Support My Blog

Monday, September 14, 2026

KELAPA RENEK - FAKTA PENTING (PART 3)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan ianya bahan rujukkan semua pembaca blog. 


Menjelaskan lanjut akan kehebatan kelapa renek atau kelapa genjah ini dimana ditakrifkan sebagai
tanaman kelapa yang berbuah dalam waktu singkat dan pokok yang agak rendah. Tanaman kelapa renek ini sebenarnya sudah ada sejak lama ditanam dikawasan kampong dan keliling rumah juga. Pokok kelapa renek ini memiliki karakteristik morfologi yang batang lebih kecil ukurlilitnya dan rendah berbanding dengan jenis kelapa tinggi (Sila lihat foto disebelah). Saiz batang kelapa renek agak kecil dan tidak memiliki tapak gajah pada pangkal batang yang dekat dengan tanah. Jarak antara bekas daun atau 'leaf scars' juga lebih rapat dibandingkan kelapa tinggi. Perkara inilah yang membuatkan pokok kelapa renek ini boleh tumbuh tinggi dengan lama dan lambat. Panjang daun tanaman ini juga relatif pendek iaitu berukuran sekitar dibawah 4 meter. Dengan demikian lazimnya ciri pokok kelapa renek ini sesuai untuk ditanam dengan jarak tanam yang rapat (sekitar 7.5 x 7.5 m). Jika dilihat dari potensi buahnya dimana penulis blog dapati iaitu kelapa ini berusia pendek ini memiliki potensi buah yang menjanjikan. Kelapa renek ini diketahui mampu untuk ia menghasilkan buah purata di atas 120 biji sepokok setahun. Secara umumnya buah kelapa renek lebih sesuai dan banyak digunakan sebagai kelapa muda untuk di minum airnya. Di negara Thailand dimana kelapa pandan (jenis kelapa renek) kini sudah dikomersilkan untuk pasaran domestik dan eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog boleh mengatakan dimana kehebatan kelapa renek menjadi komoditi tanaman yang banyak diminati petani sebab ia juga memiliki banyak keunggulan. Antara beberapa kelebihannya adalah ia mempunyai saiz batang pendek dan pertumbuhan tinggi yang lambat. Umur berbunga relatif singkat iaitu hanya sekitar 2.5 - 3.5 tahun saja untuk berbuah. Kelapa renek juga dilaporkan lebih cepat disadap untuk menghasilkan air nira yang boleh dijadikan pelbagai produk berasaskan kelapa. Boleh juga ditanam dengan jarak rapat sehingga lebih efisien dalam hal penggunaan kebun dan kawasan keliling rumah. Walau pun kelapa renek ini memiliki beberapa ciri keunggulan, namun untuk mendapatkan produkvititi terbaik dan optima maka pakej amalan teknologi dan penjagaannya mesti diikuti.


Varieti Kelapa Rendah Merah Malaya atau Malayan Red Dwarf  (MRD) atau nombor daftarnya sebagai CN4 adalah sejenis kelapa renek yang popular di tanam terutama di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian.  
Pokok Kelapa Renek MRD (KRM) ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 hingga18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain buah klapa MRD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah proses pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buah iaitu lebih 80 biji sepokok sepokok/ tahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MRD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi warna coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MRD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu untuk ia mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MRD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MRD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa. Jarak penanaman adalah 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 272 pokok sehektar. Bagaimana pun jika hendak menanam secara intergrasi adalah dengan nenas disyorkan menanam kelapa dengan jarak 7 meter x 7 meter untuk memberikan kepadatan 204 pokok sehektar. Cara ini membolehkan petani menanam sebanyak 10,790 pokok nenas sehektar.


VARIETI POKOK KELAPA PANDAN
(Cocos nucifera) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' telah berjaya untuk didaftarkan dengan nolbor daftar CN6 dan ia merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka.  Ciri khas yang boleh menentukan ia adalah varieti kelapa pandan dimana pokok kelapa pandan yang sudah mula berbunga dan berbuah akan dilihat mempunyai struktur seapan 'Kepak' pada pelepahnya yang ada mayang atau bunga atau putik buah (Sila klik disini). Struktur kepak ini seakan serabut berjaring yang berwarna coklat ini seakan berbentuk tigasegi dengan hujung yang tirus menghala kebahagian pucuk daun. Ia boleh ada disebelah pelepah atau dikedua belah kepaknya bergantung kepada beberpa faktur. Ciri seperti ini agak unik dilihat pada pelepah pokok kelapa pandan yang tiada pada kebanyakan varieti kelapa yang lain. Hasil daripada penelitian penulis blog juga mendapati pokok kelapa pandan yang tulin ini mempunyai saiz perdu batang pokok yang menegak (tiada tapak kaki gajah) dan ianya menepati atau menyamai dengan ciri bentuk batang pokok kelapa renek yang lain. Kepada pemilik pokok kelapa pandan boleh memeriksa ciri ini untuk mempastikan ia memang pokok kelapa pandan tulin yang benihnya boleh dijadikan anakbenih setelah membuat pemilihan yang disesuaikan dengan prosedur. Lazimnya beniih kelapa pandan yang tulin boleh dijual diantara RM6.00 sehingga RM15.000 sepokok. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!.... 
KELAPA RENEK...DWARF COCOCNUT SAMA...
POKOKNYA RENDAH...BANYAK VARIETINYA..
IA CEPAT BERBUAH...DAN TINGGI HASILNYA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...