MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.
Penulis blog kongsikan fakta penting akan maklumat dimana Negara China adalah negara pengeluar madu lebah terbesar di dunia dimana berdasarkan data FAOSTAT daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), berikut adalah senarai 10 negara pengeluar madu lebah terbesar di dunia. DIlaporkan juga di mana China merupakan pengeluar madu lebah terbesar di dunia dengan jumlah pengeluaran tahunan mencecah sekitar 440,000 - 460,000 tan metrik berdasarkan data terkini thun 2026. Jumlah ini merangkumi kira-kira 23% hingga 25% daripada keseluruhan pengeluaran madu global, yang bermaksud satu perempat daripada bekalan madu dunia disumbangkan oleh China. Skala industri penternakan lebah di China amat besar yang disokong oleh lebih daripada 15 juta koloni lebah yang aktif di seluruh negara. Selain digunakan untuk pasaran domestik dimana China turut mengeksport sebahagian besar hasil madunya (sekitar 140,000 hingga 180,000 tan setahun) ke pelbagai negara terutamanya ke Eropah termasuk ke United Kingdom, Belgium dan juga banyak mengeksport ke Jepun . Penulis blog paparkan akan 10 buah negara pengeluar madu lebah terbesar dunia dimanaia di diminasi oleh Negara China dengan sebanyak 518,500 tan setahun (menduduki tempat pertama dan merangkumi kira-kira seperempat pengeluaran global). Ia diikuti oleh Turki (115,000 tan setahun), Ethiopia (84,600 tan setahun), Iran (80,400 tan), Argentina (73,400 tan), India (71,000 tan), Rusia (64,500 tan), Brasil (64,200 tan), Mexico (58,000 tan) dan Ukraine (58,000 tan setahun). Penulis blog buat analisa akan harga borong pasaran madu dunia lazimnya berlegar antara USD2.78 - USD9.18 sekilogram (atau kira-kira RM12 hingga RM40) sekilogram bergantung pada jenis dan kualiti. Harga Pasaran dan trend global serta nilai bagi pasaran dalam industri pasaran madu global bernilai kira-kira AS$10.69 bilion. Dilaporkan di mana harga borong madu lebah semasa adalah ia mengikut data TRIDE dimana harga purata komoditi madu biasa di peringkat antarabangsa adalah sekitar USD2.78 - USD$9.18 sekilogram sama ada dari jenis madu komersial atau ternakan biasa dijual pada harga rendah, manakala madu liar, organik atau madu khas (seperti Madu Sidr dari Yaman) jauh lebih mahal. Menarik di kongsikan fakta dimana madu paling mahal di dunia adalah Jenis Madu Centauri (Turkiye) yang mana ia diiktiraf sebagai madu paling mahal di dunia yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sekilogram (atau ratusan ribu ringgit untuk gred premium khas yang matang bertahun-tahun) kerana dituai dari gua dalam. Kedua ada Jenis Madu Elvish (Turkiye) yang juga ia turut dihasilkan di dalam gua di rantau Pergunungan Laut Hitam dengan harga sekitar RM30,000 sekilogram.
Apa pun di laporkan dimana jenis madu lebah terbesar di dunia dikenali sebagai Madu Himalaya atau Mad Honey yang dihasilkan oleh spesies lebah gergasi iaitu Apis laboriosa. Jenis Madu Himalaya yang aktif dimana jenis lebah ini ialah spesies lebah madu terbesar di dunia dengan panjang mencapai 3 cm atau lebih. Jenis Lebah ini membina sarang terbuka di tebing-tebing curam altitude yang tinggi (3,000 hingga 10,000 kaki) yang terdapat sekitar di pergunungan Himalaya iaitu di Nepal.APa pun ciri keunikan madunya dina jenis nektar dikutip daripada bunga rhododendron liar yang mengandungi bahan toksin semula jadi (grayanotoxin). Madu ini mempunyai ciri atau sifat halusinogen (memusingkan fikiran di kepala atau khayal) dan rasanya memang ia sedikit pahit serta digunakan dalam dos kecil sebagai perubatan tradisional. Madu halusinasi dari Nepal yang dikenali secara global sebagai Mad Honey (Madu Gila) dijual pada harga antarabangsa sekitar USD 50 - USD 300 bagi setiap 100 gram, manakala gred premium yang paling tulen boleh mencecah sehingga USD 400 - USD 900 sekilogram. Di pasaran tempatan Asia dan platform e-dagang seperti Shopee Malaysia atau Lazada, madu ini kerap ditemui dalam julat harga sekitar RM89 hingga RM400 keatas iaitu ia bergantung pada saiz balang dan ketulenannya dan kualiti. Menarik sentuk fakta akan kesan 'Halusinasi' disebabkan oleh bahan 'Grayanotoxin' yang terdapat pada jenis madu ini yang mana ia juga dihasilkan oleh lebah madu terbesar di dunia iaitu spesis Apis laboriosa yang menghisap nektar bunga Rhododendron beracun di kawasan pergunungan Himalaya. Nektar ini mengandungi sebatian neurotoksin semulajadi yang bernama grayanotoxin yang memberikan kesan khayal, sensasi badan melayang, euforia malahan ia juga dilaporkan memang boleh menyebabkan keracunan jika diambil secara berlebihan. Madu jenis ini mahal disebabkan cara untuk membuat tuaian yang Amat Berbahaya dimana kalangan orang dari Kaum Gurung di Nepal perlu memanjat tebing batu curam setinggi ratusan meter hanya menggunakan tangga tali buatan tangan dan galah buluh tanpa peralatan keselamatan moden demi mendapatkan madu ini (Sila lihat foto disebelah). Apa pun setakat hari ini penulis blog belum pernah ujirasa madu jenis ini lagi dan tidak tahu bagaimana hendak mendapatkannya. Apa pun kenis madu eksotik ini hanya dituai dua kali sahaja setahun (kebanyakannya pada musim bunga) dimana atas faktur ini yang menjadikannya produk bermusim yang sangat sukar didapati.
