Support My Blog

Tuesday, December 16, 2025

BAGAI KUCING KEHILANGAN ANAK


Peribahasa BAGAI KUCING KEHILANGAN ANAK' adalah salah satu peribahasa Melayu yang ada kiasan dan ada maksudnya tersendiri. Serara rasminya maksud peribahasa ini adalah '
Keadaan bingung dan hilang arah' yang berlaku. 
Apa pun peribahasa ini bermaksud seseorang yang hilang akal, sangat bingung, atau tidak tentu arah kerana ditimpa musibah yang datang. Keadaan ini sama kejadiannya seperti seekor ibu kucing yang kehilangan anak-anaknya dimana ia akan menyebabkan ia menjadikan ibunya akan berperangai atau berkelakuan keluh kesah dan panik. Maka ibu kucing ini akan berbunyi kuat mencari anaknya daan berjalan mundar-mandir selama mana anaknya tidak di jumpai. Apa lagi kalau bilangan anaknya yang hilang ini lebih daripada satu ekor menunjukkan tahap kesayangan ibu kucing terhadap anak-anaknya. Kalau sudah berjumpa maka ibu kucing akan mengigit di tengok anak kucing dan di bawa pulang untuk berkumpul dengan anaknya yang lain di lokasi selamat. Lumrah alam dimana akan ada individu atau orang yang mungkin akan kehilangan akal, bingung, atau tidak tentu arah apabila berhadapan dengan musibah atau kejadian buruk atau ancaman dalam kehidupannnya. Situasi ini boleh berlaku apabila seseorang menghadapi musibah yang besar seperti kemalangan yang menimpa ahli keluarga, berlaku bencana alam yang kehilangan harta benda, kematian ahli keluarga tersayang secara mengejut dan sebagainya sehingga mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan bingung. Sebagai menjelaskan peribahasa ini boleh membuat contoh ayat 'Dolah berperangai bagai kucing kehilangan anak apabila mendapati rumahnya dirompak malam tadi dengan kecurian barang kemas dan ancaman dengan pisau tajam oleh perompak tersebut yang mengancam nyawa keuarganya'. Dalam kehidupan harian dimana anak kucing yang di rujuk adalah jenis kucing domestik yang belum dewasa dimana ia masih bergantung sepenuhnya pada ibu mereka untuk terus hidup untuk beberapa minggu pertama kehidupan mereka. Anak kucing ini akan menyusu ibunya secara berbaring beramai-ramai dan bertatih untuk berjalan dan memang menarik diperhatikan. Peribahasa ini dilihat terus relevan dalam masyarakat daru dulu sehingga sekarang kerana kejadian musibah yang menimpa manusia itu akan terus belaku sebagai Qada dan Qadar. Ada keperluan ahli keluarga lain, jiran-jiran, masyarakat tempatan, kerajaan dan NGO yang perlu datang membantu mereka yang baru kena musibah ini yang kebingungan dalam bentuk khidmat nasihat, makanan, kewangan dan sebagainya perlu tampil. Artikel pada subuh dalam kedinginan ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai periahasa 'Bagai Kucing Kehilangan Anak' sebagai bahan bacaan dan bahan rujukkan semua.  


