Support My Blog

Wednesday, September 12, 2012

NEW HIT VIEWERS

Alhamdullilah!
Akhirnya pada 11 September 2012 Blog Anim Agro Technology telah menerima kunjungan harian paling ramai dalam sehari iaitu melebihi 2,000 orang. Rekod ini dicatit kerana selama ini kunjungan harian sekitar 1,200 - 1,800 orang dalam sehari dengan purata seramai 60,000 - 80,000 pengunjung dalam sebulan. Seramai 2,091 orang pembaca singgah dalam 'Anim Agro Technology' semalam iaitu 11/9/2012 (sama persitiwa 9/11 pula!). Jumlah ini menjadi rekod baru blog saya dan ini menguatkan iltizam kepada saya untuk meneruskan penulisan dalam teknologi pertanian.
Diantara artikel yang terus popular adalah artikel bertajuk 'Racun Rumpai' yang ditulis pada 4 September 2010 dengan jumlah kunjungan sebanyak 5,280 orang. Ini diikuti dengan artikel bertajuk 'Benih Kelapa MATAG' yang diterbitkan pada 2 Febuari 2010 dengan kunjungan seramai 3,088 orang. Artikel ketiga terpopular bertajuk 'Tanaman Keladi' yang diterbitkan pada 31 Januari 2010 dengan seramai 2,292 orang. Lain-lain artikel yang banyak menerima kunjungan seperti artikel bertajuk 'Struktur Tumbuhan', 'Pembiakan Tampang Tumbuhan',  'Pam Penyembur', 'Industri Kelapa Sawit', 'Popular Fruit Clones in Malaysia', 'Pembiakan Benih Tumbuhan' dan yang ke 10 adalah artikel baru bertajuk 'Durian Musang King'. Artikel mengenai klon atau varieti buah-buahan popular di Malaysia mendapat kunjungan ramai dari pembaca luar negara.


Sehingga hari ini sebanyak 956 Artikel telah di tulis dan boleh dibaca dalam Blog 'Anim Agro Technology'. Dijangkakan pada bulan Oktober 2012 sejumlah lebih dari 1,000 artikel akan dapat diterbitkan berkaitan teknologi pertanian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. Semua komen-komen dari pembaca memang saya baca dimana ada yang dijawab dan ada yang tidak perlukan jawapan. Semuga saya mampu meneruskan penulisan dalam blog ini dengan lebih menarik, berkualiti, informatif dan saya akan sentiasa mendapat idea-idea baru. Wasallam!

ANIM AGRO TECHNOLOGY...4 TAHUN UMURNYA...
HAMPIR 1,000 ARTIKEL...JUMLAH PENULISANNYA...
ADA LEBIH 2,000 ORANG...RAMAI MEMBACANYA...
MEMBERI FAEDAH...PENAT JERIH MENULISNYA...


By,
M Anem
Bukit Frazer
Raub, Pahang,
Malaysia
(11 September 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...