Support My Blog

Wednesday, October 31, 2018

PEPATUNG - APA KEHEBATAN SERANGGA INI?

DRAGONFLY (Pepatung atau Sibur-sibur) adalah sejenis serangga jenis Anisoptera iaitu didalam Order ORDONATA, iaitu Suborder EPIPROCTA dan Infraorder ANISOPTERA yang mempunyai 11 Keluarga dan ianya terdapat diseluroh dunia. Nama-nama lain serangga ini adalah Dragonfly, Damselfly (English), Pepatung; Patung-patung, Sibur-sibur, Sesibur (Malaysia), Capung (Indonesia), Kinjeng (Jawa Muar - Kampung penulis blog) dan banyak lagi. Saya memang kenal pepatung (dragonfly) ini semenjak kecil lagi dan suka memerhatikan aktiviti pergerakannya terutama ketika serangga dragonfly terjun atas permukaan air berulang-ulang kali, ketika itu kami katakan ia untuk mandi kata rakan-rakan sebaya. Saya juga ada membuat 'senapang getah' untuk menembak dragonfly dan dapat membunuhnya ketika kanak-kanak dulu, memang sungguh seronok!. Kini setelah hampir hendak pencen, rasanya amat lama tidak dapat melakukan pemerhatian mengenai pepatung sehingga artikel ini ditulis. Sebelum menulis saya banyak membuat pembacaan dan rujukan dalam beberapa sumber termasuk buku dan lamanweb untuk mengumpul maklumat. Apabila artikel ini ditulis, saya kini telah lebih memahami akan dragonfly ini dan memang amat menakjubkan serangga hebat ini. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai "Dragonfly" atau pun kalau di dalam pemahaman kita disebut sebagai "Naga Terbang". Ini mungkin disebabkan oleh marfologi badannya seakan haiwan naga dengan bentuk mata terjojol keluar dan bahagian badan serta ekornya yang berbentuk badan dan ekor naga. Soalannya ujud ke haiwan naga ini?. Artikel subuh ini saya menulis mengenai haiwan yang hebat yang dinamakan Dragonfly (pepatung) dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda semua.

Dragonfly atau pepatung adalah serangga yang mempunyai sepasang mata besar dengan 360 darjah yang kompleks dengan mudah dapat dilihat oleh mata kasar (Sila lihat foto sebelah). Serangga ini juga saya lihat mempunyai sepasang kepak besar yang jernih (transparent) dan kuat. Bentuk kepak dan ekornya ini membolehkan serangga ini bergerak dalam banyak situasi. Serangga ini seperti serangga lain mempunyai 6 kaki tetapi ia tidak mampu berjalan. Kajian para saintis menunjukkan jenis pepatung gergasi merupakan spesis serangga paling pantas terbang dengan kadar purata kelajuan sehingga 60 batu sejam atau 97 km sejam! wow!..macam naik kereta lajunya. Gerakan kedua-dua kepak yang sangat laju serta cepat ini dan bentuk badan yang ringan serta bentuk yang 'aerodinamik' menyebabkan 'Pepatung Gergasi' mampu terbang laju. Dragonfly bersaiz besar pula mampu terbang dengan purata kelajuan 10-15 meter sesaat atau 20-25 batu sejam. Kajian mendapati bahawa pepatung bersaiz sederhana terbang dengan kelajuan 4.5 meter sesaat (10 bsj). Bagaimana pun struktur badan dragonfly yang ringan ini membolehkan ia bergerak pantas dalam mempastikan spesis ini mapu hidup semenjak zaman purna dulu lagi.

Kajian oleh Ahli Kaji Serangga mendapati pepatung yang betina bertelur diatas permukaan air (lazimnya air bersih) dan telurnya akan berada pada permukaan air atau melekat pada tumbuhan dalam parit atau kolam. Saya sering perhatikan pepatung betina akan terjun dan akan masuk keseluruhan badannya dalam air (menyelam) untuk bertelur beberapa kali dalam air. Selalunya telur dragonfly ini akan menetas untuk jadi  'Nymph' dimana dilaporkan bahawa jangkahayat pepatung paling lama adalah dalam bentuk nymph dalam air. Nymph  (Sila lihat foto disebelah) ini berada dibawah permukaan air dan makan menggunakan taringnya untuk memakan jentik-jentik nyamuk atau sebarang hidupan yang mana akan berada dipermukaan air. Pada peringkat ini lazimnya nymph mempunyai insang untuk pernafasan dalam air seperti juga hidupan lain dalam air. Ia juga mampu untuk berenang dan bergerak dalam air. Kajian menunjukkan larva pepatung biasa hidup antara 2 bulan hingga 3 tahun dalam air (ada yang dilaporkan sehingga 5 tahun). Peringkat ini jarang-jarang dapat kita lihat kalau tidak membuat kajian secara mendalam dan merekodkannya dengan tepat. Sebenarnya saya sebelum ini pun kurang mengetahui akan perkara ini sehingga membuat rujukan dalam beberapa buku mengenai serangga ini. 

