Support My Blog

Sunday, January 26, 2025

SIREH OH SIREH

TANAMAN SIREH
(Piper betle) merupakan satu jenis aktiviti perkebunan yang amat jarang disebut dikalangan orang Melayu akan tetapi ia diusahakan secara semi-komersial atau komersil oleh masyaraat India di Malaysia. Pokok sireh yang berwarna hijau dan melilit kayu atau pokok sokongan adalah daripada keluarga Piperaceae yang memang mudah ditanam dan dijaga dengan kaedah penanaman organik. Apa pun penulis blog tahu dimana dikalangan masyarakat Melayu cukup kenal dengan daun sireh kerana orang-orang tua dahulu kala gemar untuk makan daun sireh. Disamping itu juga dilaporkan dimana daun sireh mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional. Daripada beberapa kali buat rujukkan didapati ada 4 jenis atau varieti daun sireh di Malaysia (tidak didaftarkan di bawah Senarai Varieti Tumbuhan Malaysia di Jabatan Pertanian lagi) iaitu Sireh Melayu Sireh Cina, Sireh Keling atau India dan Sireh Udang. Sireh Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sireh dimana ia berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding sireh Melayu. Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya. Ia mudah ditanam tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti jenis sireh yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan dia mati. Sireh Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan tetapi agak kusam. Rasanya lebih pedas dan teksturnya yang agak keras ketika dimakan. Sireh Udang pula mempunyai urat daun dibelakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Penulis blog sempa beberapa kali melawat kebun sireh milih orang tempatan yang agak komersil di Mantin, Negeri Sembilan, di Alor Gajah, Melaka dan di Kg Lima Kedai, Johor Bahru untuk mempelajari amalan agronomi penanaman sireh. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" yang mempaparkan mengenai fakta daun sireh dan beberapa kegunaan serta khasiatnya untuj rujukkan anda semua.


Memang kehebatan 
daun sirih untuk rawat penyakit serta selalu digunakan untuk seri wajah sudah lama di ketahui umum. Dilaporkan dimana ada 1,001 macam khasiat dan manfaat daun sirih dari aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi. Sirih atau nama saintifiknya Piper betle pada penulis blog adalah ia sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan sudah terbukti sejak dulu lagi. Sudah ada ramai individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi. Dalam adat istiadat Melayu terutama pada majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri. Dalam aspek seperti kesihatan, daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh malahan aspek nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik. Sirih umumnya ia memiliki dua jenis daun sirih iaitu Sirih Hijau dan juga jenis Sirih Merah namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau sahaja. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit. Apa pun kajian mendapati dimana sirih berguna sebab daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap. Ia juga mampu untuk menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak. Seterusnya sireh dapat membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang. Ia dapat menghalang dan menghentikan hidung berdarah serta dapat membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan. Kehebatan fakta daun sireh termasuk didakwa ia boleh menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau. Ia juga mampu untuk mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak serta mampu untuk menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur. Paling pembaca blog anim agro technology gembira bila dun sireh didakwa mampu membantu proses mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain beri melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker. Daun sireh juga sebagai bahan untuk pembalut untuk tangan terseliuh atau patah serta mampu untuk merawat penyakit sendi dan bisa tulang.


