Support My Blog

Saturday, September 29, 2012

BAJA UREA : MUDAH HILANG?

BAJA UREA merupakan sejenis baja yang paling banyak digunakan didalam sektor pertanian dan penternakan. Baja urea mempunyai sifat yang 'mudah hilang' dari permukaan tanah kerana sifat semulajadi baja tersebut yang merupakan sebatian organik dari 46% Nitrogen dan mudah larutresap. Kehilangan unsur dalam baja urea keudara berlaku apabila baja urea ditabur kepada tanah. Apa yang saya belajar, apabila baja urea ditabur diatas tanah yang kering, maka tidak ada tindakbalas segera berlaku. Bagaimana pun enzim 'urease' diatas tanah dengan sedikit kelembapan, maka tindakbalas akan berlaku dimana baja urea berhidrolisis (hydrolyses) dan menghasilkan amonia serta karbon dioksida. Proses ini berlaku dalam masa 2 -4 hari selepas baja ditabur diatas tanah dan akan berlaku proses lebih cepat lagi jika keasidan tanah rendah atau pada tanah yang mempunyai nilai pH tinggi. Jika berlaku hujan, akan berlaku proses larutresap dengan lebih cepat dan pembebasan amonia dan karbon dioksida dengan serta merta. Pagi sabtu ini selepas pulang dari LCCT saya menulis artikel mengenai kehilangan baja urea dan beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai pemeluhwapan baja urea (volatilazation) dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama. Dibawah adalah formula dimana baja urea di uraikan oleh enzim erease kepada amonia dan karbon dioksida.  




Beberapa kajian dan pemerhatian mengenai baja urea yang saya belajar menyatakan, baja urea mudah hilang mempunyai hubungkait dengan SUHU TANAH dan pH TANAH. Kedua-dua faktor ini menyebabkan kehilangan baja urea dalam tanah berlaku terutama selepas aktiviti menabur urea diatas permukaan tanah. Data didalam rajah dibawah menunjukkan jika suhu pada tanah tinggi maka kadar kehilangan baja urea adalah tinggi. Pada suhu 45 Fahrenheit, hanya pada hari keempat sebanyak 2% urea akan hilang diudara (volatiled) tetapi jika suhu tanah meningkat kepada 75 Fahrenheit, maka kadar kehilangan urea akan naik kepada 4% dan pada suhu 90 Fahrenheit meningkat kepada 5%.  Kehilangan urea keudara pada hari keenam adalah pada kadar 6% pada hari ke 10 dengan suhu tanah dibaca pada 45 Fahrenheit kemudian akan meningkat kepada sebanyak 20% kehilangan jika suhu tanah meningkat kepada 90 darjah Fahrenheit. (Ramai mungkin tidak faham hendak tukkar ukuran suhu Fahrenheit kepada Celcius). Kajian diatas menunjukkan suhu yang tinggi pada permukaan tanah akan mempercepatkan proses kehilangan baja urea keudara. Oleh itu perlu diamalkan agar aplikasi baja urea dibuat semasa pembajakan tanah dengan menggaulkan kedalam tanah untuk mendapatkan kesan baja urea uang optima.




Kehilangan baja urea pada permukaan tanah melalui pemeluhwapan (volatiled) jiga berkait rapat dengan keasidan atau kemasaman tanah (Soil pH). Kadar kehilangan urea adalah bermula pada hari ke 2 dengan nilai pH tanah pada pH 7.5 (alkaline). Pada nilai pH 5.0 akan berlaku kehilangan urea pada hari ke 4 dimana sebanyak 1% sahaja akan hilang (Sila lihat rajah dibawah).  Pada nilai pH 6.0 pula pada hari ke 10 sebanyak 22% baja urea akan hilang dan ini memberikan kesan yang signifikan kepada jumlah baja urea yang akan diambil oleh tumbuh-tumbuhan. Analisa juga menunjukkan apabila pH tanah bernilai pH 7.0 sebanyak 40% baja urea akan hilang dan pada pH 7.5 pula sebanyak 44% baja urea akan hilang. Analisa ini menunjukkan semakin tinggi nilai pH akan menyebabkan banyak kehilangan baja urea pada permukaan tanah. 


Kepada semua petani di Malaysia mereka biasa dengan penggunaan baja urea didalam penanaman padi. Tanaman padi perlukan banyak baja N terutama untuk pembentukan daun dan mesti mencukupi untuk pembentukan anak (tillering stage). Kekurangan baja urea akan menjejaskan pembentukan daun dan ini menyebabkan pengurangan hasil kelak. Tanaman sayuran terutama sayur jenis daun juga memerlukan baja urea pada kadar disyorkan untuk mendapatkan hasil sayuran yang optiman. Semuga artikel ini dapat memberikan tambahan ilmu pengetahuan kepada anda semua. Bahan rujukkan diambil dari pelbagai sumber. Wasallam!



BAJA UREA...MUDAH HILANG DI UDARA....
PADA PH TINGGI.... AMATLAH KETARA....
SUHU TANAH TINGGI...BERLAKU JUGA....
KEPADA SEMUA... PERLULAH WASPADA...

By,
M Anem
Sawah Ring, Ledang,
Johor,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...