KURA-KURA (Tortoise) merupakan sejenis haiwan yang kecil dengan mempunyai kulit cengkarang dibahagian atasnya (Sila lihat foto disebelah). Kura-kura adalah haiwan berdarah sejuk dan dari keluarga Testudinidae dengan mempunyai banyak genus. Antara genus kura-kura yang terdapat diseluruh dunia adalah seperti Genus Astrochelys, Chersina, Cylindraspis , pupus), Dipsochelys, Geochelone, Gopherus, Homopus, Indotestudo, Kinixys dan Genus. Genus lain yang direkodkan adalah seperti Genus Malacochersus, Manouria, Pyxis, Psammobates, Stylemys (telah pupus) dan akhirnya adalah dinamakan Genus Testudo. Penulis dapati kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam satu golongan alam haiwan dengan ianya bertulang belakang (vertebrata) daripada kelas reptilia. Mungkin semua orang tahu bahawa kura-kura seperti labi-labi dan penyu (turtle) mempunyai struktur kerangka khas dibelakangnya (Shell) yang terbentuk dari rusuk mereka sebagai perlindungan. Biasanya saiz kura-kura berbeza dari hanya beberapa cm sahaja sehingga sebesar dua meter garispusat. Laporan menunjukkan kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama dimana ada sesetengah kura-kura hidup selama melebihi 150 tahun. Ini disebabkan kerana ia mempunyai denyutan jantung amat perlahan dan pergerakan yang perlahan membolehkan ia hidup lama. Ia juga hidup dalam cangkerang keras dibelakangnya yang melindunginya daripada pemangsa dan kepalanya boleh disimpan didalamnya ketika diserang musuh atau dalam keadaan faktor persekitaran yang kurang mengizinkan. Kura-kura merupakan sejenis haiwan maun (Herbivore) yang selalunya mengambil makanan utama terdiri dari tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi. Ia makan tumbuhan ini dengan perlahan melalui mulutnya dikunyah sehingga lumat. Cara pembiakan kura-kura sama dengan reptilia berdarah sejuk yang lain adalah dengan cara bertelur. Ia lazimnya kura-kura akan membuat sarang dikawasan selamat daripada musuh dan akan hidup lama dengan pasangannya.
PERAHU atau kadangkala dipanggil 'Sampan' atau 'Kolek' atau 'Bot' merupakan kenderaan kecil diatas air yang terapong dan digerakkan menggunakan dayung atau injin berjentera (Sila lihat foto disebelah). Perahu adalah pengangkutan air yang amat sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia dan negara-negara yang menggunakan pengangkutan air sebagai perhubungan semenjak zaman dahulu. Kebanyakan perahu tradisional diperbuat daripada bahan kayu atau papan yang dibentuk sebegitu rupa dengan melekatkan papan dan digam serta dipaku dengan kuat. Cara membuat perahu atau sampan ini bergantung kepada kemahiran dan lokaliti sesuatu kawasan dan mengikut kepada penggunaannya. Ada perahu yang dibina untuk mengangkut bahan hasil pertanian, untuk menangkap ikan ataupun untuk pengangkutan penumpang menyeberang sungai. Dikawasan kepulauan lazimnya penduduk tempatan akan membuat perahu dan dipasang dengan pelampong pengimbang agar ia tidak mudah terbalik dan boleh merentasi gelombang laut dengan mudah. Mereka akan menggunakan perahu sebagai alat pengangkutan daripada satu pulau kepulau yang lain. Pada masa ini kebanyakan perahu adalah diperbuat daripada bahan Fiberglass. Bahan ini lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana serta kos penyelenggaraan yang rendah. Perahi fiberglass ini kini banyak digunakan oleh nelayan sungai dan nelayan pesisir pantai sebagai satu trend dimana ia murah dan tahan lasak. Kuasa menggerakkan perahu sama ada menggunakan dayung kayu atau dayung plastik secara manual atau menggunakan injin sangkut. Injin sangkut mudah dipasang pasa perahu fiberglass kerana ia mempunyai ruangan sesuai untuk meletakkan injin sangkut. Bergantung kepada saiz perahu dan jenis kegunaannya, kuasa motor injin sangkut ini daripada yang paling kecil 5 kuasakuda (cc) kepada yang sedang (10 cc) dan yang besar sehingga 40 cc. Kini penduduk yang menggunakan jalan air memang sudah serasi dengan menggunakan injin sangkut pada perahu fiberglass. Peribahasa 'Kura-kura dalam perahu" kini hanya digunakan sebagai pembayang untuk bidalan ini dimana ayat berikutnya adalah 'Pura-pura tidak Tahu' dan ini merupakan satu keindahan bahasa. Semuga anda semua gembira dengan penulisan artikel dalam Blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!.
DALAM PERAHU...ADA KURA-KURA...
SUDAH TAHU... BERTANYA PULA....
HAIWAN KECIL... HUDUPNYA LAMA...
PERAHU... MENYEBERANG SANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Muharam 1437H)
DALAM PERAHU...ADA KURA-KURA...
SUDAH TAHU... BERTANYA PULA....
HAIWAN KECIL... HUDUPNYA LAMA...
PERAHU... MENYEBERANG SANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Muharam 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.