktor dominan mempengaruhi harga adalah Saiz dimana selalunya semakin besar ikan toman maka semakin mahal  harganya iaitu terutama untuk spesis makan. Faktir jenis toman atau spesis toman juga pengaruhi harga diman Jenis Ikan Toman Harimau dan Ikan Toman India dilaporkan ia jauh lebih mahal daripada ikan toman biasa. Faktur Kualiti Ikan Toman seperti warna dan coraknya terutama jika di jadikan sebagai ikan hiasan selalunya lebih unik dan rare ianya lebih mahal. Seterusnya faktur iaitu Lokasi membeli ikan toman akan menentukan juga harga sama ada membeli di pasar, kedai runcit, pasaraya, pasar tani atau membeli secara online akan mempengaruhi harga ikan toman. Bagi penulis blog kalau sesekali ke kawasan kampung dan persawahan dan ada orang memancing toman tanya sahaja harganya untuk dapatkan ikan dengan harga boleh tawar.


Ikan toman boleh di masak dalam pelbagai resepi yang enak, berkhasiat atau untuk tujun perubatan secara berlainan. Apa pun jika untuk rawatan kesihatan selalunya ia di masak sup atau stim sahaja tanpa banyak menggunakan bahan rempah, garam dan minyak. R
esepi ikan toman yang paling popular ialah Resepi Gulai Ikan Toman dimana cara masaknya juga akan melibatkan tumis rempah dengan herba serta bahan  santan dan bahan lain sehingga mendidih dan ia kemudian masukkan ikan hingga masak. Terakhir sekali boleh di tabur daun bawang. Bahan asas membuat gulai ini termasuk ikan toman, santan, kentang (pilihan), cili, bawang, halia, kunyit, serai, daun limau dan asam kandis untuk rasa lemak-pedas-masam yang kaya. Bahan digunakan ikan toman yang di potong kecil diperap dengan sedikit limau nipis). Potongan kentang dalam 2-3 biji dan santan cair dan santan pekat dan  pekat dan bahan tumisan diperlukan seperti cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, ketumbar, lada, dan buah keras, serai, lengkuas, daun kunyit, daun limau dan daun salam. Bagi bahan perasa sediakan bahan asam keping, garam, gula, serbuk cendawan atau ayam. Bagi bahan hiasan disediakan daun bawang (dihiris) dan cili padi. Cara memasak dengan menumis ramuaa dengan memanaskan minyak dan di tumis ramuan bersama serai, lengkuas, daun-daun wangi sehingga wangi dan pecah minyak. Kemudian di masukkan santan dimukakan dengan santan cair dan dimasukkan asam keping serta kayu manis dan dikacau perlahan hingga ia mendidih. Seterusnya di masukkan kentang dan bahan perasa lain dan masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili. Masak sehingga kentang separuh empuk dan sesekali dikacau. Kemudian dimasukkan ikan toman diperap dimasak perlahan sekitar 15 minit atau hingga ikan masak dan elakkan dari menggaul dengan kuar supaya ikan tak hancur. MAtikan api dan sedia untuk di hidangkan dan masukkan daun bawang sebagai hiasan. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca blog anim agro rechnology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN TOMAN... JENIS IKAN PEMANGSA...
BURUAN RAMAI...GEWANG UMPANNYA...
HARGA MAHAL... IKAN HIASAN JENISNYA...
PELBAGAI RESEPI...BANYAK KHASIATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1447H).

