Support My Blog

Wednesday, October 31, 2012

PERMAKANAN KAMBING

PERMAKANAN KAMBING adalah satu daripada asas yang  penting dalam aktiviti penternakan kambing selain daripada faktur baka, kandang, keshiatan, cara pengurusan dan sebagainya. Makanan Kambing adalah perlu untuk proses pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga menetukan untung ruginya seuatu perusahaan ternakan tersebut. Kita juga tahu yang makanan hijau mengandungi air yang tinggi serta merupakan sumber penting protin serta unsur mineral. Bahan makanan konsentrat (concentrates) pula mengandungi bahan kering yang tinggi, kaya dengan protin, lemak, mineral dan juga sumber tenaga. Saya juga belajar pentingnya bahan makanan kambing mesti mengandungi bahan Protin, Karbohiderat, Lemak, Vitamin dan Zat Galian semasa belajar di Universiti dahulu. Artikel subuh ini saya akan menulis mengenai permakanan kambing dalam 'Anim Agro Technology' sebagai salah satu buku yang saya rujuk dari Pakej Teknologi Panduan pengeluaran kambing KAPRIMA oleh JPV terbaharu. 

Zat permakanan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi boleh menyebabkan masaalah penyakit kepada ternakan kambing. Zat protin saya masih ingat penting untuk pembinaan otot-otot yang kuat dan juga proses pemulihan. Karbohiderat dan zat kanji adalah pembesaran sementara vitamin pula perlu untuk meningkatkan tahap kesihatan walau pun tahap keperluannya sedikit. Jika pengambilan makanan tersebut tidak seimbang maka akan menyebabkan gejala penyakit dimana contohnya kekurangan vitamin maka kambing mudah diserang penyakit tertentu. Lazim kita lihat kiub garam digantung pada kandang kambing. Sebenarnya garam galian perlu untuk pertumbuhan tulang, gigi dan sebagainya. Garam galian seperti Kalsium, Posforus, natrium boleh diberikan dari garam biasa, garam jilat, dicalsium fosfat, tepong tulamg dan tepong ikan. 


Kambing juga seperti kita perlukan air minuman dalam sistem permakanan. Air berfungsi sebagai pengawal suhu badan, dan membantu pergerakan zat makanan dalam ternakan.  Sumber air mesti berkualiti tinggi dengan pembekalan yang sentiasa ada. Elakkan daripada air tertumpah dilantai kerana ianya merosakan kandang dan berlaku lembab yang akan menjadi punca pembiakan kuman. Penternak boleh gunakan automatik drinker set yang mana ianya sangat praktikan dan meberikan persekitaran ternakan yang kondiusif. Sebaiknya perksa kualiti air sama ada dari bekalan syarikat pembekal air atau dari kolam atau sungai dikawasan kadang. Menggunakan air yang tercemar dengan racun rumpai atau racun kimia akan menjejaskan kesihatan ternakan.


Dalam sistem penternakan untuk kambing KAPRIMA, pemberian formula makanan adalah hasil campuran PKC, bahan-bahan lain dan mineral yang diberikan bermula dari umur 1 bulan keatas. Seekor kambing dewasa saya dapati perlukan sebanyak 350 - 650 gram sehari makanan 'Kaprima Feed' dan sebanyak 500 - 1,000 gram sehari rumput segar. Cara permakanan rumput hijau dengan pemberian rumput berkualiti seperti Rumput Guinea (Panicum sp), Rumput Gajah (Panisetum purureum), Rumput Dove (Baka dari taiwan), Rumput Setaria (Setaria ducumbens) dan Daun Petai Belalang (Leucaena leucephala). Sementara itu daun hijau seperti Daun Nangka (Artocarpus heterophyllus), Daun Turi (Sesbania grandiflora), Daun Ubi (Manihot esculenta), Daun Mengkudu (Morinda citrifolia) dan Daun Pisang muda (Musa spp) boleh digunakan.  Daun ubi perlu dijemur dibawah matahari selama 1.5 jam pagi hari untuk menghilangkan getahnya kerana jika basah akan menyebabkan getah dari daun ubi menyebabkan kambing kembong perut. Kambing yang cukup makan dan sihat akan memberikan pulangan yang baik kepada pengusahanya.
Wasallam!

MAKANAN KAMBING... SEIMBANG PERLUNYA...
ADA BAHAN HIJAU... RUMPUT SEGAR PUNCANYA...
GARAM GALIAN... AIR JUGA DIPERLUKANNYA...
VITAMIN PULA... MENJAMIN KESIHATANNYA...

By,
M Anem
Pagoh, Muar, Johor,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1433H)
  

Tuesday, October 30, 2012

TEMBIKAI (PART 4)

TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan popular dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.  Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan dimana kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar.  Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.


PENGURUSAN TANAMAN
Tanaman tembikai di Malaysia memerlukan masa 65 - 75 hari untuk dituai bergantung kepada varieti ditanam, cara pengurusan tanaman dan juga sedikit berkait dengan faktur cuaca. Bagaimanakah kita hendak pastikan bahawa buah tembikai cukup matang untuk dituai?. Dari segi fizikalnya mungkin kita lihat tidak banyak perbezaan tetapi kaedah berikut boleh dijadikan panduan. Bergantung kepada varieti yang ditanam, masa matang biasanya melebihi 65 hari sehingga 80 hari dan jika tempohnya kurang daripada 65 hari, memang belum sesuai dipetik. Apabila kita lihat 'Sulur Paut', pastikan ianya telah bertukar daripada warna hijau muda kepada warna kekuningan atau kering. Sulur paut yang terlalu kering juga menunjukkan yang buah tembikai terlalu masak. Teknologi paling lazim adalah dengan Menepuk Buah, pengalaman menunjukkan buah matang akan berbunyi padat berbanding dengan buah yang belum matang berbunyi padat tetapi ada bunyi 'Nyaring'. Jika dilihat pada Kulit Buah, buah akan didapati kekilatan pada buah matang berkurangan dan  bagi sesetengah varieti tertentu akan kelihatan jelas warna dan corak buah tersebut.


