Support My Blog

Tuesday, November 24, 2015

ADA UDANG DIBALIK BATU

ADA UDANG SEBALIK BATU merupakan satu peribahasa lama yang kini ramai telah mengubah sendiri kepada "Ada Udang disebalik Mee" sesuai dengan keadaan semasa. Peribahasa ini membawa maksud sebagai "Memberikan pertolongan atau bantuan tetapi ianya punyai maksud tersembunyi yang tertentu sebagai balasan". Peribahasa ini memang amat relevan sepanjang masa dimana memang akan sentiasa udang bersembunyi dibalik batu agar tidak kelihatan oleh mangsanya atau musuhnya. Bagaimana pun jika ada anak ikan atau makanan yang lalu didepannya maka udang itu akan menyambarnya sebagai makanan. Perangai udang bersembunyi dibalik batu membolehkan ia tidak dilihat oleh musuhnya secara jelas dan amat sukar mengenalinya. Dalam masyarakat moden orang bersifat seperti ini memang ujud dimana mereka akan memberikan apa juga bantuan diperlukan mangsa tetapi akhirnya dia tanpa segan silu akan meminta balasan dari apa yang telah diberikan sebelum ini. Ini menyebabkan mangsa akan menjadi seba salah untuk membantunya walau pun ia bertentangan dengan norma biasa. Ia merupakan satu strategi atau perangkap dipasang untuk mengenakan mangsa dan memang semua orang perlu sentiasa awas dengan orang seperti ini. Begitu juga dengan bidalan 'ada udang sebalik mee' yang digunakan oleh rai orang yang suka makan 'mee udang' dimana dia akan koren mee dan mengira berapa ekor udang yang ada dibalik mee. Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya menuis bidalan berkaitan udang dan mengupas mengenai udang dan perkara beriakitan dengannya secara ilmiah.

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Bentuk udang ini kelihatan sama sahaja sama ada ianya dari jenis udang halus, udang besar dan diantaranya. Lazimnya udang mempunyai struktur insang bercabang yang memberikan makna kepada pengkelasan udang iaitu 'dendro' (pokok) dan perkataan 'branchia' (insang). Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini biasanya udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang harimau dan udang galah merupakan dua spesis diternak terutama dinegeri Pahang dan Sabah. Kajian menunjukkan hasilan Kerang adalah sebanyak 64,940 mt pada tahun 2010 yang bernilai RM 68.60 juta. Kawasan pengeluaran kerang utama adalah pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Sebanyak 10,640 mt Siput Sudu dihasilkan dengan nilai RM 6.23 juta pada tahun sama. Tiram juga dihasilkan sebanyak 2,300 metrik tan bernilai RM 5.82 juta terutama dari Sungai Muar, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain. Udang dikeluarkan sebanyak 69,280 mt yang benilai RM 935.68 juta dan merupakan industri akuakultur yang menjadi penting di Malaysia. Satu industri baru yang semakin popular adalah rumpai laut dengan pengeluaran pada 2010 sebanyak 138,860 mt bernilai RM 27.7 juta.

UDANG KARA AIR TAWAR atau dipanggil Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan Red Claw merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama. Selalunya sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja yang berani mencuba dan mereka yang berduit serta mempunyai minat makan makanan eksotik ini. Saya hanya beberapa kali sahaja makan udang kara kerana sangat kurang berpeluang mendapatkannya. Udang Kara mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah lazimnya faktur harganya lebih baik atau lebih mahal daripada jenis udang galah dimana ia adalah lebih berat timbangannya. Walau pun jarang untuk kita membeli udang kara dipasar, kalau ada dijual, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram atau lebih lagi bergantung kepada bekalan dan kesegarannya. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Mungkin ramai kurang tahu yang udang kara air tawar boleh diternak di negara kita secara komersil. Dalam saya membuat rujukkan, didapati udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaankualiti air pada kadar hingga pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium(Sila lihat foto udang kara dalam akuarium disebelah yang menarik). Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Pemilik akuarium udang kara yang cantik berwarna kebiruan ini sanggup berbelanja lebih bagi menyediakan akuarium, hiasan dalaman dan makanan serta ubatan untik dijadikan keseronokkan melihatnya. 

UDANG KERING adalah satu produk hasilan laut iaitu uadng bersaiz kecil-kecil yang di keringkan untuk kegunaan perasa masakkan terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Udang Kering di Indonesia di panggil sebagai EBI, Ebi (Jepun - udang), Kung Haeng ; Som Tham (Thailand), Hibi (Filipina), Tom Kho (Vietnam) dan Dried shrimp (English). Pengeluaran udang kering banyak di usahakan di kawasan perairan seperti di Indonesia, Malaysia, hailand dan Filipina dengan mengumpulkan udang yang bersaiz kecil (1.2 cm garispusat) dan direbus dahulu sebelum dijemur dibawah sinaran matahari atau pun menggunakan mesin pengering (Mechanised dryer). Tidak ada laporan rasmi mengenai pengeluaran udang kering diseluruh dunia tetapi pengeluaran di Malaysia sekitar 240-300 metrik tan setahun (Laporan Jabatan Perikanan Malaaysia). Pengeluar utama udang kering di Malaysia adalah Negeri Sabah yang menghasilkan hampir 35% jumlah pengeluaran udang kering negara. Artikel kali ini saya menulis mengenai udang kering untuk makluman pembaca semua. Proses penyediaan udang kering dimulakan dengan mengumpulkan udang (Lazimya udang dari laut) yang bersail kecil (Kurang dari 2 cm garispusat) mengikut spesis dan kualiti. Udang yang bersaiz besar tidak sesuai untuk dijadikan udang kering kerana lebih mahal dijual segar dan kurang mendapat pasaran selain daripada lambat kering jika dijemur dibawah sinarqan matahari dan akan jadi busuk. Lawatan saya ke kilang memproses udang kering di Langkawi, Pulau Pinang dan Tawau mendapati udang kering perlu direbus dibuang bahagian kepala dan direbus atau dicelur air panas. Selalunya kepala udang akan tanggal dan perlu diasingkan daripada bahagian badan dan ekor. Perlu di tambah garam dalam air rebusan untuk berfungsi sebagai bahan pengawet. Udang yang direbus di toskan sehingga agak kering sebelum di letakkan diatas tikar, bekas takung, zink, papan lapis atau jenis lapik khas sebelum dijemur. Letakkan bekas jemuran diatas para yang dibuat khas untuk menjemur dibawah sinaran matahari untuk beberapa lama sehingga cukup kering. Udang yang berwarna kelabu ini akan bertukar warna kepada warna merah terang, merah gelap dan merah kekuningan bergantung kepada spesis dan kaedah pemprosesan. Terdapat dakwaan beberapa pengguna yang ada pengusaha membuat udang kering yang sengaja memberikan perwarna merah kepada udang kering supaya kelihatan menarik dan 'fresh'. Setelah dijemur beberapa kali dan telah cukup kering udang tersebut dimasukkan dalam bekas plastik yang kedap udara untuk menjamin kualitinya.
Semuga aitikrl ini memberi info berguna untuk anda. Wasallam!.
ADA UDANG ... SEBALIK BATU...
IA SEMBUNYI... TUJUAN JITU...
BERI BANTUAN...JANGAN KELIRU..
BERJAGA-JAGA... AWAS SELALU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1924, Hotel New York,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(14 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...