Friday, September 25, 2026

BUAH DOKONG DAN FAKTA PENTING (PART 5)

BUAH DOKONG (Lansium domesticum Corr. ) adalah sejenis buah-buahan tempatan daripada keluarga Meliaceae yang sekeluarga dengan buah langsat, duku dan duku langsat. Penulis blog amat suka makan buah dokong dimana ia adalah sejenis buah bermusim yang popular dimana bentuk dan kulit buahnya agak bulat atau sedikit lonjong berbanding buah langsat dengan ia berkulit licin dan berwarna kuning muda apabila masak. Kulitnya juga agak tebal tetapi dilihat ia kurang bergetah. Penulis blog amat suka membeli dan makan buah dukong dimana isinya berwarna putih, tebal, penuh dengan jus dan terkenal dengan rasa yang sangat manis dan ia digelar sengan nama 'Manis leting'. Bagi penulis blog yang mahir dengan jenis-jenis buah sepertinya memng kenal akan ciri-ciri buah langsat, buah duku. buah dokong mempunyai isi yang lebih pejal, ulas yang lebih besar dan kurang rasa masam atau bergetah seperti langsat. Bagi penulis blog dimana aktiviti penanaman dokong merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Meliaceae yang semakin popular. Buah Dokong merupakan satu daripada beberapa jeni buah menyamai buah duku iaitu dari genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah dokong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam pada itu kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi tanaman dokong dan amalan agronomi di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta di Johor bagi mendapatkan info dan menjelajah sehingga ke Thailand untuk mengukuhkan lagi amalan agronomi penanaman pokok dokong yang pernah menjadi 'boom' kepada petani. Bagi penulis blog mendapati sebenarnya apa yang dapat saya ilaikan adalah dimana buah dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi serta pernah mencapai harga maksima beberapa belas tahun dahulu. Selain ia untuk dimakan segar dimana sebenarnya buah dokong ini juga boleh dibuat jem. Dalam pada itu dimakmal dilaporkan dimana khasiat nutrisi buah dokong ini bagi setiap 100 g bahagian buah yang boleh dimakan mengandungi tenaga sebanyak 57 kalori. Ia juga mengandungi kabohidrat (15.2 gram), Kalsium (19.0 mg), Kalium (25.5 mg), Zat Besi (1.1 mg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Vitamin C (3.0 mg), Lemak (0.2 mg), Protin (0.9 mg) dan juga Niasin sebanyak 1.0 mg. Penanaman pokok dokong yang dikelaskan sebagai buah-buahan tempatan bermusim ini berbuah sekali setahun iaitu diantara buan Jun - September dengan lokasi berbeza-beza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis akan fakta penting buah dokong sebagai rujukkan semua. 


Memang ramai sudah tahu akan ciri kelemahan Buah Dokong yang tidak tahan lama selepas di tuai dari pokok. Bagaiman apun cara menyimpan buah dokong supaya tahan lebih lama adalah dengan memasukkannya ke dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Panduan dan langkah bagi tujuan penyimpanan pertama adalah Jangan Membasuh Buah Dokong iaitu mengelakkan daripada membasuh buah dokong sebelum disimpan kerana kelembapan air akan menyebabkan kulitnya cepat bertukar menjadi hitam dan mudah rosak. Kedua petuanya adalah dengan Mengasingkan Buah Dokong Yang Rosak caranya adalah dengan membuang atau asingkan buah dokong yang sudah pecah, lebam atau pun buah sudah busuk supaya tidak berjangkit kepada buah yang masih elok semasa disimpan. Ketiga cara menyimpan yang mudah adalah dengan Cara Mengopek Isi Buah Dokong untuk disimpan dimana isi buah boleh diasingkan buah daripada tangkainya atau masukkan ke dalam bekas yang bersih untuk di masukkan kedalam peti sejuk. Seterunys  adalah langkah Menyimpan Buah Dokong dengan menggunakan bekas bertutup iaitu meletakkan buah dokong di dalam bekas kedap udara atau bungkus kemas untuk mengelakkan daripada terkena angin sejuk yang terlalu kering di dalam peti sejuk (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kalau di simpan pada suhu bilik biasa (25–30°C) hanya membolehkan buah dokong bertahan selama 3 hingga 5 hari sahaja sebelum kulitnya lebam dan rosak dimana isinya berair dan rasanya sudah tidak enak lagi. 