MENUAI TEMBIKAI
Menuai buah tembikai nampak macam mudah sahaja iaitu petik dan angkat. Sebenarnya ada banyak teknologi yang perlu dipatuhi ketika memetik buah. Penuaian buah tembikai perlu betul dan dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati. Tidak bermakna kita kerugian diperingkat akhir penanaman akibat kerosak buah akibat aktiviti menuai yang kurang cermat. Aktiviti memetik buah mesti dijalankan pada waktu PETANG untuk mengelakan buah tembikai mudah pecah. Elakkan memetik buah pada waktu pagi sebelum embun kering bertujuan mempastikan buah tidak mudah pecah dan lebih tahan lama. Perlu juga agar dielakkan menuai buah tembikai pada waktu atau musim hujan kerana kualiti buah kurang manis. Ini juga berkaitan dengan serangan banyak penyakit pada musim banyak hujan dan juga risiko buah yang akan cepat rosak.


Buah tembikai matang di petik dengan memotong tangkai buah menggunakan pisau yang tajam atau scateurs. Buah dikumpulkan dan dibawa ke pusat koleksi buah untuk dibersihkan dan dibuat penggredan. Buah perlu dibawa ke pusat pemasaran dengan segera menggunakan lori ke Pusat Pengedaran atau Pusat Pengekspotan untuk di proses. Kajian di beberapa kawasan penanaman tembikai di Malaysia didapati, anggaran hasil tembikai lingkungan 25 - 30 metrik tan sehektar. Hasil banyak dipengaruhi oleh faktur pengurusan tanaman, cuaca, varieti dan juga kerosakan akibat serangan musoh dan penyakit. Sebanyak 60% lazimya dalam kategori Gred A, 30% dalam kategori Gred B sementara bakinya adalah 'off-grade'. Menurut En Tan dari Yong Peng, Johor iaitu salah seorang pemborong tembikai, mana-mana buah tembikai yang mencapai tahap kematangan lebih 80% sesuai untuk pasaran domestik. Bagi pasaran ekspot pula lazimnya dihantar buah tembikai yang tahap buah kematangan diantara 75 - 80% kerana perlukan masa penghantaran lebih lama.


ANALISA EKONOMI TEMBIKAI
Analisa kewangan yang saya buat pada tahun 2010 menunjukkan, anggaran kos pengeluaran tanaman tembikai untuk sehektar adalah sebanyak RM 14,875.00 dimana 63% daripadanya adalah untuk kos bahan input seperti benih, baja, racun kimia, plastik penutup bumi dan lain-lain lagi. Purata harga ladang bagi tembikai di Johor sekitar RM 0.80 sekilogram yang  menjadikan anggaran pendapatan ladang sekitar 
RM 20,000.00 sehektar. Anggaran Pendapatan Bersih tanaman tembikai sebanyak RM 5,125.00 sehektar semusim (75 hari). Ini bermakna kalau kita menanam seluas 5 hektar, kita akan menerima untung bersih ladang sebanyak RM 25,625.00!. Harga titik pulang modal tanaman tembikai adalah RM 0.59 sekilogram dan Kadar Faedah Kos (BC Ratio) pula adalah sebanyak RM 1.39. Analisa ekonomi kewangan ini adalah sebagai panduan sahaja. Banyak faktor lain yang akan menentukan keuntungan atau kerugian bagi tanaman tembikai.


Selain daripada dimakan segar, buah tembikai lazimnya diproses untuk dijadikan jus buah tembikai. Jus buah tembikai segar amat enak apa lagi kalau diminum bersama ais. Terkini kita mesin airbatu atau ais kuib dengan tembikai dan dibubuh sedikit gula. Memang amat lazat terutama apabila kita sangat kehausan atau sangat dahaga. Apa lagi kalau member belanja dan free!. Biji tembikai kini menjadi satu produk yang popular diseluruh dunia sebagai 'KUACI'. Kuaci diproses daripada biji tembikai yang dikeringkan dan diberikan pelbagai perisa. Rakyat Malaysia memang suka makan kuaci yang memang banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.
Selamat mencuba!

WAKTU PETANG... MENUAI TEMBIKAI...
BUAH DI POTONG...DENGAN PISAU...
PASARAN DOMESTIK...BUAH MASAK...
PASARAN EKSPOT... KENEGARA LUAR...

Related Articles:
1. Tembikai -Part 1 (Klik disini)
2. Tembikai -Part 2 (Klik disini)
3. Tembikai - Part 3 (Klik disini)
4. Watermelon (Click here)
5. Penyakit Tembikai (Klik disini)

By,
M Anem
Room 105, Hotel Ming Star,
Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1433H)  

Monday, October 29, 2012

TEMBIKAI (PART 3)


TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau 'Watermelon' adalah sejenis buah dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat.  Buah Tembikai berasal daripada kawasan Benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.  Laporan FAO menunjukkan, sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE.  Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Rusia iaitu seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan segar sehektar.  Tembikai yang ditanam di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sedikit ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' yang berdasarkan pada pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.


