Wednesday, July 1, 2026

TEMPURUNG KELAPA DAN KISAHNYA

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Bagi penulis blog t
empurung kelapa ialah lapisan keras semula jadi yang terletak di bahagian dalam sabut dan di luar isi kelapa. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada isi dan embrio kelapa. Ia juga sangat versatil dan sering dimanfaatkan dalam pelbagai bidang dimana dalam bidang Kraf Tangan dan Hiasan: ia akan digunakan untuk membuat barangan dapur (seperti sudu dan mangkuk), cenderamata, dan perhiasan rumah. Dalam industri penghasilan arang (charchoal) pula dilaporkan yang arang tempurung kelapa adalah bahan bakar berkualiti tinggi yang tahan panas dan digunakan secara meluas dalam masakan. Paling penulis blog faham dimana dala sektor pertanian iaitu tempurung yang dihancurkan boleh dijadikan bahan medium tanaman organik atau pasu.  Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 86,442 hektar dengan penghasilan sebanyak 1,176,882 metrik tan pada tahun 2025 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh Hari Raya Haji ke 2 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta menarik yanag se,ua perlu tahu mengenai tempurung kelapa ianya untuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Apa yang penulis blog tahu dimana jenis tempurung kelapa biasanya dikategorikan mengikut peringkat kematangan dan jenis atau varieti pokok yang hasilkan buah kelapa sama ada dari Jenis Kelapa Tonggi, Jenis Kelapa Rendah atau Jenis Kelapa Hibrid. Selain itu, lazimnya dimana tempurung kelapa ia juga dibahagikan berdasarkan hasil produk hiliran yang diproses daripadanya. Penulis blog dapati dimana pecahan jenis tempurung kelapa yang paling utama pertama ia Berdasarkan Peringkat Kematangan sama ada ia di ambil daripada Jenis Tempurung Kelapa Tua yang cirinya ia sangat Keras dan memang ia tahan lasak. Apa pun jenis ini adalah tempurung kelapa yang paling popular yang mana elalunya berwarna perang gelap atau hitam, sangat tebal dan keras. Jenis tempurung kelapa ini ia a sangat ideal untuk dijadikan arang, bahan bakar dan bahan asas membuat kraf tangan kerana strukturnya yang tidak mudah retak. Jenis kedua adalah Jenis Tempurung Kelapa Muda yang selalunya ia adalah lembut dan kulitnya nipis. Apa pun jenis tempurung ini berwarna lebih cerah (kehijauan atau kekuningan) dan nipis dimana ia biasanya dibuang atau terurai bersama sabut dan jarang digunakan untuk produk kraf berat. mengenali jenis tempurung kelapa ia juga boleh Berdasarkan Spesies Pokok Kelapa dimana bagi tempurung dari Pokok Kelap Tinggi (varieti Malayan Tall) dimana ia mempunyai jenis tempurung yang lebih tebal dan sangat tahan lasak dimna selalunyaia dijadikan pilihan utama bagi pengusaha kraf tangan di Malaysia. Bagi tempurung daripada Jenis Kelapa Pandan (Kelapa Wangi) dimana ia mempunyai jenis struktur tempurungnya lebih sesuai untuk membuat ukiran yang bersaiz lebih rumit, halus, dan terperinci (seperti replika atau pasu kecil). Dalam pada itu tempurung kelapa juga boleh di kelaskan Berdasarkan Produk Pemprosesan (Hasil Hiliran) sama ada Produk Arang Tempurung Kelapa apabila prosesnya tempurung dibakar tanpa oksigen untuk menghasilkan arang. Digunakan secara meluas untuk membakar makanan (sate, ikan/ayam bakar) atau hookah. Bagi menghasikan produk iaitu Produk Arang Teraktif (Activated Carbon) dimana arang tempurung yang diproses khas pada suhu tinggi untuk merawat air, menyerap bau, dan digunakan dalam industri penapisan. Seterusnya bagi Produk Briket Tempurung Kelapa dimana arang yang dihancurkan menjadi serbuk dan kemudian ia dimampatkan menjadi bentuk kiub atau briket. Ia sangat mesra alam, kurang asap, dan memberikan haba yang konsisten. [Keempat adalah Produk Kraf Tangan dan juga produk Barangan Dapur dimana bahan tempurung dipotong, dilicinkan dan digilap untuk dijadikan mangkuk, sudip, butang baju, atau perhiasan. Apa pun penulis blog membua tinjauan akan harga tempurung kelapa di pasaran Malaysia biasanya bergantung pada kuantiti dan bentuk produk tersebut. Apa pun secara purata harga semasa tahun 2026 adalah ia dijual dengan Secara Borong (pukal/tan) harganta sekitar antara RM250 - RM300 satu tan tan metrik untuk tempurung kering tanpa sabut. Kalau hendak membeli secara Runcit pula ia di jual dengan harga sekitar RM1.00 -  RM4.00 sekilogram iaitu ia  bergantung kepada keadaan tempurung sama ada siap dibelah atau kosong. Bagaimana pun berlainan dengan harga produk Kraf daripada tempurung yang telah diproses menjadi kraf tangan (seperti gayung atau sudu) boleh mencecah harga antara RM10 - RM30 ke atas setiap satu unit produk tersebut.