Bagi penulis blog yang pakar dalam indstri penternakan lebah madu dan kelulut tempatan ada memberikan khidmat kepakaran melalui kursus dan lawatan tinjuan teknologi semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia. Pernah terlibat dengan industri ternakan labah madi bermula tahun 1982 di Melaka dan Johor dan ternakan keluut sekitar tahun 1998 mendapati industri ini masih rendah pengeuarannya diseluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog dimana lebah secara umum (genus Apis) memiliki kurang lebih 20,000 spesies namun hanya beberapa spesies lebah antara lain Apis mellifera, Apis andreniformis, Apis cerana, Apis dorsata dan ada beberapa spesies lainnya yang diketahui dapat menghasilkan madu. Selain itu terdapat beberapa spesis kelulut yang mampu menghasilkan madu kelulut terutama dari jenis Trigona itama dan Trigona terminata, Trigona thoracica dan beberapa lagi. Bagi jenis Lebah Tualang (Apis dorsata) yang bertaburan di Asia (termasuk kawasan subtropika dan tropika seperti yang ada di Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Nepal) diketahui paling bagus menghasilan madu premiu sebab jenis lebah ini hanya membuat sarang satu lapis yang menggantung di dahan pokok tualang yang tinggi akan tetapi jenis ini amat susah untuk di ternak dan lazimnya hanya di kutip madunya pada musim tertentu didalam hutan yang sangat tinggi sarangnya. Di Malaysia dimana jenis lebah tualang adalah sejenis lebah madu gergasi liar yang bersaiz paling besar dan membina sarang secara terbuka di dahan pokok tinggi di dalam hutan. Lebah Tualang juga ia dikenali sebagai 'Lebah Madu Gergasi' atau 'Lebah Naning' dengan selalu habitatnya ia adalah natif di Asia Tenggara sehingga ke Selatan India terutamanya gemar bersarang di atas Jenis Pokok Tualang yang boleh mencapai ketinggian sehingga 80 meter. Apa pun jenis lebah ini ia bersifat sangat defensif (mempertahankan diri) dan tidak pernah berjaya diternak kerana sarangnya berbentuk terbuka di kawasan liar. Jenis ini ia ada peranan dalam alam sekitar dan ekologi sebab ia akan bertindak sebagai agen pendebunga penting untuk hampir 50 peratus pokok di kawasan hutan hujan tropika. Kemudian apa yang di buru adalah Madu Lebah Tualang sebagai jenis madu liar berkualiti tinggi yang diambil daripada pelbagai jenis bunga hutan (poliflora) dan ia dijual dengan harga premium dan di laporkan sangat berkhasiat, wangi dan mujarab merawat pelbagai masaalah kesihatan. Aktiviti Penternakan Lebah Keran (Apis cerana) di Malaysia yang suka menyengat yang sudah lama di lakukan akan tetapi hasilnya masih rendah iaitu kurang dari 6 kg setahun berbanding dengan enternak Lebah Import (Apis melifera). Penternakan lebah keran merujuk kepada usaha memelihara spesies lebah ini di dalam kotak sarang kayu untuk menghasilkan madu dan di letakkan disekitar pokok kelapa, dusun belimbing, sekitar belukar dan sebagainya dan ia lebih membantu proses pendebungaan di kawasan tanaman belilning dan buah-buahan lain seumpamanya. Lebah Keran ia saiznya lebih kecil berbanding lebah madu Eropah (Apis mellifera) dimana habitat asalnya ia suka tinggal menetap di satu tempat dan membuat sarang di kawasan yang rendah. Ia lebih mudah dipelihara kerana sifatnya yang tidak liar seperti lebah tualang (Apis dorsata) dan dari pengalaman penulis blog dimna ia sesuai diternak di kawasan persekitaran kampung atau kebun yang akan dapat membantu dalam proses pendebungaan tanaman dimana ia dilaporkan akan menghasilkan madu berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai untuk ia
di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.