KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.
Penulis blog kongsikan fakta dimana tanaman kelapa (Cocos nucifera) terdapat banyak di kawasan persisiran pantai dan kawasan pendalaman Negara-negara tropika. Penggunaannya yang meluas dan adaptasi buah yang baik terhadap berbagai keadaan ekologi kerana keupayaannya yang boleh terapung mendorong kepada penyebaran tanaman kelapa ke merata tempat diseluruh dunia. Di Malaysia dimana industri perladangan kelapa dilihat sebagai komoditi yang berpotensi besar dalam pembangunan ekonomi negara. Sejak tahun 2007 industri kelapa diletakkan sebagai tanaman strategik keempat selepas kelapa sawit, getah dan padi. Keluasan tanaman kelapa dianggarkan sebanyak 109,185 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 571.3 juta biji. Bagi negeri dikenalpasti iaitu Sarawak, Johor, Sabah, Perak dan Selangor merupakan negeri-negeri pengeluar utama kelapa selama ini di Malaysia dan akan diteruskan. Pokok kelapa merupakan tanaman pelbagai guna di mana setiap bahagian mempunyai kegunaan yang tersendiri sebagai contoh buahnya yang digunakan sebagai bahan makan, sabutnya yang boleh dibuat perabut, batangnya yang boleh dijadikan bahan binaan, lidinya sebagai penyapu, daun yang boleh dijadikan sebagai bahan pembungkus makan dan pelbagai kegunaan dari sebatang pokok kelapa. Kelapa juga disebut dalam bahasa sanskrit 'kalpa vriksha' yang bererti ‘pokok yang membekalkan semua keperluan hidup’. Terkini antara produk utama yang berasakan kelapa adalah minyak kelapa, kelapa parut segar, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, nata de coco, jeli kelapa, serbuk santan kelapa, minyak kelapa dara (VCO) dan makanan haiwan ternakan. Air kelapa muda juga disahkan sebagai minuman isotonik semulajadi yang semakin digemari di Negara Eropah dan di Amerika Syarikat. Kini kelapa MATAG dan Pandan disyorkan oleh Jabatan Pertaian kerana mampu memberikan hasil yang tinggi. Pada tahun 2020 dilaporkan yang jumlah eksport kelapa dan produk kelapa bernilai lebih RM 430 juta manakala nilai import bernilai lebih RM 540 juta. Antara produk-produk eksport yang utama adalah minyak kelapa, karbon teraktif, kelapa parut dan santan dan serbuk santan. Manakala produk-produk import adalah termasuk jenis minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Bagi memeriahkan industri ini, Jabatan Pertanian telah menyediakan program pembangunan kawasan kelapa. Program seperti Projek Penanaman Semula menumpukan aktiviti penanaman semula kawasan kelapa tua yang tidak produktif dengan kelapa hybrid seperti MATAG dan Pandan. Manakala Projek Pemulihan Kebun Kelapa menumpukan aktiviti pemulihan kawasan kelapa yang menitikberat peningkatan hasil kelapa di kawasan sedia ada dan masih ekonomik untuk diusahakan melalui program pembajaan, pembaikan sistem perparitan, sulaman pokok-pokok tua dan imput tanaman integrasi iaitu tanaman selingan dengan buah-buahan dan tanaman jangka pendik bagi meningkatkan pendapatan petani.
Kalau di Malaysia sudah terkenal dengan kelapa renek seperti Jenis Kelapa Pandan (CN6), Kelapa Rendah MYD, Kelapa Rendah MRD, Kelap Rendah MGD dan terbaru adalah Kelapa Rendag Gadong Sari maka ia sesuai ditanam. Merujuk kepada penanaman kelapa genjah di Indonesia mereka ada beberapa varieti disyorkan untuk ditanam iaitu antara lain Kelapa Genjah Salak, Kelapa Genjah Raja (GRA), Kelapa Genjah Kuning Bali (GKB), Kelapa Genjah Kuning Nias, Kelapa Genjah Pandan Wangi, Kelapa Genjah Coklat Kopyor, Kelapa Genjah Hijau Kopyor dan juga Kelapa Genjah Kuning Kopyor. Terkini dilaporkan sudah pun ada diperkenalkan varieti Kelapa Genjah Entog Kebumen. Selain itu ada kelapa genjah lokal yang terdapat di Bali dan kawasan Kalimantan Timur. Bekalan benih kelapa renek di Malaysia terutama untuk kelapa pandan, Kelapa MRD, Kelapa MYD serta Kelapa MGD mudah diperlolehi oleh pembekal dari Jabatan Pertanian dan jiga pihak swasta. Apa yang penting dimana benih kelapa renek ini menjalani pemeriksaan untuk pengesahan benih tanaman dibawah skim SPBT. Walau pun sasaran utama penenaman kelapa berada dikawasan khusus penanaman kelapa atau estet kelapa akan tetapi kini ia sesuai ditanam dikawasan rumah juga seperti penjelasan diatas. Penanaman kelapa renek ini jika dilaksanakan melalui aktiviti komuniti juga sesuai kerana pokoknya yang lambat tinggi dan buahnya yang cantik dipandang jika dijaga dengan baik. Apabila berbuah dalam masa 3 - 4 tahun sahaja maka dilapor hasilnya boleh dimakan sendiri atau jika berlebihan boleh dijual dan menjana pendapatan. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.