Support My Blog

Tuesday, June 1, 2021

JAMBU AIR - APA FAKTANYA

BUAH JAMBU AIR
(Syszygium samarangense aqueum) merupakan sejenis buah tropika yang termasuk dalam famili Myrtaceae yang merupakan tanaman dipercayai berasal Malaysia dan Asia Tenggara lain sejak dahulu adalah buah segar dimusim kemarau. Buah Jambu Air yang matang banyak mengandung air sekitar 90% dari 100 gram bahagian buah yang dapat dimakan dan berfungsi sebagai penghilang rasa haus. Selain itu Jambu Air juga mengandung protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, potassium, zinc, copper, asid Citrik , fosforan, serat, vitamin C, vitamin A, niacin, riboflavin, thiamin dan sejumlah zat lain. Dalam tubuh manusia terdapat unsur yang dikenali sebagai 'antioksidan' iaitu bahan yang dapat menetralkan radikal bebas seperti bahan Enzim SOD (Superoksida Dismutase), gluthatione dan catalasye. Antioksidan juga dapat diperoleh dari penyerapan bahan makanan yang banyak mengandung vitamin C, vitamin E dan betakaroten serta bahan fenolik. Bahan makanan yang dapat menjadi sumber antioksidan semulajadi adalah seperti yang ujud dalam rempah-rempah, coklat, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran seperti buah Jambu Air, Tomato, Betik, Limau dan sebagainya. Jambu Air memiliki banyak spesies yang menghasilkan buah, memiliki bentuk dan warnany menarik serta menghasilkan buah yang dikomersilkan. Penulis blog kenalpasti dimana terdapat 2 spesies jambu air yang dikenal yaitu Jambu Air Kecil (Syzygium aqueum) dan Jambu Air Besar atau Jambu Air Semarang (Syzygium samarangense). Syzygium samarangense merupakan varieti jambu air yang paling polular di kawasan Asia Tenggara termasuk yang di tanam di Malaysia. Buah Jambu Semarang berukuran sedikit lebih besar dibandingkan dengan buah Jambu Air lainnya. Sejarah menunjukkan dimana semanjak awal abad ke 20 tanaman jambu air telah diusahakan di beberapa negara seperti Jamaica dan Suriname. Bagaimana pun terkini Jambu Air telah banyak ditanam di negara-negara seperti India, Thailand, Cina, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  Saya ada banyak menulis mengenai tanaman dan buah jambu air dalam blog ini untuk dibuat rujukkan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta tentang jambu air untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Pokok jambu a
ir umumnya berupa perdu dengan ketinggian mencapai 3-10 meter. Tanaman ini memiliki batang yang bengkok dan bercabang mulai dari pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Daunnya tunggal berhadapan dan bertangkai, mempunyai jambak bunga berbentuk malai serta memiliki bunga berwarna kuning keputihan. Buah jambu air lazimnya berbentuk gasing dengan pangkalnya mempunyai 4 bahagian kecil dan hujungnya yang sangat melebar serta berwarna putih sampai pink. Isi daging buahnya berwarna putih dan berair, hampir tidak beraroma, dan memiliki rasa masam manis kadang-kadang kelat. Jambu Air memiliki varieti hibrid mempunyai ciri keunggulan seperti mempunyai saiz buahnya yang besar menyerupai lonceng dan boleh mencapai berat sekitar 150 gram sebiji dengan warna kulit buah merah berkilat. Jenis ini mempunyai isi buah tebal, empuk, rasa manis dan tanpa biji serta selalu memiliki kemampuan 2-3 kali hasil untuk dituai setahun dan jumlah hasil buah sebanyak 5 - 25 kg sepokok. Walau pun hanya menanam jambu air dengan jumlah pokok sedikit ianya tetap menjanjikan hasil tanpa perlu petani menanam berpuluh pokok dalam kebun. Buah Jambu Air boleh tumbuh pada hampir semua loksi di Malaysia asalkan dijaga dengan baik. Buah Jambu Air ini mudah menyesuaikan diri dengan segala jenis tanah selama tanah itu subur, gembur dan berair banyak. Pokok ini istimewa kerana ia mudah dijaga dan tidak perlukan pejagaan yang terlalu mahal. 

