Support My Blog

Sunday, September 6, 2026

CENDAWAN ABALONE DAN FAKTANYA (PT 2)

CENDAWAN ABALONE
(
Pleurotus cystidiosus) adalah sejenis cendawan sesuai dimakan daripada keluarga cendawan tiram  dimana nama saintifiknya seakan sama kerana ciri tekstur dan bentuknya yang kenyal menyerupai kerang abalone. Apa pu bagi penulis blog dimana cendawan Abalone ia tergolong dalam keluarga cendawan tiram (Pleurotaceae) dan ia telah diberikan nama 'Abalone' kerana apabila dimasak teksturnya yang padat, kenyal dan berongga serta rasanya yang enak bermentega dikatakan ia sangat mirip dengan makanan laut premium iaitu 'Makanan Siput Abalone atau 'Mentiah. APa pun dilaporkan ciri cendawan ini yang mana tekstur isinya tebal, padat, kenyal dan tidak mudah hancur apabila dimasak telah menyebabkan ramai orang suka memakannya. Jika di lihat dimana cendawan ini mempunyai ciri keunikan warnanya dan ia selalunya mempunyai tanda atau tompok hitam semula jadi pada bahagian mulut atau bongkahnya yang merupakan ciri khas yang normal dan ia sebenarnya bukan tanda cendawan yang sudah rosak. Apa ptidaknya sebab bila ia di makan akan memberikan rasa yang lemak manis dengn ada sedikit rasa beraroma kekacang dan memang lazat. Apa pun di laporkan dimana lazimnya kegunaan dalam masakan cendawan abalone ini ia sesuai dimasak dalam hidangan sup, sup ayam, tumisan, mi udon atau digoreng tepung berkuah masam manis dimana ini akan memberikan rasa umami (sedap atau enak) yang kuat dalam masakan. Cendawan abalone ialah sejenis cendawan boleh makan daripada keluarga cendawan tiram (nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus) yang mempunyai bentuk dan tekstur isi yang padat, kenyal serta menyerupai siput abalon laut. Rupanya ia berwarna putih gading atau kelabu cerah dengan batang yang agak tebal. Isinya lebih padat, kenyal, dan pejal berbanding cendawan tiram biasa. Penulis blog suka makan cendawan ini yang di masak atau digoreng celur tepung kerana teksturnya tidak mudah hancur. Dalam beberapa tinjauan di mana harga pasaran untuk jenis cendawan abalone (abalone mushroom) di Malaysia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu jenis segar dan jenis dalam tin. Bagi produk Cendawan Abalone Segar dimana ia biasanya dijual mengikut berat paket kecil yang di jual di pasar tani atau di pasar raya atau membeli terus dari pengusaha cendawan adalah sekitar RM2.50 - RM3.50 satu paket kecil (100g - 200g) dan sekitar RM8.00 bagi satu paket sederhana (350g) atau kalau membeli secara borong selalunya di jual sekitar antara RM20.000 - RM25 sekilogram bergantung kepada kawasan dan kualiti cendawan tersebut. Kedua ada Produk Jenis Cendawan Abalone Dalam Tin dimana jenis ini sangat popular untuk masakan hidangan Cina atau bagi mereka yang vegetarian dimana ia selalunya direndam di dalam air garam (brine) sebelum di masak. Antara jenama yang biasa ditemui di pasaran seperti Jenama AliShan atau Jenama Peace dalam tin seberat 425 g yang dijual dengan harga sekitar RM4.40 - RM8.00 setin. Penting penulis blog ingatkan bahawa cendawan abaloni adalah benda yang berlainan dengan jenis Abalone dari spesis hidupan laut masin atau menjadi makanan laut sebenar yang harganya jauh lebih mahal sehingga ia mencecah RM50 - ratusan ringgit satu tin. Artikel ada petang Hari Kemerdekaan Ke 69 tahun 2026 ini saya tulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Cendawan Abalone sebagai bahan rujukkan semua.


