Bunga rumput ekor kucing keluar dibahagian paling atas batang yang tumbuh menegak. Bunga berbentuk 'spiciform' iaitu berbentuk selinder memanjang 5 - 35 cm dengan banyak bulu sekelilingnya (Lihat foto sebelah). Bunga ini berwarna coklat kekuningan atau kuning kehijauan bergantung kepada tahap kematangan bunga. Bunga ini sebenarnya terdiri dari banyak bunga kecil (flower spikelets) yang tersusun padat membentuk selinder. Ada yang tumbuh menegak keatas dan sebahagian bunga akan melentur atau membengkok seperti ekor kucing. Setiap spikelet bunga berukuran 2-5 mm panjang dengan mempunyai banyak rerambut atau bulu (panjang bulu sekitar 4-12 mm panjang). Salah satu daripada bulu ini membesar sehingga 6 - 15 mm panjang. Biji rumput ini adalah ringan dan disebarkoan oleh air, haiwan, angin dan ia melekat pada pakaian kita serta mesin jentera ladang.
Saya belum jumpa akan faedah rumput ini dalam sektor pertanian selain daripada dikategorikan sebagai rumput bermasaalah (noxious grass). Apa yang saya perhatikan jika rumput ini tumbuh dikawasan kebun, ia mengalahkan rumpai lain dan amat cepat membiak dikawasan yang ada air dan subur. Tanaman utama kita terjejas pertumbuhannya juka rumput ini tidak dikawal dari peringkat awal lagi. Kaedah penggunaan racun rumpai jenis sistemik boleh digunakan diselang dengan racun rumpai jenis sentuh. Jika pokok ini telah menjadi dewasa dengan bunga banyak (lihat foto sebelah) maka amat sukar untuk dikawal bagi kawasan yang luas terbuka. Belum ada kepastian sama ada rumput ini boleh digunakan sebagai tumbuhan penghalang hakisan tanah. Faedah saintifik mengenai khasiat rumput ekor kucing juga belum banyak kajian dijalankan. WallahuAlam!
RUMPUT EKOR KUCING... ITULAH NAMANYA...
TUMBUH LIAR... KAWASAN BERPASIR ASALNYA...
UNTUK HAPUSKAN... SUSAK KITA DIBUATNYA...
PERLU DIKAWAL... DARI PERINGKAT AWALNYA...
By,
M Anem
Taman Bunga Saujana,
Putrajaya, WP ,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.