Saturday, December 27, 2025

BUNGA PLASTIK DAN APA YANG PERLU TAHU

BUNGA PLASTIK
adalah bunga tiruan yang dibuat secara artifisial daripada bahan sintetik seperti plastik, kain, atau kertas dan ia sebenarnya bukan daripada tumbuhan hidup tetapi dilihat juga ada yang seakan bunga sebenar.
Bunga ini direka untuk meniru rupa dan keindahan bunga sebenar tanpa memerlukan penjagaan khusus serta boleh digunakan sebagai hiasan dalam pelbagai majlis orang ramai atau dipasang sebagai bahan dekorasi rumah. Kini industri bunga plastik di Malaysia sangat hebat sehinggakan banyak presmis menjual bunga plastik ini terutama apabila menjelang perayaan, majlis perkahwinan, majlis rasmi kerajaan dan sebagainya. Bagi penulis blog mengetahui jika bunga tiruan ini di buat dengan menggunakan bahan-bahan sintetik seperti plastik, kain, atau kertas menggunakan peralatan khas serta kepakaran teknologi tinggi terutama untuk menyediakan warna cantik, bunga yang tahan lama dan mengekalkan ciri keasliannya.  Tujuan membuat bunga plastik dengan cara meniru rupa bunga asli tanpa penjagaan yang rumit dimana harganya juga bervariasi daripada murah, sederhana dan juga ada yang mahal di jual di pasaran. Apa pun pengguna kini ramai suka akan bunga plastik sebab aspek ketahanannya yang lebih lama berbanding bunga segar diman ia menjadikannya pilihan yang praktikal untuk sesetengah situasi. Mengunjungi kedai jualan bunga plastik ramai akan terpegun dengan produk bunga plastik ini dengan banyak pilihan diman kebanyakannya seakan serupa sahaja dengan bunga asli dan sebenarnya ia adalah replika bunga yang dibuat daripada bahan sintetis seperti plastik, kain, atau kertas untuk meniru bunga asli. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti mawar, lili dan anggrek dimana biasanya digunakan untuk tujuan hiasan. Walau pun cantik tetapi ia tidak ada bau khusus seperti bunga asli tetapi memang tahan lama bertahun-tahun terutama jika di letakkan di dalam rumah. Kalau terdedah terus kepada cahaya manas matahari bagaimana pun ia boleh pudar warna, rosak dan juga tidak menarik lagi. Kini dipasaran komersil dimana jenis terbanyak di jual adalah bunga plastik yang dibuat sepenuhnya daripada plastik. Walau pun ada juga bunga tiruan yang menggunakan bahan kain: ia bagaimana pun sering kali memberikan tekstur yang lebih lembut dan akan kelihatan lebih asli lagi berbanding bahan plastik. Selain itu bunga tiruan juga ada yang di buat daripada bahan kertas dimana ia akan menjadikannya ringan dan sering digunakan untuk hiasan khas atau buatan tangan. Dalam pada itu cara menyusun bunga tiruan atau bunga plastik ini ada seninaya tersendiri dan ada yang meletakkan di dalam pasu, bakul, atau berdiri sebagai hiasan dalaman atau luaran. Penulis blog juga suka dengan bunga plastik yang jenis merayap atau menjalar dimana ia direka untuk kelihatan seperti tumbuhan yang melekat didinding atau di pagar konkrit. Sebenarnya BUNGA TIRUAN (Artifical flower) atau lebih dikenali sebagai 'Bunga Plastik' kini sudah menjadi bahan hiasan yang sangat popular di Malaysia berbanding dengan bunga segar. Malahan terdapat banyak kedai yang khusus menjual pelbagai produk bunga tiruan daripada beratus jenis bunga tiruan seperti dibeberapa premis yang terdapat di Air Hitam, Johor dan Kawasan deretan Kedai Nilai 2 di Seremban dan beberapa lagi. Melihat kepada besarnya kedai dan banyaknya bunga tiruan ini didalam premis kedai tersebut memang penulis blog percaya industri bunga plasti mungkin mampu mengatasi nilai industri bunga segar di Malaysia. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bunga plastik dan apa yang semua perlua tahu tentangnya.