Apabila larva atau nymph ini sudah bersedia untuk jadi pepatung dewasa atau pun proses 'metamorphosis', maka larva akan naik kedarat dan akan terus hinggap pada beberapa daun tumbuhan yang terdapat disekelilingnya. Selepas itu badannya akan mula mengeras dan seterusnya mula untuk bernafas seperti haiwan didarat. Seterusnya proses pembentukkan dua pasang kepak yang jernih dan kuat akan berlaku. Ini diikuti dengan pembentukkan organ seperti bahagian mata, kaki, ekor dan sebagainya. Proses metaophorsis ini memerlukan masa yang berbeza-beza antara spesis dragonfly, sama dengan keadaan persekitaran, cuaca dan juga sumber makanan. Selalunya pada waktu ini ia makan serangga halus, hamama atau kutu daun sehingga ianya mampu untuk terbang. Kajian penulis kini mendapati pepatung merupakan satu-satunya antara jenis serangga unik yang mana ia mampu terbang 6 arah ; KEDEPAN, KEKIRI, KEKANAN, KEBELAKANG, KEATAS dan KEBAWAH dengan pantas dan cepat menggunakan kepak dan ekornya dalan teknik pergerakan yang unik. Keunikan serangga ini adalah dimana ia mempunyai satu atau dua pasang kepak yang kuat membantunya bergerak pantas pada banyak arah. Ia juga seakan sebuaah helikopter yang boleh terbang banyak arah. Dragonfly dewasa apa yang penulis lihat biasanya mampu hidup antara 5 - 6 bulan dalam keadaan iklim yang biasa. Ia bergantung kepada spesis, iklim dan juga pemangsa. Biasa terbang bebas apabila ada cahaya matahari dan suhu agak panas dan bersembunyi pada malam hari.

Penulis blog  juga mengetahui info dragonfly ini semasa belajar di Universiti dulu bahawa dragonfly adalah sejenis serangga pemangsa (Predator) yang sangat berguna dalam sektor pertanian. Kenapa ia berlaku?. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak tanaman seperti Lalat buah (Dacus dorsalis) atau juga dipanggil sebagai Fruit Fly (Sila lihat foto sebelah), Nyamuk, Belalang kecil, Kumbang, Semut, Hamama dan banyak jenis serangga lagi. Dikawasan kebun mangga atau buah-buahan tropika seperti jambu batu, nangka, betik, belimbing dan lain-lain pepatung akan dapat mengurangkan populasi lalat buah dengan baik sekali. Dalam teknologi kawalan perosak bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) tidak banyak yang menyatakan mengenai kepentingan dragonfly sebagai salah satu serangga yang berfaedah. Kalau cuaca panas lazimnya populasi serangga perosak tanaman akan bertambah dan juga populasi dragonfly juga bertambah. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Kini bagi lokasi seperti di kawasan perumahan di bandar dimana terdapat pepatung yang banyak akan memakan nyamuk yang membiak dikawasan berhampiran. Secara tidak langsung kehadiran dragonfly mampu untuk mengurangkan ancaman nyamoh seperti nyamok aedes atau nyamok jenis lain.

Di Malaysia terdapat tiga jenis pepatung iaitu Dragonfly yang mempunyai saiz besar dan sederhana dan sejenis lagi di panggil Pepatung Jarum atau nama Damselffly yang kecil dan perlahan (Sila lihat foto pepatung jarum sebelah). Satu jenis lagi di panggil sebagai Anisozygotera iaitu kombinasi antara keduanya. Serangga kecil ini saya lihat memang mempunyai pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, ungu, kuning, silver dana banyak warna lagi. Saya amat suka melihat beberapa spesis dragonfly yang mempunyai warna kuat yang cantik seperti merah, ungu dan biru. Kekuatan warna ini juga yang menyebabkan musuh semulajadi dragonfly dikesan oleh musuhnya. Musuh utama yang memakan dragonfly seperti burung, cicak, megkarung dan semua haiwan pemakan serangga. Burung selalunya suka menangkap dragonfly yang berterbangan ketika matahari mula bersinar dar awal pagi hingga lewat petang. Haiwan seperti cicak dan mengkarong akan mekan dragonfly yang hinggap pada tumbuhan rendah. Selain itu serangga Labah-labah yang memasang jaring (spider-web) juga merupakan pembunuh tegar dimana dragon yang sangkut pasti akan jadi makanan labah-labah. Penulis juga meneliti tentang serangga semut dan kerengga juga kadang-kadang menangkap kaki pepatung untuk dijadikan makanannya. Bagaimana pun kini manusia masih belum dikategorikan sebagai musuh kepada dragonfly.

Pepatung telah dijadikan inovasi oleh manusia untuk mencipta 'Helikopter' yang mampu terbang dengan konsep yang hampir sama. Rekabentuk, warna, cara pergerakan, cara terbang banyak menggunakan pergerakan pepatung. Ramai antara kita akan tertarik bagaimana pantas dan uniknya kaedah pepatung bergerak. Helikopter menggunakan kipas diatas untuk naik dan turun, ekor di belakang untuk menghala laluan dan turbo di belakannya untuk maju kehadapan. Pergerakan pepatung adalah sesuai untuk memburu mangsa yang terdiri daripada serangga kecil lain yang terbang dengan pantas. Dengan mempunyai kepak yang tidak berwarna dan kaki yang kuat, pepetung mampu menangkap mangsa dengan cekap dan pantas. Serangga ini dimakan dengan mulutnya yang mempunyai gigitajam dan kuat. Pepatung merupakan sejenis serangga yang ujud semenjak zaman purba dimana terpapat fosil-fosil yang ujud semasa zaman dinosour yang musnah akibat perubahan iklim dunia. Serangga ini dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan agama, kebudayaan dan kepercayaan diseluroh dunia. Kehebatannya dalam mengadaptasi cuaca, iklim dan suhu menyababkan ianya terus ujud dan membiak sehingga kini. Pepatung dikaitkan dengan alam sekitar yang bersih, mampan dan tidak tercemar dimana ianya ianya tinggal. Keujudan air sangat penting untuk pepatung membiak. Dikalangan para saintis pepatung boleh di katakan sebagai "Doktor Udara" dimana ianya memakan serangga pembunuh manusia seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk. Saya gembira dapat menulis artikel yang sangat berinformasi kali ini. Tidak banyak media tempatan menulis tentang serangga pepatung ini. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology dan gembira dapat kongsi sama info ini. Wasallam!..
IANYA DRAGONLY...JUGA PEPATONG.....
SERANGGA UNIK...IA TERAPONG....
TERBANG PANTAS...DIKAMPONG....
IA PEMANGSA... AMAT TERAGONG...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(19 Safar 1440H).
Posted from HANEDA Airport,
Tokyo, Japan.