Kutu Thrips
SERANGAN PEROSAK
Tanaman Tembikai menghadapi banyak risiko dari serangan perosak dan penyakit. Terdapat 3 jenis serangga yang lazim menyerang tanaman tembikai di Malaysia iaitu Kutu Daun, Hamama Merah dan juga Kumbang Daun. Serangan Kutu Daun (Aphis spp) berlaku dari peringkat anak sehingga dewasa dengan menghisap cairan air pada daun dan pucuk. Akibatnya saya dapati daun akan jadi berkerekot dan menjejaskan kesuburan dimana jika serangan yang teruk akan menjejaskan penghasilan. Kawalan dengan menggunakan semburan racun seperti cypermethrin dan deltamethrin. Penggunaan plastik silvershine mampu mengurangkan serangan, begitu juga dengan menjalankan amalan tanamn bergilir-gilir dengan jenis umbisi dan sebagainya. Hamama Merah (Pyronychus sp) pula menghisap cairan pada permukaan bahagian atas dan bawah daun dewasa menyebabkan ia akan kerekot dan akhirnya boleh kering. Terdapat 2 jenis Kumbang Makan Daun iaitu jenis Aulacophora sp dan Epilacna indica yang biasanya akan menyerang. Kaedah kawalan dengan racun kimia dan kombinasi aplikasi IPM. Musuh lain yang pernah saya terima laporan adalah kemasukan haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan juga binatang liar seperti babi hutan dikawasan tanaman tembikai.


Penyakit Reput Pangkal
Penyakit tanaman tembikai yang utama ada 7 jenis. Penyakit tembikai bermula dari peringkat penyediaan anak benih tanaman lagi seperti Penyakit Lecuh Anak Benih (disebabkan oleh Kulat Phytium spp atau Rhizoctonia solani). Penyakit ini juga di panggil 'Damping Off' yang lazimnya berlaku pada anak benih yang baru diubah keladang. Penyakit ini menunjukkan simptom benih layu walau ada cukup air dan akhirnya reput dan terus mati terutama dikawasan yang berair dan lembab. Kaedah mengatasi serangan dengan rawatan racun kulat pada anak benih sebelum menanam dan jika serangan berlaku selepas cambah gunakan racun kulat chiorothalonil. Kini saya lihat beberapa petani menggunakan media tanaman yang dimpot dari German yang mengandungi unsur-unsur baja dan benih tembikai selalunya akan jadi subur dan ini akan mengurangkan kadar serangan.


Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium) merupakan satu kengerian kepada penanam tembikai. Lawatan saya ke Endau dan Kluang di Johor mendapati, penyakit ini menyerang bahagian akar dan juga tisu vaskular dimana kulat boleh tinggal dalam tanah untuk beberapa tahun dan akhirnya pokok akan mati. Ini adalah diantara sebab2 kenapa penanaman tembikai tidak di ulang2 dikawasan yang sama. Risiko kulat tersebut memang tinggi untuk menyerang semula. Saya dapati kawasan tanah berpasir (Tanah Bris tepi laut di Mersing, Kota Tinggi dan di Daerah Rompin) menjadi pilihan pengusaha kerana ada kemungkinan kulat ini kurang berbanding dengan tanah mineral biasa (Tanah bris kering dan panas pada waktu tengahari).Tidak banyak kaedah kawalan boleh dilaksanakan untuk kawalan penyakit ini tetapi kaedah memusnahkan segera pokok2 yang diserang boleh kurangkan jangkitan. Kajian dan pengalaman penulis yang berbincang dengan usahawan tembikai tetap mengatakan, tanaman tembikai sesuai di kawasan tanah baru setiap musim walau kos penyediaan kawasan dan sistem pengairan agak tinggi atau amalkan giliran tanaman yang sesuai. Kawalan rumpai juga mengurangkan risiko penyakit ini.


Penyakit ke tiga yang menyerang tanaman tembikai ialah Kulapok Downy yang disebabkan oleh kulat ( Kulat jenis Pseudomonas cubensis) dan menyerang pada mulanya di permukaan daun dengan tompok2 warna kelabu dan akhirnya daun akan menjadi kering dan rapuh serta merebak dengan cepat. kajian penulis mendapati tanaman tembikai akan mati dalam masa 2-3 hari sahaja selepas erangan bermula. Jika serangan berlaku dari bahagian tepi kebun dan tiupan angin menghala kebahagian tengah kebun akan mempercepatkan lagi penyakit kulapok menyebar. Jika serangan berlaku pada peringkat belum berbuah maka hasil tembikai akan sangat kurang tetapi jika serangan berlaku pada peringkat akhir dimana buah tembikai banyak yang dah matang ianya tidak kritikal. Perbincangan dengan petani di Mersing dan Kota Tinggi mengatakan kawalan terbaik penyakit Kulapok Downy adalah dengan kaedah kawalan kultura seperti amalkan tanaman giliran (Pindah2 kebun pun OK), jaga kebersihan ladang, musnah pokok2 cucurbit liar di sekeliling yang menjadi peromah patogen, musnah poko yang kena serangan dengan segera dan kawal dengan racun kimia mancozeb/ zineb atauchlorothalonil jika terlalu teruk serangannya.


Antracnos Daun
Penyakit ke empat yang sering menyerang tanaman tembikai di Malaysia adalah Penyakit Antraknos (Foto sebelah) disebabkan oleh kulat Collectotricum langenarium. Kulat ini menyerang daun, batang dan buah yang menyebabkan lebam dan lecuh berbentuk bulat atau lonjong berwarna coklat tua atau hitam. Serangan menjejaskan pengeluaran bunga dan hasil tembikai pada keseluruhannya dan mengikut pengalaan penulis mampu mengurangkan sehingga 40-50% hasi tanaman. Kawalan yang lazim dijalankan ialah dengan merawat bijibenih dengan racun kulat, gunakan biji benih yang sihat (semasa membeli dikedai pastikan ianya dijamin kualitinya), amalan tanaman giliran dan kawalan dengan racun kulat seperti mancozeb, maneb, carbendazim, defeconazole atau benomylapabila perlu.


