Support My Blog

Monday, September 7, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 1)

MADU LEBAH (Honey Bee)
adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Madu Lebah  diha
silkan degan cara mengumpulkan nektar yang di kumpulkan oleh koloni lebah (Honey Bees) diman alazimnya proses ini melibatkan lebah pekerja yang menghisap nektar daripada pelbagai jenis bunga tumbuhan  dengan cara menggunakan lidah panjang mereka. Nektar ialah cecair manis kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan, terutamanya pada bahagian bunga. Fungsi Nektar adalah sebagai salah satu sumber makanan haiwan dimana ia menjadi sumber tenaga utama kepada haiwan pendebunga seperti lebah, rama-rama, kelulut, semut dan burung madu. Ia juga adalah bahan asas kepada Madu  Lebah dan Madu Kelulut dimana mereka akan mengumpul nektar dan memprosesnya di dalam badan mereka untuk dijadikan madu sebagai bekalan makanan. Kesemua ini akan libatkan apa yang di kenali sebagai 'Proses Pendebungaan' dimana serangga dan haiwan yang berkunjung ke bunga engabil nektar ini akan ambil manisannya menarik perhatian haiwan untuk datang ke bunga dimana ini secara tidak langsung membantu proses pembiakan tumbuhan dengan debunga akan di bawa dari bunga ke bunga untuk didebungakan dan menghasilkan buah dan biji. Lebah Madu selalunya akan membawa pulang nektar segar kesarangnya dimana berlaku proses nektar yag disimpan di dalam perut madu khas lebah ini dan ia kemudian berlaku proses iaitu enzim semula jadi memecahkan gula kompleks kepada gula ringkas dalam satu jangkamasa tertentu. Proses berlaku juga merupakan satu proses 'Penyejatan' apabila lebah pekerja ini akan terus menerus memuntahkan campuran tersebut di dalam sarang dan mengibas sayap untuk mengurangkan kandungan air sehingga pekat (Sila lihat foto disebelah). Perlu di fahami di mana ciri-ciri penting Madu Lebah adalah ia bertekstru pekat dan likat dengan kandungan air yang rendah (sekitar 20%). Ia jga mempynyai rasa manis yang dominan bergantung pada jenis sumber bunga dan aroma di bezakan dari sumber bunga dan pelbagai jenis campuran bunga. Khasiat madu ia sangat kaya dengan sumber tenaga, vitamin dan agen antioksidan serta sering digunakan dalam perubatan tradisional serta dijual dengan harga premium.