Tuesday, October 30, 2018

TEH DAUN DURIAN BELANDA - HEBATNYA

TEH DAUN DURIAN BELANDA (Soursop Leaf Tea) kini telah menjadi viral apabila ramai usahawan yang telah menghasilkan produk ini di Malaysia. Durian Belanda (Annona muricata) merupakan sejenis tumbuhan dari buah tropika yang semakin luas ditanam dikalangan petani untuk mendapatkan buah dan daunnya. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai buah durian belanda dalam blog ini dengan boleh dirujuk melalui pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel yang berkaitan dengan tajuk ini. Buah ini merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai petani masa kini. Ini disebabkan buah durian belanda juga didakwa mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengawal sel kanser dan merawat masaalah penyakit Gout. Selain daripada itu daun durian belanda organik yang dijadikan teh didakwa mempunyai khasiat yang berkaitan dengan rawat kesihatan seperti dinyatakan. Selain daripada buahnya yang dijual dengan harga mahal (sekitar RM 20.00 sekilogram keatas bagi buah organik) dilaporkan teh daun durian belanda juga amat berharga. Menanam pokok durian belanda memerlukan anakbenih berkualiti dan jenis tanah subur yang mempunyai sistem saliran baik. Kini beberapa orang petani menanam pokok durian belanda secara monokrop dan komersil kerana tumbuhan ini kini telah mendapat pasaran yang baik. Pada madsa dahulu tidak ada orang yang pedulikan tanaman ini yang juga pernah dianggap sebagai salah satu daripada jenis buah nadir. Belum banyak tulisan mengenai amalan agronomi dan teknik-teknik pemprosesan buah ini. Kini telah banyak informasi mengenai durian belanda dan khasiatnya dan telah diangkat sebagai satu jenis tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan teh daun durian belanda yang juga mendapat pasaran baik didalam dan luar negara.

Salah seorang usahawan teh Durian Belanda yang terknal adalah Dato' Rosyam Noor iaitu seorang personliti terkenal tanah air. Beliau yang beberapa kali berhubung dengan penulis blog untuk berbincang mengenai amalan teknologi penanaman durian belanda memang seorang usahawan yang gigih (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dirujuk seperti semasa ada masaalah teknikal mengenai tanaman beliau. Ladang Durian Belanda beliau sebenarnya adalah teretak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Lanchang, Pahang dengan keluasan sebanyak 175 ekar. Di TKPM Lanchang, Temerloh sebenarnya keseluruhan kawasan projek adalah 4,000 hektar. Pada masa ini di ladang beliau terdapat lebih kurang 10,000 batang pokok durian belanda yang hidup subur. Beliau menggunakan baja organik untuk memastikan pokok durian belanda diladangnya subur dan kuat. Penulis blog melawat banyak kali ladang beliau semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Terkini selain daripada tanaman nangka dilaporkan produk teh durian belanda beliau menjana pendapatan lumayan. Produk-produk beliau kini dihasilkan daripada buah dan daun yang dipetik segar dari ladang dan dihantar ke kilang. Ia kemudiannya diproses mengikut standard pemprosesan yang ketat untuk tujuan mendapatkan hasil yang tinggi kualitinya. Setiap produk yang dihasilkan akan beliau adalah melalui beberapa ujian saringan dan ujian makmal. Ujian ini dijalankan dengan kerjasama daripada FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).

Kini hasil pertanian beliau yang telah mendapat pengiktirafan daripada MyGap (Malaysian Good Agriculture Practices) sebagai hasil pertanian yang berkualiti dan selamat. Teh Herba Durian Belanda keluaran syarikat beliau yang dinamakan dengan nama Teh AdraaUncang teh daun durian belanda merupakan produk terkini yang dipromosikan dan ada dijual dibanyak rangkaian diseluruh negara. Lamanweb beliau kini boleh dikunjungi dengan alamat mudah iaitu Rosyam.com. Dalam lamanweb tersebut dinyatakan diantara kehebatan teh durian belanda dimana ia didakwa mengandungi khasiat daripada daun durian belanda (Annona muricata)Pokok durian belanda mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. Selain itu ada juga jaminan syarikatnya dimana anda akan mendapat khasiat daripada daun durian belanda yang 100% asli dalam setiap uncang teh yang kami hasilkan. Ditulis seterunya oleh beliau dimana uncang teh daun durian belanda beliau  adalah memang bebas pengawet, 100% herba dan juga sebagai sejenis ubatan tradisional. Teh yang diperbuat daripada daun durian belanda yang asli ini juga didakwa memang kaya dengan antioksidan. Ia disediakan melalui proses yang rapi dan mengikut piawaian dan juga diproses secara pengeringan tidak langsung. Didakw setiap unchang teh ini boleh tahan selama 12 bulan sebanrnya ia telah melalui proses pengeluaran yang bersih dan menggunakan mesin pemprosesan khusus. Cara menyediakan Teh Herba Adraa amat mudah iaitu dengan merendamkan 1 uncang teh di dalam 1,000ml air mendidih selama 10-20 minit dan kemudian ia siap untuk dinikmati!. Setiap uncang teh boleh diulang penggunaannya sehingga 2-3 kali. Sebagai AMARAN dakwanya produk ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung, individu yang mengalami masalah tekanan darah rendah, penghidap Parkinson atau individu yang mengalami masalah penyakit hati atau buah pinggang. Penulis blog 'Tabek hormat' kepada Dato'Rosyam yang berjaya membuktikan produk teh durin belanda berjaya dipasarkan.


