Support My Blog

Wednesday, September 23, 2026

BUAH DOKONG DAN FAKTA PENTING (PART 3)

BUAH DOKONG (Lansium domesticum Corr. ) adalah sejenis buah-buahan tempatan daripada keluarga Meliaceae yang sekeluarga dengan buah langsat, duku dan duku langsat. Penulis blog amat suka makan buah dokong dimana ia adalah sejenis buah bermusim yang popular dimana bentuk dan kulit buahnya agak bulat atau sedikit lonjong berbanding buah langsat dengan ia berkulit licin dan berwarna kuning muda apabila masak. Kulitnya juga agak tebal tetapi dilihat ia kurang bergetah. Penulis blog amat suka membeli dan makan buah dukong dimana isinya berwarna putih, tebal, penuh dengan jus dan terkenal dengan rasa yang sangat manis dan ia digelar sengan nama 'Manis leting'. Bagi penulis blog yang mahir dengan jenis-jenis buah sepertinya memng kenal akan ciri-ciri buah langsat, buah duku. buah dokong mempunyai isi yang lebih pejal, ulas yang lebih besar dan kurang rasa masam atau bergetah seperti langsat. Bagi penulis blog dimana aktiviti penanaman dokong merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Meliaceae yang semakin popular. Buah Dokong merupakan satu daripada beberapa jeni buah menyamai buah duku iaitu dari genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah dokong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam pada itu kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi tanaman dokong dan amalan agronomi di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta di Johor bagi mendapatkan info dan menjelajah sehingga ke Thailand untuk mengukuhkan lagi amalan agronomi penanaman pokok dokong yang pernah menjadi 'boom' kepada petani. Bagi penulis blog mendapati sebenarnya apa yang dapat saya ilaikan adalah dimana buah dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi serta pernah mencapai harga maksima beberapa belas tahun dahulu. Selain ia untuk dimakan segar dimana sebenarnya buah dokong ini juga boleh dibuat jem. Dalam pada itu dimakmal dilaporkan dimana khasiat nutrisi buah dokong ini bagi setiap 100 g bahagian buah yang boleh dimakan mengandungi tenaga sebanyak 57 kalori. Ia juga mengandungi kabohidrat (15.2 gram), Kalsium (19.0 mg), Kalium (25.5 mg), Zat Besi (1.1 mg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Vitamin C (3.0 mg), Lemak (0.2 mg), Protin (0.9 mg) dan juga Niasin sebanyak 1.0 mg. Penanaman pokok dokong yang dikelaskan sebagai buah-buahan tempatan bermusim ini berbuah sekali setahun iaitu diantara buan Jun - September dengan lokasi berbeza-beza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis akan fakta penting buah dokong sebagai rujukkan semua. 


Menarik sebab harga buah dokong dijual ketika musimnya di Malaysia kebiasaannya berlegar antara sekitar RM4.00 - RM11.00 sekilogram bergantung pada lokasi, musim, dan tempat anda membelinya. Cara menjual uah dokong agak jarang peminat membeli cuma sekiogram akan tetapi akan di jual dalam unit 2 kg atau 3 kg atau 5 kg saetiak transaksi (Sila lihat foto disebelah). Harga buah dokong biasanya agak tinggi pada peringkat awal buah keluar dan peringkat akhir buah keluar ajan tetapi ia memang murah dan berpatutan pada 'musim puncak'. Kajian penulis blog dimana kalu membeli terus dari pemilik pokok atau pemilik dusun dokong atau dari gerai tepi jalan yang dekat dengan kebun maka harga jualannya adalah sekitar RM4.00 - RM7.00 sekilogram dan pernah penulis blog dapat harga ada kalanya promosi seperti 4 - 5 kg dengan harga RM20.00). Paling unik dimana bakan pembeli akan diberi beberapa biji buah dokong untuk ujirasa dimana ini akan membolehkan bakal pembeli merasa kesegaran, kemanisan sambil penjual akan menimbangnya. Bukan sahaja penulis blog ujirasa buah dokong yang hendak di beli malahan akan ujirasa (testing) buah Duku Johor, Duku Langsat, Raambutan, Buah Manggis serta beberpa jenis buah lain. Kemudian penjual akan membelkan plastik kosong kepada pembeli dalam perjalanan kereta untuk makan dan membuang kulit dan biji buah dokong kedalam plastik sampah tersebut. Ini mempastikan pengguna jalanraya membuang sampah kulit dokong kedalam plastik sampah dan tidak membuangnya di atas jalanraya. Sebelum artikel ini ditulis penulis blog baru sahaja membeli 2 kg dokong Kelantan (2 kg berharga RM15), Duku Johor (3 kg berharga RM15), Duku Langsat Terengganu (2 kg berharga RM15) dan Rambutan Anak Sekolah (1 ikat berharga RM10) di Simpang Duyong, Melaka.


