SANTAN SAWIT ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkan dan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyai jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Penulis blog sangat suka ambil Cendol Cantan Sawit iaitu sejenis pencuci mulut cendol tradisional yang menggunakan santan daripada kelapa sawit yang enak dan berkhasiat dimana ia menggantikan santan kelapa biasa. Cendol Santan Sawit ada;ah kuliner pencuci mulut tradisional cendol yang menggunakan santan daripada kelapa sawit (krim kelapa sawit) sebagai pengganti santan kelapa biasa. Ia dihidangkan bersama cendol hijau, air gula melaka, ais kisar, serta tambahan seperti jagung atau kacang merah (Sila lihat foto disebelah). Rasanya tetap berlemak, beraroma, dan menjadi keunikan tersendiri kerana dihasilkan daripada ekstrak buah sawit. Apa pun kuah santannya selalunya ia diperbuat daripada produk ekstrak kelapa sawit (seperti produk santan sawit komersial) yang dicampur air, garam dan daun pandan. Ia mempunyai rasa yang berlemak akan tetapi teksturnya didapati lebih ringan dan kurang berminyak di mulut berbanding santan kelapa asli. Aspek kelebihan cendol ini bagi penulis blog adalah ia sering dijadikan alternatif kerana ia tahan lebih lama, tidak mudah basi atau tengik dan kos penyediaannya kadangkala lebih menjimatkan bagi peniaga. Bagi penulis blog dimana cara paling mudah buat kuah cendol menggunakan santan sawit (seperti produk Khalis Santan Sawit) adalah dengan mencampurkannya dengan air, garam, dan daun pandan lalu dimasak hingga mendidih. membuat sendiri di rumah disediakan bahan-bahan terdiri iaitu Untuk Kuah Beli 1 liter Khalis Santan Sawit, 2 liter air, 1/2 sudu besar garam (untuk rasa lemak) dan 5 helai daun pandan (disimpul). Sediakan juga bahan hiasan cendol iaitu bahan cendol hijau secukupnya, gula Melaka atau jenis gula perang (dicairkan sebagai air gula), ais kisap atau ais ketul. Boleh juga pilihan tambahan iaitu seperti jagung manis, kacang merah, pulut, atau durian. Cara membuatnya adalah dengan memasak santan iaitu mencampurkan 1 liter santan sawit dengan 2 liter air di dalam periuk. Masukkan bahan perasa iaitu 1/2 sudu besar garam dan 5 helai daun pandan. Kemudian dididihkan dengan memasak di atas api sederhana kacau selalu sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk. Dalam mangkuk dimasukkan air gula Melaka di bahagian bawah, diikuti mi cendol hijau, pulut, kacang merah dan juga jagung. Seterusnya di tuang santan dan ketulan ais dan boleh dimasukkan ais kisar dan tuangkan kuah santan sawit yang sudah disejukkan tadi dan cendol ini sedia untuk dinikmati. Harga cendol santan sawit biasanya berkisar antara RM4.00 hingga RM8.50 satu mangkuk atau cawan bergantung kepada jenis tambahan dan lokasi gerai. Harga cendol mengikut jenis Cendol Biasa atau Cendol Kosong sekitar RM4.00 - RM5.80 semangkok, bagi jenis Cendol Kacang atau Jagung sekitar harga RM5.00 - RM7.20 semangkok dan bagi jenis Cendol Pulut berharga RM5.00 semangkok. Apa pun bagi jenis Cendol Campur (Kacang & Jagung) ia berharga RM6.00 - RM8.60 semangkok dan jenis Set Cendol (Bungkus/Tanpa Ais) harganya sekitar RM8.00 - RM10.00.
Santan kelapa sawit (atau santan sawit) ialah produk inovasi hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai alternatif kepada santan kelapa tradisional. Apa pun disebabkan ia masih baru berbanding santan kelapa, wujud beberapa salah faham dan mitos dalam kalangan masyarakat. Bagaimana pun sudah ada mitosa santan sawit untuk di kongsikan kisahnya. Pertama ada Mitos Santan sawit mengandungi kolesterol tinggi dan bolej menyumbat jantung akan tetapi faktanya yang santan sawit bebas kolesterol. Kolesterol secara semula jadi hanya wujud dalam produk berasaskan haiwan. Sebagai produk berasaskan tumbuhan (tumbuhan kelapa sawit), ia tidak mengandungi kolesterol terus. Kajian darpada MPOB menunjukkan komposisi asid lemak tepu dan tidak tepunya adalah seimbang serta tidak meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular secara abnormal jika diambil dengan kuantiti secara sederhana. Kedua ada Mitos Yang Rasa Masakan jadi Pelik dan Tidak Sedap tetapi faktanya santan sawit dilaapor ia mempunyai tekstur yang pekat, berkrim, dan warnanya putih bersih. Dari segi rasa, ia memberikan rasa 'lemak manis' yang hampir serupa dengan santan kelapa. Malah, ramai peniaga menggunakannya untuk hidangan seperti cendol dan gulai kerana ia menghasilkan kuah yang pecah minyak dengan elok tanpa rasa muak. Satu-satunya perbezaan kecil ialah ia tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar. Ketiga ada Mitos Santan Sawit Cepat Basi dan tidak tahan lama dimana fakta sebaliknya, santan sawit jauh lebih tahan lama. Kelebihan utama santan sawit ialah ia mempunyai kestabilan yang tinggi dan tidak mudah teroksida (menjadi tengik). Masakan atau hidangan (seperti dodol atau cendol) yang menggunakan santan sawit tidak cepat basi dan boleh bertahan lebih lama walaupun disimpan di dalam suhu bilik atau peti sejuk biasa.Keempat ada Mitos Santan Sawit Tiada Khasiat dan hanya mengandungi lemak semata-mata dimana faktanya adalah santan sawit kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E (tokotrienol) semulajadi. Nutrien ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi sel badan. Di samping itu, ia juga lebih rendah lemak berbanding santan kelapa biasa, menjadikannya alternatif yang baik untuk mereka yang menjaga berat badan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.