Dalam artikel akhbar lain bertajuk "Teh Daun Durian Belanda berikan rawatan" dikupas dalam blog ini. Catitan dimulakan dimana lebih kurang pada pukul 10.00 malam pada hari kedua di Beijing, China dilaporkan Mak Itam dapat pangilan talipon diberitahu anak saudara perempuan (umor 35 tahun) kena bedah di hospitan Tengku Mizan Kuala Lumpur kerana kanser rahim stage 3. Kami memang mencari penawar alternatif kanser sudah beberapa tahun, semenjak adik lelaki saya meninggal dunia kerana kanser leher dalam tahun 2000, masih belum berjumpa. Sekembalinya dari negeri China, kami menjadi kelam kabut bila diberitahu pesakit kanser itu tidak mahu buat kimoterapi kerana 2 kali kimo 2 kali pengsan terok. Bila ada jiran cakap daun durian belanda bolih ubat kanser, kami terus mencari maklumat dalam internet seperti kami buat semasa mencari maklumat hendak melawat China dahulu. Setelah sah daun durian belanda bolih ubat kanser kami perlu mendapat kepastian tentang 1. cara memilih daun, membersih dan mengeringkan. 2. dos yang sesuai dan berapa kali sehari. 3. apakah tindak balas iaitu kalau baik apa petunjuk dan kalu mudarat apa petunjuk. Dari awal tahun hingga Jun 2011 kami cuba sendiri minum teh daun durian belanda untuk tahu sukatan dan tindak balas. Kami teruja kerana gout Mak Itam yang telah tumbuh kristal di sendi pengelanggan tangan dah hilang dan tak gout sakit lagi. Setelah mendapat kepastian tentang dos nya baru kami poskan daun durian belanda kepada anak saudara yang sakit kanser itu. Pesakit tersebut mula minum dari 15hb Julai 2011 dan disahkan pulih pada 12hb Februari 2012 olih doktor pakar hospital tentera Port Dickson. Pesakit itu bersungguh sungguh mengalakkan kami supaya ten durian belanda ini di komersialkan. Cara-cara Membuat Teh Daun Durian Belanda mudah dilakukan. Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun dari pengalaman kami, merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang. Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. 


Namun dari pengalaman kami, ramai juga yang tidak sanggup meminumnya kerana rasanya yang kurang sedap. Cara yang kami sarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun matang segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, ia itu bukan di bawah sinaran matahari yang terus. Contoh daun durian belanda yang kering dan sedia untuk digunakan sebagai teh adalah seperti gambar di sebelah (Sila lihat foto disebelah).  Contoh penyimpanan daun durian belanda untuk process pengeringan adalah seperti gambar di bawah. Letakkan di tempat yang kering dan bersih di dalam rumah anda. Ada beberap cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara mudah adalah yang kami sarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan. Bahan-bahan diperlukan adalah (untuk sekali minum untuk seorang) seperti 250 ml air minum dan 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan. Caranya dengan memanaskan air minum hingga mendidih dan bBilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk tujuan menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya. Kemudian digunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan. Seterusnya dituang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug dan dibiarkan teh sejuk / suam untuk diminum. Sebaiknya untuk dos biasa maka perlu amalkan sekali sehari sebelum tidur malam.  Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai seakan berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas satu minggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat. Jika adak masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan atau kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

POKOK DITANAM... DIPETIK BUAHNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES JUGA ...
DAUN TEH DIMINUM... SIHAT SENTIASA...
MARI AMALKAN... PRODUK HEBATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 851, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(26 Safar 1440H).

Monday, October 29, 2018

PISANG EMBUN - APA HEBATNYA

Pisang Embun (Musa acuminata Colla) merupakan sejenis pisang yang ditanam dikawasan keliling rumah dikampong bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. ‘Ambon Putih’. Pisang ini banyak terdapat di Indonesia, Malaysia dan beberapa kawasan negara Asia Tenggara lain berhampiran. Pembacaan dari buku teknikal mendapati pisang ini juga terdapat di Filipina dimana ia dikenali sebagai Ambon manakala di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih. Penulis blog sememangnya suka makan pisang ini terutaman buah pisang embun segar kerana rasanya yang lemak manis, berbau wangi (aroma yang kuat) dan juga saiz sederhana besar. Lazimnya saya lebih suka makan pisang embun segar daripada pisang embun yang di proses seperti di goreng, dibuat kueh dan sebagainya. Ada yang mendakwa (bukan orang Johor) yang pisang ini juga dikenali sebagai Pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat (Sila lihat foto diatas). Ianya berkulit tebal dan senang dikupas apabila telah cukup masak. Pemerhatian saya mendapati dalam satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Jika di kira lazimnya setiap tandan pula mempunyai 7 - 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Memang pisang Embun sangat baik untuk ditanam kerana jumlah buahnya adalah banyak. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' akan kehebatan pisang embun dan beberapa laporan media yang mempaparkan berita mengenai pisang embun di Malaysia. 

Pokok pisang embun lazimnya ditanam dengan menggunakan anakbenih dari sulur pokok induk yang sihat dan bebas penyakit. Terdapat juga syarikat swasta yang membuat benih pisang embun daripada kultur tisu tetapi jumlahnya sangat sedikit dan perlu di buat 'advance booking' terlebih dahulu. Gunakan benih pisang embun yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui Skim Pengesahan Bahan Tnaman (SPBT) Jabatan Pertanian. Penanaman didalam lubang yang disediakan dengan jarak 4 meter x 3 meter. Jarak penanaman lain juga boleh diamalkan bergantung kepada keadaan kebun dan jenis tanaman selingan lain yang hendaka ditanam. Pokok pisang embun adalah tumbuh dalam rumpun dan perlukan kawalan sulur anak yang keluar. Lazimnya ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis Pisang Embun yang boleh dijumpai iaitu Varieti Pisang Embun Merah dimana ia akan bewarna merah dan Varieti Pisang Embun Kuning yang kulitnya menjadi kuning apabila masak. Varieti yang berwarna merah sekarang ini agak sukar untuk dijumpai berbanding dengan varieti yang berwarna kuning. Bagaimana pun kedua-duanya adalah berwarna hijau ketika muda (Sila lihat foto sebelah). Saya masih tertanya-tanya bagaimana pisang yang nak ini di panggil sebagai Pisang Embun. Embun maksudnya adalah titisan air pada subuh hari yang terhasil daripada kesejukan air dan terkumpul pada pemukaan daun dan membentuk titisan air embun. Agaknya pisang ini dulunya memang ditanam dikawasan keliling rumah yang sejuk dan digunakan air embun untuk tujuan tertentu sehingga dipanggil 'Pisang Embun'. Pokok Pisang Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik. Kaedah pemasaran perlu disegerakan dan buah ini juga tidak sesuai disimpan dalm peti sejuk kerana kulitnya akan lebam. Buah ini juga boleh digunakan untuk dibuat kueh tradisional seperti Lepat Pisang, Kek Pisang, Jemput-jemput pisang dan sebagainya. Pisang Embun merupakan pisang yang mengandungi zat permakanan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Kalau tidak mahu makan nasi dan lauk lain, pisang embun  disyorkan sebagi pengganti makanan harian kita. 

