Saturday, September 26, 2026

SANTAN SAWIT DAN FAKTA PENTING (PART 1)

SANTAN SAWIT
ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di 
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkandan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyao jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam membuat peneitian dimana secara global masih tiada data statistik khusus yang mengasingkan saiz pasaran atau jumlah pengeluaran produk 'santan sawit' secara tunggal sebab ia mungkin masih dikategorikan di bawah produk hiliran minyak sawit atau pasaran alternatif susu yang berasaskan tumbuhan (plant-based milk). Namun dilaporkan dimana ada gambaran besar mengenai pengeluaran dan pasarannya boleh difahami melalui status industri minyak sawit dan produk alternatif makanan dunia. bagaimana pun ada di laporkan dimana status pengeluaran dan kedudukan pasaran dunia produk Santan Sawit (terutama dalam bentuk serbuk atau cecair) merupakan produk inovasi hiliran berasaskan minyak sawit ditapis yang diadun dan diproses (seperti teknik spray drying) untuk menggantikan santan kelapa tradisional. Apa pun dilsporkn yang Malaysia dan Indonesia sebagai dua negara peneraju utama produk sawit duni dimna Indonesia menguasai 60% dan Malaysia menyumbang 24% - 30% pengeluaran minyak sawit dunia serta kedua-dua negara ini merupakan pengeluar utama dan pemegang pasaran terbesar bagi inovasi santan sawit dunia. Apa pun p
asaran bahan mentah utama bagi produk ini adalah sangat besar. Sebagai contoh, pengeluaran Minyak Sawit Mentah (CPO) Malaysia sahaja mencecah 20.28 juta tan, manakala Indonesia mampu menghasilkan lebih daripada 46 juta tan dimana dilaporkan sebahagian kecil daripada jumlah ini akan ia diproses menjadi produk makanan hiliran seperti 'Produk Santan Sawit'. Memangg produk santan sawit mula mendapat tempat dalam segmen alternatif susu bukan tenusu (non-dairy) dalam sistem pasaran antarabangsa. Merujuk kepada saiz pasaran produk susu tumbuhan dunia dalam pasaran global bagi susu yang berasaskan tumbuhan diunjurkan bernilai sekitar USD 25.4 bilion (RM1,036.7 billion) dan dijangka berkembang pesat dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap makanan vegan serta kesedaran kesihatan. Hebatnya dimana santan sawit ini dimasa akan datang memang ada kelebihan daya saing kerana faktor kos pengeluaran yang lebih rendah dan stabil berbanding santan kelapa asli, selain mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih lama (tidak mudah basi/tengik). Ada laporan menyatakan dimana produk hiliran makanan dengan berasaskan sawit ini dieksport ke negara-negara pengimport utama minyak sawit dunia yang mempunyai kepentingan dalam industri pembuatan makanan yang besar antaranys termasuk negara  India (negara pengimport terbesar),  China,  Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara-negara Timur Tengah dan dari Asia Tenggara yang lain. 


Perlu bangga bila produk s
antan kelapa sawit di pasaran dunia (khususnya dipelopori oleh Malaysia melalui badan penyelidikan MPOB) secara umumnya ia boleh dibahagikan mengikut kaedah pemprosesan, bentuk fizikal dan teknologi pembungkusan bagi tujuan membolehkannya bertahan lama. 
Dilaporkan dimana jenis-jenis santan sawit yang ada di pasaran ianya di kategotikan kepada yang pertama Mengikut Bentuk Fizikal dan Formulasi iaitu Jenis Santan Sawit Cecair (Biasa atau Chiller) iaitu jenis santan cecair pekat yang diproses sedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Apa pun jenis ini ia biasanya diletakkan di bahagian makanan segar dingin (peti sejuk biasa) dan mempunyai jangka hayat sekitar 1 hingga 3 bulan sebelum dibuka. Kedua ada Jenis Santan Sawit Serbuk dimana jenis ini ia di formulasi sebagai bentuk santan kelapa sawit dalam bentuk serbuk hasil ciptaan dan paten MPOB. Jenis ini sangat mudah disimpan, ringan untuk dieksport ke luar negara, dan hanya perlu dibancuh dengan air suam sebelum digunakan. Jenis ketiga adalah Jenis Santan Sawit PLUS yang merupakan formulasi produk terbaharu hasil penyelidikan yang diperkaya dengan khasiat tambahan, mempunyai ketahanan suhu bilik yang sangat tinggi (sehingga 2 tahun tanpa pengawet). Kategori kedua ia adalah Mengikut Teknologi Pembungkusan dan Ketahanan Santan Sawit Retort dimana ia menggunakan teknologi pensterilan haba tinggi (retort). Kelebihan jenis ini ialah ia boleh disimpan pada suhu bilik tanpa memerlukan peti sejuk dan mampu bertahan antara 1 hingga 2 tahun selagi pek pembungkusannya tidak dibuka. Terdapat jenis Santan Sawit Pekat Komersial (B2B) dengan sukatan khas yang dihasilkan untuk industri katering, pengusaha restoran, atau kilang makanan. Tahap kepekatannya sangat tinggi di mana 1 kg santan sawit jenis ini boleh menyamai kepekatan sehingga 3 kg santan kelapa biasa. Penulis blog kongsikan akan beberapa jenama Santan Sawit yang terkenal di peringkat lokl an global yang dikomersialkan. Pertama adalah Jenama Suri Santan dikeluarkan oleh FELCRA Berhad dimana ia sangat popular untuk pasaran domestik, katering, dan peniaga cendol diseluruh negara. Kedua ada Jenama Khalis Santan Sawit yang di keluarkan oleh Premium Food Coporation (pengeluar produk minyak daripada Sime Darby) dimana dikatakan ia bebas kolesterol, kaya Vitamin A dan E, mudah didapati di pasar raya besar. Ketiga ada Jenama Desa Santan Sawit dihasilkan oleh Sykt Pengilang Tempatan dimana ia adalah pelopor pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi retort untuk simpanan suhu bilik. Keempat ada Jenama   Santan Salwa juga oleh pembekal Sykt Alternatif santan sawit asli tanpa lemak trans untuk masakan harian. Apa pun dilaporkan dinegara lain seperti Afrika Barat (contohnya Nigeria) dimana mereka juga menggunakan ekstrak buah kelapa sawit seumpama santan yang dipanggil banga untuk memasak hidangan tradisional seperti jenama 'Banga Soup' namun ia diproses secara tradisional terus daripada sabut kelapa sawit segar. Di pasaran antarabangsa atau barat, produk berasaskan santan sawit ini adakalanya dilabelkan atau dikenali sebagai Palm Milk atau Palm-based Creamer.