Agak jarang buah dokong dijadikan produk makanan lain selain daripada di makan segar. Bagaimana pun penulis blog ada dua kali ujirasa Makanan Kerabu Buah Dokong iaitu salah satu makanan jenis salad tradisional yang menggabungkan manisnya isi buah dokong dengan rasa masam, pedas dan masin yang memang menyegarkan. Resepi ini mudah disediakan iaitu dengan menyediakan bahan-bahan iaitu 1 mangkuk isi buah dokong (dikupas dan dibuang biji, ulas dibelah dua jika besar), 5 - 10 biji cili padi (dihiris atau digunting halus), 2 biji bawang merah (dihiris nipis), 1 batang serai (dihiris sangat halus), sedikit lobak merah (dihirisi atau diparut halus satu pilihan), sedikit udang basah (direbus) atau udang kering (ditumbuk), daun ketumbar atau daun pudina (dihiris), 2 sudu besar sos ikan, 1 - 2 sudu besar gula kabung atau gula melaka (dicairkan sedikit), jus perahan limau nipis atau limau kasturi secukupnya serta garam secukup rasa. Cara membuatnya dengan menyediakan bahan hirisan dimasukkan dalam sebuah mangkuk besar. Disatukan bawang merah, serai, cili padi dan lobak merah. Kemudian di buat sos perencah dan dimasukkan sos ikan, jus limau dan gula kabung. Ia kemudian perlu di kacau rata sehingga sebati dan sesuaikan ada rasa masam, manis serta masin mengikut citarasa. Seterusnya boleh di masukkan buah dokong iaitu dimasukkan isi buah dokong dan udang yang telah direbus atau ditumbuk. Ia digaul perlahan kesemua bahan dengan perlahan supaya isi buah dokong tidak terlalu hancur dan kemudian sudah siap untuk dihidangkan dan ditaburkan daun ketumbar di atasnya dan sedia untuk dinikmati segera. Enak di makan begitu sahaja sebagai salad dan sesuai juga di makan dengan nasi putih.


Dalam pada itu ada hidangan makanan Resepi Tumis Sayur Campur Bersama Dokong atau bersama Duku sebagai salah satu lagi pilihan. Apa pun menu ini amat jarang di buat dimana ia didakwa memang diinspirasikan daripada masakan tradisi dikawasan pedalaman yang menumis isi buah duku atau isi buah dokong bersama sayur bertekstur rangup. Agak unik resepi ini dimana perlu disediakan bahan-bahan tersiri dari 1 cawan isi buah dokong (dibuang biji), 1 cawan sayur buncis atau petola (dipotong mengikut kesesuaian), 2 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus), 2 biji cili hijau atau cili merah (dihiris serong), Sedikit air, garam dan perasa secukupnya. Cara memasak bagi resepi imi dengan memanaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 
Kemudian di masukkan cili hiris dan sayur buncis atau hirisan petola dan ditambah sedikit air supaya sayur cepat empuk. Kemudian apabila sayur separuh masak maka sesuai di masukkan isi buah dokong. Seterusnya boleh diperasakan dengan garam secukup rasa. Perlu dan boleh dimasak seketika sehingga kuah sedikit menyusut dan kemudian boleh diangkat dan hidangkan panas-panas. Ada tipsdimana sebaiknya di pastikan yang biji dokong dibuang terlebih dahulu kerana bijinya mempunyai rasa yang sangat pahit apabila tergigit. Sesuai di makan dengan nasi putih masih panas-panas waktu makan tengahari. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!...... 
BUAH DOKONG... BERMUSIM JENISNYA...
RASA YANG MANIS...DAN WANGI AROMA...
ADA BUAH BERBIJI... IKUT VARIETINYA... 
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.