Penyakit Virus Mozek disebabkan oleh virus yang mana serangan pada pucuk menyebabkan kekuningan dan pokok terbantut. Serangan pada peringkat awal penyakit ini boleh menyebabkan hasil tembikai berkurangan atau jika ketahap teruk tidak berbuah langsung. Pembawa virus adalah sejenis serangga aphid yang biasanya berada pada tanaman cucurbit liar yang perlu dimusnahkan. Kawalan kimia tiada untuk penyakit ini tetapi amalan kultura seperti amalan tanaman bergilir serta menggunakan varieti rintang dapat kurangkan risiko. Pengalaman musim2 penanaman lepas perlu direkodkan jika ujudnya serangan penyakit mozek virus dilokasi yang penrah kena dan elakkan.


Penyakit tanaman tembikai seterusnya di panggil Penyakit Bintik Daun Bersegi disebabkan oleh sejenis bakteria di kenali sebagai Pseudomonas syringe. Bakteria ini menyerang bahagian daun dengan simptom seperti ujudnya kecederaan (lesion) dimana pada tahap serangan teruk akan menyebabkan daun akan kehitaman, kering dan seterusnya gugur. Kesannya akan mengurangkan hasil tanaman dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Penyakit ini tidak ada kawalan kimia (Tiada racun bakteria) dan hanya di jalankan kawalan kultura seperti menjalankan sanitasi ladang, elakkan dari menggunakan benih pernah kena penyakit ini atau elakkan dari melawat kebun yang ada penyakit ini. Jika berulang buat tanaman selang setiap 2 tahun sekali pada kawasan yang sama. Ada pengusaha di kluang yang katakan supaya elakkan meggunakan sistem pengairan dari atas seperti sprinkler system dan sebaiknya gunakan 'drip system'.


Penyakit ketujuh yang menyerang tembikai di Malaysia adalah Hawar Batang Bergam disebabkan oleh Kulat Didymella bryoniae yang menyerang bahagian daun, batang, tangkai buah, sulur paut dan juga tangkai daun. Simptom serangan bila ada tanda seperti 'water soaked' dan kadang2 mengeluarkan lelehan seperti gam. Kulat ini dikawal dengan cara amalan kultura seperti membajak kawasan setiap musim penanman, amalan tanaman giliran, menggunakan benih yang tahan serangan dan rintang, rawatan biji benih dengan racun kulat , elakkan gunakan pengairan sprinkler, gunakan pengairan titis dan semburan racun kimia yang sesuai. Antara racun kimia yang sesuai seperti copper hydroxide dan juga racun jenis chlorothalonil.


Penanaman tembikai apa yang saya lihat memang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk mempastikan kejayannya. Diharapkan artikel ini memberikan pengetahuan lengkap kepada anda mengenaai teknologi penanaman tembikau yang saya belajar dari buku dan pemerhatian diladang penanaman tembikai secara komersial. Risiko dan kemahiran tinggi dalam tanaman tembikai perlu di atasi bagi mempastikan penanam tidak menghadapi kerugian. Diantara cara diamalkan adalah dengan berkongsi modal, menanam tanaman insuran (Sayuran lain atau cili) dan mennjadualkan penanaman dengan kesesuaian faktur iklim dan persekitaran.


BERSAMBUNG...  Klik di sini!

PEROSAK TEMBIKAI.. 3-5 BILANGANNYA...
PENYAKIT PULA...BANYAK JENISNYA...
GUNAKAN RACUN... ANTARA KAWALANYA...
POKOK YANG SIHAT... TINGGI KUALITINYA...

By,
M Anem
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia
(10 Oktober 2012)

Sunday, October 28, 2012

TEMBIKAI (PART 2)

TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat.  Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.  Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE.  Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar.  Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.



Pembajaan asas tembikai dimulakan 7 - 10 hari sebelum menanam dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 3 - 5 metrik tan sehektar (tanah lanar) dan sebanyak 10 - 20 metrik tan sehektar yang digaul dalam tanah. Baja asas NPK 15:15:15 sebanyak 200 kg sehektar ditabur peringkat awal sebelum pemasangan plastik silvershine sebagai sungkupan. Sistem pengairan 'drip tape' dipasang dibawah sungkupan plastik dengan kadar 7 gulong sehektar (panjang satu gulong ialah 300 meter). Kadar plastik digunakan sebanyak 7 gulong sehektar (panjang plastik sungkupan sekitar 300 meter/gulong). Pastikan bahaagian tepi plastik silvershine ditutup kemas dengan tanah agar tidak terbuka apabila ditiup angin. Sediakan lubang penanaman dengan alat khas penebuk lubang (lazimnya saya lihat mereka akan gunakan paip PVC garispusat 3 inci yang ditajamkan) dengan jarak antara lubang sejauh 0.75 meter. Pastikan ketika menebuk lubang tidak akan menyoyakan plastik yang akan merosakknnya. Saya dah cuba alat ini dan kemahiran ditahap 80% berjaya.


Penanaman Tembikai menggunakan anak benih yang telah disemai dalam tray semaian apabila berumur 7- 12 hari atau apabila ada 4 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan ditanam sebanyak satu pokok setiap lubang penanaman. Pastikan tidak menanam apabila anakbenih berumur melebihi 14 hari. Penyiraman perlu dijalankan setiap hari kerana peringkat awal penanaman adalah kritikal dan elakkan daripada pokok menjadi layu akibat kekeringan. Kawalan serangga perosak dan penyakit seminggu selepas ditanam. Bubuh baja NPK 15:15:15 sebanyak 100 gram sepokok (200 kg/hektar) dikawasan lubang penanaman yang dibentuk antara 2 lubang penanaman benih tembikai untuk menggalakan pertumbuhan akar dan daun. Terdapat juga petani yang membuat semburan baja foliar untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan anak pokok. Lazimnya pada hari ke 10 -15 dijalankan cantasan tunas tembikai pada tunas ke 4-5 atau tunas 5-7 dengan menggunakan pisau blade atau dengan tangan. aktiviti seterusnya kita boleh mendidik sulur iaitu mengalihkan sulur pokok kesatu arah yang berlawanan bagi setiap barisan tanaman  dimana cara ini akan memberikan ruangan untuk kita berjalan atau bekerja diantara tanaman.