Menarik akan fakta nutrisi dan khasiat memakan buah dokong dimana buah dokong kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin yang didakwa ia membantu melancarkan penghadaman serta meningkatkan sistem imun badan.  
Antara khasiat utama buah dokong termasuklah kemampuannya untuk Melancarkan Proses Penghadaman dimana ada kandungan serat yang tinggi yang akan membantu mencegah sembelit dan menjaga kesihatan usus. Banyak kajian mendapati dimana makan buah d
okong yang baik untuk penghadaman terutama dengan makan buah dokong yang segar (bukan yang diawet atau dibuat kordial) dimana ini adalah bagi mengekalkan kandungan serat, vitamin dan antioksidan semula jadinya. Apa pun sebaiknya makan dengan jumlah yang sederhana iaitu disyorkan untuk makan dengan jumlah 4 hingga 6 biji sehari sebagai snek antara waktu makan.  Masa terbaik makan buah dokong adalaah pada waktu siang sebab ia akan membantu tubuh memproses nutrien dengan lebih efektif dan mengelakkan risiko gangguan pencernaan atau kembung perut pada waktu malam. Walau pun baik untuk perut ada kemungkinan kesan sampingan dan  berhati-hati kerana pengambilan buah dokong dengan secara berlebihan boleh membawa kesan negatif. Ia boleh sebabkan kes Ketidakselesaan Perut sebab bila memakan terlalu banyak dokong sekali gus boleh menyebabkan perut memulas, perut kembung atau tidak selesa akibat lebihan serat dan gula mendadak. Buah dokong berikan kesan dari kandungan Gula Semula Jadi yang Tinggi dimana buah dokong mengandungi gula yang agak tinggi. Individu yang mempunyai masalah kencing manis (diabetes) atau ibu hamil yang mengalami kencing manis semasa mengandung (GDM) dan perlu kawal kuantiti pengambilan agar paras gula darah tidak melonjak naik. Buah dokong kaya dengan Antioksidan dimana ia akan membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Ad dakwaan juga jika makan buah dokong akan dapat meningkatkan Imun Badan sebab ia mengandungi vitamin C dan nutrien lain yang menyokong sistem pertahanan tubuh. Buah dokong menjadi sumber tenaga memberikan 'Rasa Kenyang Lama' sebab ada karbohidrat sihat dan seratnya membantu anda merasa kenyang lebih lama. Kesihatan Jantung: Membantu menstabilkan tekanan darah kerana mempunyai kandungan kalium


Bagaimana pun elakkan Memakan buah dokong secara berlebihan sebab ia boleh memberikan ancaman atau ia boleh memudaratkan kesihatan kerana kandungan gas, gula dan karbohidrat yang tinggi di dalamnya. Beberapa kajian menyatakan jika ada kesan Sampingan Makan Buah Dokong Secara Berlebihan yang perlu di kongsikan akan faktanya. Pertama ada ancaman Masalah Penghadaman dan Masaalah Angin akan berlaku sebeb didakwa yang isi buah dokong mengandungi gas dan agak sukar dihadam jika diambil terlalu banyak. Ancaman ini ia boleh mencetuskan sakit perut, perut kembung atau memburukkan gejala sakit gastrik juga. Apa lagi kalau memekan dengan jumlah banyak sekali gus dengan buah yang masak ranum. Ada juga isu ancaman berlaku Lonjakan Gula dalam Darah disebabkan yang kandungan fruktosa (gula semula jadi) yang tinggi berisiko menaikkan paras gula dalam darah terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah diabetes atau masaalah kencing manis Tipe 2. Makan buah ini dengan banyak juga boleh menyebabkan kes Kenaikan Berat Badan sebab buah ini kaya dengan karbohidrat dan kalori ringkas dimana dengan cara pengambilan dalam jumlah yang banyak tanpa kawalan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Paling jarang di dengar dan di patuhi adalah petua orang tua dimana memakan buah dokong dengan banyak boleh Menyebabkan Kes Sakit Urat dimana kalangan masyarakat tradisional sering memperingatkan bahawa buah dokong bersifat 'sejuk sama dengan buah manggis dimna ia didakwa boleh menyebabkan 'Kes Rasa Ngilu' atau 'Kes Sakit Pada Sendi dan Uurat' dimana boleh berlaku terutamanya kepada kaum ibu selepas bersalin. Apa pun penulis blog selelunya akan makan secara berperingkat dan menyimpan buah yang berlum habis di makan dengan cara betul. 
Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
BUAH DOKONG... BERMUSIM JENISNYA...
RASA YANG MANIS...DAN WANGI AROMA...
ADA BUAH BERBIJI... IKUT VARIETINYA... 
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...