Support My Blog

Wednesday, January 11, 2017

KERENGGA - PERANAN SEMULAJADI

KERENGGA adalah jenis serangga yang memainkan peranan penting dalam ekosistem semulajadi disekeliling kita. Kalau anda pernah digigit kerengga atau pun digigit semut ketika memanjat pokok mangga atau rambutan mungkina anda akan marah sekali kerana sakit gigitan. Kadang kala ada yang akan menjerit kena gigitannya membuat kita mengaduh-aduh. Serangan ini adalah semulajadi kerana sebenarnya anda telah mendekati koloni dan sarangnya serta teritorinya dan dianggap sebagai musuh mereka. Maka amat wajar kerengga mengigit agar kita ladri jauh dari kawasan tinggalnya. Ini desebabkan mereka membuat sarangnya pada daun-daun pokok buah-buahan. Selalunya populasi mereka boleh mencapai ratusan ekor dan mempunyai teritori serta terkenal agresif dalam usaha untuk mempertahankan wilayahnya. Itulah dia jenis serangga dipanggil Kerengga (Oecophylla smaragdina). Semut Kerengga ini bukan sembarang semut dan ianya memang amat berbeza dengan jenis semut lain (Sila baca artikel2 saya sebelum ini - Sila Klik disini , Sila Klik Disini dan Sila Klik Disini). Manusia telah menggunakan jasa kerengga dalam aktiviti perkebunan sejak berabad-abad yang lalu. Dalam kajian sejarah, penggunaan kerengga telah dilakukan di Canton, China semenjak tahun 300 Masehi untuk mengawal serangga perosak dikawasan ladang limau (Citrus) yang amat berkesan. Caranya mudah iaitu dengan mengambil sarang kerengga dari hutan dan diletakkan dipokok buah-buahan yang terpilih. Laporan menunjukkan kerengga ini akan membiak dan mendudukki pokok limau dan buah-buahan lain jika ada sumber makanan yang mencukupi. Teknologi Kawalan Perosak Bersepadu ini (IPM) masih praktikal untuk negara kita di Malaysia yang memang mempunyai cuaca dan iklim tropika amat sesuai. Daripada pengalaman penulis di Batu Pahat iaitu dikawasan kebun kopi, sering jumpa sarang kerengga yang bersarang di daun-daun kopi. Didapati jika dibandingkan dengan pokok kopi yang mempunyai sarang ini lebih baik keadaan dan hasilnya daripada pokok kopi yang tidak ada koloni kerengga. Artikel yang ke 2,700 ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan kerengga dalam mengawal perosak tanaman secara semulajadi untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Para pakar serangga di Ghana (iklim hampir sama dengan Malaysia) mereka telah pun menggunakan jenis semut Kerengga Afrika (Oecophylla longinoda) untuk mengawal serangga perosak pada tanaman koko. Kehadiran semut hitam dan kerengga ini ternyata mampu mengurangkan dua jenis penyakit serius yang disebabkan oleh virus dan kulat iaitu dengan jalan menyerang dan membunuh kutu daun yang menjadi penyebar penyakit ini. Kehadiran kutu daun sangat merugikan tanaman koko kerana ia menghisap cairan tanaman dan semut jhitam serta kerengga akan makan kutu daun ini dimana ia mampu kurangkan atau musnahkan perosak tersebut. Cara pengendalian hama seperti ini kita kenal sebagai “biological control” dan ini merupakan contoh tertua diamalkan dalam sejarah pertanian. Penggunaan kerengga sebagai hidupan biokontrol ternyata sudah dilakukan pula oleh sebahagian penduduk dunia. Misalnya jika pohon jambu atau pohon mangga di pekarangan terserang hama, mereka akan memindahkan semut-semut Rangrang ke pohon tersebut. Sebenarnya bukan itu saja manfaat yang diberikan kerengga kepada manusia. Dengan sifatnya yang sangat peka terhadap perubahan udara dimana manusia akan dapat menggunakan semut ini sebagai indikator keadaan udara di dipersekitaran. Kerengga amat suka menyukai lpersekitaran yang berudara bersih. Jangankan asap kilang atau asap kendaraan bermotor bahkan asap yang berasal dari aktiviti pembakaran sampah di kebun saja dapat membuat mereka lari dari lokasi. Ini menyebabkan di Kuala Lumpur atau di bandar besar lainnya kita semakin sukar jumpa sarang kerengga pada pokok tepi jalan sesak.