Menarik akan fakta penting dimana produk santan sawit (pengganti santan kelapa berasaskan minyak kelapa sawit) yang dikembangkan melalui penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut bentuk fizikal, kaedah pemprosesan dan kaedah atau cara pembungkusan dijual dalam pasaran domestik dan eksport. Apa pun di hasilkan beberapa jenis Produk Santan Sawit yang perlu di ketahui pembaca blog semua. Pertama ada Jenis Santan Sawit Cecair (Pastur atau Jenis Retort atau Jenis UHTdimana jenis santan sawit ini ia sedia digunakan (ready-to-use) yang diproses melalui teknik homogenisasi dan pasterisasi. Sesetengah jenama menggunakan teknologi retort yang membolehkan santan cecair ini bertahan sehingga 1 tahun pada suhu bilik tanpa bahan pengawet. Kedua ada Jenis Santan Sawit Serbuk (Powdered) dimana ia dihasilkan menggunakan teknik sembur kering (spray drying) yang unik dan hebat akan tahap teknologinya (Sila lihat foto disebelah). Selelunya minyak sawit diadun menjadi serbuk yang menyerupai akan jenis serbuk santan kelapa yang sedia ada di pasaran. Kelebihannya ialah jangka hayat yang sangat lama, tidak mudah bergumpal (dengan formulasi baharu), dan mudah disimpan atau dieksport. Apa pun Produk Santan Sawit PLUS dimana ia merupakan jenis formulasi cecair yang dipertingkatkan oleh MPOB untuk kegunaan komersil spesifik seperti pembuatan cendol, masakan kari, dan pencuci mulut, dengan kestabilan emulsi yang lebih tinggi agar tidak mudah pecah minyak. Psling mufsh jumps slsh Jenis Produk Santan Sawit Segar atau Jenis Santan Sawit Simpanan Sejuk (Chilled) iaitu jenis santan cecair yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk (chiller) untuk mengekalkan kesegarannya, biasanya digunakan secara meluas oleh pengusaha kedai makan dan industri katering. Diantara ciri k
elebihan utama zzzptoduk Santan Sawit didunia diman produk ini ia semakin mendapat tempat di peringkat dunia didorong oleh faktor kesihatan dan kelestarian sebab ia rendah lemak tepu, bebas kolesterol, serta kaya dengan antioksidan semula jadi seperti Vitamin E (tokopherol dan tokotrienol). Ia juga tahan lebih lama  dan juga jenis masakan yang menggunakan santan sawit lambat basi, dan produk mentahnya tidak mudah tengik walaupun disimpan pada suhu bilik. Sebenrnya ia lebih ekonomik sebab kos pengeluaran lebih stabil berbanding kelapa, menjadikannya pilihan yang lebih murah bagi pengusaha industri makanan.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
SANTAN SAWIT... PRODUK SANTAN DIA...
RASA BERKRIM...SEAKAN SAMA KELAPA...
BEBAS KOLESTERO...RAMAI DAN SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.