Support My Blog

Friday, March 20, 2026

BUNGA SERI PAGI - APA FAKTANYA

BUNGA SERI PAGI
(Impomea tricolor) atau lebih popular dengan gelaran 'Morning Glory' adalah sejenis tumbuhan menjalar tropika daripada keluarga Convolvulaceae yang cantik dengan pelbagai warna menarik. Antara spesies lain yang biasa ditemui adalah Ipomoea indica, Ipomoea nil dan Ipomoea purpurea. Pokok bunga ini amat terkenal dengan bunga berbentuk terompet yang kembang pada waktu pagi setiap hari sehingga tengahari sebelum ia kuncup semula untuk beberapa jangkawaktu sebelum ia gugur. Penulis blog ada menanam pokok bunga serip pagi ini didalam pasu dan menjalar di pagar rumah berbunga setiap hari yang bunganya berwarna ungu kuat. Apa pun mereka yang suka menanam bunga memang memilih tanaman bunga seri pagi ini tepat dijadikan tanaman hiasan pada pagar dan ada banyak pilihan warna seperti warna biru, ungu atau merah jambu atau kombinasi warna unik serta ia juga mudah untuk dibiakkan melalui biji benih. Pergi sahaja ke nurseri swasta untuk membeli beberapa pasu kecil pokok bunga seri pagi dengan harga berpatutan. 
Harga Bunga Seri Pagi (Morning Glory) di Malaysia biasanya sangat berpatutan yang bermula sekitar RM5 sehingga RM8 untuk benih atau anak pokok. Pernah penulis blog membeli jenis biji benih paket (25 biji) berharga kira-kira RM5 sahaja dengan banyak pilihan dan ada di jual di pasaraya, kedai DIY, kedai 2C0 dan membeli terus atas talian. Ciri-ciri pokok hiasan ini diman ia adalah dairi jenis tumbuhan ini menjalar dengan cepat serta ia mempunyai daun berbentuk hati dimana ia memerlukan sokongan (saa ada jenis trellis atau pagar rumah sahaja) untuk tumbuh dan menjalar sendiri. Apa pun sesuai dengan namanya kebanyakan spesies kembang sepenuhnya di waktu pagi untuk menerima cahaya matahari penuh sehingga kuncup seluma sekitar jam 11 pagi bergantung kepada beberapa faktur seperti ia akan kuncup atau layu menjelang tengah hari atau petang apabila terkena cahaya matahari terik. DIlaporkan memang ada senayak lebih 1,000 spesies jenis bunga ini termasuk genus Ipomoea, genus Convolvulus dan genus Merremia. Penulis blog tahu jika tanaman Sayur kangkung (Ipomoea aquatica) adalah sejenis daripada keluarga tanaman bunga seri pagi. Selalu ia ditanam sebagai hiasan, menutupi pintu gerbang hiasan (pergola) dan dijadikan tanaman hiasan di taman gaya cottage. Ada laporan dimana ada biji benih sesetengah spesies adalah beracun dan tidak boleh dimakan serta ia boleh menjadi invasif (merebak terlalu cepat) di kawasan tropika. Pokok bunga morning glory ini juga ia merupkan sejenis tumbuhan hiasan yang menawan, mudah dijaga dan menambahkan keindahan taman dengan warnanya yang ceria. Artikel subuh 29 Ramadan 1447h ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta menarik mengenai pokok bunga seri pagi atau pokok morning glory sebegai bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana Bunga Seri Pagi (Morning Glory) ialah nama umum bagi lebih 1,000 spesies tumbuhan menjalar daripada jenis keluarga Convolvulaceae terutamanya dari genus Ipomoea, Convolvulus dan Calystegia. Ia terkenal dengan bunga yang berkembang di waktu pagi dengan banyak warna seperti warna ungu, biru, putih atau merah jambu dimana tumbuhan ini ia memerlukan cahaya matahari penuh untuk terus berbunga. Dikongsikan beberapa jenis dan genus utama bunga seri pagi yang popular sebagai fakta menarik untuk di kongsikan. Pertama adalah dari genus Ipomoea (iaitu ia jenis paling umum) dimana bagi jenis 
Blue Morning Glory (Ipomoea indica) selalu hasilkan jenis bunga yang berwarna biru terang atau berwarna ungu yang menjalar di pagar atau trellis. Kedua adalah Jenis Japanese Morning Glory (Ipomoea nil) yang merupakan salah satu variasi popular di Jepun dengan warna campuran seperti Dajuro dan Brocade of the Dawn (Sila lihat foto disebelah). Ketiga adalah Jenis Kangkong Air (Ipomoea aquatica) dimana memang ia adalah jenis kangkung yang berbunga sebagai salah satu jenis pokok seri pagi yang akan mengeluarkan bunga sama sendiri. Keempat adalah Jenis Moonflower (Impoea muricata) yang juga menjadi salah satu jenis yang kembang pada waktu malam. Jenis seperti Bunga Moonflower (Ipomoea alba) pula ialah sejenis tumbuhan memanjat yang terkenal dengan bunganya yang putih besar, wangi dan hanya mekar pada waktu malam. Ia juga dikenali sebagai 'Tropical White Morning Glory' di mana bunganya mekar apabila matahari terbenam dan ditutup apabila matahari terbit dan ia sering dianggap sebagai salah satu jenis bunga termahal atau semakin jarang ditemui. Kelima adalah Jenis Bindweed dari genus Genus Calystegia dimana Bunga bindweed (Convolvulus arvensis) ialah tumbuhan memanjat atau menjalar yang dianggap sebagai rumpai invasif yang sangat sukar dihapuskan kerana akarnya yang dalam. Ia mempunyai bunga berbentuk corong berwarna putih atau merah jambu pucat dan daun berbentuk jantung. Sering disalah anggap sebagai morning glory, ia merosakkan tanaman dengan membelitnya. Keenam adalah dari Jenis genus Merremia dalam keluarga yang sama. Jenis Merremia ialah genus tumbuhan berbunga dalam kumpulan keluarga Convolvulaceae (keluarga morning glory) yang dikenali sebagai tumbuhan memanjat atau menjalar. Ia sering dianggap tumbuhan liar atau rumpai di kebun, dengan bunga berbentuk corong. Spesies seperti Merremia emarginata dikenali sebagai tumbuhan Asia yang berguna. Ketujuh adalah dari Jenis Argyreia dimana ia adalah genus pokok anggur menjalar tropika daripada keluarga Convolvulaceae, yang terkenal dengan bunga berbentuk trompet (serupa bunga seri pagi) dan daun berurat jelas. Spesies popular seperti Argyreia nervosa (Hawaiian baby woodrose) digunakan sebagai hiasan manakala jeni Argyreia speciosa (Vidhara) selalunya ia ada digunakan dalam perubatan tradisional Ayurveda. Asasnya perlu di fahami jika Bunga Seri Pagi (juga dikenali sebagai Morning Glory) terdiri daripada pelbagai spesies di bawah genus Ipomoea. Bunga ini sangat unik kerana ia mekar penuh pada awal pagi dan mula menguncup pada waktu tengah hari. Dalam sistem pengkelasan lain dimana ada 4 kumpulan bunga jenis ini iaitu Seri Pagi Biru (Ipomoea indica) yang mana ia mempunyai bunga berwarna biru terang yang boleh bertukar menjadi ungu atau merah jambu pada penghujung hari. Kedua adalah Jenis Bunga Seri Pagi Jalar (Ipomoea cairica) iaitu ia sering dijumpai tumbuh meliar atau dipagar dimana ia di lihat mempunyai daun berbentuk seperti tapak tangan dengan lima lobus dan bunga berwarna ungu muda atau lavender. Ketiga adalah dari Jenis Bunga Seri Pagi Ungu (Ipomoea purpurea) iaitu ia juga dikenali sebagai Common Morning Glory dimana keberadaannya dalam pelbagai warna seperti ungu tua, merah jambu, dan putih. Akhir sekali yang keempat adalah Jenis Bunga Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) dimana ia mempunyai saiz bunga yang lebih besar dengan pelbagai corak dan warna yang menarik. Akhir sekali yang kelima adalah Jenis Bunga Seri Pagi Heavenly Blue (Ipomoea tricolor) iaitu ia diantara varieti yang paling terkenal kerana warna birunya yang sangat cantik dan bersih.