Cendawan Abalone adalah sejenis cendawan tiram yang dinamakan sempena hidupan laut abalone (jenis haiwan) kerana mempunyai tekstur yang tebal, kenyal, dan pejal. Sebenarnya cendawan abalone adalah tidak haiwan abalone sebab '
Abalone Laut' ia adalah sejenis siput laut premium yang tergolong dalam kumpulan moluska dan terkenal sebagai salah satu hidangan makanan laut paling mahal serta eksklusif di dunia (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai cengkerang tunggal berbentuk pipih dan menyerupai telinga dimana pada bahagian dalam cangkang berkilat seperti mutiara (mother-of-pearl). Haiwan ini ia mempunyai deretan lubang kecil pada tepi cangkang untuk bernafas serta ada jenis kaki otot yang kuat untuk melekat pada batu di perairan jernih. Abalone laut juga ia ada tabitat dan makanannya adalah alga dan rumpai laut (herbivore). Ia akan tinggal di kawasan perairan laut sejuk atau sederhana di dasar berbatu dimanaia akan bergerak secara perlahan dan membiak dengan melepaskan telur ke dalam air. Berlainan dengan cendawan abalone dimana isinya berwarna putih, bertekstur kenyal dan menjadi lembut apabila dimasak dimana endawan ini dilaporkan ia sangat popular dalam masakan Cina, Jepun, dan Korea, terutamanya semasa Tahun Baru Cina sebagai simbol kemewahan. Cendawan abalone sangat kaya dengan protein, vitamin E, zat besi, serta rendah lemak tepu. Ia sering ditanam untuk pasaran tempatan mahupun eksport kerana nilai komersialnya yang tinggi. Tahu akan cara penanaman cendawan abalone menggunakan kaedah bongkah secara ringkas dan mudah boleh di jalankan di rumah. Pertama adalah proses penyediaan Bahan Media (Substrat) dimana boleh menggunakan habuk kayu getah (paling utama) yang dicampur dengan dedak padi (sumber nutrien) dan sedikit kapur pertanian (untuk mengawal keasidan/pH). Gunakan beg nedia dimana bahan yang siap digaul rata bersama air dan ia kemudian dimasukkan dan dipadatkan ke dalam beg plastik tahan panas (bongkah). Bongkah berisi medium ini ia perlu di masak (Pasterisasi) dengan mengkukus selama 4 - 6 jam untuk membunuh bakteria dan kulat liar sebelum dihantar untuk proses suntikan benih. Kemudian fasa Menyuntik Benih Cendawan Abaloni dimana dipilih benih cendawan abalone yang berkualiti (miselium berwarna putih bersih seperti kapas).Masukkan anggaran 1 sudu besar benih ke dalam mulut beg media yang telah sejuk. Pastikan proses ini dilakukan dalam persekitaran yang bersih dan steril untuk mengelakkan pencemaran kulat liar. Ketiga adalah Fasa Proses Pemeraman (Inkubasi) dengan menyimpan bongkah di dalam bilik atau ruang khas yang gelap, teduh, dan mempunyai pengudaraan yang baik. Periksa suhu optimum dipersekitaran bongkh untuk mengekalkan suhu sekitar 28°C - 30°C. Jangka masa proses pemeraman mengambil masa sekitar 45 - 50 hari sehingga miselium putih memenuhi keseluruhan bongkah. Kerja menuai hasil dilakukan setelah bongkah matang (putih sepenuhnya), buka penutup mulut beg atau kelar bahagian tepi beg.Suhu pengeluaran: Cendawan abalone menggemari suhu hangat sekitar 30°C - 32°C. Periksa dan kekalkan kelembapan persekitaran sekitar 85% - 90% dengan menyembur kabus air di sekeliling bongkah (jangan sembur terus secara berlebihan pada permukaan pin cendawan). Lazimnya cendawan abalone ini akan mula keluar dalam masa 7 - 10 hari selepas penutup bolgkah beg dibuka.  Fasa Menuai dilalukan dalam tempoh iaitu sekitar 4 - 8 hari selepas putik (pin) mula terbentuk. Cara menuai dengan memilih kelompok cendawan sebelum tepi payungnya mula melengkung ke atas atau menjadi leper. Dari rekod menunjukkan diman dari satu bongkah (1kg) biasanya boleh menghasilkan sekitar 400gm hingga 450gm cendawan sepanjang hayat produktifnya. 