Dalam sekrtor pertanian dimana aktiviti mengolah barang terbuang menjadi sesuatu yang indah bukan kerja mudah dan ia juga akan bertambah rumit jika diminta untuk menghasilkan produk seni menggunakan 'sampah sarap' dan sisa pertanian untuk dapat mendapatkan keuntungan atau dijadikan sumber pendapatan, pasti ramai yang akan menyerah kalah. Kalangan pengusaha  barang terbuang yang akan mengolah dengan kreativiti berbekalkan semangat yang tinggi pasti menjanjikan pulangan berlipat ganda. Syarikat House of Coconut Shell sudah jelas memberikan bayangan kepada peminat produk kraf dan aksesori berkonsepkan kontemporari mengenai barangan yang dihasilkan usahawan Syalily dan Azmi. Media laporkan diantara aksesori yang dihasilkan ialah rantai, gelang, loket rantai, sepit rambut, anting-anting, pengikat rambut, kepala tali pinggang, dan tali pinggang diperbuat daripada tempurung kelapa. Mereka dapat mengeluarkan rangkaian produk perhiasan rumah seperti bidai, lampu dan tabung syiling dan juga jenama tempatan ini juga turut membekalkan bekas sabun daripada tempurung kelapa ke hotel. Medium yang digunakan seratus peratus berasaskan kulit tempurung sememangnya jelas menonjolkan keunikan dan kelainan khususnya di dalam pembuatan aksesori wanita malah produk diperbuat daripada tempurung juga berkualiti dan tahan lama walaupun selepas bertahun dimiliki dimana proses menghasilkan produk kraf dan aksesori tempurung kelapa. Produk kraf berasaskan tempurung kelapa dijual peniaga kraf tempatan berasal dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana ia memang berbeza dengan produk buatan tempatan dimana produk buatan House of Coconut Shell mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Liverpool melalui hebahan rakan dan saudara mara. Syalily memberitahu semua tugas dilakukan sendiri bermula dengan mengutip tempurung kelapa tua dan membersihkan sabut pada tempurung sehingga licin. Suaminya akan memotong tempurung menggunakan mesin acuan mengikut bentuk yang diinginkan, dilicinkan menggunakan mesin pengilat sebelum menyerahkan tugas melukis kepada saya. Mereka akan buat kerja melukis akan bermula antara jam 4 hingga 8 pagi kerana hanya waktu itu idea datang. Tapi sekarang disebabkan terlalu banyak tempahan yang diterima dan akan mengupah pelajar seni dari universiti tempatan untuk menyiapkan lukisan berupa motif kecil dan mudah (Sila lihat foto disebelah). Mereka lebih selesa melukis dan mewarna menggunakan warna air (water color) dan untuk menampakkan kelainan diggunakan arkilik dan bahan lain seperti batik dan manik sebagai hiasan tambahan. Diantara motif biasa dilakar pada aksesori buatan House of Coconut Shell adalah corak flora dan fauna yang beridentitikan tempatan seperti kerbau, tapir, kura-kura serta bunga raya, lukisan abstrak dan kartun dari siri TV popular. Kini bagi memenuhi kehendak pasaran yang terdiri daripada pelancong asing dan tempatan dia terpaksa bekerja keras mengerah idea bagi memastikan setiap produk dan rekaan yang dijual memenuhi kehendak pasaran. Produknya banyak terdapat di Karyaneka, premis di KLIA dan kedai kraf yang menjadi tumpuan pelancong asing. Jadi ciri khusus seperti pemilihan warna kusam dan lakaran motif bercirikan tempahan perlu dikekalkan. Mereka berbangga kerana aksesori House of Coconut Shell mempunyai pengikutnya sendiri dimana produk jualan bukan hanya dibuat bagi memenuhi dan menampung sara hidupnya sekeluarga selepas suami terbabit kemalangan jalan raya. Awalnya syarikat yang beroperasi sejak lima tahun lalu di Kuala Lumpur kini berpindah ke bengkel milik sendiri terletak di Kemaman, Terengganu. Di lokasi baru ini ada banyak bahan mentah boleh dipungut dari ladang milik sendiri dan ladang kelapa pandan milik Jabatan Pertanian yang terletak tidak jauh dari bengkel mereka. 


Tanaman kelapa yang banyak kegunaan ini dimana bukan setakat buah, malah segala yang ada pada kelapa iaitu daripada pokok sehingga daunnya serta daripada akar sehingga pelepahnya tiada satu pun tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Bagi seorang usahawan muda Mohd Izswan Anuar (31) dia yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa. Kini meskipun pendapatan daripada penjualan arang itu tidak mencecah puluhan ribu ringgit tetapi sekurang-kurangnya pendekatan itu dapat mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa. 
Tempurung kelapa diperoleh melalui pelanggan tetap yang membeli kelapa daripadanya yang selalunya kami beli 50 sen bagi satu guni dari pelanggan dan ada juga yang berikan secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja dia akan mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang. Dia kini menjual arang ini kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu sebulan sekali dimana secara kasarnya penjualan enam hingga tujuh tan arang boleh dapat sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperoleh yang man dia beroperasi di Kampung Sawah, Lukut dan dia sudah dibantu oleh seorang pekerja. Proses bermula dengan tempurung perlu dibakar dalam tong secara tertutup selama tiga jam sebelum dijemur serta dikeringkan dan selepas itu, tempurung kelapa dipecah dan dibungkus. Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata selain menjual kelapa dan arang, mereka turut menjual kelapa kering dan kerisik yang diusahakan adik perempuannya. Dia akan mendapatkan bekalan kira-kira 9,000 biji kelapa kampung di Bagan Datuk, Perak serta enam tan kelapa Indonesia di Batu Pahat, Johor daripada pembekal setiap minggu dimana sudah menjadi lumrah berniaga kelapa dimana tidak semua bekalan diterima daripada pembekal itu elok dan pasti ada buah yang rosak. Daripada terbuang begitu sahaja, kelapa kering yang rosak itu kami kitar semula dan dijual semula kepada pembekal. Perniagaan yang diusahakan kedua ibu bapanya sejak 20 tahun lepas semakin berkembang hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dimana ibu bapanya menekankan disiplin tinggi serta sering mengingatkan anak-anak agar menjadi peniaga yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Lazimnya pada setiap Isnin mereka buat penghantaran stok kelapa ke Temerloh, Pahang; kemudian Selasa (pelanggan di Seremban); Rabu (Port Dickson); Khamis (mengambil stok kelapa di Rengit, Johor); Jumaat (penghantaran ke Seremban); Sabtu (ambil stok di Bagan Datuk, Perak) dan Ahad menghantar bekalan kepada pelanggan di Port Dickson. Baginya tiada istilah penat kerana semasa kecil lagi ayahnya mengajar untuk menguruskan perniagaan ini dengan pelbagai cabaran seperti kerosakan lori ketika dalam perjalanan untuk penghantaran namun tidak pernah saya lihat ayah mengeluh. Dia sebagai anak sulung memastikan perniagaan keluarga ini diteruskan dan sentiasa lakukan proses mengambil dan menghantar sendiri bekalan kepada pelanggan.
Dalam portal bernama di laporkan '
Kraf tangan unik tempurung kelapa' yang sesuai di kongsikan daripada kawasan utama kemala iaitu di Bangan Datuk, Perak. Bagi seorang bekas pekerja swasta ingin memanfaatkan daerah tempat tinggalnya di Bagan Datuk yang merupakan antara hab penanaman kelapa terbesar negara, dengan mengubah tempurung dan batang tanaman itu menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi. Pengusaha bernama Mad Saril (63) nyatakan idea mencipta barangan dan barang perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul di sini pada 2011. Dia melihat di sini (kampung isteri) memang ada banyak dilihat penanaman kelapa, penjual santan pula bakar tempurung yang tidak digunakan, dari situ saya borong (tempurung). Pada mulanya, saya bentukkan tempurung menjadi produk cenderamata kecil seperti rantai kunci sebagai pemilik Syarikat  Saril Kraftani. Dia mula menghasilkan barangan bersaiz lebih besar seperti replika pokok kelapa dan produk jambangan bunga malah turut mengubah tempurung menjadi peralatan dapur seperti mangkuk dan sudip. Dia juga membuat lampu meja dan barang perhiasan daripada batang kelapa yang boleh mencecah harga hingga RM150 satu unit. Tempahan yang paling banyak diterima adalah daripada pemilik kedai makan yang mahu saya hasilkan mangkuk untuk meletakkan makanan seperti laksa, mi kari dan cendol. Dia juga terima tempahan dari seluruh negara termasuk Kedah, Johor dan Terengganu dan bagi cenderamata pula dia ada banyak terima tempahan daripada agensi kerajaan, korporat dan swasta. Apa pun kebanyakan kraf tangan dan barangan dihasilkan menggunakan tempurung dan batang kelapa jenis Malayan Tall yang tahan lebih lama. Mengenai proses pembuatan dimana bahan tempurung kelapa perlu dilicinkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan mesin pemotong dan dicantumkan menggunakan gam khas yang dicampur serbuk kayu untuk mengukuhkannya dan proses akhir akan disudahi dengan semburan clear spray untuk mengilatkannya sebelum dijemur. Bagaimanapun bagi membuat barangan dapur seperti sudu, sudip atau mangkuk tidak perlu disembur kerana ianya sudah mempunyai bahan kimia. Setakat ini saya boleh meraih pendapatan hingga empat angka sebulan walaupun melalui tempahan awal sahaja dan ada merancang untuk membuka galeri sendiri pada masa depan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...BANYAK GUNA...
DIJADIKAN BAHAN BAKAR...IA BIASA...
PROSES JADI ARANG... UNTUNGNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1447H).