Pengalaman penulis blog mendapati jika b
unga ini mudah dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang dan sangat sesuai dijadikan hiasan pagar kerana tabiat menjalar yang cepat. Apa pun sejarahnya dimana bunga seri pagi mula dikenali ramai di negara China kerana khasiat perubatan biji benihnya yang boleh dijadikan ubat sembelit. Selepas dibawa ke negara Jepun barulah bunga ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan banyak kerja biakbaka dijalankan disana. Menanam bunga Seri Pagi (Morning Glory) ialah aktiviti berkebun yang mudah kerana ia tumbuhan menjalar yang cepat tumbuh, berbunga lebat pada waktu pagi, dan sesuai sebagai hiasan pagar atau pergola. Ia dibiakkan melalui biji benih yang direndam air suam, memerlukan cahaya matahari penuh, tanah yang lembap, dan sokongan untuk memanjat. Bagi dapatkan biji benih berkualiti ia di pilih dari pokok induk matang dan biji di ambil kemudian di rendam biji benih dalam air suam selama semalaman untuk mempercepatkan percambahan. Kemudian semai terus di atas tanah yang mendapat cahaya matahari penuh sehingga tumbuh dan berbuga. Apa pun mudah juga menanam gunakan Keratan Batang dengan potong batang sesuai dan terus di semai dulu atau boleh di tanam terus dengan penjagaan yang baik. Perlu diingatkan dimana jika menanam didalam pasu sebaiknya penyalinan pasu dibuat iaitu sebaik sahaja daun muncul. Pastikan menanam dilokasi yang banyak cahaya matahari penuh sepanjang hari untuk berbunga lebat. Menyiram dengan mempastikan tanah sentiasa lembap iaitu menyiram sekali seminggu atau lebih kerap jika cuaca panas. Pokok ini perlukan sokongan seperti pada pagar rumah (kawat chainlink terbaik), kayu junjung atau pergola kerana ia adalah tumbuhan menjalar yang agresif. Berikan baj a dengan tinggi fosforus setiap bulan untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Bunganya yang berbentuk terompet yang kembang pagi dan kuncup pada waktu petang atau boleh kncup seawal jam 11 pagi. Ia cepat menjalar dan boleh menjadi invasif (merebak terlalu banyak), jadi perlukan pemangkasan berkala dan kawalan pertumbuhan. Bunga Seri Pagi sangat sesuai untuk mencantikkan dinding rumah atau pagar taman dengan warna-warna yang menarik seperti biru, ungu, putih, atau merah jambu.