Merujuk beberapa sumbe dimana madu (Honey) ia dihasilkan oleh beberapa jenis lebag tertentu yang menjadikannya sebagai satu industri yang benilai tinggi. Penulis blog merujuk data yang mana ada merekodkan dimana n
ilai pasaran madu dunia dianggarkan bernilai sekitar USD 9.9 - USD 10.4 bilion (kira-kira RM43 bilion hingga RM45 bilion) setiap tahun dimana Maaysi amerupakan saah satu pengimport tegar madu lebah setiap tahun. Penulis blog merujuk data dimana nilai pasaran madu lebah dan kelulut di Malaysia adalah bernilai jutaan ringgit dan terkini nilai pasaran import madu lebah ke Malaysia adalah sebanyak RM52.4 juta (kira-kira USD 11-12 juta). Apa pun pasaran madu import di Malaysia sebahagian besarnya didominasi oleh beberapa buah negara pembekal utama iaitu dari Negara China yang mana ia menjadi pembekal terbesar dengan nilai import mencecah RM 12.9 juta diikuti dari negara Thailand (RM 11.2 juta), New Zealand iatu ia terkenal dengan madu premium (seperti Manuka) dengan nila menyumbang sebanyak RM 7.07 juta. Malaysia juga mengimport banyak madu lebah dari Australia yang menyumbang sebanyak RM 5.6 juta dan juga madu lebah dari Iran dengan nilai import sebanyak RM 3.3 juta. Beralih dengan pengeluaran madu dari serangga lebah dan kelulut sahaja pernah mencecah lebih RM21 juta setahun oleh pengusaha tempatan.Apa pun di laporkan dimana industri ini sedang mengalami pertumbuhan yang stabil dan diunjurkan akan meningkat mencecah antara USD 15.8 - USD 18.3 bilion menjelang tahun 2034. Apa pun pertumbuhan pasaran ini didorong oleh kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sekitar 4.7% hingga 7.2% dan jumlah permintaan yang semakin meningkat. Dilaporkan dimana diseluruh dunia rantau dominan penge;uaran madu lebah datangnya dari rantau Asia-Pasifik dan juga ia merupakan pasaran terbesar dunia yang memegang syer sekitar 36% daripada pasaran global. Negara China bertindak sebagai pengeluar dan pengekspot madu yang paling utama dan juga sekitar negara-negara di Eropah juga merupakan antara pengguna dan pasaran madu terbesar dunia. Antara sebab dab faktor pemacu utama pengambilan madu sebab sudah ujud tahap kesedaran pengguna yang semakin tinggi terhadap kesihatan yang menyebabkan ramai orang mula beralih daripada gula pasir atau pemanis tiruan kepada madu sebagai pemanis semula jadi. Isu peningkatan permintaan terhadap madu organik dan madu gred perubatan (seperti jenis madu Manuka) dimana penggunaan madu yang semakin meluas dalam industri kosmetik, penjagaan kulit, pembuatan roti (bakery), serta produk farmaseutikal meningkatkan lagi permintaan produk ini diseluruh dunia.


Madu Lebah sebenarnya ia adalah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu (genus Apis) hasil dari proses pengambilan nektar bunga ketika serangga lebah ini menjalankan pendebungaan dan hinggap pada bunga (Sila di lihat akan foto disebelah). Apa pun disebabkan ada banyak jenis bunga yang di kunjugi oleh lebah dan kelulut selalunya akan ada kepelbagaian madu terhasil sering menjadi bahan rujukan nilai, khasiat dari jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga selalu di rujuk kepada jenis sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran daripada madu asli yang berharga premium sehingga kepada jenis madu tiruan yang sukar di ketahui oleh para pembeli dan pengguna. Madu lebah Asli selalunya ia akan juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Pernah penulis blog merujuk beberapa sumbuer sebagi contoh dimana Madu Lebah Dari Jeis Bunga Habbatus Sauda ia di laporkan antar ajeis madu yang merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik serta harganya jug apremium jika jenis asli dari pembekal yang di percayai. Ada juga dijalankan kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah madu ini ia akan membawa cas elektrostatik dimana ia boleh menarik zarah-zarah dengan syatu teknik dinaman sebgaai 'Teknik Melissopalinologi' yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu 
atau pun jika ada pencemaran partikel bebas. Kemudian apa yang berlaku adalah lebah madu menukarkan nektar ini kepada madu melalui 'Proses Rregurgitasi' dan kemudian lebah akan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam kantung madu didalam koloninya. Ia dibuat dari bahan seperti Lilin Lebah dan akan di ambil atau di gunakan sebagai makanan kolobi semasa sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau misalnya pada musim dingin atau musim huja di Malaysia. Secara umum ada tiga jenis lebah dalam satu koloni lebah iaitu Ratu Lebah (satu ekor sahaja), Lebah Jantan (sebagai pasangan mengawan dengan lebah yang dipilih sebagai calon ratu baru) dan juga Kasta Pekerja (worker) yang julahnya beribu-ribu berfungdi untuk mereka dapat mengurus larva, mengumpulkan nektar yang akan dibuat menjadi madu serta mencari nektar. Terkini sudah banyak indusstru menternak lebah secara komersil untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dari industri ini antaranya madu lebah, royal jelly, lilin, proses pendebungaan tanaman juga menjadi lebih berkesan. Amalan ternakan lebah madu di beberapa negara secara komersil menggalakkan penghasilan lebihan madu di sarang atau rumah tersendiri agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...

ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...