Support My Blog

Wednesday, September 9, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Menarik kfakta di Malaysia dimana ada terdapat beberapa jenis madu lebah utama di Malaysia dan diseluruh dunia yang dibezakan mengikut spesies atau jenis lebah serta sumber nektar bunganya. Bagi penulis blog dimana didalam industri penternakan lebah dilaporkan ada terdapat tiga jenis lebah utama yang paling popular diternak untuk menghasilkan madu terutamanya di Malaysia dan rantau Asia. Ia adalah terdiri daripada Jenis Lebah Eropah atau Lebah Import atau Lebah Itali (
Apis mellifera) yang mana ia merupakan lebah madu yang dikomersilkan dan di import yang menjadi pilihan utama untuk industri madu berskala besar di seluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ia akan hasilkan madu dengan cirinya yang pekat, berwarna cerah atau keemasan  dan mempunyai rasa manis yang dominan. Aspek kelebihan lebah ini dimana ia juga penulis blog selalu pegang dan ia sangat jinak, mudah diuruskan dalam kotak sarang moden dan mempunyai produktiviti penghasilan madu berkualiti yang sangat tinggi. Penulis blog ada membuat bantuan mengimport induk raru lebah ini untuk di berikan kepada penternak sukses di Pahang diimport dari Australia semasa bertugas dulu bagi menggantukan koloni lama yang sudha kurang produktif (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sekitar 100 ekor ratu induk dari Autralis diagihkan kepada 10 orang penternak lebah madu diseluruh negara ketika itu (2014) dan dilaporkan ia berjaya meningkatkan produktiviti madu lebah. Kedua ada Jenis  Lebah Kampung atau Jenis Lebah Keran (Apis cerana) yang selalunya ia juga adalah merupakan lebah madu asli tempatan (Asia) yang hidup di kawasan kebun, dusun atau pinggir hutan. Jenis lebah keran akan menghasilan madu yang mana rasanya adalah sebagai manis asli dan ia  juga biasanya bergantung kepada nektar bunga buah-buahan atau pokok kelapa di sekeliling sarang. Ciri kelebihan madu lebah keran ini dimana ia boleh diternak secara kecil-kecilan dalam kotak haif, serta mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap penyakit tempatan berbanding lebah import bagaimana pun jumlah hasilnya adalah kurang berbanding dengan jenis llebah import. Bagaimana pun terkini sduah ada Jenis Lebah Kelulut atau di gelar sebagai 'Stingless Bee' dengan beberapa spesis antaranya Jenis Trigona itama dan Jenis Trigona thoracica. Penulis blog ada menulis berpuluh artikel mengenai kelut dn madu kelulut untuk di baca dari blog ini. Apa pun jenis lebah kelulut ialah lebah bersaiz kecil yang tidak mempunyai sengat. Di Malaysia sellaunya spesis ini adalah antara yang paling banyak diternak secara komersial. Madunya mempunyai rasa masam-manis yang unik dan tekstur yang lebih cair kerana kandungan airnya yang lebih tinggi (sekitar 30%) dengan anggaran harga kelulut sekitar RM100- RM 150 sekilogram bergantung kepada kualiti, gred, musim dan sebagainya. Apa pun sebagai panduan di mana jenis Lebah Hutan atau Lebah Tualang (Apis dorsata) tidak termasuk dalam kategori lebah ternak kerana sifatnya yang sangat liar dan agresif. Madu Tualang hanya boleh diperoleh secara semula jadi dengan memburunya di dalam hutan.


Penulis blog nyatakan fakta dimana Jenis Madu Boleh di Kelaskan Mengikut Jenis Lebah diman sebagai contoh Jenis Madu Lebah Tualang ia hanya dihasilkan oleh lebah liar (Apis dorsata) yang membina sarang tinggi di pokok Tualang hutan. Apa pun jenis madu Tualang ialah madu asli yang dihasilkan oleh lebah liar jenis Apis dorsata di atas dahan pokok Tualang yang tinggi di dalam hutan hujan tropika. Ia dihasilkan oleh lebah tualang liar (tidak diternak) dimana jenis madu prekium ini di laporkan ia berasal daripada pelbagai jenis bunga hutan (poliflora), menjadikan khasiatnya lebih kompleks. Aspek rupa dan rasa dengan berwarna lebih gelap dengan rasa manis bercampur masam serta sedikit pahit. Khasiat dan Kebaikan yang menjadikan harganya mahal sebab ia Tinggi Antioksidan serta kaya dengan sebatian fenolik dan flavonoid untuk tujuan melawan radikal bebas. Madu lebah asli juga di dakwa ia akan meningkatkan Imunisasi pengguna dan juga akan membantu badan melawan jangkitan bakteria dan virus. Madu adalah sebagai sumber tenaga yang hebat sebab ia akan memberikan tenaga segera kerana mengandungi glukosa dan fruktosa semula jadi. Paling sesuai di ambil sebab madu lebah di kaitkan dengan beberapa kes 'Proses Penyembuhan' dengan cara membantu meredakan batuk, melegakan tekak, dan mempercepatkan pemulihan luka. Madu tualang berlainan dengan jenis Madu Kelulut yang ia di hasilkan oleh lebah kelulut (Trigona spp.) iaitu lebah kecil tanpa sengat; rasanya lebih cair dan masam-manis. Apa pun penulis blog sangat selalu ujirasa pelbagai jenis madu keluut dan sentiasa ada menyimpan di rumah sama ada membeli sendiri atau di berikan oleh penternak keluut semasa membuat lawatan ke kebunya. Madu kelulut ialah sejenis madu asli yang dihasilkan oleh lebah tanpa sengat daripada keluarga Meliponini (spesies utama Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica). Ciri-Ciri penting bagi Madu Kelulut dari segi rasa dan tekstu ia berasa masam-manis unik dan lebih cair kerana mempunyai kandungan air yang tinggi (sekitar 30%) berbanding madu biasa. Apa pun ciri kandungan Khasiat ia di laporkan sangat kaya dengan antioksidan tinggi serta mempunyai kadar karbohidrat yang lebih rendah. Akhir sekali penulis blog acapkali dapt ujirasa akan Jenis Madu Lebah Ternak yang selalunya ia dihasilkan oleh spesies seperti Apis mellifera atau Apis cerana yang diternak secara komersial dan ada mengenalinya dan membelinya sehingga kini pun dan di gunakan di rumah selalu. 