Dilaporkan yang 
Bunga Seri Pagi atau dikenali sebagai Morning Glory ia mempunyai khasiat tradisional untuk melegakan asma, merawat batuk, mengurangkan keradangan sendi dan ia membantu detoksifikasi badan. Daun dan bunganya sering dijadikan jus atau teh untuk merawat masalah perut, kencing sedikit dan rawat kesan gigitan serangga. Dalam kaedah rawatan tradisional dimana daunnya boleh direbus dengan sedikit garam untuk melegakan sesak nafas (asma). Ia juga dipercayai membantu mengawal tekanan darah dan dapat mengurangkan keradangan pada sendi. Ia dilaporkan memang mengandungi bahan antioksidan yang membantu membuang toksin dari badan atau proses detiksifikasi. Selalu ia ada di gunakan dalam rawatan tradisional untuk tujuan bagi merawat ketidakselesaan perut, jangkitan pernafasan dan kencing berdarah. Dalam cara menggunakan secara luaran pula diman adaunnya diramas untuk ditampal pada bahagian bengkak akibat gigitan serangga dan boleh sembuhkannya. Ada peringatan dimana walaupun mempunyai khasiat, pokok ini mengandungi kadar toksik yang sederhana untuk di fahami. Seeloknya dapatkan nasihat pakar atau pengamal herba sebelum mengamalkannya secara konsisten sendiri. Apa pun keindahan bunga ini yang mekar pada awal pagi dipercayai memberikan kesan menenangkan hati dan ia akan membantu mengurangkan stres serta memberikan aura positif kepada pemilik rumah. Penulis blog pernah dengar dimana dalam sesetengah amalan tradisional, daun atau bunganya yang dihancurkan boleh digunakan untuk membantu meredakan bengkak akibat gigitan serangga (seperti lebah) dengan cara menampalnya pada bahagian yang terjejas. Bahagian akar dan bijinya pula bagi sesetengah spesis adalah sesuai dibuat sebagai pencuci perut atau sebagai 'Julap' secara tradisional untuk mengatasi masalah sembelit. Namun cara ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana sesetengah bahagian tumbuhan ini boleh menjadi toksik atau keracunan jika diambil secara berlebihan. Dalam kes amalan agronomi tanaman dimana penulis blog dapati jika tumbuhan ini sering digunakan sebagai tanaman penutup bumi yang membantu dalam usaha mengurangkan hakisan tanah kerana sifatnya yang menjalar dengan cepat mengurangkan larian tanah. Peringatan juga perlu di berikan dimana ada banyak jenis atau spesies Bunga Seri Pagi mempunyai biji yang beracun jika tertelan. Ia juga mengandungi sebatian alkaloid yang boleh menyebabkan halusinasi, mual, atau sakit perut yang teruk. Pastikan ia jauh daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.  Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. 
BUNGA SERI PAGI...BANYAK WARNA...
MUDAH DI TANAM... MENJALAR DIA...
KEMBANG PAGI...KUNCUP SEMULA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...