DURIAN TUPAI KING (Squirrel King Durian) kini sudah pun muncul dan didaftarkan dengan nombor D214 dengan gelaran komersil tempatan sebagai "Durian Tupai King 226'' yang dipopularkan di Pulau Pinang. Durian (Durio zibethinus) yang merupakan 'Raja Segala Buah' ini kini sudah menjadi sejenis tanaman buah-buahan yang popular kerana ia didakwa dan mampu untuk memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Penanaman pokok durian di Malaysia kini di jadikan sebagai sejenis bidangusaha yang didakwa semakin berkembang luas apabila terbuka luang pasaran ke beberapa negara besar dunia termasuk pasaran ke negara China yang mempunyai penduduk melebihi 1 billion orang. Kini negara Thailand merupakan sebuah negara pengeluar durian untuk pasaran eksport yang utama ke negara China semenjak beratus tahun dahulu. Thailand dilaporkan mempunyai tahap kemampuan manjadi pengeksport lebih daripada 90% keluar negara terutama di China. Thailand menumpukan kepada 3 variti unggul dari negara tersebut untuk pasaran eksportnya iaitu Munthong, Chanee dan Kanyou. Tanaman durian adalah antara tanaman buah bermusim yang luas diusahakan di Malaysia dimana pada tahun 2018 seluas 72,464 hektar ditanam dengan anggaran pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan (Sumber: Laporan Kelasan Tanaman Buah-buahan, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri utama penanaman pokok durian adalah pahang (18,293 hektar) dan ia diikuti dengan Johor dengan keluasan 15,630 hektar (Johor adalah pengeluar terbanyak hasil tuaian durian sebanyak 52,562 metik tan pada tahun sama) dan ketiga adalah di Sarawak (10,431 hektar). Pasaran durian dahulu banyak tertumpu kepada pasaran domestik sahaja dan eksport kebanyakannya hanya ke Singapura. Bagaimana pun apabila pasaran eksport ke China telah dibuka menyebaban harga pasaran durian premium telah meningkat naik dengan permintaan tinggi di luar negara khususnya China. Durian Musang King (D197) sebagai durian premium kini menjadi pilihan pekebun kecil dan estet swasta kerana jaminan harga pasaran yang lebih tinggi berdasarkan kepada kualiti buah. Terdapat lebih daripada 220 varieti durian yang di daftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman Malaysia dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel kali ini bagaimana pun saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" menegnai satu varieti durian baru iaitu Durian Tupai King 226 di Malaysia sebagai satu lagi potensi varieti baru durian untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Beberapa media tempatan melaporkan mengenai 'Kemunculan Durian Tupai King 226' yang dipetik daripada Pulau Pinang sebagai menarik ramai perhatian umum. Berita dari Seberang Perai ini menyatakan dimana di Pulau Pinang berjaya melahirkan varieti baharu durian dinamakan sebagai Durian Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari 2021 yang dilaporkan mungkin bakal mencabar populariti Musang King (D197). Varieti yang lebih popular dengan nama 'Durian Tupai King' itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Durian Duri Hitam (Black Thorn) kerana rasanya yang unik. Penulis blog merujuk kepada kenyataan oleh Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang iaitu Mohd. Muhaimin Ibrahim dimana durian varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian iaitu pada 26 Februari 2021. Penulis blog kurang pasti apakah kaitan diantara nombor pendaftaran D214 dengan nombor Tupai King 226 yang dinyatakan petani tempatan ini. Bagaimana pun penulis blog merujuk kepada BKKT di Jabatan Pertanian Putrajaya dimana pendaftaran varieti durian ini telah dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei tahun 2020. Merujuk kepada portal di Jabatan Pertanian ini durian ini penulis blog dapati durian ini telah didaftarkan oleh Chew Chee Wan beralamat di 477, 478 Mukim 10, Sungai Ara, Pulau Pinang iaitu pada 28.1.2021 dengan gelaran nama didalam senarai adalah 'Tupai 226'. Diberitakan dimana setakat ini di dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi didaftarkan itu ketika musim durian pada hujung bulan Jun 2021 ini dan Julai 2021 nanti. Walau pun ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara akan tetapi peminat durian berhampiran rasanya masih boleh menikmati durian Tupai King ini dari kebun tersebut atau mencarinya di sekitar Pulau Pinang. Bagi orag Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lain kali sahajalah hendak ujirasa durian Tu[ai King tahun 2021 ini. Bagaimana pun mungkin ada petani yang telah menanam varieti D214 dikawasan berdekatan anda!.
