Ciku (Manokara sapota syn Achras zapota Linn) adalah sejenis buah-buahan dari keluarga SAPOTACEAE yang ditanam untuk menghasilkan buah segar. Penanaman ciku di Malaysia adalah seluas 1,137 hektar CHE dengan anggaran pengeluaran buah ciku sebanyak 6,550 metrik tan pada tahun 2011 (Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2011). Penanaman ciku adalah bercampur dengan tanaman buah-buahan yang lain secara dusun campuran. Agak sukar untuk mendapatkan kawasan yang menanam ciku secara luas dan tunggal kecuali beberapa lokasi di Melaka, Perak dan Johor. Artikel ini saya menjelaskan beberapa klon ciku yang didafterkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia sebagai menambah ilmu pengetahuan pembaca.
Saya telah membuat beberapa rujukan di Jabatan Pertanian, Perpustakaan UPM dan juga MARDI dan juga internet dimana memang tidak banyak maklumat mengenai tanaman buah ciku dibincangkan. Bagaimana pun saya akan menjelaskan kepada pembaca 16 klon ciku yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 1937. Saya pun tidak pasti klon-klon ini masih ada ditanam atau rekod mengenainya masih ujud. Mungkin satu penyimpanan janaplasma pmengenai klon-klon ini perlu di simpan untu tujuan R & D pada masa akan datang.
Berikut adalah 16 jenis klon yang telah didaftarkan dan yang belum didaftarkan :
1. Klon Ciku : C4
Klon ciku ini didaftarkan pada 20.11.1937 oleh Pn Halimah bt Samat dari Lot 1264, Setiawan, Perak. Buah klon ini adalah bulat dengan isi berwarna coklat kemerahan. Rasa buah ciku ini adalah manis, berair dan mempunyai ira isi yang halus.
2. Klon Ciku : C30
Klon ciku C30 didaftarkan pad 20.8.1939 oleh En Liew Piang Yam dari Balik Bukit Itam, Balik Pulau, Pulau Pinang. Klon ciku ini juga dipanggil sebagai "Liew Kiew". Buah klon ini adalah besar, kulit nya agak licin dan menpunyai ira yang halus.
3. Klon Ciku : C41
Klon ini didaftarkan pada 15.11.1947 oleh Pegawai Jabatan Pertanian. Asal klon ini adalah di Pusat Pertanian Pekan, Pahang. Klon ciku ini mempunyai ciri mutu sederhana, isi berair dan sangat manis.
4. Klon Ciku : C47
Klon yang didaftarkan pada tahun 1948 ini di daftarkan Halimah bt Yop dan Hj Isnmail Hj Ibragim serta rakannya Mohd Rashood Md Dali dari 282 Kg Sg Batas Baroh, Bagan Datok, Perak. Buah ciku klon ini berbentuk bulat dan besar.
5. Klon Ciku : C51
Klon ini juga dipanggil "Ciku Nyonya Cheng" yang didaftarkan pada 6.3.1948 oleh Hock Hin Brothers Ltd dari Mount Eskine, Pulau Pinang. Buahnya besar, kulit berwarna coklat pucat, mutu dan rasanya adalah sederhana.
6. Klon Ciku : C 53
Klon ini didaftarkan pada 18.11.1948 juga dipanggil sebagai "Ciku Negeri Sembilan". Ciku ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian yang berasal dari Pusat Pertanian Tangkak, Johor . Pokok ini masih ada dan saya pernah makan ciku ini ketika menjadi AO Daerah Muar Ledang yang jaga stesyen ini. Buahnya mempunyai bentuk tersebdiri dengan rasa yang manis serta seakan berpasir. Ciku ini mempunyai biji yang banyak.
7. Klon Ciku : C54
Klon ciku digelar "Ciku Bentong" yang didaftarkan pada 15.12.1950 ini berasal dari Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Buntut Pulau, Pahang (Tak pasti kat mana tempat itu...Mungkin Bentang). Klon ciku ini bersaiz sederhana, berbentuk agak bujur dan isinya agak kasar.
8. Klon Ciku : C55
Klon ciku ini juga di panggil "Ciku Kelantan" didaftarkan pada 6.12.1950 oleh Jabatan Pertanian. Klon ini berasal dari Pusat Pertanian Buntut Pulau, Pahang dan mempunyai bentuk bulat, isi yang agak kasar serta saiz buah yang sederhana.
9. Klon Ciku : C56
Klon ciku ini didaftarkan pada 7.5.1953 oleh Encik Foo Kok Foo yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Buah ciku klon ini adalah berbentuk panjang dan besar. Rasanya manis, isi ira yang halus dan berair serta agak pejal berbanding klon yang lain.