Penulis blog berminat kongsikan akan Mitos Cemdawan Abalone untuk di jadikan bahan rujukkan. Mitos utama berkaitan cendawan abalone selalunya berpunca daripada kekeliruan nama dan rupa fizikalnya. Ramai orang tersalah anggap antara cendawan ini dengan hidangan laut premium, atau mempunyai tanggapan salah tentang beberapa aspek keselamatannya. Beberapa mitos popular mengenai jenis cendawan abalone (Pleurotus cystidiosus). Pertama ada Mitos Cendawan Abalone Ialah Makanan Laut (Berasal dari Siput Abalone) dan faktanya dimana ia adalah satu 'Tanggapan Salah' sebab faktanya walau pun namanya 'abalone' masih ada sesetengah orang menyangka ia mengandungi unsur haiwan laut atau dipetik dari laut. Fakta sebenar dimana cendawan abalone adalah 100% sejenis kulat tumbuhan (cendawan tiram) yang tumbuh di darat (biasanya mereka akan menggunakan media habuk kayu). Ia dinamakan sedemikian hanya kerana teksturnya yang padat, kenyal, dan warnanya yang seakan-akan isi siput abalone laut yang mahal. Ia sangat selamat dan popular dalam kalangan pengamal diet vegetarian atau vegan. Kedua ada Mitos Bintik Hitam atau Cecair Gelap pada Cendawan Tanda Ia Beracun sudah Rosak adalah satu 'Tanggapan Salah' sebab bila melihat togol kecil berwarna hitam atau kelabu pada bahagian atas cendawan abalone dimana ada ramai menyangka ia telah berkulat, busuk, atau beracun. Fakta Sebenar dimana struktur hitam tersebut adalah sebahagian daripada kitaran hidup semula jadinya (fasa Antromycopsis macrocarpa atau struktur spora asekstual). Ia adalah ciri khas cendawan abalone dan selamat untuk dimakan, asalkan cendawan tersebut masih segar, tidak berbau busuk, dan tidak berlendir (Sila lihat foto disebelah). Ketiga ada Mitos Batang Cendawan Abalone Liat dan Tidak Boleh Dimakan adalah satu tanggapan salah bila ada ramai yang membuang bahagian tangkai atau batang cendawan ini kerana teksturnya yang tebal dan menyangka ia tidak mempunyai khasiat atau tidak boleh dihadam. Kajian menunjukkan dimana faktanya walaupun batangnya lebih kenyal berbanding cendawan tiram putih, bahagian batang cendawan abalone sangat sedap dimakan dan kaya dengan serat. Apabila dihiris nipis dan dimasak lama (seperti dalam sup atau hidangan reneh), ia memberikan tekstur yang mirip daging ayam atau makanan laut.  


Memang ada banyak menu dan resepi masakan cendawan abalone di seluruh dunia. Apa pun memang c
endawan abalone sangat sesuai dimasak secara tumis kilas (stir-fry), masak lemak cili api, atau goreng kunyit kerana teksturnya yang kenyal dan tebal. Bagi penulis blog dimana Resepi Masakan Cendawan Abalone Tumis Sos Oyster (Braised) adalah yang diminati. Ia dimasak bersama bawang putih, halia, dan sos tiram, kadang-kala dicampur brokoli atau kekapis. Resepi Cendawan dan Abalon Tumis Sos Tiram (Braised) bersaiz hidangan keluarga yang sangat ringkas, mewah dan lazat ala restoran cina dan memasak sendiri disediakan bahan-bahan iaitu 1 tin Abalon (simpan air rebusan/brine di dalam tin), 8 - 10 kuntum Cendawan Shiitake (rendam sehingga lembut dan dibelah dua), 1 pokok Brokoli atau Pok Choy (dipotong kecil untuk hiasan), 3 ulas Bawang putih (dicincang halus) dan 1 inci Halia (dihiris nipis). Bahan untuk Sos Perasa pula adalah 2 sudu besar Sos Tiram (cth: Sos Tiram Premium Lee Kum Kee), 1 sudu besar Kicap cair, 1 cawan Air (campuran air biasa dan air rendaman cendawan), 1/2 sudu teh Gula, 1 sudu teh Minyak bijan, 1 sudu besar Tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air untuk pekatkan sos). Cara memasak pertma dengan mencelur yayuran dengan mendidihkan air dengan sedikit garam dan minyak. Celur brokoli atau pok choy selama 1-2 minit. Angkat, toskan, dan susun melingkar di atas pinggan hidangan. Cara Menumis Aromatik dengan memanaskan 2 sudu minyak masak bagi menumis bawang putih dan halia sehingga naik bau yang wangi. Memasak cendawan iaitu dengan cara memsukkan cendawan shiitake dan tumis selama 1-2 minit. Perlu di reneh Sos (Braised) dan dituangkan air, air rebusan abalon daripada tin, sos tiram, kicap cair, dan gula. Kacau rata, tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 15 minit sehingga cendawan menjadi lembut dan menyerap rasa sos. Seterumya dimasukkan cendawan Abalone dan buka penutup kuali, masukkan abalon dari dalam tin. Masak selama 1 - 2 minit sahaja sekadar untuk tujuan iaitu memanaskannya (jangan masak abalon terlalu lama supaya teksturnya tidak menjadi liat). Perlu di pekatkan sos dan tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sos kelihatan pekat dan berkilat. Titiskan minyak bijan sebelum menutup api. Tutup api dan ia sedia Dihidang iaitu dengan mengangkat cendawan dan abalone yang diletakkan di tengah-tengah pinggan yang berisi sayuran celur tadi. Tuangkan baki sos pekat di atasnya dan hidangkan panas-panas. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

CENDAWAN ABALONE...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...