Dalam akhbar tempatan Sinar Harian yang bertajuk ''Pisang Empun ada 8 jantung'' menarik perhatian penulis blog untuk membacanya. Berita yang dipetik dari Kuala Pilah Negeri Sembilan ini menyatakan pada kebiasaannya masyarakat hanya menemukan satu jantung pada satu pokok pisang akan tetapi berbeza dengan sebatang pokok pisang embun dimana dijumpai mampu mengeluarkan lapan tandan dan lapan jantung dalam satu masa sekali gus mendapat jolokan ‘pokok rezeki’ kepada pemilik pokoknya (Sila anda lihat foto disebelah). Lokasinya di tepi jalan Kampung Gentam dan menjadi perhatian orang ramai yang mahu melihat sendiri keunikan pokok pisang itu. Pemiliknya dikenali dengan nama Encik Leow Chun Hong berusia 48 tahun berkata dia mula menyedari kejadian aneh itu ketika dalam perjalanan hendak ke kedai dua minggu lalu. Dakwanya seumur hidupnya, ini adalah kali pertama melihat pokok pisang yang boleh dikatakan aneh dan unik kerana mengeluarkan lapan tandan dan lapan jantung sekali gus. Timbul perasaan pelik yang mana ia turut dikongsi oleh masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang melihat pokok pisang ini. Dakwa Chun Hong, pokok pisang tersebut telah empat kali berbuah dan diberi gelaran ‘pokok rezeki’. Pokok pisang embun tersebut mengeluarkan lapan jantung dan lapan tandan dalam satu masa. Kali pertama berbuah maklumnya pokok pisang embun ini mengeluarkan satu jantung sahaja sama seperti pokok pisang yang lain. Pisangnya juga boleh dimakan. Apa yang pelik dimana bagi kali kedua dan ketiga pokok pisang ini berbuah kembar iaitu mempunyai dua jantung.Jelasnya, pokok berusia dua tahun itu terus mengeluarkan hasil hingga mendatangkan rezeki kepada keluarganya. 

Pada kali yang keempat didapati cara pertumbuhan buahnya agak aneh di mana ada tandan pokok itu keluar di tengah-tengah batang pisang sedangkan pada kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk (atas). Apa yang lebih menghairankan iaitu dalam satu tandan itu terhasil pula lapan jantung yang kini telah pun menghasilkan lapan tandan buah pisang. Kini dia mampu menganggarkan jumlah keseluruhan buahnya melebihi seratus buah. Ada penduduk telah ‘menempah’ untuk membeli buah pisang ini namun saya tidak sampai hati kerana berasa sayang (Sila lihat foto disebelah). Beliau juga tidak berhasrat untuk menebang atau mengambil buahnya sebaliknya membiarkan buah membesar dan masak kemudian melihat apa yang akan terjadi selepas ini. Dalam pada itu katanya, dimana  sebelum ini ada beberapa batang pokok di rumpun yang sama telah mengeluarkan buah secara normal namun berbeza pada kali inidimana ia telah mengeluarkan lapan jantung dan lapan tandan.

Dalam pada itu akhbar lain menulis laporan dengan tajuk ''Pisang Embun jadi Pokok Rezeki'' dimana ia berlaku di Kota Tinggi, Johor. Seorang peneroka FELDA disini merasa pelik apabila mendapati pokok pisang embun yang ditanam di ladang kelapa sawit miliknya telah pun menghasilkan tiga tandan pisang. Bagi Encik Mohammad Dali Rosman berumur 56 tahun telah nyatakan keanehan itu disedari apabila seorang pekerja pembersihan yang diupah menebas semak sekitar kawasan itu telah memberitahu kejadian aneh ini kepada beliau (Sila lihat oto disebelah)Menurutnya sejak mengetahui perkara unik mengenainya ramai kenalan berkunjung ke kebunnya meskipun jarak ke lokasi jauh iaitu kira-kira tiga kilometer dari jalan utama. Dia diberitahu pekerja bahawa salah satu pokok pisang saya mengeluarkan buah aneh. Pada awalnya saya tidak percaya namun selepas melihat sendiri saya terkejut. Saudara mara dan kenalan juga sanggup ke kebun ini untuk melihat pokok ini. Menurutnya selain pokok pisang itu, dia turut menanam pelbagai jenis pisang antaranya pisang nipah, pisang nangka dan pisang raja di kebun sama. Sejak dahulu lagi dia memang amat suka berkebun malah sebelum ini dia pernah menanam cili sebelum bertukar kepada tanaman pisang. Bapa kepada lima anak itu berkata dimana dia mendapat benih pisang tersebut daripada adiknya yang tinggal di Pasir Gudang sebelum menanamnya di kebun. Kini selain pisang bertandan tiga itu, ada salah satu daripada pokok pisang di kebun itu yang turut mengeluarkan jantung pisang pelik yang mana hampir menyerupai bentuk bunga. Apa pun terkini beliau sekeluarga beranggapan yang mana kejadian aneh ini sebahagian tanda kebesaran ALLAH dan bersyukur dapat melihat kejadian berkenaan pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya. Tambahan pula kejadian pelik ini merupakan pertama kali saya temui seumur hidup saya,” katanya yang merupakan Ketua Blok di Felda Simpang Waha, di sini.