Penghasilan bunga tiruan kini didominasi kebanyaknnya oleh kilang industri ini terutama daripada Negara China dengan pelbagai jenis bunga menarik yang berkualiti, murah dan tahan lama. Hasil buatan dengan teknologi moden iaitu menggunakan bahan polimer berkualiti ini membolehkan pasaran bunga tiruan terus berkembang pesat dengan risiko rendah kerana bunga tersebut tidak rosak atau pudar warna untuk tempoh masa yang memang jauh lebih lama daripada bunga segar. Penulis blog percaya memang terlalu banyak rumah di Malaysia ini mempunyai bunga tiruan untuk tujuan dekorasi atau pun landskap didalam ataupun diluar rumah. Paling tidak akan ada bunga tiruan diatas meja makan atau diletakkan di penjuru bilik dan paling pasti disebelah telivisyen anda. Bunga tiruan yang cantik dengan warna yang kuat tidak perlu disiram, tidak perlu dibaja, tidak perlu sinaran cahaya matahari, tidak diserang penyakit atau serangga perosak menjadikan ia sentiasa segar dari pagi sehingga kemalam tanpa ragu-ragu. Dirumah penulis blog sendiri ada lebih daripada 15 hiasan bunga tiruan daripada yang kecil diatas meja makan dan meja kerja kepada yang besar di penjuru rumah seakan pokok yang betul. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi membeli bunga tiruan kerana ada bunga yang telah penulis blog beli melebihi 20 tahun tetapi masih utuh warnanya dan tetap mekar (cuma tiada bau bunga!). Selalunya di majlis perkahwinan atau pelamin persandingan akan dihias dengan berjenis-jenis bunga tiruan mengikut konsep sehinggakan pelamin tersebut sangat cantik untuk pasangan pengantin. Lebih parah lagi apabila bunga yang dipegang mempelai semasa persandingan adalah bunga plastik juga. Memang tidak keterlaluan dimana hiasan dalam ruangan makan kenduri majlis persandingan juga akan dihiasi dengan banyak bunga tiruan daripada pintu masuk sehingga sepanjang laluan utama dan di meja makan. Kepada pasangan yang mengggunakan perkhidmatan menyewa Dewan Persandingan dimana pelamin yang disediakan sudah ada set bunga plastik yang mungkin tidak bertukar untuk berpuloh-puloh pasangan pengantin yang menggunakan pelamin tersebut dan agak jarang pemiliknya menukarkan hiasan pelamin kecuali ada permintaan khusus penyewa. Peranan bunga tiruan di Malaysia dan juga mngkin diseluruh dunia dilihat semakin dominan. Penulis blog tidak tahu berapa juta nilai import bunga tiruan di Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan data tersebut. Dijangka nilai industri bunga tiruan ini jauh lebih tinggi daripada nilai industri bunga segar di Malaysia. Selain daripada mengimport dipercayai terdapat beberapa pengilang tempatan di Malaysia yang juga mengeluarkan produk bunga tiruan. Bagaimana pun memang tidak dapat dinafikan bunga tiruan mempunyai potensi besar sepanjang zaman.


Bunga plastik adalah salah satu hasil inovasi industri yang sangat popular permintaannya di kalangan masyarakat diseluruh dunia. Bunga ini dibuat dengan bahan sintetik dan dirancang menyerupai bunga asli dimana ia memberikan kesan indah tersendiri namun tahan lama tanpa memerlukan perawatan khusus. Namun begitu bagi penulis blog mendapat tahu jika awal bagaimana mulanya industri Bunga Plastik sebenarinya ia muncul pada abad ke-19 iaitu berlaku terutama di Eropa dan Amerika Serikat bersekali dengan perkembangan teknologi dan bahan-bahan sintetik yang di cipta. Pada masa itu dilaporkan dimana industri bunga plastik dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti kain, kertas dan logam yang diubah menjadi bentuk bunga sebelum bahan plastik kini menjadi lebih dominan dalam industri ini. Proses pembuatan bunga plastik masih sangat sederhana dan memerlukan keterampilan tangan yang tinggi tetapi mampu menarik pengguna dan juga peminatnya. Bagaimana pun industri ini mencapai kegemilangan pada pada tahun 1950-an iaitu ketika bahan plastik mulai digunakan secara luas dalam pembuatan bunga. Plastik sebagai bahan pengganti menjadi popular sebab bahan ini sifatnya yang fleksibel, tahan lama, dan murah. Penggunaan plastik dalam pembuatan bunga memungkinkan bunga buatan untuk lebih tahan lama dan mudah dihasilkan dalam kuantiti banyak dengan harga kompetitif. Dilaporkan dimana sekitar tahun 1950-an dan 1960-an iaitu penggunaan plastik dalam pembuatan bunga buatan teknologinya semakin berkembang pesat. Industri plastik mulai menggantikan bahan tradisional seperti bahan kain dan logam dimana ini juga telah memberikan banyak keuntungan sebab faktur ketahanan yang lebih lama dan kos pengeluaran yang lebih rendah. Plastik juga memberikan lebih banyak rekabentuk bunga yang lebih baik sebab ia mudah dibentuk dan diberi warna yang lebih menarik dan kekal lama. Kalau pada peringkat awalnya beberapa negara seperti USA, Jepun dan Eropah menjadi pemicu menghasilkan bunga plastik akan tetapi kini sudah berpindah ke beberapa negara lain seperti China, Taiwan dan beberapa lagi. Industri bunga plastik pantas berkembang teknologinya dan produknya dimana teknologi mencetak dan pewarnaan plastik semakin canggih dan ini memungkinkan bunga plastik untuk dibuat dengan kemasan yang lebih realistik. Berbagai bahan plastik baru di gunakan seperti bahan silikon dan PVC kemudian ia mula digunakan untuk membuat bunga plastik yang lebih elastik dan hasilnya juga kelihatan lebih semulajadi. Di era modern dimana bunga plastik bukan hanya sebagai dekorasi rumah akan tetapi juga banyak digunakan dalam berbagai industri seperti hiasan majlis besar, karya seni dan bagi rekabentuk dalaman. Kini ada produk bunga plastik ditambah baik cirinya seperti ia boleg bergerak sendiri, berbunyi dan mengeluarkan cahaya yang menarik di malam hari.


