Merujuk beberapa sumbe dimana madu (Honey) ia dihasilkan oleh beberapa jenis lebag tertentu yang menjadikannya sebagai satu industri yang benilai tinggi. Penulis blog merujuk data yang mana ada merekodkan dimana nilai pasaran madu dunia dianggarkan bernilai sekitar USD 9.9 - USD 10.4 bilion (kira-kira RM43 bilion hingga RM45 bilion) setiap tahun dimana Maaysi amerupakan saah satu pengimport tegar madu lebah setiap tahun. Penulis blog merujuk data dimana nilai pasaran madu lebah dan kelulut di Malaysia adalah bernilai jutaan ringgit dan terkini nilai pasaran import madu lebah ke Malaysia adalah sebanyak RM52.4 juta (kira-kira USD 11-12 juta). Apa pun pasaran madu import di Malaysia sebahagian besarnya didominasi oleh beberapa buah negara pembekal utama iaitu dari Negara China yang mana ia menjadi pembekal terbesar dengan nilai import mencecah RM 12.9 juta diikuti dari negara Thailand (RM 11.2 juta), New Zealand iatu ia terkenal dengan madu premium (seperti Manuka) dengan nila menyumbang sebanyak RM 7.07 juta. Malaysia juga mengimport banyak madu lebah dari Australia yang menyumbang sebanyak RM 5.6 juta dan juga madu lebah dari Iran dengan nilai import sebanyak RM 3.3 juta. Beralih dengan pengeluaran madu dari serangga lebah dan kelulut sahaja pernah mencecah lebih RM21 juta setahun oleh pengusaha tempatan.Apa pun di laporkan dimana industri ini sedang mengalami pertumbuhan yang stabil dan diunjurkan akan meningkat mencecah antara USD 15.8 - USD 18.3 bilion menjelang tahun 2034. Apa pun pertumbuhan pasaran ini didorong oleh kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sekitar 4.7% hingga 7.2% dan jumlah permintaan yang semakin meningkat. Dilaporkan dimana diseluruh dunia rantau dominan penge;uaran madu lebah datangnya dari rantau Asia-Pasifik dan juga ia merupakan pasaran terbesar dunia yang memegang syer sekitar 36% daripada pasaran global. Negara China bertindak sebagai pengeluar dan pengekspot madu yang paling utama dan juga sekitar negara-negara di Eropah juga merupakan antara pengguna dan pasaran madu terbesar dunia. Antara sebab dab faktor pemacu utama pengambilan madu sebab sudah ujud tahap kesedaran pengguna yang semakin tinggi terhadap kesihatan yang menyebabkan ramai orang mula beralih daripada gula pasir atau pemanis tiruan kepada madu sebagai pemanis semula jadi. Isu peningkatan permintaan terhadap madu organik dan madu gred perubatan (seperti jenis madu Manuka) dimana penggunaan madu yang semakin meluas dalam industri kosmetik, penjagaan kulit, pembuatan roti (bakery), serta produk farmaseutikal meningkatkan lagi permintaan produk ini diseluruh dunia.
Madu Lebah sebenarnya ia adalah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu (genus Apis) hasil dari proses pengambilan nektar bunga ketika serangga lebah ini menjalankan pendebungaan dan hinggap pada bunga (Sila di lihat akan foto disebelah). Apa pun disebabkan ada banyak jenis bunga yang di kunjugi oleh lebah dan kelulut selalunya akan ada kepelbagaian madu terhasil sering menjadi bahan rujukan nilai, khasiat dari jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga selalu di rujuk kepada jenis sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran daripada madu asli yang berharga premium sehingga kepada jenis madu tiruan yang sukar di ketahui oleh para pembeli dan pengguna. Madu lebah Asli selalunya ia akan juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Pernah penulis blog merujuk beberapa sumbuer sebagi contoh dimana Madu Lebah Dari Jeis Bunga Habbatus Sauda ia di laporkan antar ajeis madu yang merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik serta harganya jug apremium jika jenis asli dari pembekal yang di percayai. Ada juga dijalankan kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah madu ini ia akan membawa cas elektrostatik dimana ia boleh menarik zarah-zarah dengan syatu teknik dinaman sebgaai 'Teknik Melissopalinologi' yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pun jika ada pencemaran partikel bebas. Kemudian apa yang berlaku adalah lebah madu menukarkan nektar ini kepada madu melalui 'Proses Rregurgitasi' dan kemudian lebah akan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam kantung madu didalam koloninya. Ia dibuat dari bahan seperti Lilin Lebah dan akan di ambil atau di gunakan sebagai makanan kolobi semasa sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau misalnya pada musim dingin atau musim huja di Malaysia. Secara umum ada tiga jenis lebah dalam satu koloni lebah iaitu Ratu Lebah (satu ekor sahaja), Lebah Jantan (sebagai pasangan mengawan dengan lebah yang dipilih sebagai calon ratu baru) dan juga Kasta Pekerja (worker) yang julahnya beribu-ribu berfungdi untuk mereka dapat mengurus larva, mengumpulkan nektar yang akan dibuat menjadi madu serta mencari nektar. Terkini sudah banyak indusstru menternak lebah secara komersil untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dari industri ini antaranya madu lebah, royal jelly, lilin, proses pendebungaan tanaman juga menjadi lebih berkesan. Amalan ternakan lebah madu di beberapa negara secara komersil menggalakkan penghasilan lebihan madu di sarang atau rumah tersendiri agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.