Pisang embun bertandan tiga juga ada di laporkan oleh akhbar Utusan Malaysia dengan manarik sekali laporannya. Seorang pemilik pokok pisang embun  di Pontia, Johor amat gembira dengan penemuan ini. Pemilik kbun dikenli dengn nama En Daim Mabela aa menunjukkan pokok pisang embun bertandan tiga di rumahnya di Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian, Johor (Sila lihat foto disebelah)Seorang pekebun di Kampung Parit Hassan, Benut dekat sini terkejut apabila mendapati pisang embun yang ditanamnya mempunyai tiga tandan dan mengeluarkan buah yang lebat. Daim Mabela berumur 69 tahun juga berkata dimana keanehan itu hanya disedarinya pada 1 Syawal lalu dan ramai kenalan serta sanak-saudara yang berkunjung ke rumahnya turut pelik dengan keunikan pisang berkenaan. Dia pada mulanya tidak menyangka langsung keanehan pokok pisang tersebut memandangkan jantung yang keluar pada peringkat awal setandan sahaja seperti biasa. Sebelum kedatangan Ramadan lagi pokok pisang tersebut sudah mula berbuah dan tiada tanda yang menunjukkannya mempunyai tiga tandan. Kini dia dan isteri, Induk Tollah, 60, menyifatkan kejadian aneh ini sebagai tanda kebesaran Ilahi dan bersyukur kerana dapat melihat kejadian berkenaan pada salah sebatang pokok pisang yang ditanam di halaman rumahnya. Kejadian pelik ini merupakan yang pertama kali ditemui sejak kami mengusahakan tanaman pisang sejak usia muda lagi. Daim memberitahu dia akan terus membiarkan buah pokok pisang daripada ketiga-tiga tandannya itu masak dan mungkin diagih-agihkan kepada sanak-saudara dan jiran. Semuga tulisan mengenai pisang embun subuh ini dalam anim agro technology memberi info terbaik kepada semua. Wasallam!!!..
PISANG EMBUN... DITANAM UDAHNYA...
CARI BENIH... PASTIKAN KUALITINYA...
HIJAU IA MUDA...KUNING MASAKNYA...
ENAK SEKALI.. DIMAKAN KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Safar 1440H)

Sunday, October 28, 2018

TEH BELIMBING GUNUNG - APA DIA?

BUAH BELIMBING GUNUNG (Chebulic myrobalan) adalah juga dinamakan sebagai Haritaki atau Buah Hajra atau lebih dikenali sebagai Terminalia chebula (Myrobalan Kuning). Buah ini dalam bahasa Cina dipanggil sebagai ''He Zhi'' dan dalam bahasa Sanskrit adalah ''Haritaki'' sementara dalam bahasa Tibet sebagai ''A-ru-ra''. Buah ini juga dikenali sebagai Harra dan bahasa Hindi iaitu tumbuhan yang memang berasal dari selatan Asia seperti dari India dan Nepal Timur, Barat Daya China (Yunnan) dan Selatan Sri Lanka dan juga Vietnam. Di Malaysia dilaporkan dimana tumbuhan ini ada dihutan pendalaman di Kelantan serta utara tanahair walau pun sukar mengenalinya. Khasiat daripada buah belimbing gunung ini telah diiktiraf selama lebih dua ribu tahun didalam perubatan herba Ayurverda di India dan beberapa kebudayaan lain. Penulis blog percaya ramai yang tidak pernah mendengar akan tumbuhan buah belimbing gunung atau mengenalinya kalau tidak dari kumpulan saintis herba atau penggiat ubatan tradisional. Dari apa yang penulis blog anim agro faham, ia adalah pokok daun yang boleh menjangkau ketinggian sehingga 30 meter atau 98 kaki dalam keadaan semulajadi dihutan dengan diameter atau ukur lilit batang sehingga 1 meter atau lebihkurang sekitar 3 kaki. Daunnya berbentuk bunga telur dengan warna hijau dan panjang. Buahnya adalah kecil berbentuk lonjong dan dapat dilihat dari lima rabung yang membujur dengan warna sedikit kehitaman (Sila lihat foto paling atas). Apa yang membuatkan sifat penyembuhan herba bagi buah belimbing gunung ini?. Ia didakwa sebagai herba yang ada ramuan ajaib dalam buah kepada Chebulic myrobalan yang membantu semua penyakit. Ini disebabkan bahan kimia terkandung dalam tumbuhan iani iaitu Asid chebulic. Bahan kimia ini memberikan buah ini jadi rasa masam yang mana ia bercirikan baik untuk perubatan. Disamping itu juga herba ini juga terdiri daripada komponen lain seperti kandungan tinggi Asid tannic, Asid gallic, Damar dan beberapa prinsip utama seperti sifat Anthraquinone. Apa yang penulis blog ketahui, terdapat pakar perubatan Ayurveda dan Siddha di India purba menggunakan buah ini untuk rawatan cirit birit, disentri, membakar lemak, angin dan gangguan hati serta limpa. Artikel malam Ahad ini sambil menonton perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Perak dengan Terengganu saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan khasiat tumbuhan dan buah belimbing gunung sekadar dijadikan bahan bacaan anda.