Anak kucing (
kitten) biasanya dilahirkan dalam jumlah diantara 2 hingga 6 ekor dan memerlukan penjagaan rapi dari ibunya untuk beberapa minggu pertama. Sering di lihat dimana ibu kucing akan menyusukan semua setiap 2-3 jam (Sila lihat foto disebelah). Anak kucing sangat memerlukan ibu mereka untuk meneruskan hidup dan tidak boleh dipegang terlalu kerap oleh manusia agar anak kucing ini tidak ditolak oleh ibunya kelak. Pemilik kucing yang baru beranak di nasihatkan agar jangan terlalu kerap memegang anak kucing yang baru lahir kerana ibu kucing mungkin menolaknya jika merasa tidak selesa atau bimbang akan keselamatan anaknya. Penting bagi mempastikan ibu kucing berada di tempat yang tenang dan bebas dari sebarang ancaman atau gangguan. Lazimnya mata anak kucing akan mula terbuka antara 7 hingga 10 hari selepas dilahirkan dimana fasa ini iaitu dua mata akan terbuka sepenuhnya adalah penting untuk ia berfungsi dengan baik sekitar dua minggu selepas itu. Tumbesaran anak kucing akan terus berkembang pesat dari masa ke semasa sehingga ia dapat membuka mata mereka sekitar seminggu hingga sepuluh hari selepas dilahirkan. Kemudian barulah anak kucing ini mula makan makanan pepejal dan tumbuh gigi dewasa selepas kira-kira empat minggu dan mampu berdikari. Dari sejak di lahirkan memang anak kucing bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk kelangsungan hidup pada minggu-minggu pertama. Anak kuicng selalunya mula makan makanan anak kucing pepejal selepas 3 hingga 4 minggu apabila fasa  tumbuh gigi dewasa sudah berlaku. Melihaat kepada anak kucing semua aorang ingin memegang dan suka bermain dengannya sebab sifat sosial anak kucing adalah haiwan yang sangat comel dan manja dan selalu ia menghabiskan banyak masa bermain dan berinteraksi dengan ibu mereka dan saudara adik beradik yang lain dengan berlari, bergomol, kejar mengenar dan aktif dn kemudian tidur. Ramai orang akan meletakkan ibu dan anak kucing dalam bakul atau sarang khas untuk keselesaan mereka.


Perangai ibu kucing yang kehilangan anaknya akan terus berusaha untuk mencarinya dengan berbunyi (memanggil anaknya) dan berjalan mudar mandir diseluruh kawasan. Kemudian apabila ia jumpa anaknya yang hilang dimana i
bu kucing menggigit tengkuk anaknya iaitu satu tabiat normal untuk memindahkan anak kucing tersebut. Kemudian dia akan membersihkan anaknya dengan menjilat,  mengajar atau membetulkan kelakuan anak-anaknya. Itu adalah cara ibu kucing menyayangi dan menjaga kesemua anak-anaknya yang menunjukkan bahawa kasih sayang haiwan seperti ibu kucing memang hebat dan patut di contohi. Mungkin akan di lihat jika ibu kucing akan menggigit tengkuk anaknya sebagai cara untuk membawa dan kemuidan dia akan memindahkannya. Ia adalah naluri untuk memastikan anak kucing tersebut sentiasa akan berada dalam keadaan selamat dan terlindung. Teknik ibu kucing ini juga mungkin menggigit tengkuk anaknya untuk membersihkan bulunya terutamanya selepas makan atau tidur. Gigitan pada tengkuk juga boleh menjadi cara ibu kucing mengajar anak-anaknya supaya kelak ia akan lebih patuh akan tetapi mempastikan ia tidak menggigit terlalu kuat atau menyakitkan anaknya. Memang menarik melihat perangai ibu kucing dimana ada juga kadang-kala ibu kucing mungkin menggigit tengkuk anaknya sedikit untuk mengawal kelakuannya terutamanya jika anak kucing terlalu degil atau berbahaya. Maka jangan merasa bimbang melihat keadaan ini dan boleh diperhatikan reaksi anak kucing tersebut dimana ia akan kelihatan gembira dan sihat di bawah jagaan ibunya. Apa pun boleh juga di lihat jika berlaku keadaan anak kucing kelihatan takut, tidak selesa, atau terdapat kesan luka maka ia mungkin perlu membawa anak kucing ke doktor haiwan sesuai untuk diperiksa tahap kesihatannya. Sebenarnya tindakan induk kucing menggigit anaknya biasanya adalah perilaku naluriah untuk tujuan hanya memindahkan, mendisiplinkan, atau mengajarinya, meskipun boleh juga juga menjadi tanda adanya masalah. Ibu kucing sering menggigit tengkuk anak kucing untuk memindahkannya dengan selamat sementara gigitan lembut juga boleh ibunya digunakan untuk mengajar perilaku yang baik,seperti berhenti semasa bermain terlalu aktif atau bertujuan menjaga jarak.


