Support My Blog

Tuesday, January 3, 2017

RACUN SERANGGA - APAKAH DIA?

RACUN SERANGGA (PESTICIDE) merupakan racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Racun serangga ini sebenarnya banyak digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, industri dan isi rumah. Ia termasuklah beberapa jenis racun untuk membunuh telur dan larva seranga pada sasaran tertentu dan keperluan pengguna. Penggunaan racun serangga dipercayai telah berjaya meningkatkan hasil pertanian dalam abad ke-20 sehiingga kini dimana ia menjadi produk beberapa syarikat kimia berasaskan racun diseluruh dunia. Kesan penggunaan racun serang dengan terkawal membolehkan tuaian hasil pertanian meningkat dan lebih berkualiti. Bagaimana pun racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan. Sejarah menunjukkan sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dilaporkan bahawa kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan pesatnya sehingga ke hari ini. Pada peringkat awal cara penggunaan racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan kimia yang agak ringkas seperti dari jenis arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum. Namun selepas perang 1945 maka lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula dihasilkan atau disentisis dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar dimana kebanyakannya beracun pada manusia dan ada jenis yang lain terkumpul di dalam jaringan makanan. Mungkin ada dikalangan kita yang 'takut' mengenai racun disebabkan ada kes-kes terminum racun yang menyebabkan kematian dan penyakit kronik. Kepada golongan petani dan usahawan pertanian mendapati racun merupakan 'sahabat' yang perlu digunakan untuk tujuan menghapuskan musuh tanaman seterusnya menghasilkan hasil tani yang lumayan dan ekonomik. Rencana malam ini sambil berehat selepas makan 'Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam, Melaka' maka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia racun serangga dan perkara yang berkaitan dengannya.

Merujuk kepada kursus mengenai pengendalian racun dan perbualan dengan pakar daripada Jabatan Pertanian Bahagian Racun mendapati skop mengenai racun serangga amat luas. Ia bermula daripada pihak saintis, pengilang, pengedar, penjual, petani sehinggalah kepada pengguna akhir produk pertanian yang dihasilkan. Pengelasan racun serannga telah dilakukan dalam beberapa cara dimana Racun Serangga Jenis Sistemik (Systemic pesticide) yang memasuki tumbuhan yang dirawat. Serangga menghadamkan racun serangga semasa makan tumbuhan. Racun Serangga Sentuhan (Contact Pesticide) adalah jenis racun serangga beracun kepada serangga disebar dengan sentuhan langsung. Keberkesanan sering kali dikaitkan dengan kualiti dan cara penggunaan racun serangga yang diguna sebagai bentuk semburan (seperti aerosol) sering kali dikaitkan dengan peningkatan prestasi. Racun serangga semulajadi seperti produk racun hasilan nicotine, pyrethrum dan neem dari tumbuhan sebagai perlindungan dari serangga. Racun serangga berasaskan Nicotine masih digunakan di USA dan Canada sungguhpun ia diharamkan dalam negara-negara di Kesatuan Eropah. Perlindungan sepadu tumbuhan ("Plant-incorporated protectants" (PIPs) merupakan bahan racun serangga yang dihasilkan oleh tumbuhan selepas dibuat pengubahsuaian genetik. Contohnya seperti gen yang telah dikodkan bagi protin racunbio Baccilus thuringiensis atau BT khusus yang dimasukkan dalam bahan genetik tumbuhan. Tindakbalas pada tanaman tersebut menghasilkan protin tersebut. Disebabkan racun bio boleh disepadukan dengan tumbuhan maka kadar penggunaan tambahan tidak perlu bagi bahan yang sama.

Berbagai jenis racun serangga lain seperti Racun Serangga Inorganik yang dikilangkan dengan logam dan termasuk bahan seperti arsenate, sebatian tembaga dan sebatian fluorine, yang kini jarang digunakan dan juga bahan seperti belerang (Sulfur) yang biasa digunakan. Sementara itu Racun Serangga Organik merupakan bahan kimia buatan sintesis yang membentuk sebahagian besar racun serangga yang terdapat masa kini. Bahan membuat racun serangga organik ada yang juga menggunakan bahan tumbuhan seperti bawang putih, daun pokok neem dan sebagainya. Kaedah tindakan racun serangga bagaimana rpun akan membunuh atau nyahaktif serangga perosak dalam kawasant tanaman agar tidak merosakkan pkok dan hkualiti hasil. adalah satu lagi cara mengkelaskan racun serangga. Cara tindakkan racun serangga penting bagi menjangka samaada sesuatu racun serangga akan meracun spesies tidak berkait seperti ikan, burung dan mamalia. Racun jenis Organochlorides ada lazim dijual dipasaran dan diguna oleh petani di negara kita. Antara ciri-ciri racun serangga bagi racun serangga yang paling terkenal dalam kelas ini seperti jenis DDT. Racun DDT sebenarnya telah dicipta oleh pakar sains Switzerland. Kini dengn kebangkitan industri kimia moden,maka mungkin untuk membuat hidrokarbon berklorin. DDT bertindak dengan membuka saluran natrium dalam sel-sel saraf serangga. Racun kenis Organophosphates pula dimana ia bertindak dengan gangguan denyutan saraf, membunuh serangga atau mengganggu keupayaan untuk menjalankan fungsi-fungsi normal. Racun serangga organofosfat dan bahan kimia peperangan saraf (seperti sarin, Tabun Soman dan VX (ejen saraf) bertindak dengan cara yang sama. Organophosphates mempunyai kesan terkumpul yang beracun pada hidupan liar dimana dengan itu pendedahan berulang pada bahan kimia meningkatkan kadar racun.