Kawalan rumpai dijalankan sepanjang penanaman dengan cara manual atau disembur dengan racun rumpai yang sesuai. Pastikan ketika menyembur racun tidak terkena tanaman tembikai kerana ianya akan merosakan tanaman. Sebulan selepas menanam perlu diberikan baja NPK 12:12:17:2:TE pada kadar 100 gram sepokok atau 200 kg sehektar dengan meletakkannya pada lubang pembajaan atau tepi batas. Ini akan menggalakan pertumbuhan akar pada sulur tembikai. Ramai dikalangan petani yang saya perhatikan telah menggunakan baja foliar pada ketika ini untuk mendapatkan tahap pertumbuhan yang maksima. Baja foliar disembur pada bahagian daun dengan kadar pada pelekat dilabel. 


Pada masa ini juga boleh dimulakan Pendebungaan Berbantu (assisted pollination) dengan mengambil debunga daripada pokok tembikai kuning berbiji dan diletakan kepada bunga tembikai yang tidak berbiji. Waktu pendebungaan paling sesuai adalah pada watu pagi diantara jam 7.30 - 1.00 pagi ketika bunga terbuka. Pengalaman saya bersama petani di Mersing, Johor mendapati kadar satu debunga untuk satu bunga betina adalah paling ideal walau pun ada pekerja mahir yang gunakan 1 bunga jantan sehingga 3 bunga betina. Pengalaman mereka mengatakan pendebungan dilakukan daripada bunga ke 7 dan keatas dengan menyapukan bunga jantan kepada stigma bunga betina dan kemudian sengaja letakan bunga jantan tersebut diatas bunga betina ebagai tanda telah selesai. Pembajaan terakhir adalah untuk pembentukan buah dijalankan pada hari ke 40 - 45 dengan baja NPK 12:12:17:2: TE pada kadar 100 gram/pokok atau sebanyak 200 kg sehektar. Baja ini boleh ditabur pada lubang pembajaan atau dikawasan dimana ada sulur yang berakar. 
BERSAMBUNG PART 3 - Klik disini!

BAJA ASAS... TAHI AYAM DIGUNA...
PLASTIK DIPASANG...SALIRAN JUGA...
BAJA DI TABUR... IKUT JADUAL SAMA...
KACUKAN BUNGA...KENA DILAKSANA...

By,
M Anem
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(28 Zulkaedah 1433H)



Saturday, October 27, 2012

TEMBIKAI ( PART 1)

TEMBIKAI (Citrrullus lunatus) atau BUAH SEMANGKA adalah sejenis buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua gulongan masyarakat.  Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.  Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE.  Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. Malaysia pula menanam seluas 11,750 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 238,050 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 310,000,000. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar.  Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis mengenai teknologi penanaman tembikai dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan pengalaman , pemerhatian dan penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 32 tahun.


Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan.


Tanah yang sesuai untuk tanaman tembikai terdiri daripada pelbagai jenis tanah yang mempunyai sistem saliran yang baik. Penanaman tembikai sebaiknya di kaasan yang agak rata atau tanah beralun kurang dari 6 darjah dan sebaiknya adalah  kawasan tanah baru. Pengalam beberapa petani di Mersing dan Kota Tinggi, Johor sda menyatakan jangan menanam tembikai di kawasan yang pernah ditanam tembikai berulangkali. Elakkan juga menanam dikawasan kebun dimana disekelilingnya ditanam dengan tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang sama. Ini disebabkan risiko serangan penyakit terhadap tanaman tembikai adalah tinggi dimana akan merugikan petani. Satu amalan yang biasa diamalkan juga dimana tanah yang pernah di tanam tembikai perlu dikosongkan atau dibiarkan selama lebih satu bulan sebelum penanaman musim seterusnya. Tembikai sering ditanam dengan skala luas disatu kawasan yang lazimnya melebihi 5 hektar. Pada bulan Oktober hingga Januari setiap tahun pengusaha tanaman tembikai jarang menanam kerana ianya dipanggil 'Musim Ngeram' iaitu kalau menanam akan menerima risiko kerugian akibat faktur cuaca.


Penyediaan kawasan dimulakan dengan membersihkan kawasan menggunakan jentolak bagi kawasan baru sebelum dibakar, dibajak dan dibuat batas tanaman. Pembakaran terbuka perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Infrastruktur ladang seperti perparitan, jalan ladang, kolam pengairan, sistem pengairan dan pondok setor disediakan seminggu sebelum menanam. Biji benih dibeli dari kedai dan disemai 2 minggu sebelum menanam diatas dulang semaian (sowing tray). Terdapat banyak varieti tembikai kuning yang sesuai dijadikan 'pollenator crop' yang boleh ditanam awal atau serentak dan ianya mencukupi sepanjang penanaman tembikai tanpa biji. Asingkan varieti tembikai pendebunga (lazimnya warna kuning) dengan tembikai yang ditanam untuk membekalkan debunga. Kadar benih tembikai Kuning adalah 20 gram/ha atau sebanyak 3 tray (80 lubang) dimana kadar sebanyak 1:10 digunakan. Sebanyak 10 kg media tanaman dalam tray digunakan untuk semaian pendebunga ini. Benih tembikai tanpa biji pula disemai sebanyak 200 gram sehektar atau 25 tray (80 lubang satu tray) menggunakan bahan media tanaman jenis 'peat moss' (60 kg). Disyorkan kadar penyemaian dilebihkan sebanyak 10 - 20% kerana akan berlaku proses pemilihan anakbenih berkualiti dan juga bagi mempastikan kadar percambahan jika kurang dari 80%. Penjagaan ditapak semaian mengikut amalan yang disyorkan seperti memberikan naungan, membuat siraman dan kawalan dari serangan perosak.