Tuesday, June 30, 2026

KEKABU DAN FAKTA PENTING (Part 2)

KEKABU
(Ceiba pentandra) adalah sejenis pokok tropika dan gentian lembut seperti kapas yang diambil daripada buah pokok tersebut. Kekabu merupakan sejenis gentian yang berasal dari buah kekabu yang mengandungi sabut halus dan ringan serta lembut dengan berwarna putih kecoklatan. Kekabu dilaporkan selalu ia di gunakan secara meluas oleh kalangabn masyarakat iaitu sebagai bahan isian untuk bantal, tilam dan pelamin kerana ia bersifat semula jadi, lembut, murah dan juga memberikan rasa sejuk. Paling menarik ciri kekabu yang berkualiiti adalah ciri fizikalnya ia sebagai sejenis bahan gentian kalis air, anjal dan tahan lama bila di gunakan sampai pulohan tahun. Apa pun kekabu ada juga yang elarnya sebagai 'Kapuk' memnag sudah terkenal sebagai gentian semula jadi yang pokoknya di jaga dan mampu mengeluarkan hasil berpatutan. APa pun kegunaan utamanya merangkumi dijadikan bahan isian bantal, tilam serta ia ada digunakan secara tradisional untuk isian bantal dan tilam kerana tahan rintang terhadap serangga dan menyokong postur tulang belakang dengan baik. Sifatnya sebagai 'Bahan Pelampung' dan juga ia kalis air dan ringan menjadikannya bahan ideal untuk jaket keselamatan. Ada juga di jadikan sebagai bahan penebat bunyi dan penebat haba dimana ia sering digunakan sebagai bahan kusyen dan penebat dalam industri tekstil.  Kegunaan pokok kekabu dimana ada yang dijadikan makanan seperti pada bahagian pucuk atau buah muda kekabu boleh dijadikan sayur dan bijinya diproses untuk mendapatkan minyak masak. POKOK KEKABU (Ceiba pentandra) atau 'Silk-Cotton Tree' atau 'Kapok Tree' merupakan sejenis tumbuhan saka dari Keluarga Malvaceae (Dulu dipanggil sebagai keluarga Bombaceae) yang terdapat di Malaysia dan ada di beberapa negara tropika lain didunia. Mungkin generasi muda sekarang tidak berapa mengenali tumbuhan ini kepentingan ekonomi kerana peranannya yang semakin berkurangan dalam kehidupann harian. Pokok Kekabu juga di panggil sebagai KAPOK (Malay ; Indonesia), Ceiba, Cotton Tree ; Cotton tree silk, True Kapok (English), Yaaxche (Maya, Mexico), Nun (Thai) dan juga Gon gau (Vietnamese). Tumbuhan ini dipercayai berasal (Native) didalam hutan di Mexico, Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia), Carribean, Bahamas, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Saya memang kenal pokok kekabu atau pokok kapok ini kerana terdapat 4 pokok kekabu di belakang rumah saya di Kampong di Muar, Johor semenjak saya kecil lagi. Pokok kekabu memang mudah tumbuh dan cepat membesar. Malaysia banyak mengimpot kekabu daripada negara jiran seperti Indonesia untuk dijadikan bantal, tilam dan sebagainya dalam jumlah yang agak signifikan. Penulis buat tinjauan dimana harga kekabu asli (isian kapas) biasanya dijual sekitar RM8.00 - RM20.00 untuk pek 1 kilogram yang bergantung pada gred dan jenisnya. Bagi produk siap seperti bantal kekabu tulen pula, harga adalah antara RM15.00 - RM30.00 sebiji dimana produk Kekabu Asli (Kilo) dijual pada harga RM8.80 - RM20.00 per kg (bergantung pada gred 3A hingga Gred Premium). Bagi produk Bantal Kekabu Dewasa dijual pada harga RM13.00 - RM30.00 lebih sebiji sementara harga bagi Bantal Bayi dan BAntal Kanak-kanak sekitar RM10.00 - RM25.00 sebiji. DIpasaran masih banyak produk iaitu gentian sintetik (poliester) yang menyerupai kekabu dan dijual pada harga yang jauh lebih murah (serendah RM6.50/kg). Artikel pagi Seasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta penting Kekabu untuk di jadikan bahan rujukkan semua.

 

