Support My Blog

Saturday, September 12, 2026

KELAPA RENEK - FAKTA PENTING (PART 1)

KELAPA RENEK
(Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6-8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.


Fakta asas dalam industri tanaman kelapa didunia dimana merujuk data FAOStat dimana jumlah pengeluaran kelapa dunia dianggarkan sekitar 62 - 65 juta tan metrik setahun atau jumlah ini ia juga bersamaan dengan kira-kira 67 - 69 bilion biji kelapa setahun. Manakala dari segi ekonomi apa yang penulis blog tahu dimana nilai pasaran produk kelapa global dianggarkan bernilai lebih daripada USD 4 - USD 20 bilion (kira-kira RM17 - RM87 bilion) setahun dan ini bergantung kepada skop produk sama ada dikira dari jenis produk mentah atau produk hiliran. pa pun dilaporkan juga dimana nilai pemasaran ini juga diunjur terus berkembang pesat sehingga mencecah USD 24 bilion (RM97.67 bilion) menjelang tahun 2032. Apa pun secara global dimana industri kelapa dikuasai sebahagian besarnya oleh rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan. Direkodkan dimana antara negara pengeluar kelapa terbesar dunia iaitu yang sentiasa menduduki tiga negara teratas menguasai lebih 70% daripada keseluruhan pengeluaran kelapa di dunia adalah negara Indonesia sebagau sebuag negara pengeluar nombor satu dunia dengan jumlah sekitar 17.1 juta tan metrik disebabkan ia adalah negara kepulauan yang sangat luas. Kedua menduduki sebagai pengeluar kelapa terbesar dunia adalah negara Filipina iaitu dengan pengeluaran sekitar 14.7 juta tan metrik (juga sebuah negara kepulauan dikelilingi laut). Apa pun perlu di ketahui jika negara Filipina juga merupakan antara pengeksport produk kelapa seperti minyak kelapa dan minuman air kelapa yang terbesar dunia. DIlaporkan dimana negara India dalam kedudukan ketiga dalam industri kelapa dunia iaitu dengan jumlah pengeluaran sekitar 14.6 juta tan metrik. Dalam pada itu ada beberapa negara lain yang juga mengeluarkan kelapa dengan banyak dalam kedudukan yang seterusnya diikuti oleh Sri Lanka, Brazil, Vietnam, Mexico dan Thailand. Malaysia masih lagi berada dalam kelompok 10 penanam utama dunia dengan pengeluaran sekitar 540,000 hingga 624,000 tan metrik setahun. Penanaman kelapa sebagai 'tree of life' memberikan kepelbagaian nilai produk dimana nilai ekonomi industri kelapa tidak lagi bergantung kepada buah kelapa mentah sahaja atau kopra kering semata-mata dimana dalam industri ini kini dipacu oleh produk hiliran bernilai tinggi seperti Produk Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Produk Kosmetik serta Produk Penjagaan Kulit. Zaman ini semakin ramai pengguna memilih Minuma Air Kelapa sebagai sejenis minuaman hebat dan berkhasiat seakan isotonik yang berpaket yang mana memang ia mendapat permintaan tinggi global sebagai minuman kesihatan dan untuk sukan. Dalam kes lain penulis blog ada membuat tinjauan ke kilang yang memproses atau membuat Karbon Teraktif (Activated Carbon) daripada tempurung kelapa untuk industri penapisan air yang sangat efektif. Produk lain yang ada nilai ekonomi berkaitan kelapa adalah Produk Gentian Sabut (Coir Fibre) yang di gunakan dalam tanaman dan aktiviti produk pertanian seperti media tanaman cocopeat dan dalam industri pembuatan tilam dan juga produk permaidani.  


Penulis blog kongsikan fakta akan ujudnya tiga (3) kategori utama jenis dan varieti kelapa di dunia iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall), Jenis Kelapa Rendah atau Jenis Kelapa Kerdil (Dwarf) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid). Pertama adalah Jenis Kelapa Tinggi (Typica) dimana ia merupakan jenis kelapa paling dominan di tanam diseluruh dunia senak beribu tahun dulu dengan luas dan komersil. Mengenal akan jenis ini dimana cirinya ia adalah kumpulan pokok kelapa yang boleh mencapai ketinggian iaitu sehingga 30 meter, mempunyai jangkahayat hidul lama dan panjang sehingga boleh mencapai 100 tahun dan uniknya ia selalunya hanya akan mula berbuah lewat pada usia 6 hingga 10 tahun selepas ditanam. Buahnya bersaiz besar dengan sabut yang juga tebal membolehkan ia jatuh dari pokok yang tinggi apabila cukup matang tanpa rosak atau pecah. Apa pun di lapangan dimana kegunaan nkelapa tinggi ini ia akan dapat menghasilkan kopra, santan dan minyak kelapa kerana isi yang tebal serta matang. Apa pun antara contoh varieti kelapa tinggi ini adalah Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall), West Coast Tall, East Coast Tall, dan Kelapa Tinggi Tagnanan dan sebagainya. Bagi Jenis Kelapa Rendah atau Jenis Kelapa Kerdil (Nana) ianya agak kurang di komersilkan berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Ciri-cirinya dimana ia selalu hanya ada ketinggian pokok hanya sekitar 5 - 12 meter sahaja tetapi selalunya jenis ini ia boleh mula berbuah awal pada usia 3 tahun dengan cara pendebungaan berlaku secara sendiri. APa pun kepadatan tanaman sehektar kelapa renek ini lebih banyak sehektar dengan bilangan buahnya setandan atau sepokok juga lebih banyak. Kegunaannya dimana kelapa renek ini ia sangat popular untuk dijadikan minuman air kelapa segar kerana isi yang lembut dan air yang manis. Apa pun diantara contoh varieti kelapa renek yang popular termasuk jenis Kelapa Pandan (Aromatic Dwarf atau Nam Hom) dimana ia sangat popular dijadikan minuman sebab isi dan air berbau wangi pandan. Di Malaysia ada Jenis Kelapa Renek Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan kulitnnya ia berwarna kulit kuning dan juga Jenis Kelapa Renek Merah (Malayan Red Dwarf atau (MRD) dengan kulitnya berwarna kemerahan. Jenis lain yang agak kurang popular adalah Kelepa Renek Coklat (Malayan Brown Dwarf) dan sebagainya. Ketiga adalah Jenis Kelapa Hibrid (Kacukan) dimana jenis ini ia merupakan hasil kacukan antara kelapa tinggi dan kelapa rendah melalui pendebungaan silang untuk mengambil sifat terbaik kedua-dua induk iaitu sederhana tinggi dan buah sederhana banyak. Bagaimana pun bagi mendapatkan anakbenih tulin F1 ia melalui proses khas yang ikuti prosedur sehingga menjadikan harganya menjadi mahal. Jenis hibrid yang di jaga baik mampu memberikan pulangan terbaik sebeb ia mampu mengeluarkan hasil buah yang banyak setandan serta tahan kepada penyakit. Faktanya diantara varieti popular kelapa hibrid di Malaysia adalah Jenis Kelapa MATAG (yang mana ia di daftarkan sebagai Jenis CN13, CN14 dan CN15) iaitu ia hasil kacukan Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Pernah di popularkan juga dulu di Malaysia adalah Jenis Kelapa Hibrid Kelapa MAWA iaitu hasil kacukan antara jenis Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat akan tetapi pengeluaran benihnya semakin kurang ada.


