LAKSANA BUNGA DEDAP, SUNGGUH MERAH BERBAU TIDAK adalah satu peribahasa yang sering kita dengar dengan memberi erti sebagai "Orang yang berpenampilan elok dan menawan tetapi tiada budi bahasa atau tidak beradab". Peibahasa ini saya kutip daripada buku yang diterbitkan oleh DBP untuk sukatan pelajaran bahasa Malaysia disekolah-sekolah dahulu. Sebelum menulis artikel ini saya memang tidak kenal akan bunga dedap. Apabila saya google dan melihat bunganya... amboi! memang ia sejenis bunga yang cantik dengan warna terang dan garang (Sila lihat foto diatas). Bunga yang cantik ini dapat dilihat daripada jauh dengan jelas dan terang amat menarik jika dipandang mata. Terdapat beberapa spesis bunga dedap yang penulis dapat kenalpasti iaitu Bunga Dedap Merah (Sclumbergera truncata) dan juga Bunga Dedap Serap atau Dedap Batik (Erythrina variegata). Spesis bunga dedap lain yang dkenalpasti dalam kumpulan ini agak urang pasti. Berbalik kepada makna bunga dedap iaitu 'Orang yang elok (atau dalam bahasa moden Handsome atau Beautiful) tetapi ia mempunyai perangai atau budibahasa tidak elok atau tidak beradap apabila kita kenali. Ini bermakna orang ini memang dilihat disukai atau terpikat dari jauh untuk dijadikan suami, isteri atau rakan karib kerana ia menyenangkan rupanya dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai perangai tidak baik. Apa lagi kalau seseorang yang tampan atau cantik ini berpura-pura baik tetapi sebaliknya dia adalah tidak orang yang tidak berbudibahasa kurang agama. Ini bukan ciri-ciri ideal yang dikehendaki oleh semua. Seseorang bakal bapa atau emak mertua akan memerhatikan ciri-ciri tidak baik ini untuk memilih calon menjadi menantu. Bunga Dedap yang berwarna merah kuat dan cantik dari jauh rupanya tidak berbau untuk dinikmati. Walau pun bunga ini dan amat disenangi pada mulanya sehinggakan orang dulu-dulu ambil sebagai peribahasa rupa-rupanya ia hanya luaran sahaja tetapi sikapnya tidak sama dengan kecantikannya. Artikel subuh sabtu ini saya menulis lagi artikel ke 3,600 dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa 'Laksana Bunga Dedap, sungguh merah berbau tidak " sekadar mengasah pemikiran tajam anda.
Pokok Bunga Dedap Merah (Erythirina variegata) merupakan tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah Leguminosae) yang ditanam untuk berfungsi sebagai pagar hidup dirumah. Ia merupakan tumbuhan yang juga berfungsi sebagai pokok peneduh dan mempunyai banyak nama gelaran lain. Antaranya seperti Dedap Ayam, Dedap Laut (Melayu); Dapdap, Dadap (Indonesia), Andorogat (Filipina), Th'ong banz (Laos), Thong baan, Thong laang laai, Thong phueak (Thailand), Penglay-kathit (Myanmar). Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai Indian coral tree, variegated coral tree, tiger's claw dan beberapa lagi. Ia mempunyai ciri pokok yang berukuran sedang tumbuh menegak sehingga mampu mencapai ketinggian 15 - 20 meter dengan lebar kanopi sekitar 50-60 cm. Batang pokok lazimnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi coklat muda keputihan apabila dewasa (Sila lihat foto disebelah). Batangnya juga sering mempunyai duri-duri kecil berukuran 1-2 cm yang berwarna kehitaman. Duri tajam ini agak merbahaya jika tercucuk kerana ia berbisa. Lazimnya bunga pokok dedap mengeluarkan banyak daun dimana ia mempunyai daun majmuk dengan tiga daun satu tangkai dengan berwarna hijau muda ke hijau tua dengan panjang daun dengan tangkai panjang 10 - 40 cm. Daunya besaiz besar dan lebar.
Bunga Dedap Merah tersusun dalam kumpulan yang berbentuk kudup yang selalunya keluar dari hujung ranting yang tidak berdaun. Lazimnya bunga ini akan keluar pada masa daun pokok berguguran. Ciri tersebut meninggalkan bunga yang cantik dan ini akan menarik banyak unggas termasuk burung untuk datang bagi mencri nektar dan menjalankan proses pendebungaan. Kemudian bunga dedap berwarna merah jingga hingga merah gelap ini akan gugur. Bunga dedap lazimnya berukuran kelopaknya sekitar 5.5 - 8.0 cm serta seakan ia mempunyai kuku bersaiz pendek. Buahnya dedap adalah jenis berbentuk kapsul atau lengai (polong tebal) yang berwarna gelap. Buah yang berukuran sekitar 15 - 20 cm mengandungi antara 5-10 biji berbentuk telur berwarna coklat, merah atau ungu yang selalunya agak berkilat. Walau pun pada kebiasaannya pokok dedap ada digunakan sebagai pokok pelindung untuk ladang koko dan kopi, ia juga ditanam senagai tiang pokok untuk menjadi kayu rayapan bagi tanaman lada, sirih, vanila, atau umbi gadung. Pokok ini juga baik digunakan sebagai tiang-tiang pagar hidup dan sering dijadukan sebagai pokok penahan angin. Pokok dedap menghasilkan kayu ringan yang lembut dan kayunya berwarna putih. Ia hanya sesuai untuk dijadikan kraftangan iaitu membuat pelampung dan mainan kanak. Kayunya juga merupakan bahan bakar walau pun sebenarnya ia kurang baik digunakan sebagai kayu api sebab ia akan banyak mengeluarkan asap.
