Support My Blog

Tuesday, November 3, 2015

TIP TANAMAN KOPI (Part 3)


TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa atau buah-buahan yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah (Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Penelitian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi agak luas ditanam di Sabah dan ada sedikit di Sarawak. Malaysia mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport dari luar. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang kopi tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Seramai 96 buah pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan dan juga trend fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa tips dan informasi mengenai penanaman kopi.


Pembajaan Kopi sama seperti tanaman lain memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. Jadual diatas menunjukkan kadar pembajaan tanaman kopi secara umum. Pada tahun pertama sebanyak 150 gram sepokok setahun NPK 15:15:15 diberikan dengan 6 kali aplikasi. Baja kapor GML pula diberikan dengan kadar 100 gram sepokok dengan 2 kali aplikasi. Pada tahun ke 2 juga cara pembajaan pokok kopi adalah sama dengan tahun pertama cuma kadarnya dinaikan kepada 300 gram sepokok setahun untuk NPK dan 200 gram sepokok setahun untuk GML. . bagaimana pun baja NPK 12:12:17:2 (Baja Buah) perlu diberikan dengan kadar 450 gram sepokok setahun juga dalam 6 kali aplikasi dan baja Kapor GML sebanyak 300 gram sepokok setahun dalam 2 kali aplikasi. Kaedah pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya adalah sama dengan tahun ketiga. Tanaman kopi sangat perlukan aktiviti pembajaan untuk pertumbuhan pokok yang optima dan hasil berkualiti. Pokok kopi yang tidak berbaja rendah hasilnya dan mudah diserang penyakit dan perosak.


Kawasan tanaman kopi diperingkat awal sering diganggu dengan rumpai. Rumpai bersaing dengan tanaman kopi dari segi penggunaan air, nutrien dan cahaya matahari serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Rumput dikawasan pokok kopi perlu dikawal dari peringkat awal penanaman. Lazimnya selepas anakbenih kopi ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa (Sila lihat foto disebelah). aktiviti cabtasan atau pemangkasan adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Bagi menjalankan pemangkasan Batang Berganda ianya dijalankan dimana cara pemangkasan batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan Batang Berganda di Tapak Semaian dimana semaian pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20sm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2- 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama.
Jadual diatas menunjukkan teknik Pemangkasan Batang Berganda di jalankan diperingkat ladang. Di peringkat ladang pula pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Cantasan pembentukkan amat penting dijalankan mengikut umur pokok. Sila rujuk rajah diatas untuk membuat sistem cantasan tanaman kopi yang seimbang dan betul. Pokok kopi mesti dijalankan cantasan mengikut jadual untuk memudahkan penjagaan tanaman, mengutip buah kopi dan lain-lain kerja amalan agronomi dikebun. Sila anda baca artikel sebelum ini Part 1 dan Part 2 serta Part 4. Semuga mendapat tip berguna dalam penanaman kopi. Wasallam!.
TANAM KOPI... PERLU DIGALAKAN...
MINUMAN KOPI...NO 2 KEDUDUKAN...
SEMAKIN KURANG...PETANI INGINKAN...
TULIS ARTIKEL...MENJADI RUJUKKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...