Penulis blog belum jumpa artikel rasmi bagi  Teknologi Menanam Pokok kekabu (Ceiba pentandra) oleh mana-mana pihak setakat ini. Bagaimana pun pokok ini adalah pokok tropika bersaiz besar yang popular untuk penghasilan gentian pengisi bantal dan tilam. Ia memerlukan kawasan yang luas kerana boleh tumbuh sehingga lebih 20 meter tinggi dan ia memerlukan banyak cahaya matahari yang penuh. Penulis blog kogsikan berdasarkan kepakaran dan pengalaman sebagai Senior Agronomist Expert berkaitan kaedah menanam pokok kekabu. Pertama menentukan lokasi kebun penanaman (tanah sesuai) dan juga cara penyediaan Anakbenih Kekabu. Sebenarnya pokok kekabu boleh dibiakan dengan dua cara iaitu dari Kaedah Keratam Batang dan Kaedah Semaian Biji Benih yang disemai biji benih kekabu di dalam polibeg berisi campuran tanah yang kaya dengan bahan organik (seperti nisbah 40% tanah taman dan bahan reput) dan dari Kaedah Keratan Batang atau Tut lebih popular dimana ia boleh dilakukan dan lebih cepat berhasil. Bagi penulis blog cara biakkan pokok kekabu dengan Kaedah Keratan Batang adalah cara yang paling disyorkan dimana ia menjamin anak pokok mempunyai ciri genetik yang sama seperti pokok induk dan cepat mengeluarkan hasil. Pelru di pilih dahan atau batang yang matang (berkayu keras), sihat dan saiznya berdiameter sekurang-kurangnya sebesar lengan. Perlu dipotong dahan sepanjang 45 - 60 cm dan pastikan potongan serong dan bersih untuk mengelakkan jangkitan kulat. Semai keratan di dalam polibeg besar yang mengandungi campuran media sesuai seperti tanah peroi, tanah campuran, tanah organik dan ia bersaliran baik. Perlu disiram secara berkala (1-2 minggu sekali jika sudah matang kan tetapi pastikan tanah sentiasa lembap pada peringkat awal tanpa bertakung). Letakkan di kawasan separa teduh sebelum dipindahkan ke tempat terbuka. Bagi Kaedah Semaian Biji Benih perlu dapatkan biji benih daripada buah kekabu yang matang dan telah kering sepenuhnya. Semai biji benih di dalam tapak semaian atau dulang khas dan ditimbus dengan lapisan tanah nipis. Anak benih akan bercambah dalam masa beberapa minggu dan ia sesuai dipindahkan anak pokok ke dalam polibeg yang lebih besar apabila ia mencapai ketinggian 15 - 20 cm.  Kawasan kebun untuk menanam pokok kekabu perlukan kawasan lapang dengan baik sebab pokok kekabu memerlukan cahaya matahari terenuh sepanjang hari untuk tumbuh dengan subur. Jenis tanah sesuai adlah jenis tanah yang poros dan ianya mempunyai saliran air yang sangat baik kerana air bertakung boleh membusukkan akar pokok. Cara pokok kekabu di kawasan tanah terbuka dengan menggali lubang bersaiz 60 cm × 60 cm × 60 cm dengan jarak tanaman 10m x 10 m. Bubuh sedikit baja organik atau kompos di dasar lubang dan ditimbus dan padatkan tanah di sekeliling pangkal pokok kekabu dengan lembut dan kemudian siram dengan air yang secukupnya.  Siram pokok dengan kerap pada peringkat awal pertumbuhan. dimana pokok kekabu yang matang agak tahan lasak namun memerlukan kelembapan. Berikan baja organik atau sebatian lengkap sebanyak 2 kali setahun iaitu pada awal dan akhir musim tengkujuh. Perlu dibuang dahan-dahan mati atau ranting yang terlalu padat bagi mengelakkan penyakit. Lazimnya pokok kekabu biasanya mula berbuah dan boleh dituai selepas berumur 4 - 5 tahun selepas di tanam dimana buahnya akan hasilkan gentian kekabu dikutip daripada buah yang gugur atau dipetik apabila cukup matang. 


Pernah ada kempen di Malaysia untuk petani menanam pokok kekabu secara komersil di jalankan. Pokok kekabu sering terdapat di kampung berdekatan rumah kerana tumbuhan ini amat berguna. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia, terutamanya bagi penduduk luar bandar. Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. Pokok Kekabu ia mempunyai ketinggian sehingga 30m akan tetapi dilaporkan ia akan dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia berbeza dengan jenis kekabu liar di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan ‘Bombax’ sedangkan keluarga kekabu ialah ‘Bombacaceae’. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yang nyata. Di Semenanjung Malaysia dilaporkan dimana pokok kekabu paling banyak terdapat di negeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu dilaporkan ia banyak ditanam di India, Myanmar, China, Indochina dan Asia Tenggara. Pada masa penjajahan Belanda dilaporkan yang pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon. Fakta menarik dimana banir pokok kekabu adalah besar kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat. Bahagian dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat dimana ada diukur diameter banirnya berukuran daripada sebasar  1 - 2 meter. Apabila pokok berumur dan matang dan di lihat dimana kulitnya merekah-rekah dan juga ada jenis sesetengahnya jenis yang berduri. Marfologi bunganya berukuran 4cm lebar, bewarna putih kekuningan, mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit sahaja dimana bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Fakta unik bagi buan kekabu ialah sejenis buah pepisang dan ukuran buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih, tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian dimana ia mampu mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Dalam pada itu ciri daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak dimana selalu dilihat daunnya luruh tidak tentu masa. Ada masanya daunnya luruh serentak dan selalu juga di lihat ia kadang-kadang meninggalkan dahan kosong satu bahagian panjang. Penulis blog suka meneliti dimana pada setiap kuntum bunganya ada salut bunga yang pecah lima dengan rangginnya berwarna putih dan berbulu di sebelah luar. Bulu-bulu ini adalah lebih kurang 1 cm panjang dan ia berbunga apabila daunnya telah habis gugur. Bunganya kecil berwarna putih merah jambu dan ia berjambak-jambak lebih kurang 20 - 30 cm dengan kulitnya berwarna coklat dan tajam hujung pangkal. Dalamnya terdapat kekabu putih atau kekuningan dan biji-biji hitam yang hampir serupa dengan biji kapas. Fakta penting dimana kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur. Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya. Kekabu masih digunakan lagi sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun akan tetapi ia perlu dijauhkan dari air dan sebaiknya ia  dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.


Penting di kongsikan akan fakta khasiat dan kegunaannya dari pokok kekabu. Pertama adalah Biji Kekabu (seeds) yang mana di laporkan ia mengandungi sehingga 25% minyak dan dilaporkan minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu yang sudah di analisa dilaporkania mengandungi didalam minyak biji kekabu sesuai digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu ianya hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut dan jarang di makan. Kedua adalah Bahagian Kayu Kekabu (wood) dimana kayu kekabu dalah dari jenis kayu lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak, kayu mancis dan sebagainya. Bekalan kayu kekabu memang sukar didapatkan sebab pemilik pokok kekabu tidak akan menebang pokok kekabunya selagi ia menghasilkan buah. Dalam pada itu di laporkan Produk Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu dimana jenis gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras. Seterunya adalah bahagian Kulit Pokok Kekabu juga yang dilaporkan ia ada digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain dimana di Mexico kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah, mengubati spasma, luka pada kaki, buasir, gonorea, perangsang haid dan menjadi perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai jenis ubat bagi penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Filipina pula di laporkan yang air rebusan kulit pokok kekabu ada ia digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit. Kegunaan Bahagian Akar Kekabu ia juga dilakukan dimana air rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik, iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Air rebusan akar kekabu, buah muda atau gam digunakan sebagai ubat disentri, cirit-birit, edima, dropsi dan perangsang kencing. Seterusnya adalah Bahagian Daun Kekabu dimana air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Ada dilaporkan dikalangan orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus kemuidan ia diminum sebagai ubat demam panas, sifilis dan selepas bersalin. Ada juga di laporkan di aman di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit dam ia kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk, masalah kerongkong, sakit usus dan sakit saluran kencing sementara di India ada orang sana yang ambil daun muda digunakan sabagai ubat gonorea. Wallahualam!. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
NAMA KEKABU.... ADA DI MALAYSIA...
GENTIAN LEMBUT...PUTIH WARNANYA...
DIDALAM BANTAL....LAMA TAHANNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAM FAKTA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(7 Muharam 1448H).