Penulis blog merujuk bagaimana seorang petani di 
FELDA Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah yang berjaya menjadikan tanaman jambu loceng madu sebagai pendapatan tetapnya. Beliau yang bermula daripada 10 pokok yang mana ditanam di halaman rumah 11 tahun lalu kini Encik Abd Karim Ismail berumur 42 tahun sudah boleh berbangga kerana memiliki kebun berkeluasan 1.5 hektar dengan 500 pokok. Idea menanam pokok jambu loceng madu tercetus kerana dia tidak mahu bergantung kepada kerja menoreh getah berikutan harga komoditi itu tidak stabil dan sering mengalami kejatuhan harga. Kejayaan tersebut juga menyebabkan ramai anak muda (generasi kedua FELDA) berhijrah bagi membantu keluarga namun dia tekad untuk setia berada di tanah rancangan itu dengan membabitkan diri dalam tanaman jambu loceng madu. Dia yang mula menanam 10 anak pokok jambu ini di halaman rumah pada 2007 dan kini mendapat pulangan yang agak lumayan hingga tidak mampu menampung permintaan jiran. Sambutan yang amat menggalakkan itu menyebabkan saya terpaksa menebang beberapa pokok durian di belakang rumah bagi menanam 25 anak pokok jambu loceng madu yang kini mampu untuk dia mengeluarkan hasil tiga tan dengan nilai RM24,000 setiap musim. Jambu loceng madu itu mampu mengeluarkan hasil empat kali setahun iaitu pada Januari, Mac, Jun dan bulan September yang membolehkan bapa kepada empat anak ini dapat memberi keselesaan hidup kepada keluarganya. Dia setiap hari dia akan meluangkan masa empat jam untuk membalut buah jambu menggunakan kertas bagi tujuan untuk menghalang serangan ulat dan serangga perosak. Buah jambu ini agak sensitif dan mudah terkena serangan ulat mahupun serangga perosak. Setiap pagi dia akan membalut buah jambu ini dan menggantikan balutan yang terkoyak terutama semasa musim hujan. Kerja ini dapat memudahkan saya menguruskan masa sendiri, tidak terikat dengan sesiapa, malah kini menjadi perintis kepada penduduk FELDA ini yang turut meminta tunjuk ajar supaya mereka dapat menanam pokok ini di rumah masing-masing. Pokok jambu itu hanya mengambil masa setahun setengah untuk berbuah dan sesuai di tanam di halaman rumah untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan. Konsep ‘kebun rumah’ itu sangat sesuai dipraktikkan berikutan kedudukan rumah FELDA yang mempunyai ruang halaman rumah sederhana. FELDA Lubuk Merbau kini semakin terkenal dengan pengeluaran jambu loceng madu yang kini dikenali sebagai jambu loceng merah.  Kejayaan menanam jambu loceng madu itu menyebabkan pengurusan FELDA memberi kepercayaan kepada Abd Karim untuk menanam pokok itu di tanah seluas 1.5 hektar pada Januari lalu. Kini dia sudah mempunyai 500 pokok jambu yang telah berhasil dan menjual buahnya. Dia juga ada usaha untuk membekalkan anak semaian pokok jambu dengan harga RM15 sepokok dimana sambutannya sungguh menggalakkan dari seluruh Kedah. Tanaman jambu loceng madu ini dijangka akan menjadi sebahagian produk FELDA Lubuk Merbau selain getah. Malahan peniaga buah tempatan juga tidak perlu lagi bergantung kepada pengeluar dari negara jiran kerana kita juga mampu menghasilkan buah yang sama mutu.

Berlainan pula dengan kes lapan 
bakul jambu air dirampas oleh pihak MAQIS dipintu sempadan Ma;aysia-Thailand. Isu dimana jambu air yang dirampas MAQIS yang dibawa dari negara jiran adalah kerana tidak mempunyai sebarang dokumen. Rampasan jambu air yang dibawa masuk dari negara jiran di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Kota Putra, Durian Burung, di Padang Terap apabila pegawai dari MAQIS menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki untuk diperiksa secara rutin jam 5.45 petang. Lori tersebut dipercayai cuba membawa masuk lapan bakul jambu air. Hasil pemeriksaan mendapati produk pertanian itu dibawa masuk dari negara jiran tanpa sebarang dokumen yang sah. Lori  yang ditahan kerana membawa jambu air yang dibawa masuk tanpa dokumen dari negara jiran membawa jambu dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM600 namun tiada tangkapan dilakukan. Hasil pemeriksaan mendapati barangan itu dibawa tanpa mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan sijil fitosanitasi dari negara asal dan jambua air itu dirampas untuk tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama. Jika disabit kesalahan maka sabitan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Keluaran pertanian ini adalah bertujuan untuk mengekang kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit masuk ke dalam negara.

Dari zaman saya kecil dulu dikampong mudah mendapatkan buah jambu air kampong apabila tiba musimnya (Sila lihat foto disebelah)
Buah jambu air merah boleh terus dimakan (jika tidak terlalu masam) atau selalu juga dijadikan bahan untuk membuat Rojak Buah dengan kuah petis. Bergantung kepada jenisnya apabila masak sempurna, buah jambu air merah memiliki citarasa manis dan segar. Buah jambu air merah tidak hanya lazat tapi juga kaya akan nutrisi dan vitamin. Merujuk kepada beberapa laporan dinyatakan buah jambu air merah kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, serat, kalium, kalsium, thiamin, niacin dan zat besi. Kandungan tersebut membuatkan buah jambu air merah memberikan manfaat baik untuk kesihatan bila dimakan secara rutin dan tidak berlebihan. Pembaca perlu tahu dimana buah jambu air merah hanya ada pada bulan tertentu sahaja dalam setahun. Buah jambu air merah mengandungi zat organik iaitu jambonise yang mana ia berperanan untuk mengawal pertukaran makanan menjadi gula dan bagus untuk pesakit diabetis. Jambu air juga baik sistem pencernaan kerana ia kaya akan serat dan kurangkan risiko terkena sembelit. Buah jambu air merah mengandungi bahan aktioksidan dan vitamin C serta vitamin A yang dipercayai efektif mencegah pertumbuhan sel kanser. Ia juga bantu menjaga kesihatan jantung jika diambil secara rutin.  Buah jambu air merah kaya akan vitamin C yang bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan atau imuniti tubuh dan dilaporkan juga ia juga bersifat antimikrob dan antifungal. Apa pun dari segi hidangan sebaiknya memilih buah jambu air merah yang matang sempurna dan segar. Buah jambu air merah yang belum matang sempurna memberikan rasa buah yang masam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH JAMBU AIR.... JARANG JUMPA...
BUAH BERMUSIM... MERAH WARNA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
BACA ARTIKEL.. TAHU APA FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Syawal 1442H),

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...