Banyak laporan dalam media tempatan melaporkan dimana kehebatan 'UMP hasilkan sanitizer daun sirih' iaitu sekutar tahun 2017. Ia berlaku di UMP Kuantan apabila daun sirih yang suatu ketika dulu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kerana dijadikan kudapan serta bahan penjagaan kesihatan, kini hanya menjadi penyeri atau hiasan set hantaran untuk majlis perkahwinan. Inovasi oleh penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai pensyarahnya, Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim sudah mula mengubah persepsi masyarakat moden kepada sirih kerana ia kini boleh dijadikan cecair pembunuh kuman atau 'sanitizer'. Dilaporkan diantara bahan-bahan cecair pembunuh kuman 'sanitizer' hasil kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Malaysia Pahang (Sila lihat foto sebelah). Produk ini ia berbeza dengan cecair pembunuh kuman sedia ada dalam pasaran kerana dapat mengelakkan masalah kulit merengsa berikutan penggunaan etanol iaitu bahan kimia alkohol yang asasnya dari petroleum. Kerja penyelidikan serta usaha inovasi itu dijalankan sejak 2008 dimana apabila pihaknya mahu mencari formula khas yang boleh menjadi antiseptik untuk digunakan dalam kehidupan harian. UMP telah pun menggunakan daun binahong dalam menghasilkan produk seperti sabun dan krim, bagaimanapun ia dianggap kurang berjaya kerana tidak kelihatan menarik yang mungkin menyebabkan ia sukar dipasarkan. UMP juga ada melakukan penyelidikan lanjutan untuk menghasilkan produk antiseptik mampu dipasarkan dan akhirnya berjaya membangunkan inovasi sanitizer diperbuat daripada daun sirih. Inovasi itu sudah diuji oleh Makmal Bioserasi dan Klinik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memastikan ia selamat digunakan, selain digunakan secara dalaman di UMP serta sebuah hospital swasta untuk mendapatkan maklum balas. Setakat ini ramai memberikan maklum balas positif antaranya kulit pemakai lembap apabila memakainya, tidak merengsa seperti produk lain. UMP sudah melakukan kerja penyelidikan lanjutan bagi mempelbagaikan perasa kerana setakat ini hanya ada perasa lemon. Ada juga permintaan supaya tidak dicampur sebarang perisa bagi kegunaan jemaah haji  UMP sudah mendapatkan pensijilan halal bagi cecair pembunuh kuman terbabit dan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk perakuan pengurusan amalan terbaik daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Ia mempunyai tiga peringkat dan kita kini berada di tahap ketiga, antara aspek diambil kira adalah memastikan kebersihan makmal, sekiranya berjaya memperolehnya, maka peluang mendapat persijilan halal agak tinggi. UMP adalah pengeluar pertama mendapat pensijilan halal bagi produk cecair pembunuh kuman sekiranya berjaya, pengguna tidak lagi perlu was-was menggunakannya.


Masih ada kalangan warga Malaysia yang masih amalkan budaya mengunyah sireh. Menarik jika dikongsikan akan isu dan bahaya kunyah sirih untuk suatu jangkamasa lama. Ini kerana ada fakta yang dakwa tabiat makan daun sirih dan buah pinang secara berlebihan akan ia mengundang masaalah kanser mulut dan kanser kerongkong. Laporan oleh Ketua Koordinator Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS) Prof Madya Dr Amer Siddiq yang mengakui perkara itu dakwa dimana kandungan arekolin dalam sirih dan pinang boleh membuatkan seseorang ketagih. Sama seperti tembakau yang ada nikotin yang terkandung di dalamnyadan ia juga menjadi faktor ketagihan iaitu kes ini sama juga dengan sirih dan pinang yang mengandungi bahan arekolin iaiatu ia adalah alkaloid yang toksik dan bertindak sebagai agonis ke atas sistem saraf. Individu yang mengambil dengan berlebihan menjadi risiko kepada kanser dan sudah dikategorikan sebagai karsinogen (bahan yang membentuk kanser) kepada manusia. Penggunaan sirih dan pinang semakin meluas di rantau Asia Pasifik seperti India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja, Indonesia dan masih ada Malaysia.  Dilaporkan di Malaysia ada terdapat 10.3% pemakan sirih dan pinang dimana jenis pengguna teramai adalah daripada golongan wanita iaitu sekitar 32.1% berbanding kaum lelaki sekitar 10.3%. Apa yang membimbangkan berdasarkan laporan kajian di India membuktikan semua kes kanser mulut berlaku dalam kalangan mereka yang makan sirih dan juga makan pinang. Kejadian risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sirih dan pinang lebih tinggi berbanding pengguna tembakau. Dianggarkan risiko keputihan di bahagian pipi dalam (oral lichen planus) terjadi 15.8 kali kerana makan sirih dan pinang manakala kebonjolan (nodular leukoplakia) adalah 3,243.1 kali. Apa pun ia semua adalah punca atau faktor pada peringkat awal untuk seseorang mendapat kanser mulut. Memang kajian menlaporkan tabiat memakan daun sirih dan buah pinang juga dikaitkan dengan kesan kesihatan kepada jantung, saraf, perut atau usus, pernafasan dan sistem reproduktif. Berlainan dengan pengguna tembakau dimana konsep dan model menerangkan proses karsinogen didokumentasikan dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan lain. Apa pun bagi pemakan sirih dan pinang dimana model atau konsep sama tidak dibangunkan sehingga mereka tidak tahu kesan yang akan diperoleh. 
Semuga artikel ini dapat beri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DAUN SIRIH... MUDAH TANAMNYA...
BERWARNA HIJAU...BANYAK GUNA...
NILAI PERUBATAN...SUDAH ADA...
BACA SEMUA...RASANYA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...