Dinyatakan oleh sumber dari Pulau Pinang dimana kuantiti pengeluarannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok durian Tupai King yang ditanam. Bagaimana pun benih musang king ada dijual oleh beberapa pemilik pokok dan nurseri swasta. Penulis blog merujuk kepada portal di Lazada dimana benih durian ini ada ditawarkan jualannya dengan harga RM158.00 sepokok. Wow!... pada penulis blog ini merupakan diantara benih varieti durian yang memang sangat mahal pernah dilihat diiklankan diMalaysia. Kalau ingin membeli 10 pokok bermakna sudah kena bayar sebanyak RM1,580 jumlahnya. Bagaimana pun penulis blog sarankan agar peminat yang ingin menanam durian Tupai King ini agar mendapatkan anakbenih yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan mempunyai sijil akreditasi dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Berdasarkan kepada pengalaman penulis blog memang ada kalangan penjual anakbenih atau nurseri yang meletakkan label sebagai benih durian tertentu (termasuk varieti Tupai King) untuk mengelirukan mereka yang terburu-buru ingin mendapatkan benih tersebut. Tanaman durian akan mengambil masa lama untuk berbuah dan jika anakbenih yang dibeli tidak tulin maka ianya sangat mengecewakan. Berdasarkan kepada aspek pemerhatian mengenai ciri-ciri buah durian Tupai King biasanya apabila masak buah ini akan mempunyai warna kulit hijau keperangan. Bentuk buahnya selalu mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bentuk bulat bujur seperti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam. Dilaporkan dimama ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) sebiji dengan purata terdapat sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan apabila dianalisa didapati iaitu purata berat isi 0.7 kg. Isinya berlainan dengan warna isi Durian Musang King kerana isinya berwarna jingga kekuningan dengan ciri-ciri aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kemanisan dengan bacaan Brixmeter adalah sekitar 39 - 40 darjah Brix iaiitu sangat manis.
Jabatan Pertanian Pulau Pinang yang membuat pemantauan dan merekod prestasi penghasilan durian selama beberapa tahun menyatakan dimana prestasi pengeluaran hasil durian di Pulau Pinang secara konsisten tiga tahun kebelakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020). Program menanam durian dan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tlooelah meningkatkan lagi aspek penghasilan durian termasuk mungkin durian Tupai King. mengenjutkan ramai apabila buah durian Tupai King dijual dengan anggaran harga runcit sehingga mencecah RM100 sekilogram. Pemilik pokok durian ini aitu Chew Chee Wan (53 tahun) dakwa durian ini dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan respons diberikan penggemarnya. Kini varieti durian Tupai King sudah ada pelanggan khusus setia sejak 10 tahun lalu dan rata-rata ‘hantu’ durian mengakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan. Dakwanya selepas semakin komersial banyak ditanam nanti dia menjangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat. Gerai jualan duriannya terletak di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dia menjual durian pada musim durian tahun 2020 bagi Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100). Bagaimana pun pada tahun 2021 harga durian Tupai King akan mencecah RM100 sekilogram. Kini dinyatakan iaitu pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu. Ketika ini dilaporkan dia ada mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dimana pada tahun 2020 mampu untuk menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada sebanyak 16 pokok yang sudah matang. Kepada pembaca blog yang belum pernah ujirasa durian Tupai King 226 ini boleh berbuat demikian apabila ada kesempatan dan juga wang yang mencukupi. Semuga artikel ini memberi info mengenai kemunculan durian Tupai King 226 yang berfaedah kepada semua. Wasallam!!!.
TUPAI KING...D214 DAFTARNYA...
ISINYA ENAK... KENALAH UJIRASA...
KE PULAU PINANG... SUDAH ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.