Monday, June 29, 2026

KEKABU DAN FAKTA PENTING (Part 1)

KEKABU
(Ceiba pentandra) adalah sejenis pokok tropika dan gentian lembut seperti kapas yang diambil daripada buah pokok tersebut. Kekabu merupakan sejenis gentian yang berasal dari buah kekabu yang mengandungi sabut halus dan ringan serta lembut dengan berwarna putih kecoklatan. Kekabu dilaporkan selalu ia di gunakan secara meluas oleh kalangabn masyarakat iaitu sebagai bahan isian untuk bantal, tilam dan pelamin kerana ia bersifat semula jadi, lembut, murah dan juga memberikan rasa sejuk. 
Paling menarik ciri kekabu yang berkualiiti adalah ciri fizikalnya ia sebagai sejenis bahan gentian kalis air, anjal dan tahan lama bila di gunakan sampai pulohan tahun. Apa pun kekabu ada juga yang elarnya sebagai 'Kapuk' memnag sudah terkenal sebagai gentian semula jadi yang pokoknya di jaga dan mampu mengeluarkan hasil berpatutan. APa pun kegunaan utamanya merangkumi dijadikan bahan isian bantal, tilam serta ia ada digunakan secara tradisional untuk isian bantal dan tilam kerana tahan rintang terhadap serangga dan menyokong postur tulang belakang dengan baik. Sifatnya sebagai 'Bahan Pelampung' dan juga ia kalis air dan ringan menjadikannya bahan ideal untuk jaket keselamatan. Ada juga di jadikan sebagai bahan penebat bunyi dan penebat haba dimana ia sering digunakan sebagai bahan kusyen dan penebat dalam industri tekstil.Kegunaan pokok kekabu dimana ada yang dijadikan makanan seperti pada bahagian pucuk atau buah muda kekabu boleh dijadikan sayur dan bijinya diproses untuk mendapatkan minyak masak. POKOK KEKABU (Ceiba pentandra) atau 'Silk-Cotton Tree' atau 'Kapok Tree' merupakan sejenis tumbuhan saka dari Keluarga Malvaceae (Dulu dipanggil sebagai keluarga Bombaceae) yang terdapat di Malaysia dan ada di beberapa negara tropika lain didunia. Mungkin generasi muda sekarang tidak berapa mengenali tumbuhan ini akan kepentingan ekonomi kerana peranannya yang semakin berkurangan dalam kehidupann harian. Pokok Kekabu juga di panggil sebagai KAPOK (Malay ; Indonesia), Ceiba, Cotton Tree ; Cotton tree silk, True Kapok (English), Yaaxche (Maya, Mexico), Nun (Thai) dan juga Gon gau (Vietnamese). Tumbuhan ini dipercayai berasal (Native) didalam hutan di Mexico, Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia), Carribean, Bahamas, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Saya memang kenal pokok kekabu atau pokok kapok ini kerana terdapat 4 pokok kekabu di belakang rumah saya di Kampong di Muar, Johor semenjak saya kecil lagi. Pokok kekabu memang mudah tumbuh dan cepat membesar. Malaysia banyak mengimpot kekabu daripada negara jiran seperti Indonesia untuk dijadikan bantal, tilam dan sebagainya dalam jumlah yang agak signifikan. Penulis buat tinjauan dimana harga kekabu asli (isian kapas) biasanya dijual sekitar RM8.00 - RM20.00 untuk pek 1 kilogram yang bergantung pada gred dan jenisnya. Bagi produk siap seperti bantal kekabu tulen pula, harga adalah antara RM15.00 - RM30.00 sebiji dimana produk Kekabu Asli (Kilo) dijual pada harga RM8.80 - RM20.00 per kg (bergantung pada gred 3A hingga Gred Premium). Bagi produk Bantal Kekabu Dewasa dijual pada harga RM13.00 - RM30.00 lebih sebiji sementara harga bagi Bantal Bayi dan BAntal Kanak-kanak sekitar RM10.00 - RM25.00 sebiji. DIpasaran masih banyak produk iaitu jenis gentian sintetik (poliester) yang menyerupai kekabu dan dijual pada harga yang jauh lebih murah (serendah RM6.50/kg). Artikel pagi Seasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta penting Kekabu untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Di Malaysia tiada laporan jumlah keluasan tanaman kekabu secara rasmi sebag pokok kekabu belum pernah di syorkan di tanam sebagai bidanguaha komersill. Pokok Kekabu mempunyai antara 10 - 20 spesis diseluruh dunia dimana ia merupakan pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 40 -70 meter terutama jenis yang tumbuh liar didalam hutan. Spesis yang lazim ditanam atau tumbuh di Malaysia dan Indonesia adalah jenis Ceiba pentandra dimana di laporkan jenis pokok kekabu ini agak unik kerana mempunyai batang berwarna hijau kelabu yang lurus dan biasanya kurang bercabang pada peringkat awal proses pertumbuhan kecuali pada dibahagian atas yang membentuk kanopi (Sila lihat foto disebelah). Kayu pokok kekabu diketegorikan sebagai kayu yang lembut (tidak keras) dan tidak mempunyai nilai ekonomi untuk dijadikan kayu balak. Kayunya mudah reput jika terdedah kepada matahari dan sesuai dijadikan bahan bakar atau kayu api sahaja dikawasan kampong. Batang pokok kekabu lazimnya akan mengeluarkan duri-duri besar yang tajam dan akan tanggal pada peringkat dewasa. Daun kekabu berwarna hijau dengan bentuk glaborous dengan tangkai berwarna hijau dan susnan bersilang. Pemerhatian saya mendapati terdapat 5,7 atau 9 helai daun dalam satu tangkai. Kegunaan daun kekabu ini juga belum ada kajian saintifik. Fakta penting dimana pokok kekabu terbahagi kepada dua utama yang berasal daripada famili Bombacaceae iaitu Jenis Kekabu Putih (Ceiba pentandra) dimana jenis ini ia adalah jenis kekabu yang paling popular dan biasa digunakan sebagai pengisi bantal dan tilam kerana sifatnya yang gebu dan ringan. Jenis yang kedua adalah dari Jenis Kekabu Merah atau Jenis Kekabu Hutan (Bombax ceiba) dimana jenis pokok ini ia mempunyai bunga berwarna merah atau merah jambu (dikenali sebagai red silk-cotton tree) dan seratnya turut digunakan sebagai pengisi tilam dan bantal berkualiti ekonomi.  Apa pun di laporkan kedua-dua spesies ini menghasilkan serat lembut di dalam lenggai buahnya yang dituai untuk pelbagai kegunaan perabot dan produk tekstil.  Direkodkan dimana negara Indonesia dan Thailand adalah pengeluar dan pengeksport utama kekabu (serat kapok) di dunia. Apa pun pokok kekabu memang ia banyak ditanam di kawasan tropika dimana di Indonesia ia banyak di tanam di  Pulau Jawa dan di Sumatera yang mana ini sudah terkenal sebagai pengeluar terbesar sejak abad ke-19 lagi. Kekabu ialah serat semula jadi yang ringan, kalis air, dan mudah urai. Kegunaan utama kekabu adalah ia digunakan secara tradisional sebagai bahan isian untuk bantal, tilam, pelampung keselamatan, dan penebat haba. Kelebihan kekabu yanag bersifat mesra alam, anti-hama (hypoallergenic) dan ia boleh terapung. Pasaran eksport bahan kekabu dari Asia Tenggara sangat mendapat permintaan di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan untuk produk mesra alam berkualiti.