BERSAMBUNG  TEMBIKAI (PART 2) 
- Klik disini!

BUAH TEMBIKAI... BANYAK VARIETINYA...
TEMBIKAI MERAH... POPULAR JENISNYA...
SEMAI BENIH...TRAY SEMAIAN CARANYA...
BENIH DITANAM... IKUT PERATURANNYA...

Related Articles:
1. Tembikai Part 2 (Klik disini)
2. Tembikai Part 3 (Klik disini)
3. Tembikai Part 4 (Klik disini)
4. Watermelon (Klik disini)
5. Penyakit Tembikai (Klik disini)

By,
M Anem
Ladang Nitar, Mersing,
Johor, Malaysia
(27 Zulkaedah 1433H)

Friday, October 26, 2012

1000 ARTIKEL


ALHAMDULLILAH!
Ini adalah artikel ke 1,000!. Artikel ini diterbitkan sempena Hari Raya Qurban 1433H. Blog 'Anim Agro Technology' telah mencapai posting ke 1,000 hari ini!. Ini merupakan satu kegembiraan bagi saya yang telah mencapai satu tahap penulisan dalam 'Anim Agro Technology' selama hampir 4 tahun. Kebanyakan penulisan adalah berkaitan dengan teknologi pertanian yang saya garap daripada pelbagai sumber yang diadun dengan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian selama lebih 31 tahun. Sehingga kini seramai 1.063 juta telah membaca blog ini.  Purata pembaca blog ini juga telah mencecah 2,500 pembaca dalam satu hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad sekitar 1,000 orang sahaja. Seramai 461 orang follwers telah pun mendaftar dengan Anim Agro Technology dimana ianya terus bertambah setiap hari. 




Sempena posting ke 1,000 ini saya rasa banyak maklumat dan teknologi pertanian yang berguna uuntuk dibaca dan dibuat rujukkan. Saya sendiri amat mudah untuk menyediakan sebarang persediaan jika diminta menyediakan nota ceramah berkaitan pertanian kerana banyak data, maklumat dan informasi yang saya tulis sendiri dapat dijadikan bahan rujukkan. Saya hanya perlu ' link' sahaja mana-mana tajuk dengan persembahan dari powerpoint dan ianya sangat membantu dalam proses pemindahan kepakaran teknikal dalam bidang pertanian. Banyak ilmu teknikal mengenai pertanian yang telah ada didalam pemikiran saya sendiri kerana dengan menulis ini telah mendorong saya untuk lebih banyak membaca buku-buku ilmiah, berbincang dengan rakan-rakan profesional mengenai pertanian dan membuat banyak rujukkan didalam website yang berkaitan.


Saya rasa banyak juga tajuk-tajuk baru yang pertama kali ditulis didalam blog ini yang ditulis berdasarkan kajian dan pemerhatian yang saya buat sendiri semasa membuat tinjauan teknologi di seluruh Malaysia. Pada saya teknologi pertanian merupakan satu sains dan seni yang menggabungkan beberapa sumber untuk diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk akhir. Walau pun teknologi yang ditulis merupakan satu panduan, keputusan akhir dalam menggunakan teknologi atau adaptasi terhadap teknologi yang hendak digunakan adalah pilihan petani dan pengusaha itu sendiri. Saya berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar saya akan diberikan kesihatan, pemikiran yang positif, idea yang kreatif dan inovatif serta ketajaman pemikiran pada masa akan datang untuk terus aktif didalam penulisan mengenai Teknologi Pertanian dan pemindahan teknologi pertanian di Malaysia yang kita sayangi. InsyAllah!



ARTIKEL KE 1,000.... TERCAPAI AKHIRNYA....
HAMPIR 4 TAHUN... SAMPAI SASARANNYA...
SETIAP 1 HARI... 1 ARTIKEL SAYA TULISNYA...
HATI GEMBIRA... ANDA PERLU DOAKANNYA...

By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia.
(10 Zulhijjah 1433H)  

Thursday, October 25, 2012

KAMBING KAPRIMA

KAMBING KAPRIMA adalah satu pengeluaran kambing muda yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. ia bertujuan bagi pengeluaran daging kambing berkualiti prima (PRIME) dari ternakan kambing muda yang berumur  kurang daripada enam (6) bulan dimana telah mencapai berat hidul sebanyak 30 kg seekor. Pada peringkat ini akan didapati kualiti dagingnya adalah kaya dengan daging yang nilai zat nutrisi yang sesuai uuntuk dumakan oleh semua lapisan masyarakat. Umum mengetahui yang rakyat Malaysia 'Takut' untuk makan daging kambing kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berbau kambing jika memakannya. Nama kambing KAPRIMA diambil daripada perkataan Kambing (KA) dan kualiti yang prima (PRI) yang dihasilkan dalam negara Malaysia (MA) menjadi KAPRIMA. Artikel malam ini saya menulis blog bertajuk kambing ini dalam 'Anim Agro Technology' selepas melawat projek ternakan kambing di Rawang, Selangor.