Beberapa inovasi menunjukkan jika industri bunga plastik menjadi semakin canggih dan popular di seluruh dunia  dengan mamu mengeluarkan cahaya pada malam hari (Sila lihat foto disebelah). Produk seperti ini sangat menawan di pasang pada malam hari dengan banyak warna akan keluar dari bunga tersebut seperti dalam penyediaan kereta berhias, pelamin pengantin, pentas utama majlis rasmi dan majlis keramaian serta hiasan di kawasan bandaraya. berbagai belahan dunia karena kemudahannya dalam perawatan. Apa di mana-negara empat musim dengan suhu dingin atau sejuk beku hanya bunga plastik yang akan kekal mencantikkan suasana dan tahan berbanding dengan pokok bung asli yang tidak berfungsi memperindah ruangan dalam rumah atau luar rumah. Di Malaysia lazim jika bunga plastik banyak digunakan dalam industri pernikahan dan acara keramaian besar lain disebabkan akan keindahannya yang dapat bertahan lama. Apa pun kini di Asia terutama penduduk di Jepun dan Korea di laporkan bunga plastik sering digunakan dalam pembuatan berbagai jenis dekorasi dan aksesori lain termasuk aksesori rambut dan bunga-bunga hiasan di festival. Bunga plastik juga mula untuk ia dijadikan pilihan untuk kebun atau taman indoor dimana ia memungkinkan penghuninya seakan mempunyai kebun di dalam rumah tanpa perlu risau dengan penjagaannya atau ancaman cuaca. Sekarang ini penulis blog dapati yang bunga plastik juga memainkan peranan dalam budaya popular seperti dalam aktiviti seni, industri perfileman, dan industri rekabentuk moden. Dalam dunia seni dimana bunga plastik sering digunakan sebagai media ekspresi artistik kerana ia ada kemampuannya tersendiri untuk mengubah bentuk dan warna sesuai dengan kreativiti para seniman. Bunga plastik juga menjadi simbol dari keindahan yang tidak pernah pudar atau yang sering dijadikan metafora dalam sastra dan aktiviti untuk seni visual. Dilaporkan memang industri bunga plastik juga memiliki nilai ekonomi yang besar dalam dunia dekorasi dan kerajinan tangan. Banyak petugas interior yang kini mereka menggunakan dan memanfaatkan bunga plastik dalam rekabentuk ruang untuk menciptakan suasana yang elegan dan menarik tanpa perlu memperhatikan masalah perawatan menjaga bagi bunga hidup. Dilaporkan jika pada abad ke-20, bunga plastik mulai dikeluarkan dalam kuantiti banyak dan menjadi sebahagian dari industri dekorasi global yang lebik realistik. Bagi penulis blog percaya jika industri b
unga plastik akan tetap menjadi pilihan praktikal dan indah bagi ramai pengguna sebab faktur keindahannya yang tahan lama dan kemudahan dalam penjagaannya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUNGA PLASTIK... MEMANG TAHAN LAMA....
PELBAGAI JENIS... BANYAK PILIHANNYA...
MENANG MEMBELI.... PELBAGAI WARNA....
PILIHAN RAMAI.... KEKEDAI DIPILIH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Jamadilawal 1447H).