Di laporkan 
Jenis Madu juga boleh berdasarkan Sumber Nektar Bunga. Pertama ada Jenis Madu Monoflora iaitu sejenis madu daripada nektar sejenis bunga sahaja, contohnya Jenis Madu Manuka dari New Zealand dan Madu Sidr dari Yaman. Jenis Madu Manuka ialah sejenis madu istimewa yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar bunga pokok Manuka (Leptospermum scoparium) yang asli dari New Zealand dan Australia. Cirinya yang istimewa ia mengandungi MGO iaitu sejenis bahan aktif methylglyoxal (MGO) yang memberikan sifat antibakteria dan antimikrob yang jauh lebih kuat daripada madu biasa. Dalam sistem penarafan dilaporkan yang jenis mmadu ini ada kekuatan madu diukur menggunakan gred MGO (seperti MGO 100+ atau MGO 500+). Semakin tinggi nombor itu, semakin kuat kesannya. Dalam as[ek manfaat kesihatan didakwa ia akan menyembuhkan luka seperti akan membantu merawat luka kecil, melecur dan mencegah jangkitan pada kulit. Ia di dakwa akan melegakan sakit tekak serta akan mengurangkan rasa sakit dan radang di dalam tekak ketika demam atau selesema. Ia berikan juga akan aspek kesihatan pencernaan iaitu akan membantu didalam cara mengurangkan masalah perut dan menyokong didalam keseimbangan bakteria baik di dalam usus. Bagi Jenis Madu Sidr Yaman adalah sejenis madu asli premium yang dianggap antara yang terbaik dan paling bernilai tinggi di dunia. Cirinya adalah ia dihasilkan oleh lebah yang hanya akan menghisap debunga daripada Pokok Sidr (Ziziphus spina-christi atau pokok bidara) di kawasan Lembah Hadramaut dan Wadi Doan di Yaman. Madu ini mempunyai tekstur yang sangat pekat, warna keemasan gelap, serta rasa manis berlemak seperti karamel. Cara kutipan madu dilakukan secara tradisional tanpa melalui proses pemanasan berlebihan atau campuran bahan kimia. Fakta akan khasiat dan kelebihan Madu Sidr ini adalah sebagai bahan Anti-bakteria Kuat serta ia juga sebagai Anti-mikrob yang tinggi untuk melawan jangkitan. Ia juga selalu akan bertindak sebagai penambah tenaga segera (energy booster) kepada tubuh. Ia membantu merawat kes dan masalah pencernaan, batuk, sakit tekak serta selalunya ia akan mempercepatkan penyembuhan luka. Madu Yaman adalah jenis madu asli dari negara Yaman, khususnya dari kawasan pergunungan Lembah Hadramaut, yang terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu madu paling berkualiti tinggi dan berharga. Ia mempunyai tekstur yang pekat, rasa yang enak, serta tidak mudah rosak atau membeku. Dalam aspek nilai perubatan sebab ia kaya dengan khasiat antioksidan dan bersifat antibakteria yang kuat untuk kesihatan. Bagi Jenis Madu Poliflora sebenarnya ia adalah jenis madu daripada pelbagai jenis campuran bunga hutan atau kawasan terbuka yang mahal dan banyak khasiatnya. Penulis blog kongsikan fakta akan Jenis Madu Masam (Sour Honey) dimana selalu jenis madu yang berasa masam terhasil daripada proses penapaian semula jadi (fermentasi) kerana kandungan air yang tinggi atau tindak balas enzim. Beberapa sebab dan punca madu berasa masam yang pertama adalah Kandungan Air Tinggi iaitu semasa madu yang dituai pada musim hujan atau madu yang tidak matang mempunyai lebih banyak air dan ia akan mencetuskan proses penapaian madu berlaku. Kedua adalah kerana ia Jenis Madu Jenis Madu Kelulut dimana jenis madu kelulut sememangnya terkenal dengan rasa masam-manis semula jadi kerana disimpan dalam kantung propolis dan mempunyai kadar kelembapan serta probiotik yang tinggi. Ketiga disebabkan ia Tanda Madu Asli apabila ada rasa masam sedikit, bergas atau berbusa halus adalah perkara biasa bagi madu tualang atau madu asli yang kaya dengan zat dan enzim mentah. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...

ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...