Racun ke 3 iaitu Carbamates pula merupakan jenis racun serangga yang mana ia memiliki mekanisma yang sama toksik seperti organophosphates Walau bagaimana pun ia mempunyai tempoh tindakan yang lebih pendek dan dengan itu agak kurang beracun. Seterusnya adalah jenis racun serangga Pyrethroids dimana racun jenis ini lazimnya meniru aktiviti sebatian racun serangga semula jadi pyrethrum satu lagi kelas racun perosak, racun serangga piretroid, telah dicipta. Racun ini adalah pengawal saluran natrium tidak tekal, dan adalah keracunannya kurang akut berbanding organo-phosphates dan karbamat. Sebatian dalam kumpulan ini sering digunakan bagi serangga perosak isi rumah. Racun serangga jenis Neonicotinoid pulamerupakan analog buatan pada racun serangga semulajadi nicotine iaitu dengan keracunan pada mamalian lebih rendah dan julat ketekalan lebih luas. Kimia ini adalah  dari jenis "nicotinic acetylcholine receptor agonists'. Racun serangga sistemik spektrum luas, ia memiliki tindakan pantas (minit-jam).Ia digunakan sebagai rawatan semburan, celupan, bijibenih dan tanah rawatan yang sering kali diguna sebagai pengganti bagi organophosphates dan carbamates. Serangga diracun akan menunjukkan kaki bergetar, pergerakan sayap pantas, stylet terencat (aphid), pergerakan keliru, lumpuh dan  akhirnya akan mati.


Racun serangga jenis Ryanoids pula merupakan bahan kimia sintetik dengan mod tindakan yang sama seperti  Ryanodine dari bahan racun serangga semula jadi dihasilkan dari tumbuhan iaitu pokok Ryania speciosa (Flacourtiaceae). Ia mengikat pada salur kalsium pada kardiak dan otot rangka serangga dan seterusnya akan menghalang penghantaran saraf. Hanya satu racun serangga seperti itu kini berdaftar dikenali sebagai Rynaxypyr dengan nama generik chlorantraniliprole. Jenis racun serangga lain adalah berfungsi sebagai pengawal selia pertumbuhan serangga. Dikatakan pengawal selia pertumbuhan (growth regulator) serangga merupakan istilah yang dicipta bagi merangkumi peniru hormon dan kelas kimia lebih awal iaitu Ureas benzoylphenyl yang menghalang dalam pembentukan bio- chitin (kulit luar yang keras) pada serangga. Diflubenzuron adalah ahli kelas kedua, yang digunakan terutamanya untuk mengawal ulat yang merupakan perosak. Racun serangga yang paling berjaya di dalam kelas ini adalah juvenoids (analog hormon juvenil). Daripada jumlah ini Methoprene paling banyak digunakan. Ia memang tidak mempunyai ketoksikan akut dilihat pada tikus, dan diluluskan oleh WHO untuk digunakan dalam tangki air minuman untuk memerangi malaria. Kebanyakan kegunaannya adalah untuk memerangi serangga di mana bentuk dewasa adalah perosak, termasuk nyamuk, beberapa spesies lalat, dan kutu. Dua produk yang amat serupa, hydroprene dan kinoprene yang digunakan untuk mengawal spesies seperti lipas dan lalat putih. Methoprene telah berdaftar dengan EPA sejak tahun 1975, dan terdapat hampir tiada laporan rintangan. Satu jenis baru-baru ini IGR yang agonis ecdysone tebufenozide (meniru), yang digunakan dalam bidang perhutanan dan aplikasi lain untuk kawalan ulat, yang jauh lebih sensitif kepada kesan hormon daripada aturan serangga lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Bahan rujukkan dari Wikipedia dan beberapa sumber dari Jabatan Pertanian. Wasallam!!.
RACUN KIMIA... RACUN SERANGGA...
SATU KAEDAH... BERBAGAI JENAMA....
RACUN KIMIA... AMAT BERBAHAYA...
BACA LEBAEL... BAGAIMANA GUNA...

By,
M Anem ,
Senior Agronomist,
Pavillion Pahang, MAEPS Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(3 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...