Diantara produk berasaskaan kekabu adalah 'Bantal Kekabu' dimana ia memang menjadi kesukaan ramai orang diseluruh dunia. Bantal kekabu merupakan bantal tradisional yang diisi dengan serat semula jadi daripada serat buah kekabu dimana kehebatan cirinya menyebabkan ia masih terkenal kerana sifatnya yang sejuk, menyerap peluh dan mesra alam. Bantal ini sangat popular untuk kegunaan bayi dan dewasa kerana ia memberikan sokongan yang teguh, tahan lasak dan tidak mudah berhabuk. Meneliti akan beberapa ciri kelebihan Bantal Kekabu yang pertama ia berikan keselesaan sebab ia Sejuk dan Selesa di pakai sebab ia mampu jadi sebagai pengalir haba yang baik berbanding bantal sintetik yang di jual di pasaraya. Jenis 
Bantal Sintetik adalah bantal yang dalamnya ia diisi dengan gentian buatan manusia (seperti poliester, mikrofiber atau memory foam) dan bukannya bahan semula jadi seperti kapas, bulu itik atau kekabu. Ia merupakan pilihan yang sangat popular kerana harganya yang dijual lebih mahal berbanding dengan bantal kekabu. Bantal Kekabu adalah produk yang Mesra Alam sebab ia diperbuat daripada gentian tumbuhan semula jadi diambil daripada tumbuhan. Kehebatan lain dimana bantal kekabu adalah Teguh dan Kuat dimana ia akan memberi sokongan kepala dan leher yang baik terutama semasa tidur lena di malam hari. Ada beberapa petua penting dalam cara penjagaan bantal kekabu dimana sebaoknya JANGAN DIBASUK bantal kekabu dengan air kerana ia akan menggumpal dan merosakkan serat. Sebaiknya ia DIJEMUR selalu di bawah terik matahari secara berkala untuk tujuan iaitu akan memulihkan kegebuan dan akan juga mengeringkan kelembapan yang ada di dalam bantal. Membuat tinjauan akan harga bantal kekabu di pasaran biasanya berkisar antara RM7 sehingga RM50 sebuah bergantung pada saiz, gred kekabu, dan sama ada ia asli atau campuran. Dalam tinjauan lain di laporkan bagi Jenis Bantal Kekabu Campuran atau Separa Sintetik ia di jual sekitar RM5 - RM15 sebuah dimana ia biasanya bersaiz standard dan lebih ringan. Bagi Jenis Bantal Kekabu Asli (Gred Biasa) ia dijual sekitar RM15 - RM25 sebiji dimana ia selalunya diisi dengan kekabu asli yang memang sangat sesuai untuk kegunaan harian. Ada juga Jenis Bantal Kekabu Asli (Premium/Gred A/Bersaiz Besar) dimana jenis ini ia di jual sekitar RM25 - RM50 keatas sebuah dimana jenis ini selalunya ia lebih padat, tahan lama dan mesra alam.


Fakta penting tentang kekabu dimana ia terkenal sebagai gentian semula jadi yang sangat ringan, kalis air dan mempunyai daya apungan yang tinggi. Keunikan utamanya terletak pada sifatnya yang lembut, tidak menyimpan haba (memberikan rasa sejuk) dan mudah digebukan semula dimana ciri ini yang menjadikannya bahan premium untuk pengisian tilam dan bantal. Beberapa fakta kelebihan utama kekabu merangkumi ia adalah bahan bagus yang berikan Keselesaan dan Sejuk apabila di gunakan sebab seratnya tidak memerangkap haba, menjadikannya sangat selesa untuk tidur dan tidak panas. Produk kekabu di laporkan ia memang jenis Mesra Alam dibuat dari bahan Semula Jadi yang juga merupakan jenis bahan organik yang selamat, bebas bahan kimia dan tahan lama.  Penulis blog pernah ada beberapa biji bantal kekabu yang di gunakan sehingga lebih 25 tahun. Apa pun hebatnya dimana kekabu adalah jenis gentian yang memang ia Kalis Air dan juga Anti-Serangga dimana gentian kekabu mempunyai salutan lilin semula jadi yang mana ini akan menjadikannya kekabu ini akan kalis air dan juga ia tidak digemari oleh pijat atau serangga perosak. Paling unik sebab kekabu sangat ringan dan ia mudah Terapung di Air dimana sifatnya yang ringan dan kalis air menjadikannya bahan tradisional yang sangat baik untuk jaket keselamatan sebagai bahan penyelamat nyawa. Bagaimana hebat kellebihan kekabu masih ada kekurangan kekabu (terutamanya sebagai bahan isian bantal atau tilam) dimana ini merangkumi aspek bekalan dan penyelenggaraan. Pertama kini Bekalan Kekabu Sangat Terhad dan ia semakin sukar diperoleh untuk di beli atau dijadikan industri secara komersial kerana pokok kekabu jarang ditanam secara ladang berskala besar. Kedua dimana isu Kos dan Tempoh Matang bagi pokok kekabu ia sangat lama dan kos penjagaannya yang tinggi menyebabkan sektor perladangan kurang berminat mengusahakannya. Ketiga dimana ancaman Penggunaan Produk Asas Kekabu ini akan Berkurang berpunca daripada masalah kekurangan bekalan yang berpanjangan dan kos yang mahal bersaing dengan industri pembuatan moden yang sudah banyak beralih kepada alternatif lain seperti gentian sintetik.Antara ciri lain kelemahannya adalah Cara Penjagaan Isian Kekabu dimana kekabu asli cenderung menyerap lembapan dan tidak boleh dicuci dengan air dimana isu ini ia boleh menyebabkannya mudah berketul dan menjadi habuan hama jika tidak dijemur dengan kerap. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KEKABU.... ADA DI MALAYSIA...
GENTIAN LEMBUT...PUTIH WARNANYA...
DIDALAM BANTAL....LAMA TAHANNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAN FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(7 Muharam 1448H).

Sunday, June 28, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 3)