Kadang-kadang jarang kita mendapati kerengga dalam suatu kawasan kebun. Akibat penggunaan racun kimia seperti racun serangga yang tidak dikawal ia membunuh serangga perosak dan juga serangga berfaedah seperti kerengga. Ini tidak termasuk oleh aktiviti manusia yang memburu sarang kerengga untuk diambil telurnya bagi digunakan semasa memancing ikan sebagai umpan. Selain itu telur kerangga adalah sumber protin yang sangat berharga untuk diberikan kepada memelihara burung dalam sangkar. Kerengga sosial ini membuat sarang di kanopi hutan-hutan tropika sehingga dikawasan kebun kopi mahu pun pokok koko dan buah-buahan tempatan. Mereka membentuk koloni yang anggotanya boleh mencapai sebanyak 500,000 ekor dengan kasta terdiri dari ratu yang saiznya besar, anak-anak dan kumpulan pekerja merangkap askar. Semuanya adalah betina kecuali beberapa kerengga jantan yang akan berperanan kecil dalam kehidupan koloni. Kerengga jantan itu segera pergi jika telah dewasa untuk melakukan 'wedding fight' iaitu terbang untuk mengawan dengan ratu dan mereka mereka tidak kembali lagi ke sarangnya tetapi membentuk koloni baru.


Di kalangan anggota koloni kerengga lazimnya yang paling aktif adalah kelompok pekerja. Merekalah yang rajin mencari makan, membuat sarang dan gigih melindungi sarang dan wilayah mereka siang dan malam hari (Sila lihat foto sebelah). Kajian menunjukkan setiap satu minit salah satu kerengga pekerja akan memuntahkan makanan cair ke dalam mulut ratu. Mereka menyuapkan kepada ratu dengan makanan yang telah diproses sehingga mebolehkan ratu menghasilkan ratusan telur setiap hari. Jika ratu telah bertelur lazimnya para pekerja akan memindahkan telur-telur itu ke tempat yang selamat dan akan membersihkannya serta memberi makan larva-larva kecil jika telah menetas. Kerengga juga pandai menganyam daun untuk membuat sarangnya daripada daun tumbuh-tumbuhan. Kerengga memang unik bagaimana cara mereka membuat sarang seperti orang membuat anyaman. Sarang mereka terbuat dari beberapa helai daun yang dilekukkan dan ia akan dikaitkan bersama-sama membentuk ruang-ruang yang rumit dan menyerupai khemah. Daun-daun akan di tarik ke suatu arah kemudian akan dicantumkan dengan benang-benang halus putih yang diambil dari larva mereka sendiri. Para pekerja bergerak ulang alik dari satu daun ke daun lainnya membentuk anyaman.


Pemerhatian saya pada sarang kerengga mendapati jika ada makhluk asing yang mencuba menyusup dekat sarang maka kerengga pekerja dan askar akan halau dengan sengatan yang menyakitkan. Lazimya cecair seperti asid akan keluar dari kelenjar racun mereka yang menyebabkan gigitan jadi sakit.  Kerengga akan berusaha mati-matian menyingkirkan serangga lain yang hidup pada pokok yang sama atau yang ada hampir dengan sarang mereka berada. Pengalaman saya pecahkan sarang kerengga mendapati seringkali kita jumpa bangkai kumbang atau serangga lain yang lebih besar dari kerengga didalamnya sebagai mangsa. Itulah keistimewaan yang dimiliki kerengga sehingga membuat mereka berperanan penting dalam mengawal kehadiran hama perosak secara semulajadi. Kawalan dengan kerengga adalah praktikan dimana kita tidak payah menyembur sebarang racun serangga untuk mengawal perosak tanaman.  Kerengga memang mempunyai kilang kelenjar yang menghasilkan cairan khusus yang digunakan untuk menandakan kawasan wilayah mereka. Kelenjar itu disebut sebagai 'kelenjar dubur' yang mengeluarkan sejenis cairan khusus yang selalu akan dihasilkannya (pheromone) dimana mereka sapukan ke tanah dan hanya para anggota sarang saja yang dapat mengenali baunya. Jadi kerengga akan menggunakan pesan kimia ini untuk mengesan rakan mereka dari sarang menuju kawasan baru mereka. Kehebatan kerengga sebagai serangga berfaedah mengawal perosak tanaman memang perlu dimenafaatkan. Wasallam!.
NAMA SAYA... ADALAH KERENGGA....
HIDUP BERKOLONI... ITI SIFATNYA...
POKOK BUAH-BUAHAN... DIA SUKA...
KAWAL SERANGGA... AMAT BERJASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Penyelidikan FELDA,
Sg Tekam, Jerantut,
Pahang, Malaysia.
(23 Ramadan 1435H)
Diedit semula pada 8 Januari 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...