Haiwan memerang walau pun kelihatan comel dan mungkin menarik perhatian ramai ketika di zoo ramai kurang tahu akan fakta menarik tentangnya. Apa pun kalangan murid sekolah atau pun orang dewasa di Malaysia lazimnya memang menyukai haiwan-haiwan yang comel seperti kucing, anjing, arnab dan banyak lagi dan memerang juga. Beberapa video yang menunjukkan aksi memerang yang mencuit hati, kan sama ada dalam tiktok, youtube atau TV ada yang juga menunjukkan gelagat haiwan ini. Ada jenis memerang laut dan memerang sungai. Bagaimana individu yang suka akan haiwan memerang atau nama Inggeris otter dimana mereka perlu tahu akan beberapa fakta menarik mengenainya. Sebenarnya bukan semuanya terdiri daripada jenis Memerang Laut dimana ramai orang mungkin tidak dapat membezakan antara memerang laut dan memerang sungai. Isu ini juga menyebabkan orang ramai menganggap memerang sungai sebagai memerang laut. Apa pun apa yang penulis blog faham dimana selalunya 'Memerang Sungai' akan tinggal di sungai akan tetapi ia akan memburu dan berenang sehingga di sekitar lautan. Jenis ini ia mempunyai telinga boleh dilihat jelas dimana ia berenang dengan perutnya menghadap bawah. Memerang akan menggunakan kaki berselaput untuk bergerak dimana ia boleh bergerak dengan pantas di dalam air dan di darat. Dalam pada itu jenis lain iaitu 'Memerang Laut' pula tinggal di lautan dan juga didapati di persisiran pantai. Jenis ini selalu ia bergerak dengan perlahan di darat dan bergerak menggunakan kaki belakang serta ekornya. Biasanya saiz memerang laut adalah lebih besar daripada memerang sungai. Beratnya pula boleh mencecah sehingga 45 kilogram untuk memerang jantan. Hasil kajian dilaporkan jumlah berat memerang sungai jantan pula tidak akan melebihi 13 kilogram sahaja. Salah satu ciri khas memerang dimana ia akan Berpautan Ketika Tidur seperti didalam videeo. Pernah penulis blog tonton dimana ada ekor memerang yang tidur di atas permukaan air sambil berpautan antara satu sama lain. Ia sebenarnya memang dilakukan oleh haiwan ini, terutama sekali antara anak memerang dan ibunya. Tujuan memerang berpaut antara satu sama lain adalah untuk memastikan ia tidak akan terhanyut. Ia juga tidur dengan membalutkan rumpai yang panjang di sekeliling mereka seperti selimut. Rumpai itu digunakan sebagai pemberat supaya memerang tidak akan hanyut ke lautan. Uniknya apabila anak memerang masih kecil, ibunya akan memegang anak memerang itu di atas perutnya bagi mengelakkan ia terhanyut.
Perlu di ketahui jika ia Merupakan Haiwan Terancam iaitu dalam kategori 13 spesies memerang, IUCN telah senaraikan lima antaranya sebagai haiwan terancam. Tiga spesies daripadanya dalam keadaan hampir terancam dan dua spesies lagi terdedah kepada ancaman. Apa pun hanya spesies memerang Amerika Utara saja yang dikatakan berada dalam keadaan yang didakwa tidak membimbangkan. Haiwan ini terancam kerana berlakunya pencemaran, kemusnahan habitat, memancing secara berlebihan dan juga pemburuan haram. Nyawa memerang ini juga berada dalam keadaan bahaya kerana ia mungkin tersangkut pada jala atau alatan memancing lain yang mungkin tidak kelihatan olehnya. Kes seperti tumpahan minyak menimbulkan ancaman terbesar kerana memerang laut tinggal berdekatan dengan laluan kapal tangki utama dan ia mudah menghidap hipotermia jika bulunya bersentuhan dengan minyak. Didakwa ada juga parasit spesis kucing yang dipanggil toxoplasmosis yang turut membahayakan nyawa memerang ini. Haiwan parasit ini boleh didapati dalam najis kucing dan ia akan masuk ke dalam laluan air sekiranya najis itu dibuang di dalam tandas dan dipamkan. Apa pun yang unik juga dimana haiwan Memerang Mempunyai Banyak Nama seperti dalam bahasa Melayu ada yang akan memanggilnya memerang atau anak memerang saja. Tetapi ia mempunyai pelbagai panggilan dalam bahasa Inggeris seperti panggilan pups, kits dan kittens. Memerang betina pula dipanggil akan dipanggi sebagai sows dan memerang jantan dipanggil boars. Selain itu dalam bahasa Inggeris sekumpulan memerang dipanggil family, bevy, lodge dan romp. Pada kebiasaannya dimana romp digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan memerang di atas darat manakala sekumpulan memerang di dalam air pula dipanggil raft. Apa pun di Malaysia ia sama saja dipanggil Memerang sahaja.
Mengenali jenis memang termasuk jenis Memerang Gergasi sesuai agar ia di bincangkan juga. Dilaporkan jenis besar atau memerang gergasi merupakan spesies memerang yang terancam yang boleh dijumpai di Amerika Selatan sahaja terutama sekali di sepanjang Sungai Amazon dan di Pantanal. Ia merupakan spesies memerang terpanjang dengan kepanjangan enam kaki dan berat 34 kilogram dimana ia makan makanan seberat 4 kilogram setiap hari. Didakwa pemburuan haram untuk mendapatkan bulunya itu telah mengakibatkan populasi haiwan berkenaan semakin berkurangan. Haiwan ini juga menerima ancaman seperti kemusnahan habitat, racun perosak dan pencemaran akibat perlombongan. Pakar yang mana menganggarkan kurang daripada 8,000 ekor memerang gergasi saja yang masih wujud diseluruh dunia. Dilaporkan ada jenis Memerang Hidung Berbulu dimana ia berhidung yang berbulu yang merupakan spesies memerang terancam di Asia. Ia dilihat sebenarnya dianggap sebagai spesies yang sudah pupus hinggalah pada tahun 1998 di mana seorang saintis dari Thailand menjumpai populasi kecil memerang itu. Penemuan semula setelah ia dianggap sebagai haiwan yang sudah pupus telah menjadikan memerang ini sebagai spesies Lazarus. Spesies Lazarus bermaksud haiwan yang pada mulanya dikatakan telah pupus tetapi telah dijumpai semula. Apa pun ancaman terbesar bagi memerang hidung berbulu ini adalah pemburuan haram dan kehilangan habitat akibat kebakaran hutan, pembinaan empangan, dan membersihkan hutan paya untuk ladang kelapa sawit dan ternakan ikan. Didakwa yang memerang ini menyukai hutan paya gambut, terutamanya yang mempunyai Melaleuca, pokok teh paya. Tetapi, bilangan pokok teh itu semakin berkurangan. Menarik jika ada Sesetengah Spesies Tiada Kuku walau pun kebanyakan memerang mempunyai kuku tajam yang membantunya untuk menangkap mangsa. Tetapi, terdapat tiga spesies memerang yang mempunyai kuku yang tumpul ataupun tidak mempunyai kuku. Tiga spesies ini adalah jenis Memerang berkuku pendek Asia, Memerang tidak berkuku Afrika dan juga Memerang tidak berkuku Congo. Memerang daripada tiga spesies ini juga mempunyai selaput yang kurang di kakinya. Kombinasi kuku pendek dan selaput yang sikit ini menjadikan memerang ini lebih lincah ketika mencari makanan. Ia menggunakan kaki bahagian depannya dengan ketangkasan menyerupai ketangkasan manusia untuk menangkap makanan dihabitatnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.