Dalam akhbar Sinar Harian yang penulis blog rujuk dengan tajuk ''Teh belimbing gunung'' mempaparkan produk yang perlu diketahui umum. Pengusaha En Amirul Syafiq bersama produk daripada belimbing gunung semasa ditemubual wartawan (Sila lihat foto disebelah). Buah Belimbing Gunung atau nama saintifiknya sebagai Chebulic myrobalan merupakan sejenis herba yang banyak khasiatnya. Dakwanya teh daripada belimbing gunung yang kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia namun sebenarnya banyak khasiatnya dalam membantu kesihatan badan terutama membuang angin dalam badan. Belimbing gunung atau nama saintifiknya sebagai kata akhbar tersebut adalah Chebulic myrobalan yang mana ia juga dikenali sebagai buah harra dimana ia kini dijadikan sebagai minuman kesihatan oleh syarikat Natture Herbs Industries & Marketing, menerusi produknya baru sulungnya dinamakan ''Teh Hajra''. Ketua Pemasarannya iaitu Amirul Syafiq Azman berkata ia adalah teh pertama di negara ini diilhamkan oleh kedua ibu bapanya iaitu Azman Mohamad dan Norzaila Hussin yang mengamalkan buah itu sebagai minuman kesihatan sejak 2010 dahulu. Dakwanya sebelum ini bapanya mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kembung perut. Apabila mengamalkan minuman itu didakwa dia merasai tindak balas positif iaitu kekerapan membuang air besar dan kecil serta membuang angin.

Daripada pengalaman tersebut maka mereka sekeluarga melihat buah tersebut sangat unik dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai produk minuman harian. Amirul Syafiq berkata dengan hanya bermodalkan RM2,000 sahaja mereka pada mulanya menjual buah tersebut secara runcit di beberapa lokasi terpilih. Alhamdulillah kini ada sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana bermula tahun 2011 mereka mula menghasilkan uncang buah belimbing gunung yang dikisar dan pada pertengahan 2012 dimana mereka mendapat bantuan geran pertama dari MARA bernilai RM4,900. Seterusnya syarikat telah mula menempah kotak buat kali pertama dan menambah lagi peralatan promosi. Aktiviti MAHA 2014 merupakan tahun pertama Teh Hajra diperkenalkan secara meluas dan jualan sepanjang tempoh 10 hari mencecah RM30,000. Syarikat kini telah melabur RM10,000 dengan sembilan buah makmal untuk tingkatkan kpasiti pengeluaran. Dakw beliau diantara kebaikan Teh Hajra dimana ia mengandungi beberapa kandungan asid yang terdapat pada buah itu sendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti tannin (membantu mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa), gallic acid (membantu mencegah dan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang berisiko untuk mendapatkan gangguan saraf) dan Mucilage (memudahkan pembuangan air besar dan membantu mengawal kolesterol). Sifat-sifat keasidan inilah yang membantu dan menjadikan Teh Hajra atau pun Minuman Buah Harra produk terbaik dan mendapat permintaan ramai.

Dalam penerangan lanjut dinyatakan sifat asid yang ada dalam kandungan buah tersebut amat unik dan terbaik serta mempunyai kesan pemulihan yang cepat. Testimoni pengguna yang didakwa beliau dimana kesan paling awal adalah dalam tempoh 10 minit iaitu pengguna akan mula sendawa kerana ia membantu membuang angin yang terperangkap dalam usus. Malah slogan kami juga sesuai dengan sifatnya yang membuang angin dalam badan. Dakwanya llagi sejak mula mengeluarkan produk syarikat mereka telah melakukan ujian makmal dengan sebuah makmal di utara tanah air dan pada tahun 2015 syarikat telah mengumpul dana melakukan ujian makmal dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Terkini syarikatnya telah membelanjakan lebih daripada RM10,000 untuk sembilan ujian makmal dengan FRIM iaitu termasuk ujian ke atas haiwan. Insya-ALLAH produk ini selamat untuk diambil dan diamalkan. Mereka juga kini telah mendapat bantuan geran penuh bernilai RM133,000 untuk pembelian mesin proses dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta mendapat geran peruntukkan khas bernilai RM20,000 dari Majis Amanah Raya (MARA) Negeri Sembilan untuk pembangunan dan penjenamaan produk serta mendapat bantuan kewangan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional bernilai RM100,000. Produk ini sesuai untuk semua peringkat usia. Seterusnya didakwa Teh Hajra amat sesuai diambil oleh semua peringkat usia bermula setahun ke atas. Beberapa peringatan pula perlu diingat iaitu minuman buah harra bukanlah ubat tetapi minuman kesegaran dan dalam masa yang sama membantu mengatasi penyakit dalam badan kita. Memang tiada dosej tertentu yang ditekankan di sini, kita hanya perlu rendam satu uncang dengan dua liter air panas dan diambil atau diamalkan setiap hari selepas pengambilan makanan. Sekotak Teh Hajra dengan isian 30 unit uncang berharga RM35.90. Selain teh daripada belimbing gunung kini syarikat turut mengeluarkan minuman kopi pracampur iaitu Kopi Harra Barli dan makanan tambahan berasaskan madu iaitu Madu Tualang dan Spirulina. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini dan dijdikan rujukkan. Waslalam!!!...
NAMANYA PELIK... JARANG DENGARNYA...
BELIMBING GUNUNG... BAIK KHASIATNYA...
KINI ADA DIJUAL.. PRODUK TEH HAJRA ...
MEMBACA ARTIKEL... BARU FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandr BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(21 Safar 1440H).