Dari segi kegunaan lain lazimnya bahagian daun dedap muda digunakan sebagai sayuran oleh beberapa masyarakat luarbandar di India. Daun-daun ini didakwa berkhasiat untuk membanyakkan susu ibu sama seperti tumbuhan Fabaceae yang lain. Kesannya juga boleh membuat seseorang yang memakannya akan tidur lebih nyenyak. Dalam kes lain jika daun muda ini dimakan bersama dengan bunganya akan membantu untuk fungsi melancarkan haid. Cecair ekstrak daun yang dicampur madu diminum bertujuan untuk mengubati masaalah cacing dalam perut. Seterusnya larutan ekstrak daun dedap yang dicampur minyak jarak (castor oli) didakwa boleh menyembuhkan masaalah sakit cirit birit (Desentri). Daun dedap yang telah dipanaskan digunakan sebagai tampalan (tapal) untuk meringankan rematik. Selain itu didakwa kulit batang pokok dedap memiliki khasiat sebagai bahan yang melawaskan kencing dan membuang kahak. Bagaimana pun didapati bahawa bijinya agaknya beracun. Beberapa laporan terbaru pada tahun 1980an ada menunjukkan bahawa bahagian daun, batang, buah dan akar dedap mengandungi racun yang bernama Asid hidrosianide. Racun yang lainnya yang ditemukan adalah Racun Eritrina. Dalam bijinya telah dijumpai sejenis alkaloid iaitu Eritralin dan Hipaforin. Dalam ujikaji pada seekor katak menunjukkan yang katak tersebut menjadi sangat aktif dan banyak bergerak. Bagaimana pun jika diberikan dalam dos banyak telah membawa kesan melumpuhkan katak tersebut. Oleh kerana daunnya mengandungi protibn tinggi memang sesuai dijadikan makanan ternnakan ruminan. Kajian menunjukkan pada sepokok dedap sederhana mampu menghasilkan 3-4 kali setahun akan dapat menghasilkan 15-50 kg bahan makanan daun untuk ruminan. Daun dedap diketahui tidak bersifat racun (toksik) bagi ternakan ruminan. Akar dedap akan bersimbiosis dengan bakteria dinamakan Brady rhizobium mengikat nitrogen dari udara dimana ini akan meningkatkan kesuburan tanah. Pokok dedap antara tumbuhan yang dapat digunakan sebagai pemeberantas serangga perosak tumbuhan sama dengan pokok neem.
Pokok dedap boleh dibiakkan dengan bijibenih atau keratan batang. Bijibenih matang ini keluar dari lengai buah berwarna hitam yang bergantung pada dahan pokok (Sila lihat foto disebelah). Biji ini boleh direndam dalam air suam dahulu dengan suhu 80 °C selama 10 minit dan dibilas dengan air biasa hingga satu emudian biji benih ini boleh disemai. Biji ini lazimnya akan bercambah setelah 8-10 hari diman apabila mencapai ketinggian 30 - 50 cm disemai selama 8-10 minggu ianya amat sesuai ditanam. Bagi teknik keratan batang lazimnya dahan sepanjang 2 - 3 m dan diameter 2 - 5 cm dikumpul dan dibiarkan selama 24 jam sebelum ditanam. ini dilakuan bertujuan agar ia tidak mudah diserang Kulat. Lebih baik jika keratanini ditanam dalam keadaan yang agak kering. Kalau hendak tanam dedap sebagai pokok pagar sebaiknya gunakan keratan batang yang lebih besar lagi dengan diameter 15 cm dan panjang 2 meter. Rahsianya adalah keratan batang ini perlu disimpan menegak berdiri selama seminggu sebelum ditanam. Disyorkan agar jarakk tanaman sekitar 8 x 10 meter. Berbalik kepada peribahasa yang saya jadikan tajuk perbincangan, janganlah terpesona dengan kecantikkan bunga dedap merah yang cantik tetapi rupanya ia tidak berbau. Ini disama-ertikan dengan seseorang yang berterampilan tampan dan menawan apa gunanya menjadi kawan kalau tidak berbudibahasa atau baik hati. Semuga artikel ini memberi makna kepada kehidupan anda. Wasallam!.
BUNGA DEDAP...MERAH CANTIKNYA...
INGIN DISUNTING... PERLU DITANYA...
WALAU MENAWAN... APA BUDIBAHASA...
JANGAN KELIRU... ARTIKEL INI DIBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Muharam 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.