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Merujuk beberapa sumber dimana tidak ada statistik rasmi yang merekodkan jumlah pengeluaran atau nilai eksport global yang khusus untuk jenis bunga telang (Clitoria ternatea). Apa pun di laporkan di peringkat antarabangsa, bunga ini dikategorikan di bawah industri herba, teh dan dimana fungsi utamanya adalah ia dijadikan sebagai bahan pewarna semula jadi yang mana pengeluarannya bertumpu di kawasan Asia Tenggara (termasuk Malaysia dan Thailand), India dan juga di laporkan ada disebahagian Afrika. 
Di peringkat tempatan seperti di kawasan di Malaysia dimana aktiviti penanaman bunga telang biasanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pekebun sayuran atau pemilik rumah atau oleh pihak suri rumah. Pokok bunga telang ini dilaporkan yang ia boleh menghasilkan kira-kira 1,000 kuntum bunga segar sehari daripada pokok yang di tanam dan di jaga baik. Ada rekod dimana hasil basah bunga telang segar adalah beratnya sekitar 1.5 kg hingga 2.0 kg dimana jumlah ini ia menyamai satu auns (28.3 grams) sahaja apabila bunga ini sudah siap dikeringkan. Ia mendapat permintaan tinggi untuk industri pewarna makanan, teh herba, dan produk kosmetik. Menarik fakta tentang produk Bunga Telang Kering dipproses dari bahagian kelopak bunga telang yang telah dijemur sehingga kering untuk tahan lebih lama dan di pasaran tempatan ia di hargakan sekitar RM110 - RM160 sekilogram. Ia digunakan secara meluas sebagai pewarna biru semula jadi dan teh herba yang kaya dengan antioksidan. Fakta dimana selalunya bunga telang kering dimana kegunaan utamanya adalah untuk di jadikan bahan masakan seperti kuihmuih dia ia juga ada digunakan secara tradisional di Malaysia untuk mewarnakan nasi (seperti Nasi Kerabu) dan pelbagai kuih tradisional Nyonya seperti pulut inti. Selain itu ia juga dijadikan sebahai bahan asas Minuman Teh Herba sebab bila ia direndam dalam air panas ia akan menghasilkan cecair berwarna biru terang. Jika dicampur dengan bahan berasid seperti jus lemon atau limau, air tersebut akan bertukar menjadi warna ungu. Dari aspek nilai khasiat kesihatan bahan ini memang ia Tinggi Antioksidan serta ia kaya dengan antosianin (antocyanin) yang membantu melawan radikal bebas. Didakwa khasiatnya juga ia akan Melegakan Tekanan dan ia dipercayai dalam rawatan perubatan tradisional untuk membantu mengurangkan stres, merawat masalah tidur (insomnia), dan meningkatkan fungsi kognitif. Apa pun penulis blog kongsikan cara penyediaan asas
iaitu untuk mengekstrak warna biru dari bunga telang hanya perlu merendam segenggam bunga telang kering ke dalam secawan air panas selama beberapa minit. Warna daripada kelopak tersebut akan meresap ke dalam air dengan mudah dan ia sedia di gunakan. Merujuk sumber lain di laporkan dimana bunga telang yang dipercayai ia berasal dari kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia dan benua kecil India. Dinyatakan jika negara pengeluar dan pengeksport utama dunia bagi bunga ini tertumpu negara berada di rantau Asia Pasifik iaitu dengan peneraju utamanya ialah Thailand, Vietnam, India dan Indonesia. Dilaporkan juga negara seperti  Thailand dan Vietnam masih unggul sebagai peneraju utama dalam penanaman komersial serta pembuatan teh bunga telang (butterfly pea tea) dan pewarna makanan semula jadi untuk pasaran antarabangsa. Dalam pada itu negara India juga masih menjadi pengeluar utama yang turut menggunakan tumbuhan ini secara meluas dalam perubatan Ayurveda. Bagi negara Indonesia dan Malaysia dimana tumbuhan ini meliar dan kurang ditanam secara meluas sama ada untuk kegunaan tradisional seperti pewarna nasi kerabu dan kuih-muih. 


Menarik juga jika di kupas akan beberapa kepercayaan dan mitos mengenai bunga telang sebagai salah satu fakta menarik yang sesuai di kongsikan. Bunga telang (Clitoria ternatea) berkait rapat dengan pelbagai mitos, legenda dan kepercayaan tradisional di seluruh dunia mengikut kepercayaan masyarakat tempatan. Mitos yang pertama adalah Mitos Hindu dengan Ayurveda yang berlaku di India apabila bunga ini sangat suci dan dikaitkan dengan Dewi Aparajita yang bermaksud sebagai 'wanita yang tidak terkalahkan'. Apa pun sudah lazim jika bunga teang ini akan ia digunakan dalam upacara keagamaan untuk melambangkan kesucian, cinta, keamanan dan perlindungan. Dalam mitos Hindu dilaporkan yang ia dikatakan sebagai sejenis tumbuhan kayangan yang dibawa turun ke bumi. Apa pun kaitan bunga telang dengan penganut Hindu adalah ia sebagai simbol suci bila bunga ini dianggap keramat dan sering dipersembahkan kepada dewa-dewi Hindu terutamanya untuk Dewa Vishnu dan Dewa Shiva. Kelopak yang berwarna biru gelap pada bunga telang sering dikaitkan dengan warna kulit Dewa Hindu yang melambangkan keagungan dan keluasan seperti langit atau lautan. Dalam perubatan Ayurveda  ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan dipercayai antaranya ia boleh menenangkan minda serta membantu meningkatkan daya ingatan. Selain upacara keagamaan, bunganya digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi untuk hidangan seperti nasi dan kuih-muih. Mitos kedua adalah ada Legenda dan Penamaan Botani apabila tumbuhan ini yang berasal dari Pulau Ternate di Indonesia (nama saintifiknya adalah Clitoria ternatea) yang diberikan oleh ahli botani berdasarkan bentuk kelopaknya yang menyerupai organ intim kepada wanita. Ketiga dilaporkan ada Mitos Kecantikan dimana di Thailand yang bunga ini dikenali sebagai 'Anchan' dimana ada terdapat kepercayaan tradisional bahawa menyapu kelopak bunga telang pada kening bayi baru lahir akan menjadikan kening tersebut lebat dan hitam dan ini menjadikan seseorang akan jadi cantik. Keempat pula ada Mitos Kepercayaan Perubatan Purba diman aia dipercayai turun-temurun oleh pengamal perubatan Ayurveda dan herba tradisional bahawa bunga ini adalah penawar racun dan mampu merangsang kecerdasan minda serta daya ingatan. Kelima dilaporkan ada Mitos Magis Perubahan Warna dimana dilaporkan secara sains, warna biru bunga ini disebabkan oleh pigmen antosianin yang sensitif kepada pH dimana apabila bunga ini diperah dengan bahan berasid (seperti jus limau) maka kesannya air minuman ini ajaibnya berubah daripada biru kepada warna ungu atau merah jambu pula.