Penulis blog dapati dimana ada lebih 90 buah negara di dunia yang memang ada menanam kelapa membabitkan jumlah keluasan 12 juta hektar. Di antaranya ada sekitar 35 buah negara menanam kelapa secara komersial untuk pasaran domestik, eksport dan di proses. Di Malaysia apa yang penulis blog pernah terlibat terus dalam industri penanaman kelapa semsa bertugas dulu mendapati dimana kepentingan kelapa berkedudukan ke-4 selepas sawit, getah dan padi dimana sekarang ini negara Malaysia merupakan pengeksport kelapa ke-10 di dunia dan masih mengimport ratusan juga bili kelapa tua dari Indonesia setiap tahun untuk di proses. Merujuk rekod diman pada tahun 2020 (selepas penulis blog bersara) jumlah keluasan kelapa di Malaysia ialah 85,630 ha. dengan jumlah pengeluaran pula adalah sebanyak 541,972 metrik tan didominasi oleh sektor pekebun pekebun kecil merangkumi 95% keluasan (80,887 ha) dengan pengeluaran 471,351 metrik tan atau bersamaan 87% dan disektor estet hanya merangkumi keluasan 4,743 ha (5%). Pada tahun tahun 2019 Malaysia mengeksport kelapa berjumlah RM 58.42 juta tetapi terus mengimport kelapa dari negara Indonesia dengan jumlah lebih tinggi sehingga RM 231 juta (Sila lihat foto disebelah pengimportan kelapa biji tua di Pelabuhan Batu Pahat, Johor yang saya tinjau). Senario ini menyatakan permintaan domestik terhadap kelapa sangat tinggi. Kini, Malaysia masih memerlukan 200,000 metrik tan kelapa setiap tahun untuk menampung keperluan industri. Apa pun memang sekitar 63% pengeluaran kelapa dalam negara digunakan oleh industri tempatan dalam pembuatan produk kelapa. Keseluruhan permintaan kelapa dalam negara mencatatkan 625,800 metrik tan tetapi bekalan dalam negara hanya dapat memenuhi 88% dimana isu ini menyebabkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia terpaksa membenarkan import kelapa bagi menampung permintaan domestik melalui AP. Isu ini berlaku seperti dalam artikel penulisan saya mengenai kelapa di Malaysia yang berpuluh jumlahnya mendapati isu industri kelapa mengalami trend yang menyusut apabila berlaku ramai pekebun menukar ke tanaman lain akibat harga kelapa yang rendah dan di gantikan dengan tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman makanan serta di jadikan kawasan penempatan. Terkini dengan kempen dan insentif menanam kelapa di berikan melalui Jabatan Pertaniannia memperlihatkan minat pekebun terhadap kelapa sudah meningkat apabila ada ramai pekebun berminat menanamnya kerana adanya baka renek dan baka hibrid yang berhasil tinggi serta mampu petani dapat menggandakan pendapatan mereka. Penulis blog pernah tulis dan menyetakan isu harga kelapa segar tempatan lebih mahal daripada kelapa import menyebabkan ramai pemain industri kelapa dilaporkan mereka lebih gemar membeli kelapa import atas sebab ini. Perkara ini disebabkan oleh penanaman dalam negara adalah berskala kecil justeru sukar menandingi ladang besar di negara lain. Keadaan sedemikian akhirnya menjurus pekebun tempatan terpaksa menjual kelapa mereka dalam bentuk segar untuk pasaran air kelapa. 
Artikel ini ditulis didalam limaa (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!.... 
KELAPA RENEK...DWARF COCOCNUT SAMA...
POKOKNYA RENDAH...BANYAK VARIETINYA..
IA CEPAT BERBUAH...DAN TINGGI HASILNYA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...