KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan ianya bahan rujukkan semua pembaca blog.
KELAPA RENEK TACUNAN (Cocos nucifera) atau CN17 merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Penulis blog dapati varieti kelapa Tacunan telah didaftarkan dalam senarai varieti tanaman pada 30 April 2020 dengan nama Tacunan Green Dwarf oleh Stesyen Pertanian Ulu Dusun, Jabatan Pertanian Sandakan (UDARS), Sabah. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness). Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa dimana ia memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Varieti kelapa tacunan ini atau Tacunan Green Dwarf (TACD) dijangka akan menjadi salah satu varieti kelapa premium di Malaysia dimasa akan datang jika anakbenih sudah banyak dikeluarkan dengan perancangan baik. Sehingga artikel ini ditulis dimana pokok induk yang dijaga baik sudah berumur 7 tahun dan sudah sesuai untuk dikembangkan sebagai pokok induk.
Jarang sekali orang membincangkan akan Mitos atau Kepercayaan berkaitan dengan Jenis Kelapa renek (atau dwarf coconut). Sebenarnya ia adalah varieti pokok kelapa yang secara semula jadinya berbatang rendah, cepat berbuah, dan mempunyai pelepah yang rapat. Penulis blog buat sedikit kajian dimana di kalangan masyarakat dan komuniti pekebun sebenarnya masih terdapat beberapa mitos dan salah faham yang sering dikaitkan dengan kelapa jenis ini. Pertama ada Mitos iaitu Pokok Kelapa Renek Tidak Akan Meninggi Langsung dimana memang ramai menyangka kelapa renek akan kekal setinggi manusia selamanya sama seperti pokok hiasan bonsai. Bagi penulis blog fakta sebenar iaitu pada peringkat awal (umur pokok 3 - 5 tahun pertama) selalunya tandan buahnya memang sangat rendah hingga mencecah tanah. Namun pemerhatian penulis blog di seluruh negara mendapati iaitu seiring dengan peningkatan usia (unur pokok mencecah 10 - 20 tahun ke atas) selalunya dilihat yang batang pokok kelapa renek tetap akan meninggi dan boleh mencapai ketinggian antara 5 hingga 7 meter dan malahan ada yang lebih tinggi. Bagaimana pun ia masuh jauh lebih rendah berbanding Jenis Kelapa Tinggi Biasa (Malayan Tall) yang boleh membesar sehingga 20 - 30 meter pada umur pokok yang sama. Kedua ada Mitos DImana Air Kelapanya Kurang Manis dan Isinya Nipis disebabkan oleh kerana saiz pokoknya kecil, ada yang menganggap kualiti buahnya tidak setanding kelapa tinggi. Fakta sebenar ia tidak benar bagi penulis blog sebab ada beberapa varieti kelapa renek terkenal seperti Kelapa Pandan, Kelapa Tacunan dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) menghasilkan air kelapa yang sangat manis (bacaan Brix tinggi) serta isi yang tebal. Varieti seperti Tacunan malah mempunyai isi tebal yang sangat sesuai untuk pembuatan santan dan minyak kelapa dara (VCO). Ketiga ada lagi Mitos Yang Jangka Hayat Pokok Sangat Pendek sebab masih ada tanggapan bahawa pokok yang cepat berbuah akan cepat mati iaitu didakwa hanya bertahan sekitar 5 -10 tahun sahaja hidupnya. Faktanya adalan jenis kelapa renek mempunyai jangka hayat ekonomi yang agak panjang dimana banyak jenis pokok ini mampu hidup subur dan kekal produktif menghasilkan buah selama 20 hingga 25 tahun, malahan apa yang penulis bloh tinjau di kebun petani ada sesetengah varieti hibrid boleh bertahan sehingga 40-50 tahun jika diberikan penjagaan dan pembajaan yang betul. Seterusnya ada Mitos dimana Ia Boleh Berbuah Lebat Tanpa Perlu Dijaga sebagai anggapan unik seakan ada Sihir atau Ada Tuahnya. Ia juga adalah disebabkan sifatnya yang cepat berbuah (seawal 2 - 3 tahun) ada wujud mitos kuno yang mengaitkan pokok kelapa renek yang berbuah lebat di tepi rumah dengan ia akan membawa 'Tuah' atau 'rezeki mistik' atau menggunakan 'ilmu tertentu' ada yang mempercayainya. Faktanya memang jenis kelapa renek ini mempunyai keupayaan berbuah awal dan lebat adalah faktor genetik asli varieti renek tersebut. Penulis blog nasihatkan penanam agar pokok ini berbuah lebat ianya memerlukan pembajaan NPK yang konsisten, pengurusan air yang cukup dan kawalan makhluk perosak (seperti kumbang tanduk) untuk mengekalkan hasil optimum. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.