Sebenarnya kepentingan bunga telang semakin mendapat permintaan global dalam kegunaan khusus di industri makanan atau industri perwarna. Dalam pada itu penulis blog dapat menganalisa akan harga bunga telang di Malaysia dimana ia banyak bergantung kepada bentuk (segar atau kering) dan kuantiti. Di pasaran Malaysia dimana bunga telang kering biasanya dijual sekitar RM4.00 hingga RM15.00 untuk pek berskala kecil (15g hingga 100g) semantara bagi tujuan  pembelian pukal kering dilaporkan yang harganya boleh mencecah RM170 hingga RM200 sekilogram. Pernah membuat rujukkan untuk menanam bunga telang dimana harga biji benih Bunga Telang ada dijual sekitar RM1.00 untuk satu pek benih.  Belum ujirasa produk Jus Dr Norman yang dijual dengan harga RM20 sebotol yang ada dijual secara on-line (Sila lihat foto disebelah). Bunga telang popular digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi yang menghasilkan warna biru yang cantik dimana lazzimnya diantara resipi paling popular di Malaysia ialah MakananLokal Nasi Kerabu atau 'Nasi Biru' dimana beras akan dimasak bersama air rebusan bunga telang, serai, daun limau purut, dan santan. Nasi kerabu ialah hidangan nasi tradisional yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mana ia popular terutamanya Kelantan dan Terengganu dan antara ciri keistimewaannya terletak pada nasi yang berwarna biru (daripada bunga telang), dimakan bersama pelbagai ulam-ulaman, kerisik, sambal dan lauk-pauk. Bunga telang juga ada digunakan dalam Membuat Kuih Tradisional dimana ia akan digunakan untuk mencorakkan kuih kuih lompang, kuih seri muka dan pulut tai-tai. Kuih Lompang Bunga Telang adalah variasi tradisional kuih lompang yang menggunakan air rebusan bunga telang sebagai pewarna biru semula jadi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia dilihat akan menghasilkan warna biru yang cantik dan semula jadi dan jika ia dapat  digandingkan dengan rasa kuih yang lembut dan ada sedikit kenyal yang sesuai untuk dimakan bersama kelapa parut.  Kuih ini ia berwarna biru terang atau biru lembut tanpa pewarna tiruan, dengan aroma harum semula jadi daripada bunga telang. Mempunyai tekstur yang lembut dan uniknya di tengahnya seakan ia mempunyai 'lesung pipit'. Apa pun bahan utama di perlukan adalah seperti tepung beras, tepung ubi, gula, air rebusan bunga telang, dan sedikit kapur makan. Ia selalunya akan dihidangkan dengan digaul atau dicicah bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Jenis kuih kedua adalah Kuih Agar-Agar Bunga Telang dimana ia dibuat agar-agar lapis santan bunga telang atau agar-agar jeli jernih dengan nata de coco. Jenis kuliner yang ada kaitan dengan bunga telang adalah Teh Bunga Telang dimana bunga yang direndam menghasilkan teh biru dan jika diperah sedikit lemon maka warnanya bertukar menjadi warna ungu yang menyelerakan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).

Saturday, June 27, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit.  Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Bagaimana pun akan lebih seronok jika kita mempunyai maklumat berkaitan fakta  dan  manfaat bunga telang dimana penulis blog anim agro technology percaya masih ramai yang tidak tahu. Khasiat pertama didakwa bunga telang ini mampu dalam mengatasi masalah sembelit. Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum. Dalam pada itu ada petua dimana bunga telang mampu untuk menguruskan badan. Paling mudah mencapai tujuan ini dengan minum selalu teh herba bunga telang (Sila lihat foto disebelah). Ia juga didakwa boleh membantu anda melalui proses 'detox' untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox dengan menyediakannya sendiri dari bunga yang dipetik dari kawasan rumah sendiri atau membelinya (jika ada). Bunga telang juga didakwa mampu dalam meningkatkan kewanitaan seseorang. Ini kerana bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita dan dilaporkan mengambil nama latin dari genus ‘Clitoria’ atau pun dari perkataan ‘clitoris’. Didakwa dimana bunga ini mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tumbuhan ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran pada kes menstruasi (haid) dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual. Terdapat juga kepercayaan dulu-dulu yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan dari kes keguguran sebaiknya batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan yang sedang mengandung. Sama ada berkesan atau tidak didakwa petua ini tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu untuk membetulkan kitaran haid sila ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.


Penulis blog pernah mendapat petua daripada rakan dari Terengganu yang juga seorang penternak kelulut aktif bagaimana dia mengamalkan mengambil madu kelulut dan teh bunga telang untuk kesihatan. Beliau akan bercerita minuman kegemarannya kepada sesiapa yang datang melawat kawasan penternakan kelulut dikawasan yang dikelilingi dengan pokok akasia. Dakwa beliau teh ini boleh disediakan dengan mudah dengan menggunakan bahan asas iaitu Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa dan jangan lupa akan 1/2 biji limau nipis. Katanya cara membuat teh bunga telang ii dengan memasukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian perlu masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 - 7 minit dimana setelah airnya bertukar warna biru pekat maka di tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali perlu di masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan. Dia dakwa bunga telang boleh mengecutkan jerawat dengan cara mengambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Ia perlu dibiarkan selama 30 minit kemudian bersihkan. Apa yang seronok bila dinyatakan bunga telang mampu untuk melebat dan menghitamkan rambut. Dakwanya lagi kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan mampu untuk menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya adalah dengan meramas bunga telang didalam segayung air dan kemudian lakukan mencuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.


Dalam beberapa kejutan dinyatakan beliau dimana tumbuhan ini mampu untuk menghilangkan sakit kepala. Bunga telang juga dikatakan mampu merawat dan mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil beberapa keping bunga telang kemudian di masukkan dalam kain sehingga membentuk bantal dan ianya boleh digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur. Dalam testimoni lain didakwa ari rebusan bunga telang mampu mencuci darah kotor. Ini dilakukan dengan cara mengamalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor. Selain itu khasiatnya adalah bagi merawat cirit-birit dengan mengamalkan minum air rebusan bunga telang setiap hari selama seminggu. Kepada mereka yang bermasaalah dengan selera dilaporkan khasiat bunga ini termasuk untuk membuka selera makan. Kepada semua pembaca blog anim agro technology yang tiada selera makan boleh mengamalkan memakan daun telang bersama nasi didakwa ia akan membuka selera makan anda. Hebatnya dimana tumbuhan ini mampu merawat ulser mulut dengan cara merendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Bagaimana pun jika pembaca blog ini tidak sembuh juga akan masaalah ulser mulut disyorkn mendapat rawatan dari doktor kerana berkemungkinan ada komplikasi lain. Apa pun hasil beberapa kajian dan berdasarkan testimoni dimana bunga telang kaya dengan antioksidan (antosianin) dan bersifat antiradang adalah ia berkhasiat untuk mengawal gula dalam darah, meningkatkan fungsi memori, mengurangkan stres, serta menyihatkan kulit dan rambut.  Antara kajian tentang bunga telang yang telah dibuktikan adalah untuk tujuan kesihatan atau kecantikan dimana antaranya ia akan mampu bantu Meningkatkan Fungsi Otak seperti dapat meningkatkan memori dan melindungi sistem saraf. Ia dikaitkan juga didalam Mengawal Gula Darah dengan cara menstabilkan paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Bunga telang yang kaya dengan antioksidan membantu dalam Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Ia di laporkan adkan bantu bagi Menyihatkan Kulit dan juga rambut sebab ada sifat antioksidan dan antiradang membantu merawat masalah keguguran rambut dan menyamarkan kedutan. Ia didakwa akan mrangsang aspek Ketenangan sebab ia bersifat adaptogenik yang membantu tubuh melawan tekanan serta mengurangkan simptom kerisauan (anxiety). I ajuga akan Melegakan Keradangan iaitu degnan cara membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, dan menurunkan demam secara tradisional. Paling pasti dimana bunga telang mampu Melancarkan Penghadaman dimana ia bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu merawat masalah cirit-birit. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).