Manusia normal akan 
sering mengalami kebingungan pada diri mereka misalnya ketika seseorang merasa sedih, bersalah, takut dan menangis sering di ikuti oleh perasaan lain yang berlawanan dari perasaannya. Perasaan bingung adalah suatu keadaan dimana mental seseorang merasa kehilangan arah, tidak yakin atau tidak dapat berfikir dengan jelas dan seringkali disebabkan oleh tekanan (stres), kelelahan atau ada masalah kesihatan mental seperti kecemasan dan depresi. Perasaan ini boleh berlaku dan disertai dengan gejala lain seperti merasa dri gagal, susah untuk  dan ingin bercakap namun tidak tahu harus bermula dari mana dengan siapa hendak diluahkan perasaannya. Berlainan orang akan menghadapi masalah kebingungan dari perlbagai masaalah yang berlainan. Apa pun diantara penyebab Perasaan Bingung adalah disebabkan oleh faktur Stres dan Kelelahan sebab terlalu banyak pikiran atau tekanan dapat membebani mental dan menyebabkan individu tersebut akan kebingungan. Ia juga mungkin boleh disebabkan oleh Masalah kesehatan mental seperti keadaan kesan dari depresi dan kecemasan yang akan dapat menimbulkan perasaan bingung, kehilangan arah dan merasa dia sudah tidak berharga. Sebab ketiga mungkin berpunca dari Faktor Fizikal seperti berlaku kekurangan oksigen, sebab dehidrasi, keracunan alkohol atau cedera di bahagian kepala yang berlaku. Keempat ia boleh bingung di sebabkan oleh Masalah keseimbangan tubuh ysng berlaku berpunca dari suhu tubuh ekstrem (terlalu tinggi atau rendah) atau kekurangan aliran darah juga dapat memicu kebingungan. Apa pun perlu di kongsikan bagaimana cara untuk mengatasi Perasaan Bingung yang dihadapi sebab ia sangat subjektif dan memang berlainan setiap individu. Syor pertama adalah dengan BUAT KOMUNIKASI atau bercakap dengan orang lain yang boleh di percayai seperti ahli keluarga, kawan rapat, kaunselor dan sebagainya. Luahkan apa isu dan masaalah yang di hadapi kepada mereka daiman ini akan mengurangkan kebingungan. Cara AKTIVITI MENULIS (writing) juga di laporkan ia boleh mengurangkan tekanan dan kebingungan iaitu dengan menuliskan isi pikiran dan perasaan di atas kertas dimana ini akan membantu menjernihkan pikiran kusut. Seterusnya sesiapa yang bingung boleh MEMINTA BANTUAN dengan cara bergabung dengan beberapa kumpulan atau grup seperti wasap grup atau forum online yang sesuai bagi mendapatkan nasehat dan ini boleh memberikan rasa tidak sendirian dan saling memahami didalam kumpulan. Sebaikanya cuba dengan keupayaan pembaca blog sendiri untuk MENGAWAL TINDAKBALAS yang perlu di ambil sisebabkan kebingungan iaitu dengan terus mempelajar dalam mengawal isu dan masaalah krepada perkara yang tidak menyenangkan dan membingungkan atau elakkan sahaja memikirkannya. Dalam kaunseling dimana keupayaan dalam MENERIMA DIRI SENDIRI adalah sentiasa berikan kemaafan dan berterima kasih pada diri sendiri dan persekitaran agar ini akan dapat meningkatkan kapasiti dan perasaan. Paling hebat apabila seseorang menghadapi masaalah mental dan kebingungan yang berulang dan serius adalah berjumpa dengan doktor pakar atau kaunselor. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAGAI KUCING.. HILANG ANAKNYA...
PUSING KELILING..BERBUNYI SAJA...
ORANG BINGUNG/...HI;ANG ARAHNYA...
DAPATKAN BANTUAN...ADA CARANYA...

By,
M Anem.
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...