TANAMAN BETIK (Carica papaya) merupakan satu bidang usaha yang pernah menjadikan Malaysia salah satu negara pengeluar betik didunia sehingga mencapai tahappasaran untuk eksport. Penanaman betik secara organik telah berjaya dihasilkan menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh saintis MARDI. Mereka telah bermula dengan cara dalam menentukan varieti betik sesuai sehingga kepada peringkat penanamn dan penuaian hasil. Betik yang ditanam dari jenis singkat masa dimana penulis blog dapat melihat sendiri pokok tersebut dilapangan. Betik ini mempunyai jangkahayat sehingga 1-4 tahun bergantuung kepada amalan agronomi. Penulis blog merujuk kepada Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2016 terdapat seluas 4,335 h3ktar tanaman betik dengan pengeluaran sebanyak 66,000 metrik tan. Negeri Johor mempunyai kawasan paling luas tanaman betik iaitu sekitar 2,600 hektar untuk pasaran domestik dan eksport. Siapa yang tidak kenal dengan pokok betik dari keluarga Caricaceae dengan batang yang lembut dan cepat untuk membesar yang lazimnya ditanam secara komersil dengan varieti BETIK SEKAKI, BATU ARANG, EKSOTIKA 1 dan EKSOTIKA 2. Walau pun betik jenis Eksotika bersaiz kecil tetapi buahnya manis dan sesuai untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Saya ada menulis banyak artikel mengenai tanaman betik dalam blog ini untuk dibaca dan dibuat rujuakkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Memang banyak artikel yang saya tulis daripada aspek penanaman sehingga kepada soal varieti, cashflow dan juga khasiat betik serta papain. Artikel malam ini dari keindahan panorama tengahmalam daripada tingkat 7, Hotel Mariot, Putrajaya saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang tanaman betik secara organik dan kupasan dari artikel asal majallah Agromedia MARDI.
Penulis blog telah melawat lebih daripada 50 kebun tanaman betik terutama semasa bertugas dengan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kaedah menanam betik dianggap mudah dimana ia boleh juga dipraktikan dikawasan keliling rumah atau dikawasan tanah kebun yang luas. Bagaimana pun walau pun pokok betik dianggap lembut batangnya tetapi akar pokok betik sangat kuat sehingga boleh membongkar lantai simin desekeliling rumah. Perkara asas didalam menanam betik adalah pemilihan kawasan yang lembap tetapi mempunyai saliran yang baik. Semasa melawat ladang betik Exotic Farm di Chemomoi, Bentong, Pahang dimana projek ini telah mendapat bantuan EPP7 dan penulis dapati ladang ini mampu menghasilkan buah betik segar dengan konsistent keluar negara. Pokok betik disini tumbuh subur dikawasan tanah lapang dan tidak ada gangguan angin kuat dengan sinaran cahaya matahari mencukupi. Asas agronomi seperti pengairan, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit perlu dilakukan mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGAP) untuk mempastikan penghasilan buah berkualiti. Apa pun lazimnya baja organik dan baja kimia (sebatian kompoun) digunakan untuk tanaman betik komersil. Pemasangan untuk sistem pengairan sangat signifikan dipasang secara pengairan titis (drip irrigation system) atau ada yang memasang sprinkler system. Kekurangan air atau kemarau sangat menjejaskan pembentukan bunga dan buah pada tanaman betik dengan ketara.
Lazimnya jenis baja organik (tahi ayam) atau baja kimia NPK 15:15:15 atau NPK 12:12:17:2+TE akan digunakan untuk tanaman betik. Walau pun ada dakwaan ingin menanam betik organik tetapi ia tidak semudah dijangkakan. Sebenarnya penanaman secara organik betik tidak dspst dilakukan sepenohnya. Walau pun didakwa permintaan buah betik organik adalah sangat baik tetapi bekalan betik organik amat terhad dipasaran. Ini apabila ada kesedaran dikalangan pengguna untuk memakan betik organik. Penanam betik komersil perlu untuk mendapatkan persijilan MyORGANIK untuk mengesahkan bahawa betik yang dihasilkan adalah betul-betul dapat mengikuti Standard Procedure Operasi (SOP) Persijilan Ladang MyOrganik yang lengkap. Amalan agronomi yang dilakukan memerlukan pengurusan yang baik seperti pengawalan penyakit dan cara pembajaan secara organik. Penanaman betik Eksotika didakwa MARDI secara organik dengan menggunakan baja khas Baja BioRichar dan teknologi kerintangan sistemik buah teraruh (Induced Systemic Resistance - ISR). Penggunaan teknologi dan baja Bio-Organik ini didapati mampu dalam menghasilkan buah betik yang setanding dengan buah betik yang ditanam secara konvensional. Teknik penggunaan baja Bio-Richar ini dimana baja ini adalah baja berasaskan kepada ''bio-arang'' dari biomass yang diperkaya dnegan mikrob berfaedah untuk keperluan tanaman. Baja ini diformulasi mengikut standard MyOrganik iaitu dengan kadar NPK yang berbeza untuk mengeluarkan buah dan sayur secara organik. Sesuai untuk tanaman betik Eksotika dengan BioRichar mengandungi komposisi NPK 3:3:3 yang diberikan setiap bulan. Baja ini dilaporkan memberikan kesuburan tanah dengan populasi mikrob tanah kearah pertanian lestari.
Didalam mengawal perosak dan penyakit betik organik lazimnya cara diamalkan adalah ISR iaitu pastikan kerintangan pokok betik itu sendiri. Caranya dengan cara menambah atau menginokulasi bahan ISR pada pangkal pokok (Sila anda lihat foto disebelah). Teknik kawalan didapati berjaya mengawal penyakit mati rosot betik iaitu sehingga 95%. Teknologi ISR juga pernah diguna diladang konvensional dimana kesannya amat positif. Pendakatan ISR ini dengan membubuh inolulan pekat setiap pokok sebanyak 5 mk per inokulasi. Jika stok ISR ada 10 liter bermakna ia boleh disembur kepada sebanyak 2,000 pokok. Kadar aplikasi inokulasi bagi keluasan sehektar dengan 2,000 pokok sebanyak 10 liter. Larutan Dieback Buster (inokulan ISR) akan dicairkan dalam 70 atau 100 liter air dan kemudian dicurah atau sembur dikeliling akar pokok betik. Sebaiknya cara mencurah inokulan dilakukan secara manual atau mekanisasi dengan menggunakan teknologi AVLG (Adjustable Vlume Liquid Gun) seperti foto paling bawah. Teknologi penanaman betik dengan cara organik dipercayai mampu menghasilkan betik organik berkualiti seterusnya meningkatkan pendapat petani. Penulis blog dapati pasaran betik eksotika telah mencapai sebanyak RM120 juta (2004) kepada hanya sebanyak RM21 juta pada tahun 2012. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh serangan Penyakit Mati Rosot Betik yang anda semua boleh baca tulisan saya sebelum ini. Penyakit ini disebebkan oleh bakteria perosak iaitu Erwinia mallotivora yang berterusan perlukan kawalan. Penulis blog berharap agar pembaca semua mendapat info berguna selalu dan terus maju jaya. Wasallam!!!...
TANAM BETIK... PELBAGAI CARA...
CARA ORGANIK...SUDAH DICUBA...
BAJA DIGUNA...TIADA KIMIANYA...
BOLEH DIBUAT... MESTI MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 169, Hotel Mariott Putrajaya,
Putrajaya, WP, Malaysia.
(10 Safar 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.