Diantara Kambing yang kini popular dikalangan penternak di Malaysia adalah Kambing BOER yang mana baka kambing ini berasal darpada Afrika Selatan. Baka tulin kambing ini mempunyai badan berwarna putih dan kepalanya berwarna perang kemerahan.  Apa yang saya baca dalam risalah JPV, berat badan kambing jantan Boer ini mampu mencapai 110 - 135 kg seekor sementara kambing boer betina seberat 90 - 100 kg seekor. Kambing boer sangat tahan lasak berbanding dengan baka-baka impot yang lain dan ia mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. kambing ini juga mampu menyesesuaikan diri dengan alam persekitaran dengan cepat. Harga ladang daging kambing dolaporkan antara RM 25.00 hingga RM 34.00 sekilogram walau pun purata harga kambing biasa diladang hanya sekitar RM 14.00 sekilogram sahaja. 


Kambing Japnapari pula merupakan kambing yang sangat popular dimana asal usul kambing ini dari sempadan Pakistan dengan India. Kambing Japnapari yang ada di Malaysia adalah hasil kacukan dari kambing benina dari kawasan Alwar dengan Kambing Jantan dari kawasan Japnapari. Kambing ini mempunyai pelbagai warna bulu dari  warna hitam, putih serta bertompok-tompok dibahagian kepala atau leher. Berat badan kambing jantan mencecah 120 kg seekor sementara bagi kambing betina hanya 90 kg seekor sahaja.  Baka ini adalah saiz besar dan sangat mudah untuk dipelihara secara komersil serta mempunyai permintan yang tinggi dipasaran sama ada untu tujuan biakbaka atau daging segar.


Program membangunkan Kambing KAPRIMA ini merupakan projek bersepadu daripada proses pengeluaran kambing sehingga kepada pemasaran melibatkan penternak, agensi kerajaan berkaitan dan GLC. Kombinasi pemakanan dan pembiakan adalah dua aspek utama diberikan penekanan. spek pemakanan berkualiti dengan Palm Kernel Expellen (PKE) bermutu dikenalpasti mempengaruhi pembesaran kambing KAPRIMA. Pembiakbakaan menggunakan baka Katjang dikenalpasti untuk baka asas kerana ia mempynyai daya ketahanan daris  serangan penyakit dan kadar kelahiran anak kembar yang tinggi.  Konsep ternakan ini menggabungkan 3 produk ladang iaitu BAJA ORGANIK (Emas Hitam), DAGING KAPRIMA SEMBELIHAN (Emas Merah) dan SUSU SEGAR (Emas Putih). Kajian menunjukkan pendapatan dari emas hitam adalah punca hasil tertinggi diikuti dengan emas merah dan emas putih.
BERSAMBUNG

KAMBING PRIMA...SEDAP BUNYINYA....
BAKA BARU...SANGKAAN AWALNYA...
RUPANYA KAPRIMA... KONSEP SAHAJA...
KAMBING KATJANG.. ASAL BAKANYA...
EMAS HITAM.. PRODUK ORGANIKNYA...
EMAS MERAH... DAGING RUPANYA...
EMAS PUTIH ... SUSU KAMBING SAJA...

By,
M Anem
Rawang, Selangor,
Malaysia
(5 Zulhijjah 1433H)

     
  

Wednesday, October 24, 2012

KEKACANG PINTOI

KEKACANG PINTOI (Arachis pintoi) adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Fabaceae (dulu ianya dipanggil sebagai Leguminaceae atau Papilionaceae) yang digunakan sebagai tanaman Landskap atau tanaman Penutup Bumi. Tumbuhan ini dipanggil sebagai Kacang Kuning, Yellow Peanut, Yellow Glory, Thuo Lisong Tao (Thailand), mani perenne (Spanish) dan sebagainya. Saya mula kenal akan tumbuhan ini pada tahun 1994 apabila melawat sebuah nurseri di Gopeng, Perak untuk mencari benih tanaman mangga dan terpikat dengan Kekacang Pintoi ini kerana cantik ditanam sebagai tanaman landskap yang baru diperkenalkan. Saya membeli sebanyak 200 polibeg anakbenih keratan dalam polibeg kecil dengan harga RM2.00 satu unit masa itu. Artikel malam Ahad ini saya menulis mengenai tumbuhan kekacang pintoi dalam 'Anim Agro Technology' untuk dijadikan rujukan.


Tumbuhan renek ini menjalar dengan panjang sekitar 50 - 60 cm dengan stolon yang mana tahap ketinggian bergantung kepada keadaan setempat. Dua varieti yang popular adalah 'Varieti Golden Glory' dan 'Varieti Amarillo'. Daun yang berwarna hijau gelap ini berbentuk 'tetrafoliate' dengan saiz sekitar 4.5 cm panjang dan 3.5 cm lebar. Pokok ini sesuai hidup diatas tanah yang subur dengan banyak baja organik, lembab serta mempunyai sistem saliran yang baik. Paling menarik adalah warna bunganya iaitu Kuning Terang yang berbentuk se-akan 'love' dan berukuran sekitar 50 - 80 mm. Bunga ini kelihatan cantik kerana jelas kelihatan dicelah-celah warna kehijauan daun. Setiap bunga lazimnya mempunyai sebanyak 1-2 biji benih yang saiznya berbeza-beza mengikut saiz bunga (diantara 4-6 mm lebar x 8-11 mm panjang). Biji benih ini boleh dijadikan untuk semaian.