Saturday, October 27, 2018

KRAKER SERAT NANAS

KRAKER SERAT NANAS merupakan satu produk yang dibuat daripada serat nanas dan ia merupakan sejenis makanan berkhasiat. Dipasaran makanan kraker atau biskut kraker paling banyak dijual dipasaraya dan kedai runcit. Kini biskut kraker (cracker) ini lazimnya dikeluarkan oleh kilang-kilang biskut kraker dalam skala besar untuk pasaran domestik dan eksport. Produk karaker dari Malaysia sekarang mendapat permintaan meluas dari seluruh dunia keran amemmpunyai SIJIL HALAL. Kini anda boleh mendapatkan produk biskut kraker ini dibanyak bandar-bandar besar dimana-mana didunia dengan ada dinyatakan 'Product of Malaysia'. Biskut krakeri ini biasanya bersaiz kecil dengan berbagai bentuk sama ada mpat segi sama atau bulat (Sila lihat foto diatas sekali) dengan garing dan nipis. Ia juga rangup dan enak dimakan begitu sahaja atau pun dengan mencelupnya didalam air kopi dan sebagainya. Bagi kraker yang paling popular ia bersaiz empat segi sama berukuran 3 inci x 3 inci atau berbentuk enpat sepi bujur berukuran 3 inci x 2 inci sama. Ada juga jenis kraker yang dibuat dua lapisan dimana ditengah-tengahnya diisiken dengan pelbagai jenis inti. Ada yang berintikan butter, tart nanas, keju, kaya, srtawberry cream, coklat dan banyak lagi bahan perisa. Biskut kraker yang dipek dengan bungkusan kedap udara senang dibawa kemana-mana, tahan lama, ringan, harg berpatutan dan makanan berkhasiat. Kraker juga memang enak dimakan dengan sapukan marjerin, jem dan sebagainya untuk menambah perisa. Bagaimana pun tengahari ini dlm blog ''Anim Agro Technology'' saya teruskan menulis mengenai kraker serat nanas yang anda boleh buah sendiri dirumh atau membelinya sahaja dipasaraya.


Dari segi rumpabentuk, biskut kraker nanas sama sahaja kelihatannya dengan biskut cremer biasa yang ad dipasaran cumanya ia mengandungi serat yang menjadikan kraker ini istimewa. Nanas (Ananas commosus) merupakan buah-buahan yang banyak ditanam di Malaysia dimana ia selalu dimakan segar atau diproses untuk dijadikan nanas dalam tin, jus nanas, pes nanas dan pelbagai produk lain. Ketika memproses sesetengah produk lazimnya terdapat serat nanas yang dibuan begitu sahaja sedangkan serat ini boleh dijadikan banyak produk lain. Buah nanas masak yang segar sesuai digunakan untuk membuat serat nanas (Sila lihat foto disebelah). Keluasan tanaman nanas pada tahun 2016 di Malaysia seluas 13.148 hektar dengan nilai pengeluaran mencecah RM515 juta (Setengah billion). Negeri paling luas menanam nanas adalah Johor iaitu merupakan 68% daripad keluasan penanaman nanad di Malaysia.  Perbezaan diantara biskut biasa dengan kraker nanas adalah kandungan serat didalamnya yang mana ia memberikan kelainan berbanding dengan kraker biasa.


Jika anda kepasaraya untuk membeli biskut dan kraker memang terdapat banyak produk dan jenama. Kraker yang berwarna kuning coklat ini enak semasa ia baru dibuka dri pek dan belum lemau (Sila lihat foto disebelah). Antara jenama kraker yang paling banyak seperti Kraker Hup Seng, Julie, Munchy's, Lee Biscuits, Jacobs dan banyak lagi. Kilang-kilang membuat biskut kraker ini kebanyakannya akan membuat kraker seperti jenis Krim (Cream Craker), Kraker Gula (Sugar Craker), Kraker Jagung (Maize Craker), Kraker Oat (Wheatmeal Craker) dan banyak lagi pilihan dipasaran (Sila anda melihat foto paling bawah). Bagaimana pun kesemua kraker komersil ini lazimnya dijual didalam tin, bungkusan plastik atau dalam bekas khas direkebentuk untuk kraker yang kedap udara. Semasa penulis blog travelling diluar negara yang sukar untuk mencri makanan halal lazimnya akan membawa beberapa bungkus kraker untuk dijadikan bekalan makanan. Ia mudah dibawa, tidak berat dan mudah dimakan. Berbalik kepada membuat kraker nanas diperlukan tepung gandum, serat nanas, susu, gula, yis, telur, sedikit garam dan bahan memasak yang sesuai. 


Bahan-bahan membuat kraker nanas ini perlu ditimbang mengikut sukatan sebelum di uli dalam mesin mengguli. Kemudian dilarutkan bahan yis dalam air dan ianya dimasukkan dialam adunan tersebut yang ada serat nanas dan tepung gandum dan dimasukkan telur, bahan perisa lain dan diuli sehingga sebati. Adunan ini apabila siap akan dimasukkan didalam mesin pencetak kraker yang meleperkan dan mencetak mengikut ukuran. Pada masa yang sama oven boleh dipanas unruk memasak kraker. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celciu untuk selama 20 minit dengan dikawal. Apabila masak ia akan bertukar kepada warna coklat cerah dan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas yang kedap udara. Lebihan adunan tepong untuk kraker nanas juga boleh dibuat ''Bun Nanas'' yang enak (Sila lihat foto disebelah). Daripada laporan LPNM dimaklumkan dimana kandungan nutrisi kraker nanas setiap 30 gram saiz hidangan engandungi sebanyak 220 kcal tenaga, 6 gram lemak, 3 grm lemak tepu, kurang 2 mg kolesterol, 50 mg Sodium, 36 gram Karhohiderat, 3 gram serat, 7 gram gula dan 6 gram protin. Makanan kraker nanas juga ada rasa masam dan aroma nanas dimana ini akan menjadikan ia lebih istimewa. Semuga tulisan petang Sabtu ini sambil meninton TV3 cerita ''Dhoom 2" hindustan dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMA KRAKER... ADA DIMANA-MANA...
BANYAK JENAMA.. DALAM PASARAYA...
KRAKER NANAS... PALING ISTIMEWA...
BUAT SENDIRI... MAKANLAH BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(8 Syaaban 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...