10. Klon Ciku : C 57
Klon ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian pada 14.1.1953 dan berasal dari Stesyen Pertanian Ampangan Tinggi, Seremban, N. Sembilan. Buah ciku ini mempunyai saiz sederhana besar dan rasa yang manis.
11. Klon Ciku : C 58
Klon ini didaftarkkan pada 14.1.1055 oleh Jabatan Pertanian dan berasal dari Stesyen Pertanian Ampangan Tinggi, Seremban, N Sembilan. Buah ciku klon ini sederhana besar, berukuran 7 cm panjang, berbentuk bujur panjang, tekstur agak kasar dan rasa manis.
12. Klon Ciku : C59
Klon yang didaftarkan pada 14.1.1955 ini berasal dari Pusat Pertanian Ampangan Tinggi, Negeri Sembilan. Buahnya besar berbentuk telur ayam dengan rasa yang manis tetapi tekturnya agak kasar.
13. Klon Ciku : C60 Klon ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian pada 10.1.1956 yang berasal dari Pusat Pertanian Ampangan Tinggi , Seremban, N. Sembilan. Buahnya bersaiz sederhana dengan rasa manis dan berair.
14. Klon Ciku : C61
Klon ciku C61 juga digelar sebagai " Ciku Betawi" yang didaftarkan pada 7.7.1973 oleh Tn Hj Muhit Kasim dari Masjid Tanah Melaka dan merupakan klon yang popular di tanam di Malaysia. Buah klon ini berbentuk bujur bulat dan mempunyai isi yang manis serta rasa berpasir. Purata anggaran berat 85 gram sebiji. Saya beberapa kali berpeluang melawat pokok induk Hj Muhit bin Kasim semasa bertugas di MIADP dan DOA Melaka selama 14 tahun. Pokok induk telah berumur lebih 50 tahun dan banyak buah. Jabatan Pertanian Melaka masa itu membantu pemilik pokok menjalankan pembiakan ciku betawi.
15. Klon Ciku : C 62
Klon ciku ini lebih di kenali sebagai "Ciku Jantung" yang didaftarkan pada 7.7.1973 oleh Hj Muhit bin Kassim dari Masjid Tanah, Melaka. Buah ciku ini besar dan berbentuk seperti jantung kita. Buahnya besar serta mempunyai ciri rasa yang manis dan ira isi yang agak halus. Purata berat klon ciku jantung seberat 110 gram sebiji. Klon ini adalah salah satu klon ciku popular di Malaysia. Saya pernah melawat pokok induk ciku jantung semasa bertugas di Melaka dulu (1982-1988).
16. Klon Ciku : C63
Klon ini juga salah satu klon popular di Malaysia juga di panggil sebagai "Ciku Subang". Klon ini didaftarkan pada 7.9.1989 oleh pemiliknya Encik Ng Kee dari Kag Baru, Subang, Selangor. Klon ciku subang buahnya bersaiz sederhana besar dan panjang, Rasanya sangat manis dengan ira isi yang halus serta mempunyai bilangan biji yang sedikit. Purata berat buah ini lingkungan 90 gram sebiji. Saya sering makan dan melihat pokok klon ini di Stesyen2 Pertanian dan kebun2 petani semasa bertugas dulu.
17. Ciku Belun daftar Terdapat beberapa klon ciku yang masih belum didaftarkan tetapi telah popular dan mendapat permintaan yang ramai. Ciku Mega (C19) adalah antara klon tersebut yang di popularkan oleh MARDI kerana potensi menghasilkan buah ciku yang sangat besar. Purata berat ciku mega hampir 3 kali ganda daripada ciku subang dan ciku jantung iaitu 400 gram satu biji. Walau pun begitu, ciku mega C19 masih belum banyak di tanam kerana sukar mendapatkan anak benih yang tulin dan teknologi khusus klon ciku ini perlu di patuhi. Penanaman ciku di Malaysia perlu diberikan nafas baru jika hendak di komersialkan seperti buah Kiwi dari New Zealand dan Australia. Pada saya buah ciku lebih sedap dan enak berbanding dengan buah kiwi. Walau pun warna isi buah kiwi sangat menarik tetapi dari segi "rasa" saya lebih gemar buah ciku. Artikan saya yang lepas ada yang mempaparkan teknologi mencantum pokok ciku tanpa menggunakan 'media peatmoss' dan lebih cepat dari kaedan mengetut tradisional.
KLON CIKU ...ADA 16 DIDAFTARKAN....
KLON CIKU BARU....BELUM REGITSERKAN...
MAKAN CIKU....TIDAK MERUGIKAN....
APA LAGI...KALAU DAPAT FREE SAKAN...
Related articles:
1. Ciku Mega C19 (Klik disini)
2. Nama Lain Ciku (Klik disini)
3. Mengetut Pokok Ciku (Klik disini)
4. Fruit Planting Density (Klik disini)
5. Buah-buahan popular di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.