Kekacang Pintoi ini adalah tumbuhan yang berasal dari Brazil, Amerika Selatan iaitu merupakan tumbuhan liar didalam hutan tetapi kini boleh didapati di merata dunia yang mempunyai taburan hujan lebih 1,000 mm setahun. Dikawasan tanah kering tumbuhan ini mampu hidup selama 4 bulan sahaja. Tumbuhan ini adalah dalam kategori Tanaman Penutup Bumi yang sangat sesuai untuk mengurangkan kesan HAKISAN TANAH. Tumbuhan kekacang ini meningkatkan kesuburan tanah dengan mengikat unsur Nitrojan dalam tanah. Penanaman kekacang pintoi di kawasan tebing tanah sebagai landskap juga kini menjadi keutamaan terutama dikawasan majlis daerah dan kawasan perbandaran sebagai landskap. 

Penanaman kacang pintoi boleh kita menggunakan Biji Benih, Keratan Batang atau Keratan Stolon. Keratan batang sepanjang 4- 8 inci panjang perlu ditanam sedalam 3-5 inci dalam tanah yang disediakan lebih awal. Jarak penanaman yang disyorkan sekitar 40 - 70 cm untuk memberikan ruang batang menjalar dikawasan terbuka. Pastikan menanam dengan keratan batang yang belum kering dan ianya perlu disiram setiap hari sebelum tumbuh sempurna. Buang rumpai jenis lain yang tumbuh dicelah-celah kekacang pintoi diperingkat awal penanaman. Bubuh baja organik sewajarnya untuk menggalakan pertumbuhan. Apabila cukup dewasa boleh dituai untuk dijadikan makanan haiwan ruminan jika mahu. Tanamann kekacang pintoi kini lebih banyak di gunakan sebagai tanaman landskap berbanding dengan tujuan lain.

KEKACANG PINTOI... HIJAU DAUNNYA...
BUNGA KUNING... AMAT CANTIKNYA...
MUDAH DITANAM... LANDSKAP TUJUANNYA...
Arachis pintoi... ITU NAMA SAINTIFIKNYA....

By,
M Anem 
Banda Hilir, Melaka,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1433H)      

Tuesday, October 23, 2012

TENGGEK BURUNG (Part 2)

TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi) merupakan sejenis ulam segar yang di ambil dari bahagian pucuk tumbuhan tersebut dan dimakan dengan nasi putih. Pokok tenggek burung dari keluarga Rutaceae sejenis pokok renek banyak tumbuh dikawasan tanah gambut tepi parit yang liar. Belum ada laporan mengenai aktiviti penanaman pokok tenggek burung secara komersil dijalankan di Malaysia. Kebanyakan pokok tenggek burung yang hidup liar tetapi kini ianya juga boleh di tanam dikawasan keliling rumah atau dalam pasu sebagai sumber  ulam-ulaman untuk kegunaan sendiri atau dijual dipasar. Tidak ada laporan rasmi mengenai statistik keluasan tanaman tenggek burung dilaporkan oleh Jabatan Pertanian kerana belum ditanam secara komersil. Saya sempat melawat projek tanaman nenas di Kg Sg Miang, Pekan, Pahang dan membuat pemerhatian pokok tenggek burung yang tumbuh sendiri tetapi di jaga dengan baik oleh pemiliknya. Artikel petang ini sambil melihat aliran Sungai Kuantan yang lesu dari hotel, saya menulis mengenai tumbuhan tenggek burung dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca.  


Pokok Tenggek Burung yang tumbuh di tepi parit ladang Projek Kelompok Nenas, Sg Miang ini saya dapati tumbuh sendiri ditepi parit dan ditengah-tengah kebun nenas iaitu di kawasan yang panas terbuka. Bagaimana pun saya kira ada lebih dari 50 pokok yang tumbuh berkumpulan atau bersendirian  dikawasan yang berair tepi parit sepanjang 500 meter (Lihat foto sebelah). Belum ada kajian terperinci mengenai varieti tenggek burung yang tumbuh di Malaysia tetapi pada pemerhatian saya ada dua jenis iaiitu Jenis Tempatan Hijau Muda dan Jenis Tempatan Hijau Tua (Saya jumpa yang ini di Air Hitam, Johor). Tenggek Burung yang paling sesuai dikutip pucuknya untuk dijadikan ulam adalah Jenis Pucuk Hijau Muda kerana ianya lembut dan enak berbanding dengan varieti hijau tua yang agak pahit sedikit dan keras. Pokok ini perlu di petik hasilnya selalu agar lebih banyak pucuk tumbuh dengan lebih banyak dahan baru. Persoalan saya adalah kenapa pokok tenggek burung ini suka kawasan tanah gambut dan tanah liat?


Penulis dengan pokok dewasa.
Belum ada teknologi khusus mengenai bagaimana hendak menanam dan juga membiakkan tumbuhan tenggek burung ini oleh mana-mana saintis. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai pokok liar dalam kategori ulam-ulaman atau herba yang mempunyai khasiat tersendiri. Saya fikir mungkin pembiakan pokok tenggek burung melalui biji atau akar (bagi kelompok yang tumbuh setempat). Paling mudah untuk kita menanam adalah dengan mengambil anak pokok dari kawasan liar dan alihkan kedalam pasu di rumah atau ditanam di kawasan terbuka. apa yang saya perhatikan pokok tenggek burung perlukan cuaca panas terik matahari 100% sebagai keperluan asas. Jika kawasan terlindung kurang sesuai untuk tumbuhan ini. Saya dapati banyak pokok tenggek burung yang tumbuh di Sg Miang ini yang boleh dituai untuk tujuan komersil sebagai ulam yang segar.  



TENGGEK BURUNG... MUDAH TUMBUHNYA...
PUCUK DIPETIK... SEBAGAI ULAM CARANYA...
DICECAH SAMBAL... DENGAN NASI SEDAPNYA...
TANAM SENDIRI ... SIHAT PEMAKANNYA...

By,
M Anem
Sungai Miang, Pekan,
Pahang, Malaysia.
(4 Zulhijjah 1433H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...